Subscribe RSS

Mehna dan tribulasi tidak pernah lekang dari perjalan hidup kita menuju matlamat dan impian. Keinginan yang tinggi kepada rasa hidup bertuhan, menjadikan setiap kekecewaan yang dicicipi sepanjang mengharungi medan ini tidak pernah menyentap semangat walaupun terkadang sedikit luntur dek situasi tekanan yang kurang sedia dihadapi.

"Bagaimana nak teruskan gerak kerja ni, semua orang lembab" hati yang bermonolog.

kadang-kadang, terzahir juga di riak wajah, menyebabkan kadang ada yang bertanya

"Kenapa muka tension ni, fikir masalah ummah ka?"
Aduh tamparan keras sebenarnya walaupun disambut dengan senyuman hambar, namun kata hati bermonolog memarahi,

"Kata nak ikut jejak Baginda, masalah sikit orang lain dapat kesan, dari riak wajah pula tu. kamu gagal wahai diri"

sesekali ada hujah pembelaan yang terlintas
"Orang lain tidak tau betapa sakitnya yang aku rasa. Tiada orang yang faham tiada orang yang mengerti."

"Kerana kau mencari pengertian dari insan yang juga sama lemahnya denganmu, kenapa engkau ketepikan Zat maha hebat, Dia pasti sentiasa memahami, Dia lah ubat segala duka dan kecewa" Hati kecil akhirnya memujuk, dan akur, tiada pembelaan lagi.


Keluhan demi Keluhan...

"Mahira, kamu kena belajar human sense" Pada mulanya saya juga tidak tahu apa hujung pangkalnya ustaz tiba-tiba menegaskan ayat tersebut. Yang pastinya ketika itu, saya adalah antara AJK asrama yang sangat digeruni atau dengan kata lain orang tak senangi. Tapi, itu bukan pelemah semangat saya yang berkobar-kobar, maklumlah baru merasai keindahan hidup ditarbiyah, dengan syariat pencipta. Tak peduli apa orang nak kata yang penting saya tahu apa saya buat. Pendirian kukuh masa tu.

"Siapa lah yang report pada PH HEM ni, " bentak seorang student aspuri di dalam bilik dobi .Saya mendengar dari luar.Nampaknya dia baru dimarahi PK HEM kerana 'dating'. Bila saya melangkah masuk, semua orang senyap. begitulah rutinnya, tiada yang teruskan perbualan tentang 'teman lelaki', 'budak aspura', 'dating', jika terlihat saya. Pakej topik tersebut, saya tidak boleh dengar, 'anti couple' kata mereka. Malah pernah sekali dua, kedengaran di telinga, orang me'lable' saya anti lelaki. Saya abaikan semua cakap-cakap orang, yang penting suasana Islamic di bumi Elopura berterusan. Masa tu dating adalah salah satu kesalah tatatertib asrama, sampai boleh buang asrama kalau didapati dating. Sekolah bestari yang Islamic, atas kerja keras beberapa individu yang sayangkan Islam.

"Jika ada yang dipanggil PK HEM, kerana 'dating' tak payah la cari siapa yang lapor, saya yang laporkan semuanya" Tegas saya memberitahu semua pelajar muslimah didalam surau aspuri. Muka-muka aspuri bermacam-macam riak, tapi semuanya senyap. dalam keterpaksaan datang ke surau, mereka memang 'membenci' saya. walaupun sebenarnya bukan saya yang laporkan kepada ibu angkat saya merangkap PK HEM sekolah pada masa tu, saya tidak suka golongan kaki dating ini mengugut adik-adik junior.

Kalau nak cerita tentang zaman sekolah ni memang panjang. Tapi, yang pastinya jiwa yang baru mendapat tarbiyah itu sangat telus. Dan akhirnya saya sedar, tarbiyah itu perlu saya lengkapkan thaqafahnya sehingga benar-benar memahami hakikat sunnahtullah seorang 'MANUSIA '. Syariatullah perlu diterjemah dengan cara yang seiring penerimaan Manusia. Lalu, saya mengangguk, saya perlu belajar tentang makhluk terbaik ciptaanNYA, belajar tentang MANUSIA.

Kita mana mungkin dapat memenuhi kehendak semua pihak. Dan mustahil kesempurnaan itu tercapai. Begitu juga sifirnya bila kita meminta orang lain memenuhi permintaan kita, pertimbangkanlah kemampuannya.

Pernah sekali saya rasa tidak dapat bertahan dengan karenah sahabat-sahabat. banyak yang saya tidak puas hati. Latas, keluhan demi keluhan menemani. Masakan perkara sekecil itu tidak diketahui. Berapa kali kiranya mereka ingin saya terangkan. Berapa banyak kali pula mereka cuba untuk fahamkan. Fuh, dalam hati hanya tuhan yang tahu, kadang-kadang terlintas di fikiran, "asyik aku yang kena memahami, yang mereka pernah tidak cuba memahami".

Keluhan oh keluhan. sungguh berat. Pernah sekali saya menghantar mesej kepada sahabat nun jauh mengharapkan secebis talian hayat ituk teruskan langkah,
"Ku harus bagaimana sebenarnya?"

Carilah jiwa 'pendidik'. pesanan pendek yang membuatkan saya berfikir panjang. pada perkiraan pertama saya, sepatutnya merekalah yang mendidik saya, ini tidak. Bila mengambil masa, bertanya kepada sang murabbi tempat rujukan dikala buntu, sama pesananya, cubalah berjiwa pendidik.

Memang kadang-kadang kita hampa dan kecewa dengan respon dan tindak tanduk orang di sekeliling kita yang langsung tidak memuaskan hati. Bagi kita sepatutnya bukan begitu. Lantas, keluhan berat akan terhambur dengan sewenangnya. Lalu pesan murabbi dilanjutkan, "jangan espact terlalu tinggi, kamu akan kecewa, didik secara pelahan, terap kan satu persatu, tawakal hasilnya kepada ALLAH"


Keyakinan PadaNya

Allah tidak suka orang yang mengeluh. Mak selalu marah bila saya mengeluh. Tidak bagus katanya.

Pasti ada penyelesaian dipenghujungnya. Bagaimana susahpun dipermulaan, di pertengahan, yakinlah ALLAH sentiasa merancang sesuatu hikmah dipenghujung sebuah perjalanan. Kembara demi kembara, mehna, tribulasi, dan keyakinan pada ALLAH akan menjadi penyedap rasa, pemulih semangat, pemujuk hati pada setiap episod perjalanan.

"AKU sebagaimana sangkaan hamba-hambaKU"

Lantas, saya berpesan pada diri, dalam beratnya sebuah keluhan, tidak perlu segalanya dizahirkan.

Cuma keyakinan padaNya perlu diperteguhkan. Disamping perkongsian dengan insan-insan terhampir yang menjadi tulang belakang. Hanya kita yang tahu, jauh mana kita pergi, kadang-kadang biarlah mereka tidak tahu semuanya. Yang penting Allah tidak pernah terlepas pandang dengan setiap detik yang kita dedikasikan untuk medan ini. Dikala mereka semua menilai hasil sebuah usaha, menilai luaran sebuah gerak laku, menilai riak wajah yang penuh kerutan, tidak mengapa, Allah tetap menilai Usaha yang dilakukan.

Teruskan kembara diri mencari TUHAN...

Hayati lirik lagu ni sambil tenangkan minda mendengar nya clik

Perjuangan
Album :
Munsyid : Saff One
http://liriknasyid.com


Perjuangan itu gerun dan mengerikan
Hebat dan dasyat menggerukkan hati
Bagi mukmin di sini harga dan nilainya 2x

Perjuangan itu bagai sampan di laut
Di atas lapang tiada perlindungan
Di bawa air melambung dan menggunung
Menongkah gelombang yang datang melanda

Kiri kanan depan dan belakang
Angin yang menderu tidak tahu bila datang
Hujan badai yang datang menyerang
Bak singa yang lapar yang garang

Kadang-kadang terdampar di batu karang
Penumpang menerima nasib berlainan
Ada yang jatuh ada yang tenggelam
Yang pandai berenang berpaut ke sampan

Ada yang berjaya berenang ke tepian
Sekali lagi dia melayar sampan
Walau pelayaran mungkin tidak berjaya
Namun harapnya hanya pada yang esa

SrikandiMuda...



Malam sebelum kertas pertama peperiksaan akhir, satu panggilan dterima daripada seorang senior. Saya tengah study group, utk subjek “Principle of Management” subjek minor untuk semester ini. Bila panggilan masuk ingin berbincang masalah ummah kini, rasa tak boleh nak tolak atau tangguh perbincangan, maka diteruskan perbualan itu sebagai sedikit selitan dipersiapan akhir menghadapi kertas peperiksaan.

Agak berat kes yang disampaikan kali ni, seorang remaja permpuan trouma selepas hampir di cabuli oleh dua orang lelaki tak dikenali. Tersentak juga bila mendengar berita tersebut sebab dikhabarkan remaja tersebut ataupun lebih spesifik pelajar tahun 5 di sekolah menengah sekitar Labuan, mengenali saya kerana pernah terlibat dalam satu program pelajar yang saya hadiri katanya. Saya pun kurang ingat program mana satu apatah lagi siapa orangnya, kerana ramai peserta setiap program dan saya memang agak lemah part ini, mengingat nama dan orang yang jarang-jarang dijumpai. Walaupun perbualan itu berakhir dengan tiadanya penyelesaian yang konkrit saya mampu fikirkan, perkara itu cukup meninggalkan satu keluhan berat dalam hati ini. Aduhai bumi Labuan.

Saya menyambung ulangkaji sedikit bab lagi malam tu bersama 4 orang sahabat yang cukup memahami, sudi menunggu perbincangan melalui telefon itu berakhir sebelum meneruskan sesi pembelajaran. Selesai semuanya, malam itu perlu diakhiri dengan sedikit rehat, untuk dapatkan tenaga menempuh dewan peperikasaan esok pagi. Saya tidur dalam keadaan kurang tenang, berfikir.

Selepas dua hari berlalu, petang tadi, dapat lagi satu perkhabaran mengejutkan. Melalui perkhidmatan online Yahoo Messenger (YM), satu lagi keluhan berat,

“Busy ke?”

“Tak lah, paper untuk minggu ni dah satle, minggu depan pula”

“Nak minta mahira bagi tazkirah kepada pelajar sekolah ****”

“O, ada usrah ke di sana? ” saya berkira-kira nak menolak sebenarnya.

“Ya. Tajuknya .Maruah diri. Ada pelajar yang ditangkap berzina”

Tersentak mendengar, lalu bersetuju saja dengan permintaan kakak yang bakal meninggalkan bumi Labuan beberapa ketika lagi.

Beratnya masalah pelajar zaman sekarang. Teringat pula satu ketika dalam satu sesi usrah di luar kampus masa tu, seorang kakak merangkap guru di sebuah sekolah menengah menceritakan ada seorang pelajarnya bertanya soalan berkenaan pentingkah ‘Dara’ seorang perempuan? Baginya tidak penting dan tiada beza pun. “Kami dah biasa ‘buat’ cikgu” dialog pelajar sekolah tersebut, menurut kakak tu yang bernada sebak bercerita kepada semua ahli usrah. Saya yang berwajah tenang, masa tu, sebenarnya tidak menggambarkan langsung perasaan yang tengah bercelaru, memikirkan masa depan generasi akan datang.

Bumi Labuan sangat-sangat memerlukan pancaran nur Islam. Andai tiada, maka gelap lah masa depan genarasi akan datang di sini. Cerita-cerita yang saya selitkan belum dapat menggambarkan keseluruhan keadaan di sini sebenarnya. Belum lagi buka cerita tentang arak yang seperti minuman harian sesetengah (bolehkah dikatakan majoriti?) masyarakat labuan. Hampir semua kedai runcit menjual arak pelbagai jenis dengan harga yang murah(bebas cukai). Setaraf dengan harga minuman lain.

Teringat seorang peserta program tahun lalu, menangis teresak-esak, dipenghujung program. Bila saya berjumpa sendiri dengannya, slow talk, dia terkenangkan semua yang pernah dilakukannya. Agak lama juga sesi personal talk dengan adik tu, dan bukan mudah nak menunggu dia menceritakan segalanya. Antara persoalan yang menyentuh hati, “Saya selalu minum arak kak, mesti Allah marah” lalu menyambung tangisannya. Tidak banyak yang mampu saya ungkapkan kepada adik tersebut, melainkan meyakinkan dia dengan kasih sayang, rahmat dan keampunan Allah yang terbuka luas untuknya, semoga dia perolehi kekuatan menempuh hari mendatang dengan persekitaran Labuan yang sangat mencabar ini.

Saya kehilangan kata-kata selepas bertemu Adik tersebut, kerana ada satu kesimpulan yang berlegar-legar di kepala. Bagi saya, anak-anak remaja Labuan, tidak pernah dikenalkan dengan ISLAM dan cara hidup Islam. Ya, memang belum merasai keindahan dan kenikmatan hidup beragama dan rasa bertuhan. Buktinya, pelajar tadi, dengan sesi program ringkas pada perkiraan saya, dan juga pengisian yang biasa-biasa sahaja pun, malah hanya sebuah program “touch and go”. sudah mampu menyentuh hati yang gersang itu. Lalu persoalan yang lebih berat menghempap kepala,

Maka ini tugas siapa?

Mudah-mudahan di beri kekuatan dan ditunjukkan jalan yang terbaik. Generasi masa hadapan perlu dibentuk dengan acuan Islam sudah tidak ada kaedah lain yang lebih baik. Hanya satu, Kembali pada ISLAM yang sebenar-benarnya.

**Saya masih berkira-kira ingin bermula dari mana untuk sesi tazkirah esok… sungguh banyak perkara yang perlu dipertimbangkan.
SrikandiMuda...

Category: | 0 Comments

Wahai Allah,
Aku bukan siapa-siapa,
Berbanding sekalian hamba-hambaMu yang bertaqwa,
Aku bukan siapa-siapa,
Berbanding sekalian hamba-hambaMu yang beriman,
Aku bukan siapa-siapa,
Berbanding sekalian hamba-hambaMu yang berilmu,
Aku bukan siapa-siapa,
Berbanding sekalian hamba-hambaMu yang berakhlak mulia,
Aku bukan siapa-siapa,
Berbanding sekalian hamba-hambaMu yang berjuang menegakkan agamaMu,
Aku bukan siapa-siapa,
Berbanding sekalian hamba-hambaMu yang sentiasa bersyukur,
Aku bukan siapa-siapa,
Berbanding sekalian hamba-hambaMu yang beramal soleh,
Aku bukan siapa-siapa,
Berbanding sekalian hamba-hambaMu yang befikir sentiasa untuk ummah ini,
Aku bukan siapa-siapa,
Berbanding sekalian hamba-hambaMu yang sentiasa memberi sumbangan pada jalan agamaMu,

Wahai Tuhan,
Sesungguhnya aku bukan siapa-siapa,
Hanya insan biasa yang sentiasa mengharap belas dan kasihanMU,
Hanya Insan lemah yang sering kalah dengan ujianMu,
Hanya Insan dhaif yang sering tunduk dengan bisikan syaitan dan nafsu,

Namun, Wahai Tuhanku,
Aku juga ada keinginan untuk menjadi hamba yang tunduk dan patuh sentiasa padaMU,
Aku juga punya kemahuan untuk 'memberi' sesuatu di jalanMu,
Aku juga punya kehendak untuk menjadi hamba yang sentiasa mensyukuri nikmatMu,
Lantas sekali lagi insan biasa ini,
Menadah padaMu,
Bantulah aku Ya Rabb,
Titipkan ketenangan dan kesungguhan,
Dalam jalan mengejar redhaMu,

Di dalam hatiku dan sekalian sahabat-sahabat sebarisku,
kerana ku yakin mereka juga dahagakan belas kasihanMu,
seperti halnya aku...

Amin.


Salam imtihan kepada semua sahabat-sahabat perjuangan tidak kira di mana berada.
Setinggi-tinggi kemaafan kupohon untuk sekian banyak kesalahan yang dilakukan,
Semoga dipermudakan menghadapi peperiksaan akhir, di sini dan di 'SANA' nanti....

"Umat Islam HARUS cemerlang"


SrikandiMuda...

Category: | 0 Comments

Bagi saya, menulis bererti kemuncak percambahan minda. Berfikir tentang ummah lalu diterjemahkan dalam penulisan. Lantas saya ajukan soalan kepada diri sendiri, lama tak menulis adakah bemakna , berhenti berfikir tentang ummah ini? mudah-mudahan tidak begitu. Lalu, tidak dapat tidak setinggi-tinggi permohonan maaf kepada semua pengunjung yang berkunjung tapi gagal mendapatkan sesuatu di ruangan ini. Tiada alasan yang ingin saya nyatakan, melainkan mengakui kelemahan diri menguruskan aktiviti yang dilalui. Semoga Allah mengampuni setiap kecuaian kita semua.


Koreksi, Meneliti Potensi Diri...

"Nak tau tak, ana dulu pemidato sekolah."
"Iya?" sahabat saya bernada sedikit hairan. Seolah-olah tidak mahu percaya. Sekadar senyuman saya lontarkan untuk menjawab kehairanan sahabat saya.
"Patutlah meng'ayat' power" Saya tidak tahu itu pujian atau sindirian. Sekali lagi saya tersenyum.
Saya tidak berapa gemar menceritakan zaman-zaman menjadi pemidato dulu. mungkin terkilan kerana zaman itu telah berlalu, dan tidak diteruskan di alam kampus. Pidato memang minat saya, dan memang di dalam usrah awal dahulu, memang ditekankan kemahiran pidato dan teknik bercakap dengan masyarakat. Saya teringat murabbi di alam sekolah dulu, ustaz Abdullah, seringkali menekankan, untuk mengasah potensi bersyarah. Saya faham tujuan dan 'goal' ustaz pada ketika itu.

"Kenapa tak teruskan di sini?" Soal sahabat saya yang lain. Saya memilih untuk tidak menjawab soalan ini. Biarlah dahulu. Kadang-kadang saya menjawab, "Dah besar, malu dah nak berhadapan audiens." Seringkas itu, dan mungkin hanya sahabat-sahabat rapat yang tahu sebab majornya.

Bila tiba masa untuk koreksi diri, tiba-tba saya teringat dengan potensi diri. Kemahiran bercakap tidak diberikan kepada semua orang. Ramai yang ada keinginan, tapi agak sedikit yang memang berpotensi. Itu kurniaan, bonus daripada Pencipta. Potensi yang sepatutnya diguna sepenuhnya untuk dakwah ini, adakah saya menguburkannya. Saya perlu bermuhasabah untuk masa-masa yang akan datang. Saya kongsikan di sini, tiada tujuan lain melainkan ingin mengajak adik-adik, sahabat-sahabat untuk koreksi semula semua potensi diri yang Allah kurniakan kepada kita, untuk kita gunakan untuk jalan menyeru kepadaNYA.

Jangan biarkan tarbiyyah atau pendidikan yang kita perolehi mengubah kita 100% daripada diri kita yang sebelum ini. Kerana, sebelum ini, kita bukan tidak betul pada keseluruhannya. mungkin hanya pada kefahaman tentang ibadah, atau kekurangan ilmu bab syariat Islam., atau sedikit keliru hukum hakam. Semuanya memang perlu dibaiki, dan ada yang melanggar syariat, perlu kita tukarkan, cuma, tarbiyah ini bukan untuk mengubah diri kita kepada seorang yang lain sepenuhnya. Agak rugi jika potensi asal kita turut kita kuburkan dengan semua perubahan diri yang kita ingin lakukan yang kononnya hasil daripada tarbiyah yang kita perolehi kini.

Ya, memang ada yang perlu kita ubah, contohnya pakaian yang tidak menutup aurat sepenuhnya, kita sempurnakan seperti garisan Syariat Ilahi. Tapi, ada potensi yang hanya perlu pemurnian, tidak perlu ditinggalkan, jika kita murnikan sedikit, ianya menjadi aset besar untuk ISLAM. Inilah yang tarbiyah kita mahukan.

Contohnya, seorang ahli sukan yang aktif, misalnya dalam bola jaring. Sebelum ini memang pemain hebat dan disegani. Tiba-tiba mengambil keputusan untuk 'bersara' dengan alasan, tarbiyah menegah suasana bersukan dengan melompat sana sini, jerit-jerit dan tidak dapat berpakaian menutup aurat sempurna. Ya memang benar, sebab itu saya katakan pada permulaan tadi, hanya perlukan pemurnian. tidak perlu ditinggalkan. Islam tidak seberat yang kita cuba gambarkan. Teruskan menjadi juara di gelanggang bola jaring, sekaligus anda juga menjadi juara di medan dakwah. Corak lah suasana di gelanggang supaya selari dengan tarbiyah yang diperolehi, bukan meninggalkan gelanggang, lantas siapa yang ingin sampaikan dakwah di sana?

Contoh kedua, seorang yang gila hiburan, artis dan pemain gitar hebat. dikagumi rakan-rakan sepentas. Tak kira lah di alam sekolah, IPT atau di mana-mana. adakah mendapat tarbiyah, lantas perlu berubah menjadi 'budak masjid' dan meninggalkan POTENSI diri yang ada? Perlu berubah mengenakan kopiah, dan hanya berkumpul dengan sahabat-sahabat satu tarbiyah. Dunia hiburan kini, sungguh kritikal. Remaja cukup sinonim dengan hiburan dan cukup tertarik kepadanya. Lantas, boleh sahaja diperhalusi, bakat dan POTENSI yang ada, pemurnian sedikit sekali lagi ia akan menjadi ASET dakwah.

Saya kira cukup jelas maksud yang saya ingin sampaikan, Tarbiyah kita bukan untuk membunuh segala POTENSI diri yang ada, kita asah dan murnikan untuk memberikan keuntungan berganda kepada dakwah kita. Sama-sama kita koreksi meneliti potensi diri.


Potensi Tersendiri

Setiap kita mempunyai potensi tersendiri. Ada rungutan di kalangan adik usrah saya, bila saya menekankan kemahiran berkomunikasi"Dia memang pandai bercakap, sebab tu dia boleh bentang dengan baik". Saya tersenyum. Ya, memang ada yang diberi kelebihan komunikasi, tapi pasti dia ada kekurangan di bahagian lain.

"Dia ada pengalaman akak, memanglah" lantas kumpul dan kutiplah pengalaman. masing-masing ada potensi tersendiri, dan anda yang lebih tahu, potensi anda di mana. Dan pasti potensi itu jika diasah dengan baik, dimurnikan kaedahnya, dijernihkan niatnya, akan menjadi sesuatu yang amat berharga untuk kita, orang di sekeliling, dan lebih bermakna untuk Islam khususnya.

Jangan pernah ada perasaan yang merendahkan diri sehingga merasakan tidak mampu berbuat apa-apa. dan memencilkan diri sedangkan ada bahagian lain yang kita sebenarnya jauh lebih baik, dan sangat diperlukan.

Misalnya dalam gerak kerja program, AJK pengisian selalu di nyatakan sebagai ajk yang paling penting, nadi program, dan jika hancur pengisian, maka rosaklah objek tif program. Lantas ahli-ahli dalam team pengisian mestilah para 'think tanker', yang mempunyai idea-idea bernas dan kita tidak punya potensi itu. Tapi, bab teknikal, wirering, semuanya mudah. Itulah potensi kita. jika kita tak ada juga, program akan lompang. semua kita perlu sedari keadaan itu.

Posisi Kita berbeza, saling melengkapi..

Setelah menyedari setiap insan walau siapa pun dia, pasti punyai potensi tersendiri. Maka, sudah pasti posisi kita akan berbeza. di situlah proses saling melengkapi menjadi indah. tidak kira lah di mana pun, dalam kehidupan rumah tangga, dalam organisasi, dalam Pasukan projek, proses saling melengkapi inilah yang akan memberikan kita enegri untuk terus maju dengan laju dan bermutu. Seperti halnya batu bata sebuah bangunan, atau kepingan-kepingan puzzle atau apa sahaja perumpamaan yang berkaiatan, begitulah kita. Praktikkan dalam kehidupan organisasi dakwah, dengan pasak akidah yang sama, sulaman ukhuwah yang indah dan perbezaan unik yang mencabar, kepelbagaian yang mendorong kita saling melengkapi.


Lantas, sahabat-sahabat, adik-adik dan semua yang membaca, mari kita koreksi diri, muhasabah potensi kita, potensi orang-orang di sekeliling kita, sama-sama kita tempatkan diri di posisi masing-masing. Kemudian saling melengkapilah ke arah tujuan dan matlamat yang sama. Semoga kita semua di berkati ILAHI.

Ambil masa, beritahu orang-orang penting dalam hidup kita, "You Complete Me".
Salam Perjuangan.

SrikandiMuda...

Category: , | 0 Comments

Salam Ramadhan kepada semua.

Salah satu misi yang ingin saya terapkan kepada sahabat-sahabat saya, budaya berfikir.
Akal yang telah Allah kurniakan kepada kita, istimewa hanya untuk makhluk yang bernama manusia. maka kita dengan penuh rasa syukur sewajarnya menggunakan sepenuh akal yang diberikan untuk beri sumbangan kepada orang lain. sesungguhnya sebaik-baik manusia itu adalah yang memberi manfaat kepada orang lain.

Saya menekankan kepada sahabat-sahabat saya dalam majlis ilmu baru-baru ini, ilmu yang banyak sahaja tidak cukup. Pengaplikasian ilmu yang menjadikan kita insan yang bijaksana itu yang utama. Bijak dalam membuat keputusan, bijak dalam membuat pilihan, bijak dalam bertindak dan bijak dalam semua aspek kehidupan. Seruan menuntut ilmu bukan terhenti dengan melambakkan ilmu pengetahuan dan menghasilkan diam, tapi, lebih kepada mencetus mahu untuk bergerak dan memberi sesuatu manfaat untuk masyarakat umumnya.

Satu perkara yang saya perhatikan wujud dalam diri kebanyakan kita, adalah rasa tidak mampu yang tak berkesudahan. Tidak pernah lagi bermula, sudah mengangkat bendera putih, menyatakan 'saya bukan ahlinya'. 'Sindrom' ini lah yang menyebabkan banyak ruang-ruang dakwah kita yang masih belum diterokai. semuanya bemula dengan rasa tidak mampu, dan tidak mencuba. Mungkin benar kita tidak mahir, dan tidak tahu, maka dari situlah kita perlu belajar dan berusaha. Perlu ada langkah pertama. Tidak mengapalah, merangkak perlahan-lahan, buat silap dan belajar dari kesilapan. Yang penting kita tidak memilih untuk berdiam diri.

Sebagai langkah permulaan saya minta sahabat-sahabat saya bersama dengan saya, mula menulis sesuatu. Langkah pertama kearah menjana pemikiran. Lalu task untuk usrah kali itu, menulis satu artikel. saya akan post dalam blog saya sebagai penghargaan untuk sahabat-sahabat yang berani melangkah setapak. Terbukti semua boleh buat, malah lebih baik dari jangkaan. Tahniah!. Selepas ini, atur lagi langkah, setapak-demi setapak, semkin maju dan laju, hingga kita mampu berlari menuju matlamat akhir yang menjadi idaman setiap insan bergelar HAMBA. Sekali lagi Tahniah!


"Perjalanan seribu batu, bermula dengan langkah yang pertama"

SrikandiMuda...

Category: , | 2 Comments

dr_palestine207@yahoo.com

“Maaf, ana tak berminat utk meneruskan perancangan bait muslim yang enta aturkan kerana muslimat tu gemuk dan hitam. Bukan citarasa ana..” begitu bait kata-kata yang menerjah ke fikiran saya sampai ke hari ini. Dan natijahnya, muslimin tadi telah mendirikan rumahtangga dengan wanita yang yang menepati ciri-ciri idamannya. Malangnya wanita itu bukan ahli gerakan Islam. Tapi itu bukan masalah besar kerana dia muslimin, yang menjadi pencorak haluan kelurga. Tapi bagaimana dengan muslimat yang gemuk dan hitam itu…

Unit baitul muslim kurang efisyen dan bias?

Saya bukanlah orang yang paling layak untuk mengkritik,padahal saya berada di dalam unit yang dikritik. Tapi kritikan ini adalah semata-mata dengan tujuan untuk memperkasakan unit bait muslim sendiri. Sepanjang mengendalikan kes, saya dapati terlalu lama masa yang diambil untuk mengendalikan satu-satu kes berkaitan baitul muslim. Kebanyakannya mengambil masa berbulan-bulan. Dan jika link baitul muslim dibuat dengan unit baitul muslim di peringkat luar negara, ada yang mengambil masa bertahun. Sampai ke hari ini saya belum mengetahui mengapa kelambatan ini begitu ketara padahal kita sudah ada dunia yang tanpa sempadan, dunia di tapak tangan bilamana kita boleh saja bertanya khabar sahabat kita di luar sana dengan menekan kekunci telefon selular.
Terdapat satu evidence base yang telah saya amati, bahawa ada seorang muslimat yang dulunya merupakan aktivis dalam gerakan islam di kampus, sangat sopan dan memenuhi ciri2 wanita solehah. Dia memakai tudung labuh yang menjadi kebanggaan wanita muslimah. Kakinya sentiasa dilitupi dengan sarung kaki untuk menutup permukaan kakinya dihinggapi kotoran debu dan panahan mata lelaki tidak beriman. Saya menjadi sangat terkejut apabila bertemu dengannya baru-baru ini. Apa sudah jadi dengan penghayatan Islamnya, di mana dia meletakkan akhlaknya dulu apabila dia sanggup mendedahkan dadanya apabila mengenakan tudung bawal yang sangat nipis dah diikat ke belakang leher. Tiada lagi sarung kaki menutup kulit kakinya dari sinar ultraviolet. Saya terlalu hairan dan seharian selepas itu saya menjadi sangat takut dan mahu menangis sekuat hati. Apabila saya menyiasat dengan lebih lanjut tentang apa yang terjadi sebenarnya, kakak tadi yang merupakan pegawai kerajaan telah berusaha untuk menggunakan medium bait muslim di kampusnya untuk mencari pasangan hidup. Setelah berusaha, pihak yang mengendalikan kes kakak tadi mengambil langkah sambil lewa untuk menyelesaikannya. Setelah beberapa tahun, kes tadi tertunggak tanpa penyelesaian, kakak tadi menjadi putus harapan dan mula meragui keberkesanan untuk menggunakan unit bait muslim sebagai medium mencari teman hidup. Dan akhirnya akibat persekitaran dan pengaruh sekeliling, tanpa pantauan sesiapa yang bergelar ahli gerakan Islam, kakak tadi hanyut dalam dunianya dan lupa dengan segala yang telah dijanjikan sewaktu dia menjadi ahli gerakan Islam di kampusnya. Saya rasa amat sedih dan kecewa mendengar kisah ini.
Jadi saya menyeru dengan sepenuh hati supaya seluruh unit baitul muslim gerakan Islam di seluruh dunia supaya bersatu untuk melicinkan perancangan untuk membantu ikhwan dan akhawat membina baitul muslim secara optimum. Ada satu kritikan pedas yang saya dengar dari kampus jiran, “Unit bait muslim di tempat ana hanya membantu muslimat yang memiliki paras menarik dan muslimin yang berpewarakan seperti ustaz”. Alhamdulillah ini tidak berlaku di kampus saya. Saya lebih mengutamakan mereka yang memerlukan bantuan daripada mereka yang tidak perlukan bantuan. Jika apa yang berlaku di kampus jiran saya itu benar, alangkah malangnya…

Tahap kepercayaan ahli gerakan Islam terhadap unit bait muslim.

Semasa saya membuat survey dengan mengedarkan borang bancian untuk unit baitul muslim, satu daripada soalah yang diajukan di dalam borang ialah “Adakah anda percaya dengan unit baitul muslim sebagai medium untuk mencari teman hidup?”. Lebih daripada 80% menulis mereka percaya. Namun malangnya, tidak ramai di kalangan ahli yang betul-betul komited untuk menggunakan unit ini sebagai pemudah cara. Database muslimat lebih ramai diperolehi berbanding muslimin. Akhirnya ini menyebabkan lambakan permintaan dari kalangan muslimat. Di sebaliknya, muslimin lebih senang jika mereka mencari sendiri calon mereka tanpa menggunakan baitul muslim.Persoalannya, di mana hilangnya muslimin yang tergolong dalam 80% tadi? Sudahlah bilangan muslimin terlalu terhad, yang terhad tadi pula mengambil langkah yang menyebabkan sumber manusia di kalangan muslimin menjadi lebih kecil dan kecil lagi. Namun, bukan semua muslimin yang mengambil tindakan sedemikian.

Persediaan pihak muslimin untuk memiliki lebih dari satu pasangan.

Islam telah menggariskan dengan penuh hikmah dan lengkap bagaimana untuk membantu muslimat yang masih belum berumahtangga. Antaranya ialah dengan memilih jalan berpoligami. Soal adakah isteri pertama bersedia atau tidak itu bukanlah masalah yang terbesar. Tetapi masalah yang paling besar ialah apabila pihak muslimin sendiri tidak mampu untuk menyediakan satu medium yang sesuai untuk membolehkan mereka memiliki lebih dari seorang isteri. Antara masalah yang serius yang masih membelenggu para suami ialah kurang dari segi ilmu dan kurang berkemampuan dari segi ekonomi. Mungkin para suami di luar sana yang bercita-cita tinggi untuk meneruskan hasrat mulia ini, bersiap sedialah terutama dari 2 aspek yang telah disebutkan tadi.

Menjadikan faktor fizikal untuk mencari isteri melebihi faktor akhlak.

“ Ana nak minta calon isteri yang cantik, putih, dan sebolehnya kurus. Itu yang paling utama…”demikian permintaan yang diajukan kepada saya selaku ajk yang terlibat. Sepanjang pemerhatian ( saya tidak sempat membuat rekod secara spesifik tentang data yang terperinci kerana kesuntukan masa dan beban kerja). Secara keseluruhan, hampir 70% permintaan baitul muslim dari pihak muslimin yang diajukan kepada saya adalah berdasarkan kepada faktor fizikal melebihi faktor yang lain. Saya ingin membawa pembaca ke alam anatomi tentang siapa sebenarnya manusia di sebalik kulit ini? Sebenarnya, Allah telah menciptakan manusia semua berasal dari tanah, “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati dari tanah, kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim), kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu kami jadikan daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.”1. Sekiranya kita mengoyakkan satu persatu lapisan kulit (dermis & epidermis) kemudian kita akan menemui lemak (subcutaneous fat) dan kemudian kita bertemu pula dengan otot, saraf dan pembuluh darah serta noda limfa (muscles, nerves, veins, arteries & lymph nodes). Kemudian kita pergi lagi mengembara lebih dalam dari lapisan tadi, kita akan berjumpa dengan tulang-tulang (skeleton). Jadi di manakah kecantikan yang sebenarnya? Kecantikan amat superfisial. Jika berlaku kemalangan atau kecederaan disimbah asid atau kebakaran kecantikan superfisial tadi akan hilang sekelip mata. Sedar atau tidak kita semua hanyalah ruh yang ditutupi dengan tulang-tulang yang melekat padanya daging dan diselaputi kulit? Yang paling penting adalah ruh atau jiwa yang terdidik dengan akhlak Islam. Tapi malang, ramai yang tidak sedar hakikat ini. Memang amat tidak dapat dinafikan punca utama yang menjadi tarikan seseorang ialah kerana faktor mukanya dan fizikalnya yang lain. Tetapi sudah lupakah ahli-ahli gerakan Islam sekalian, dengan hadith Rasulullah? “Janganlah kamu mengahwini wanita kerana kecantikannya kerana boleh jadi kecantikan itu akan membinasakannya, janganlah kamu mengahwini mereka kerana kekayaannya, kerana mungkin kekayaan itu merosakkannya tetapi kahwinilah mereka atas dasar pegangan agamanya. Hamba perempuan yang rabik dan bodoh tetapi baik agamanya adalah lebih utama”.2
Saya sangat memandang tinggi pandangan Menteri Besar Kelantan yang membela muslimat @ wanita secara amnya :Tidak lama dahulu, MB juga mengeluarkan kenyataan mengenai pengambilan bekerja wanita cantik dan tidak cantik bekerja dan kerajaan negeri melalui tutur beliau lebih cenderung untuk mengambil wanita yang tidak cantik bekerja 3. Ada kebenaran yang cuba dibawa oleh MB Kelantan. Siapa lagi yang akan membela nasib kaum muslimat yang mempunyai ‘suboptimal beauty’ kalau bukan muslimin yang telah ditarbiyyah dengan ajaran Islam?. Sudahlah sukar untuk mendapat pekerjaan, susah pula untuk mendapat suami. Saya menggunakan istilah suboptimal beauty untuk menggantikan perkataan kurang jelita.
Ada satu lagi evidence base yang berlaku pada sahabat muslimat saya. Dia merupakan seorang siswi yang memiliki fizikal dan paras rupa yang menarik. Saya hairan, ramai muslimin yang ingin membantu muslimat tadi mendapatkan calon suami. Mereka berpendapat, rugi sangat kiranya muslimat tadi dimiliki oleh orang tidak faham Islam. Jadi tidak rugikah kita jika muslimat yang memiliki suboptimal beauty dimiliki oleh orang yang tidak faham islam? Adakah rugi itu hanya untuk wanita cantik? Alangkah malangnya..

Tempoh masa kesuburan wanita sangat terhad.

Wanita akan memasuki umur tuanya apabila mencapai umur 35 tahun. Ini bermakna ovum yang dihasilkan selepas itu tidak lagi berkualiti seperti ovum-ovum yang dihasilkan sebelum 35 tahun. If the female partner is 35 years or above, fertility is halved. Fertility declines sharply after age of 37.4 (Jika pasangan wanita berumur 35 tahun atau lebih, tahap kesuburan menjadi berkurang setengah dari asal. Kesuburan akan menurun dengan amat mendadak setelah lebih 37 tahun). Dan 1/10 dari bayi yang dilahirkan oleh wanita berusia lebih 40 tahun mungkin akan mempunyai sindrom Down’s.
Saya sangat terkesan dengan maklumat yang diperolehi ini. Jika unit baitul muslim tidak diutilisasikan dengan tahap yang optimum, saya bimbang ramai di kalangan muslimat yang ditarbiyah akan lewat mendirikan baitul muslim. Tambah bimbang lagi jika berkahwin pula dengan lelaki yang tidak ditarbiyyah dan tiada fikrah. Ataupun tidak berkahwin langsung pun. Alangkah membazirnya ovum-ovum yang berkualiti itu. Mungkin ada yang sudah lupa atau belum habis membaca buku Fathi Yakan; “Saya mestilah memilih wanita yang baik akhlak dan pegangan agamanya sekalipun ia mungkin tidak punya harta kekayaan dan kecantikan…”5

1. Al Quranul Karim, surah Al Mu’minun, ayat 12-14
2. Hadith riwayat Ibnu Majah
3. Najah Nadiah Amran, Isu mengenai wanita Islam dalam pemikiran MB Kelantan,
Subur, hal 14.
4. Campbell & Monga, Gynaecology by Ten Teachers, Arnold, pg 83.
5. Fathi Yakan, Apa ertinya saya menganut Islam, DPF, hal 68.


Sumber : http://permaya.org/yaman/index.php?name=PNphpBB2&file=viewtopic&t=119&start=0&postdays=0&postorder=asc&highlight=
SrikandiMuda...

Category: | 1 Comment


Rasa kurang selesa berada dalam kelas System Analysis and Design (SAAD) semalam. Saya sampai lewat 10 minit ke kelas tersebut, tak perasan jam dah hampir pukul 2 petang. saya masih ghairah menerawang di alam maya, sedang mencari maklumat untuk 'planning future life'. Sekurang-kurangnya saya dapat sedikit over-view tentang sesuatu yang saya cari-cari sebelum ini. Sesampai di kelas, lectutere dah mulakan sesi kuliah, dia berada di bahagian belakang, saya tidak sempat mengesan dimana, hanya suara yang kedengaran. saya mengambil tempat duduk dan cuba memberikan fokus kepada tajuk lecture hari ini. 'Project Planning'.
'Macam tau-tau aku sedang dalam rangka mengemaskan planning hidup' saya bermonolog.
Teruja sedikit dengan topik perbincangan, boleh implimentasi terus konsep planning dalam kehidupan harian. Tapi, mood saya tiba-tiba berubah bila lecturer ke hadapan kelas, mungkin saya kuraang selesa dengan satu keadaan. Sepantas itu fikiran menerawang ke tempat lain. saya masih dapat mengikuti proses pembelajaran tersebut tapi tumpuan agak kurang. Teringat di Baitul Qurra, suasana bumi berkat itu menggamit rindu di dalam hati. Keadaan yang damai, syariat berpakaian menutup aurat dituruti oleh semua warga Bq.

Kelas Sound and Image hari ini agak suram. Mungkin lecturer baru belum lagi familiar dengan kami sekelas. Agak kurang juga yang hadir kelas hari ini, kursus minor daripada sekolah pengajian seni. Saya cuba 'menghadirkan' diri dan minda saya ke dalam kelas tersebut. Saya agak terkilan di satu part, bila membicarakan tentang music, bila ada yang berbicara tentang pub, kelab malam, kelab dangdut, seolah-olah perkara yang cukup biasa bagi semua orang. siap gelak dan merasakan itu satu perkara yang biasa.
"Di Labuan ni banyak kelab malam kan?" spontan pensyarah dari kampus induk itu bertanya yang sebenarnya tidak mengharapkan jawapan daripada sesiapa.
Sekali lagi pilu, terasa terhiris hati saya mendengar. Lalu, saya berdiri dan keluar dari kelas, seketika, ke bilik air. Perlu ditenangkan hati ini. Mungkin bagi sesetangah pihak perkara itu biasa, tetapi bagi saya satu cabaran dan tanggungjawab yang cukup memberatkan bahu memikirkan keadaan persekitaran begini.
Sekali lagi, suasana Baitul Qurra, menggamit rindu yang mendalam...

Menggamit Rindu.

Sebetulnya sejak meninggalkan Baitul Qurra setelah tamat sesi daurah pada cuti semester yang lalu, agak sukar menghilangkan aura ingatan dalam jiwa ini terhadap suasana ketenangan di pusat pengajian ilmu yang sungguh memukau itu. Walaupun sudah sebulan meninggalkan rutin berguru di sana, tidak dapat dinafikan rindu dengan ketenangan yang ada di sana tidak berkurangan. Jika diikutkan hati, ingin sahaja berada lebih lama , dan meneruskan pengajian ilmu yang cukup-cukup dirasakan keperluannya. semakin belajar, semakin terasa kekurangan ilmu. sehingga pernah terfikir-fikir satu ketika, ingin mengubah manhaj kehidupan, jatuh hati dengan budaya menuntut ilmu, dan amalan ruhiyyah di sana. Andailah bukan kerana teringatkan keadaan kritikal bumi di bawah bayu, sudah pasti tiada lagi pertimbangan lain.

Selama sebulan di BQ, terasa barulah ada ruang yang khusus saya peruntukkan untuk diri ini. Mengislah dan muhasabah diri. terasa terlalu lama asyik memikirkan untuk insan lain, untuk adik-adik usrah, untuk adik-adik program, untuk family, untuk sahabat-sahabat seangkatan, sehingga terlalu kurang untuk diri sendiri. Masa di BQ ni lah peluang keemasan persembahan khusus untuk diri ini. Sentuhan tarbiyyah daripada murabbi, Ustaz Hj Zulkifli, Hj Ismail cukup menyentuh tangkai hati yang selama ini ketandusan bisikan tarbiyyah. Bumi Borneo, khususnya Labuan, sangat kekurangan murabbi untuk menyalurkan kesedaran dan menyuntik semangat kepada penggerak dakwah di sini.


Dua Dunia Kita Berbeza

Seminggu terakhir di Melaka, saya mula mendapat mesej-mesej yang menuntut saya untuk kembali kepada realiti kehidupan semasa, kembali memikirkan taklifan yang perlu diteruskankan. Mesej-mesej peringatan tentang program-program kampus, beberapa tugasan yang perlu difikirkan khususnya untuk menyambut ketibaan student baru sekaligus mad'u baru. Saya sedikit terhantuk, seolah-olah baru kembali dari sebuah dunia yang lain. Setelah hampir sebulan saya tidak dituntut untuk memikirkan perkara-perkara tersebut, walaupun sebenarnya tidak pernah hilang dari fikiran, saya agak kekok rasanya. Dunia Baitul Qura' betul-betul memukau. Sehingga pernah saya katakan kepada sahabat seangkatan yang lain, antunna perlu pergi ke sana, ambillah masa untuk menuntut ilmu seketika di sana.

Setelah kembali ke bumi Sabah, sempat seketika singgah di kampung halaman. Terharu rasanya. Satu kesimpulan yang berat untuk diakui, " Saya terpukau dan jatuh hati dengan suasana Thaqafah ilmu di sana, tapi bumi tandus ini sangat-sangat memerlukan. Keutamaanya buat masa ini, di sini." Jauh di sudut hati menanam azam kearah sebuah impian, tapi, bukan untuk direalisasikan sekarang. Biarlah dulu sebagai azam dan impian. yang utama perlu difikirkan, khidmat bakti, curahan tenaga untuk melihat bumi di bawah bayu ini juga merasakan ketenangan hansil pancaran nur Islam. Mungkin agak panjang lagi episod perjalanannya, dan yang panjang itu perlu ada yang memulakan, menggerakkan dan meneruskan. Jika terhenti, maka ianya tidak bermakna dan sia-sia.

Sesekali, hati ini terusik,
Sukarnya mengekalkan amalan ruhiyyah di bumi kontang ini, yang amat senang dikekalkan di sana.
Payahnya menghadapi masyarakat pelbagai ragam di sini, sedangakan di sana warganya menepati syariatullah.
Peritnya untuk mencari ketenangan menerap budaya menuntut dan mengamalkan ilmu di sini, yang menjadi rutin harian penuntut di sana.

Namun, jika bukan kita yang perjuangkan, maka siapa lagi? Di manapun berada maka, tuntutan sebagai khalifah Allah, tidak terlepas.
Lalu, dengan satu senyuman saya berbisik pada diri, dua dunia kita berbeza, tapi, tujuan dan matlamat akhir kita tetap sama.


"Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hatiku dalam ketaatan kepadaMu"

SrikandiMuda...

Category: | 0 Comments


Kira-kira 2.50 pagi tadi, hasni mengetuk pintu bilik saya. Saya terjaga, dia menyampakai berta mengejut.
"Nti, ayah Fiza meninggal dunia"
"Fiza mana?" dalam keadaan belum sedar sepenuhnya saya cuba merespon.
"Adik Fiza lah"
"Siapa bagi tau?"
"Aisyah call ana tadi, dia minta kejutkan nti, dia call tak dapat"
"Innalillahi wa innna Ilaihi rojiun"

Saya mencapai handset d sebelah, 6 missed call, Fiza, Adie, aisyah, siti zu, qatrun,. Huh tak sedar pula sedangkan saya tidak silentkan handphone, terasa agak letih. akhir-akhir ni saya rasa energy dalam badan agak mudah merosot, sangat perlukan rehat, mudah benar merasa letih, kadang-kadang terpaksa tinggalkan sebahagian majlis dan aktiviti.

1 mesej diterima, daripada SU, memaklumkan bahawa bapa Fiza dimasukkan ke dalam hospital. Saya reply bertanya macam mana keadaan bapa Fiza, walaupun hasni dah beritahu tadi, saya inginkan kepastian. SU menelefon saya dan mengesahkan ayah kepada adik usrah saya itu baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Saya capai sweater yang tergantung, dan bergegas ke bilik Fiza. Beberapa sahabiah lain dan adik-adik dah ada di sana ketika saya sampai. Saya cuba menenangkan fiza. Jauh di sudut hati saya berfikir, mampukah saya juga bertenang jika menghadapi ujian sebegitu?

Kebetulan di bilik yang sama juga lebih kurang setahun yang lalu, saya menenangkan sahabat saya, murlidah, ketika dia menerima berita kematian ayahnya. Terkenang, ketika itu, saya cukup kagum dengan kekuatan yang di pamerkan oleh ida, bila saya minta dia berehat dan tak perlu mengikuti meeting yang dijadualkan hari tersebut, dengan tegas dia berbisik kepada saya, "Kan Nti selalu pesan, tidak boleh sayang siapa-siapa lebih daripada sayang kepada Allah"
Saya terpana, sebetulnya pesanan itu hanya mampu meniti di bibir saya, saya belum teruji untuk membuktikannya di alam realiti, melebihkan cinta kepada Allah mengatasi segalanya. Pantas rasa sebak dan air mata tidak terbendung, tercabar dengan semangat kental sahabat saya yang berkobar-kobar ketika itu, kesan tarbiyyah yang sampai ke lubuk hatinya. Tapi sengaja saya sembunyikan rasa itu untuk terus memberi talian semangat kepadanya, dan tanpa sembunyi saya suarakan kepadanya rasa kagum,
"Kalau ana di tempat nti, belum pasti ana sekuat nti. " dia membalas dengan satu senyuman hambar penuh makna, dan saya sangat rindukan semangat itu kini.

Benarlah.., kematian adalah nasihat paling berguna untuk kita. Tanpa diduga, tanpa ada penangguhan, tanpa sebarang warning pun, andai tiba saatnya, pasti, tanpa bertangguh walau sesaat, kita pasti di jemput oleh sang Izrail yang sangat patuh dan taat kepada Pencipta Alam.Kita sebagai hamba yang tidak punya kudrat, tidak mungkin mampu sedikitpun mengelak daripada ketentuan Allah.

Marilah kita sama-sama mengambil pengajar yang amat berguna diatas setiap berita kematian yang kita terima dengan bertanya pada diri, ' Turn aku bila lagi?'. Justeru, beringat sahaja tidak cukup, perlu kita susuli dengan tindakan menanam benih kebajikan dengan harapan kita mampu mengutip hasil di akhirat nanti. Maksimakan amalan semampu yang ada, jangan kita lupa, setiap apa yang kita buat walau sekecil zarah, pasti Allah berikan ganjaran. walaupun mencetak risalah-risalah edaran, bersengkang mata memikirkan pengisian program, menjana pemikiran untuk mempromosikan program agama, meeting pengurusan organisasi sehingga lewat malam, menaip buku program, memikirkan menu makanan peserta, hatta menghantar satu mesej peringatan sekalipun, dan setiap detik yang kita persembahkan dalam misi 'menolong' agama Allah, yakin dengan segenap keyakinan bahawasanya pasti akan menjadi bekalan untuk hari perhitungan kelak. Mari kita sama-sama persembahkan ketaatan yang mutlak kepada Allah, dalam misi mendapatkan 'tittle' anak soleh dan solehah, sehingga doa kita boleh menjadi talian hayat, saluran amalan tidak berpenghujung kepada ibu bapa kita bila mereka telah pergi menghadap yang Esa.

Semoga Allah memberi ketabahan yang kental kepada adik usrahku Hafizah Zainal Abidin untuk hadapi ujian yang DIA berikan. Kesabaran dan keredhaan terhadap ujian yang mendatang akan mengundang redha dan kasih ALLAH hendaknya...


SrikandiMuda...

Category: | 2 Comments

Melalui pengamatan dalam penulisan di beberapa blog yang sempat saya santap, khususnya yang membicarakan tentang gerakan mulimat, sungguh, nadanya sehala. Terdapat beberapa pandangan yang sedikit berbeza, cuma kebanyakannya sama. Majoriti antara mengeluh dan mengharap. saya berfikir, adakah penulisan ini juga ingin menambahkan lagi keluhan-keluhan terhadap kelesuan muslimat atau lontaran-lontaran harapan terhadap nafas kebangkitam muslimat? mengkin agak payah untuk saya keluar dari lingkungan persoalan ini.

Siapa kata muslimat tidak sedar?

Tidak sama sekali. andai ada pihak ingin labelkan penggerak muslimat kini tidak sedar, maka bagi saya kurang tepat label tersebut. Masakan tidak sedar, dengan banyaknya penulisan berbentuk kesedaran tentang betapa perlahannya gerakan muslimat kini Hentaman-hentaman pedih dan cukup menyakitkan telinga juga dilontarkan bukan sahaja oleh kaum adam malah, muslimat sendiri sudah ramai yang berani menghentam kelesuan gerakan muslimat.
Lantas, saya tidak bersetuju jika ada yang kata, Muslimat tidak sedar.

Muslimat = malu

"Muslimat sifatnya tersembunyi"... Teringat ungkapan guru saya ketika program daurah di Baitul Qurra, Melaka, baru-baru ini. Atas alasan ini kah muslimat senyap? semalaman saya berfikir tentang kenyataan ini. Teringat kisah Zainab al-Ghazali dan komitednya dalam memimpin gerakan muslimat ikhwanul muslimin, terkenang pula pengorbanan agung, kekasih hati Baginda, Siti Khadijah dalam episode hidupnya menemani perjuangan kekasih Allah. Tersembunyi yang dimaksudkan bukannya bererti berdiam diri, juga bukan pemerhati jarak jauh, apatah lagi menjadi tukang angguk dan geleng semata-mata. hayati makna madah "tangan yang menghayun buaian akan menggoncang dunia". lalu,adakah muslimat tidak perlu kehadapan? muslimat duduk rumah mengasuh anak-anak? lantas siapa yang perlu menangani masalah ummah yang tertuju terus kepada kaum HAWA. Gerakan Sister In Islam (SIS) satu contoh ancaman yang amat menggerunkan kepada kedudukan muslimat generasi akan datang. Boleh jadi berlaku kecelaruan dalam menilai kedudukan muslimat dari sudut pandangan Islam dengan pemanipulasian hujah dan fakta daripada golongan yang cukup berani ini. Lantas wajar lagi kah kita memilih untuk menjadi penggerak belakang tabir yang memang cukup terkebelakang?

Muslimat Proaktif

"Akak apa tajuk usrah akak malam ni?" Soal pengarah program PPMI yang sedang strugle menyiapkan persediaan- persediaan terakhir program tersebut. "Be Proaktive" dengan ringkas aku membalas sms tersebut. Masalah muslimat yang seringkali dikaitkan dengan emosi yang tidak menentu, gerakan yang lembab dan banyak lagi kenyataan-kenyataan yang cukup menjengkelkan cukup mengundang rasa keinginan untuk mencetuskan sesuatu yang boleh menjadi titik perubahan paradigma muslimat khususnya yang berada bersama-sama dalam gerakan Kampus ini.

Segalanya bermula dengan kita menilai kelemahan kita dan cuba memperbaikinya dari dalam diri sendiri. Jika masing-masing masih lagi terus dan terus menuding jari terhadap masalah itu dan ini, punca itu dan ini, kita tidak akan menemui satu jalan keluar daripada kemelut muslimat lesu yang semakin dicanang hebat oleh semua ahli gerakan seluruh tempat.

Sudah cukup banyak rasanya keluhan yang telah kita sumbangkan dan harapan yang kita persembahkan yang kita sendiri tidak tahu kepada siapa. sebetulnya harapan yang tinggi itu kita tujukan selayaknya kepada diri kita sendiri untuk terus menjadi satu pencetus kepada satu anjakan yang boleh menyumbangkan sesuatu kepada ummah. Walau medan mana pun yang menjadi pilihan kita, yang penting sudah pasti bukan memilih untuk berdiam diri.

segala potensi diri sebagai mahasiswi yang berada di dunia intelektual, kita seharusnya mampu mengenalpasti potensi diri dan memaksimakan penjanaan pemikiran dan sumbangan seiring dengan kemampuan yang kita ada. Jangan bazirkan masa, tenaga dan potensi akal kita hanya kepada perkara-perkara yang merugikan dakwah kita.

saya sendiri terkadang buntu dalam mencari jalan keluar dari kepompong semasa gerakan muslimat. Terkadang idea dan tindakan agak terbatas dengan pelbagai kekangan, tapi saya juga cukup risau dan bimbang dengan perkembangan potensi dan gerakan muslimat yang cukup perlahan. Tidak keterlaluan jika saya mengatakan kebanyakan ahli gerakan Islam khususnya muslimat agak malas berfikir. Tidak berminat menjadi pencatur, hanya berpuas hati dengan sumbangan sebagai penggerak, pekerja yang mendengar dan mematuhi setiap arahan.

dalam kebuntuan memikirkan di mana sebenarnya langkah harus bermula.. saya mencapai telefon dan menaip sms kepada sahabiah seangkatan, ada satu usrah + sesi brainstoming yang akan diadakan, kita perlu berganjak... bersambung


SrikandiMuda...

Category: | 3 Comments

Kembara yang bakal berakhir ini,
kurasa ada yang belum ku lengkapi,
malah semakin rumit ku kira kini,
seperti semua perlu kumulai...

Ku mula berkira-kira,
meneliti manhaj setiap fasa,
menjangkaui penilaian terbuka,
mengimbangi keperluan massa...

Sesak dada ku ini,
dengar pesan, bicara murabbi,
satu persatu perlu kuperhalusi,
sebelum dicapai sebuah solusi...

Sebuah pertanyaan itu,
hanya mampu ku jawab lesu,
kerana aku sungguh keliru,
apakah waktu ini yang kutunggu...

Kesamaran perlu ku perjelaskan,
pertanyaan perlu ku beri jawapan,
perancangan perlu ku perkemaskan,
namun, tanggungjawab perlu ku lunaskan...

Lalu, ku perlu sedikit pengertian,
kembara ini, ingin ku teruskan,
Aturan langkah mencari haluan,
mungkin ke arah kota impian...

Izinkan ku kelana lagi,
moga pulang dengan jawapan pasti...


SrikandiMuda...

Category: , | 3 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung...

Insan-Insan Yang Pernah Mentarbiahku di Beach Campus.

"Mana untuk akak2?" pertanyaan yang mengundang seyumanku.
Agaknya jika ada orang yang melihatku di hadapan PC ni, mesti rasa pelik tiba2 senyum sendiri. Membaca YM dr akak (boleh la di kira akak, bru jak jd tua hehehe) cik mek klate.

"Takut nak dedikasi untuk akak2"... jawapanku sudah pasti membuatkan akak yg pernah menjadi naqibahku itu berkerut dahi. Namun, kuyakini dia memahami maksud tersirat yang ku selitkan dalam jawapan bersahaja itu.

Menjejakkan kaki di beach campus ini, lebih kurang hampir 2 tahun yang lalu, satu pengalaman luar jangka yang ku kira akan menjadi permata pengalaman berharga dalam kamus hidup yang pastinya akan ku kongsikan kepada penyambung2 mata rantai perjalanan yang panjang ini. Tidak ingin aku ceritakan di sini kisah2 tersebut. apa yang ingin ku coretkan adalah berkisarkan insan-insan yang telah mentarbiyahku di pulau ini.

Perkenalan pertama di pantai pohon batu merangkap pelajaran pertamaku di sini. Minda yang kukira sudah cukup bersedia untuk ditrain dengan corak baru itu rupanya tersalah bersedia. :) Lain perkara yang kujangka, lain pula yang terjadi. hikmahnya cukup banyak kurasa kini. Melihat raut wajah senior2 ajk program itu yang kebanyakan nya baru pertama kali ku jumpa kecuali beberapa orang yang memang dah kenal sebelum ni, ku letakkan satu harapan, akan ku kaut segala ilmu dan pengalaman dari antum untuk menjadi aset langkah ini.
"Keadaan di sana berbeza." pesan salah seorang sahabatku dalam satu latihan persediaan menghadapi alam kampus. mahu sahaja aku menyatakan betapa tidak puas hatinya aku dengan kenyataan berulang kali mereka2 yg sudah merasai alam kampus itu. Asyik2 keadaan berbeza. Apa juga masalahnya sangat. yang penting kita faham dasar, tak kan lah boleh terlepas. minda cetek ku pada masa itu membuat kesimpulan mudah.

Rupanya begini.. itu sahaja jawapan pendek dan padat yang kusimpulkan bila aku mula merasai alam kampus. Bukan pengalaman itu yang ingin aku ceritakan lanjut di sini..

insan-insan yang telah mentarbiyyahku di sini,

naqibah2 ku yang kukira-kira dalam 4 orang yang masing2 dengan pembawaan tersendiri. Ingin sahaja aku mengaut semua ilmu yang mereka ada. dan yang paling penting adalah semangat belajar dan mengajar cukup luar biasa ku perhatikan. mesti ada yang memandang sinis kenyataanku ini, tapi, serius, aku bukan main-main. semangat yang mereka paparkan untukku dan rakan-rakan sehalaqah ku, cukup aku kagumi. mungkin ya, dari sudut ilmu, pengalaman, masing2 sama-sama belajar, tapi, semangat kesungguhan keempat-empat org naqibahku cukup mencabar semangatku, untuk aku terjemahkan kepada adik2 usrahku akan datang dan yang berada nun di bumi bertuah sandakan. :) Tidak dinafikan terkadang dapat kukesan sedikit pudar semangat itu, dan pada detik itulah hatiku gusar. Aku ingin melihat insan-insan yang mentarbiyahku ini terus dan terus bersemangat.

Insan-insan yang mentarbiyahku di sini,

Seperkara yang paling aku tidak senangi bila mereka seolah-olah mengangkat sepanduk, "kami tidak mampu", ''kami tidak layak". "Siapalah kami",. Siapa yang menentukan layak tidak layaknya? mampu tidak mampunya? aku tidak bersetuju dengan kenyataan mana-mana pihak yang mengatakan tahap kemampuan kami memang begini. tidak sama sekali. aku cukup kagumi kalian dalam keadaan tekanan yang sangat dasyat, langkah masih mampu diatur kemas. Aku sendiri tidak tahu mampukah bertahan dalam tekanan sebegitu. Kalaupun antum/na tidak ingin mengakuinya, itulah hakikat yang aku lihat.
Aku hanya bersetuju bila ayat itu di ubah kepada, "kami tidak mahu". Kalau memang tidak mahu. aku akui memang sekadar itu sahaja lah. Perkara yang paling aku tidak senangi adalah rendah diri yang tidak bertempat, yang mencantas habis segala potensi yang ada.

Insan-Insan yang mentarbiyahku di sini,

Perkongsian ilmu dan pengalaman daripada senior2 yang mula-mula mengalu-alukan kehadiranku dalam keluarga besar ini cukup aku segani. satu penghargaan di luar jangkaanku bila mereka letakkan kepercayaan sehingga tahap itu. dan atas titik permulaan itu, ingin ku rakam setinggi-tinggi terima kasih atas kepercayaan antum yang menjadikan permulaan itu cukup manis dengan keadaan semangat yang masih berkobar-kobar...
ingin ku titipkan salam kasih sayang buat mereka yang kebanyakannya sudah pun terjun ke medan yang pastinya lebih mencabar, dan aku sangat mengalu-alukan talian hayat, yang tidak putus-putus untuk menyalurkan segala bentuk perkongsian ilmu dan pengalaman dari kalian semua.

Besarlah harapan daripada insan kerdil yang pernah mendapat sentuhan tarbiah daripada antum/na agar satu hari nanti dapat ku dengar antum/na lah menjadi sebaik2 insan yang di mana pun dicampakkan maka memberi manfat kepada insan lain.

Ahli Keluargaku sekalian


ingin ku nyatakan kepada kalian ada satu perkara yang sangat aku kesali dalam kalangan kita semua adalah ketelusan. aku tidak menujukan kepada mana-mana pihak secara khusus, tapi, perkara ini kurasakan secara menyeluruh termasuk diri ini sendiri. Bahasa paling mudahnya, kita belum menjadi keluarga yang saling menampung, saling mencurahkan kasih tanpa syarat. segala-galanya masih perlu bersyarat. tidak kira lah apa pun syaratnya, apapun dasarnya yang penting bagi kita masih perlukan syarat untuk menampung, perlukan syarat untuk mengasihi dan menyayangi.

Maaf, mungkin ini agak sakit untuk kita sama-sama terima,

dia naqibahku, dia anak usrahku, dia selajnahku, dia pengarah program, dia pengerusi lajnah, dia peneraju kepimpinan, dia pimpinan tertinggi, dia ahli di bawahku,. syarat syarat untuk kita saling menampung...

maka jika syarat ini hilang, lesap, maka lesaplah sekali kasih sayang, dan kesungguhan kita untuk saling memberi dan menerima???

Jika dia bukan lagi anak usrah, buka lagi kepimpinan, bukan lagi pengerusi lajnah atau apa2 sahaja syarat yang hilang, maka perlukah berubah kasih sayang keakraban kita?

Ingin aku tutup persoalan ini untuk kita sama-sama fikirkan. mungkin untuk menjadi titik rujukan kita, lihat sahaja ibu yang mengandungkan kita, seteruk mana pun anak-anaknya, jahat mana pun, nakal mana pun , dia tetap mencurahkan kasih tanpa syarat yang luar biasa... menerima sadaanya segala kondisi...walaupun anak itu dah besar panjang dan semakin melupakannya. bagaimana kita boleh mengimplimentasikan kasih ibu tanpa syarat dalam kehidupan Family kita ini?


Insan- insan yang pernah mentarbiyahku di sini,
Sahabat- sahabiah seangkatan,
Adik-adik harapan penerus langkah ini,

ingin aku nyatakan di sini, bahawa, selain Family kita di kampung,
kita ada satu family besar seantero dunia yang kasih sayang dan ambil berat mereka pada kita dasarnya akidah pada al-Khaliq... maka sediakan diri dengan segenap ketelusan, untuk menjadi ahli keluarga ini, yang suka dan duka kita akan dirasai bersama. andai masih ada dalam fikiran kita ingin sakit sendiri, ingin senang sendiri, maka, kita sebenarnya belum bersedia.

Diri inilah yang paling perlu bermuhasabah...


p/s maaf jika penulisan kurang difahami... :)

SrikandiMuda...

Category: | 4 Comments

Assalamualaikum....

Minggu-minggu peperiksaan akhir begini, agak jarang dapat ketemu dengan sahabat-sahabat. maklumlah, segala aktiviti berpusatkan persiapan exam... meeting, kelas juga telah berakhir.

agak kurang tenang menelaah pelajaran, lantas mengambil keputusan untuk mencoretkan sebuah dedikasi khas buat teman-teman sekalian....

Adik-adik Usrahku

Walaupun minggu final dah terasa auranya, pagi tadi Allah masih beri kesmpatan waktu untuk kami bertemu dalam halaqah di tepi pantai, di iringi desiran ombak yang tidak pernah berhenti memukul pantai. Walaupun tidak semua dapat hadir, kuteruskan juga perancangan untuk berjumpa dengan adik-adikku di kala musim-musim tekanan study begini. semangat dan aura persediaan exam agak jelas kelihatan di wajah sugul mereka mungkin kerana tidur lewat atau tidak tidur semalaman. Paling kagum aku melihat, walaupun di keheningan pagi ku aturkan pertemuan ini, pae, masih semangat membawa buku dan laptopnya. tersenyum dengan sedikit tercabar di dalam hati dengan semangat adik2 dalam jihad akademik. perbualan mereka juga kebanyakannya berkisar tentang kelas Intent-C dan segala persediaan menghadapi exam.

Ingin sekali rasanya aku membentangkan kepada adik2ku bahawa, hati ini berdetik semoga semangat yang mereka paparkan ini, akan dapat di adaptasikan dalam persediaan menempuh 'Final exam' yang menentukan kedudukan kita di hadapan Rabbul Izzati.

tapi, pagi ini, tidak ingin ku menjejaskan semangat study mereka lantas aku mendengar sahaja tanpa mengulas panjang. cuma adik2, mungkin dalam pertemuan seterusnya akan ku cuba sampaikan hasrat hati yang tinggi menggunung ini.

agak terharu juga bila di hujung perbincangan Hafiza bertanyakan kepadaku tentang keberkatan ilmu yang kita perolehi, keredhaan ibu bapa dan kaitannya dengan usaha yang kita persembahkan. Alhamdulillah, adik2 tidak pernah melupakan perkara-perkara basic itu. Lantas kujawab semampuku, senyuman adik2 mendengar jawapanku, melegakan hatiku. lantas Aida, adik usrah yang paling lama bersamaku, menyambung "akak, keredhaan Allah, diatas keredhaan ibu bapa kan?" aku mengangguk dalam senyuman.

siti zu agak kekok berbual denganku pagi ini, bila dia bersuara, "akak, minta maaf".. haa, baru teringat, rupanya dia berasa bersalah tidak hadir dalam hari keluarga yang lalu. "Akak dah lupa.. sebenarnya" jawabku bersahaja.. ingin kuruntuhkan gap diantara kami yang berpunca dengan rasa bersalah itu. mungkin adik2 belum lagi biasa dengan sikapku, tidak mengapa lah, kami dalam proses saling mengenali. Aku sukakan ketelusan dalam persahabatan. jika tidak mampu, katakan tidak mampu, jika ada masalah, kongsikan semampunya. jika tidak faham, bertanya, dan jika perlukan nasihat mintalah kepada sesiapa yang kita percayai... Tidak ada sebab untuk kita berdiam diri, dan memendam rasa yang terbuku dihati,lantas mencemarkan keharmonian yang kita sama2 bina.

Pah banyak diam pagi ini, mungkin tengah menghadam sesuatu.. teruskan pencarian, penelitian dan pengkajian semoga ketemu sesuatu yang berharga untuk bekalan langkah2 seterusnya yang akan semakin mencabar. Jum, bercerita tentang jihad, dengan usaha mengeluarkan dalil2 yang berkaitan, aku percaya, adik2 usrahku, mampu meneruskan langkah ini dalam mengejar satu misi yang pasti. Medan ini akan sama-sama kita tempuh...

Buat semua adik2 usrahku, selamat menduduki final exam yang tinggal beberapa detik sahaja lagi, semoga kita semua dipermudahkan menjawab dan di berkati olehNya, jangan pernah lupa konsep tawakal yang kita bincangkan bersama. Sekalung kemaafan kupohon atas kekurangan ilmu, kesalahan kata, kekasaran tutur dan segala yang meninggalkan yang tidak menyenangkan di hati antum. Terkenang pula adik2 usrah ku sebelum ini, ingin sekali aku mengatur pertemuan bersama mereka, hmm semoga ada kesempatan waktu.



Sahabat2 Sebarisanku

Sungguh berbeza keadaan aku mengendalikan majlis dengan adik2 berbanding dengan sahabat sebarisanku. ada sesuatu yang ingin ku capai dalam era kepimpinan ini, untuk sahabat-sahabat seangkatanku. mungkin ada yang kurang senang dan sebagainya, terlebih dahulu kupohon kemaafan kepada antunna.

Mungkin ada di kalangan sahabiah yang merasakan aku sekadar berkata-kata bila aku menyatakan bahawa aku cukup kagum dengan semangat dan keinginan mereka. ingin aku tegaskan di sini, aku bukan main2 dalam kenyataan itu, sungguh aku kagum dengan kalian. Agak privasi untuk ku bicarakan satu-persatu disini, cuma cukuplah kalian tahu yang aku kagum dengan kalian.

Mungkin ada beberapa masalah yang kita hadapi yang agak mencalar kemulusan ukhuwah yg kita bina, namun, bukanlah titik penghalang untuk kita sama2 bina keserasian dan kesefahaman agar kita mampu meningkatkan momentum keupayaan kita dalam arena pemikiran dan tindakan... bila aku analisis semula, satu kombinasi yang cukup 'smart' bila di adun dengan baik. jiwa-jiwa antunna lah yang menguatkan pasak kaki ini untu terus dengan agenda taklifan yang sungguh berat ini.

Dua perkara yang kita bincangkan, sangat perlu kita titik beratkan bersama, tolong ingatkan aku, dan sahabat lain bila terlupa dengan dua perkara ini. Disiplin dan budaya Ilmu... ini lah kelemahan paling bahaya yang kulihat perlu kita atasi bersama. andai kita mampu mengubah corak langkah kita dalam 2 perkara ini, aku yakin dan pasti, hasilnya diluar jangkaan kita! ayuh ubah strategi

Budaya berfikir yang sering menjadi perbualan akhir2 ini, sangat perlu kita titik beratkan. Jangan biar detik masa berlalu, dengan fikiran kosong yang menerawang entah ke mana, fikirkan sesuatu untuk perjuangan ini. Luaskan konteks pemikiran, fikir lah sejauh yang boleh, asah dan jangan biarkan akal kita berkarat kerana lama tidak digunakan.

Berbincang di ruang privasi kita, dalam musyawarah anjuran Baginda Rasul. jangan pernah ada yang dipendam-pendam, merasa sakit sendiri dan membiarkan sahabat2 selamanya tidak mengerti. jangan terlalu dilayan dek perasaan kecil hati yang sering menjengah, 'Area of interest' kita bukan itu lagi. kita ada agenda besar yang perlu difikir dan diselesaikan.

Dalam musim final exam ini, clearkanla segala yang belum clear, selesaikan semua yang perlu di selesaikan. kita perlukan fokus dalam belajar, fokus sebenar-benar fokus! kerana kita bukan sekadar menyelesaikan peperiksaan yang memang wajib kita selesaikan, tp, kita ingin persembahkan kepada DIA segalanya yang terbaik. (Teori kek yang cantik).
Permohonan ampun maaf ku titipkan buat semua sahabat/iah seangkatan, sebarang kekasaran, ketelanjuran kata, dan perbuatan, mohon diampunkan. doakan kejayaan bersama dalam exam ini, dan exam di 'SANA' nanti.


Sahabat2ku Nun Jauh di sana...

tidak ada ungkapan kata yang boleh aku gambarkan betapa inginnya aku bertemu dengan kalian, menyuntik semangat baru yang kian pudar dek lamanya kta terpisah. dari jauh ki titipkan doa semoga semua dipermudahkan dalam imtihan ini. walau jauh jasad kita terpisah, namun tautan hati tidak renggang. Detik masa yang berlalu, mengimbas kenangan suka duka kita bersama.. buat cik2 yang sedang strugle di pecutan akhir, tidak kiralah, cikgu, kaunselor n cik MPP upsi, cik biomedic UKM , cikgu UKM, ustazah n cikgu UM, cik dakwah UDM, sosialis2 UUM, Teacher,cik geologi , kaunselor UMS, project manager UMP, cikgu IPG dan kalau2 ada yang tertinggal maaf, semualah,.. semoga tenang dalam persediaan minit2 akhir ni..,.

Termasuk juga sahabat2 lain, mujahid2 UTMKL, IPS MIRI, UMT, UNIKL,UUM dan semualah...

Dimana pun berada, jangan lupa refresh niat untuk pulang ke bumi bertuah , medan tarbiyah n dakwah kita bersama... :) moga percaturan kita seiring dengan percaturan ALLAH...


Akhir kalam selamat menduduiki Final Exam kepada semua....

Diri inilah yang paling wajar bermuhasabah...




SrikandiMuda...

Assalamualaikum dan salam kasih sayang...

Makan di Standing Party

Assalamu ''alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Mau tanya, gimana hukumnya makan di acara standing party yang sekarang banyak dilakukan saat resepsi pernikahan? Padahal di situ kan minim tempat duduk. Gimana?

jawaban

Assalamu ''alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Kami mungkin tidak akan menjawab apa yang anda tanyakan tentang istilah standing party. Yang ingin kami jawab adalah apa hukum makan dan minum sambil berdiri.

Lho apa bedanya?

Mungkin begitu Anda akan balik bertanya. Kami katakan bahwa keduanya beda. Standing party tidak semata-mata hanya urusan makan atau minum sambil berdiri, tetapi ada istilah party, yaitu pesta. Maka jelas ada beda antara standing party dengan sekedar makan atau minum sambil berdiri.

Setidaknya, sebuah standing party sejak awal memang diniatkan agar para tamu sengaja tidak duduk ketika makan dan minum. Sedangkan makan dan minum sambil berdiri, bisa saja dilakukan karena kebetulan, bukan semata-mata disengaja sejak awal.

Hukum Makan dan Minum Sambil Berdiri

Dari umumnya tulisan para ulama dan literatur yang kita baca di mana-mana, kalau ada pertanyaan seperti itu, jawabannya mudah ditebak.

Ya, benar, hukumnya haram.

Dan dalilnya adalah dalil yang juga sering kita temukan dalam berbagai situs keIslaman. Salah satunya adalah dalil berikut ini:

Dari Anas radhiyallahu ‘anhu, beliau mengatakan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang sambil minum berdiri. (HR Muslim no. 2024, Ahmad no. 11775 dll)

Dari Abu Sa’id al-Khudriy, beliau mengatakan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang minum sambil berdiri. (HR Muslim no. 2025)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah kalian minum sambil berdiri. Barang siapa lupa sehingga minum sambil berdiri, maka hendaklah ia berusaha untuk memuntahkannya.” (HR Ahmad no 8135)

Sehingga dengan banyaknya literatur yang menyebutkan keharaman makan dan minum sambil berdiri, keseringan kita pun juga akan mengatakan hal yang sama, yaitu makan dan minum sambil berdiri hukumnya haram.

Hadits-hadits Yang Membolehkan

Ternyata setelah ditelurusuri baik-baik di beberapa kitab hadits, kita menemukan juga hadits-hadits yang sekiranya malah membolehkan makan dan minum sambil berdiri. Dan hadits itu juga kuat dari segi sanadnya. Antara lain:

Dari Ibnu Abbas beliau mengatakan, “Aku memberikan air zam-zam kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Maka beliau lantas minum dalam keadaan berdiri.” (HR Bukhari no. 1637, dan Muslim no. 2027)

Dari An-Nazal, beliau menceritakan bahwa Ali radhiyallahu ‘anhu mendatangi pintu ar-Raghbah lalu minum sambil berdiri. Setelah itu beliau mengatakan, “Sesungguhnya banyak orang tidak suka minum sambil berdiri, padahal aku melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah melakukan sebagaimana yang baru saja aku lihat.” (HR Bukhari no. 5615)

­)

Dari Ibnu Umar radhiyallahu ''anhu berkata, "Dahulu kami makan di zaman Rasulullah SAW sambil berjalan, juga kami minum sambil berdiri. (HR At-Tirmizy 4/300 dengan status Hasan Shahih)

­)

Dari Ibnu Abbas radhiyallahu ''anhu berkata, "Nabi SAW minum air zamzam dalam keadaan berdiri (HR At-Tirmizy 4/301 dengan status Hasan Shahih)

Maka kalau kita simpulkan, ternyata memang ada hadits-hadits yang menyebutkan bahwa para shahabat makan sambil berjalan, atau minum sambil berdiri. Bahkan Rasulullah SAW pun disebutkan minum air zamzam sambil berdiri.

Lepas dari masalah pro dan kontra, kenyataannya hadits-hadits itu memang nyata ada. Dan At-Tirmizy yang meriwayatkannya tegas menyatakan bahwa statusnya adalah Hasan Shahih.

Maksudnya?

Menurut sebagian ulama, kalau Al-Imam At-Tirmizy mengatakan suatu hadits berkekuatan hasan shahih, maka ada dua kemungkinan.

1. Kemungkinan pertama, hadits itu punya 2 sanad. Sanad pertama hasan dan sanad kedua shahih.

2. Kemungkinan kedua, hadits itu punya 1 sanad saja, oleh sebagian ulama dikatakan hasan dan oleh ulama lain disebut shahih.

Hadits Lainnya

Dalam riwayat Ahmad dinyatakan bahwa Ali bin Abi Thalib mengatakan:

Apa yang kalian lihat jika aku minum sambil berdiri. Sungguh aku melihat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah minum sambil berdiri. Jika aku minum sambil duduk maka sungguh aku pernah melihat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam minum sambil duduk.” (HR Ahmad no 797)

Dari Ibnu Umar beliau mengatakan, “Di masa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam kami minum sambil berdiri dan makan sambil berjalan.” (HR Ahmad no 4587 dan Ibnu Majah no. 3301 serta dishahihkan oleh al-Albany)

Di samping itu Aisyah dan Said bin Abi Waqqash juga memperbolehkan minum sambil berdiri, diriwayatkan dari Ibnu Umar dan Ibnu Zubaer bahwa beliau berdua minum sambil berdiri. (lihat al-Muwatha, 1720 - 1722)

Beda Pendapat

Mungkin anda akan balik bertanya, kenapa kalau bertanya di rubrik ini, selalu malah tambah bingung, karena selalu disuguhi dengan perbedaan pendapat dan dalil yang saling bertentangan.

Kenapa tidak ditampilkan satu dalil saja yang paling kuat lalu yang lain ditolak? Juga kenapa tidak diambil satu pendapat saja, lalu yang lain dibuang, biar tidak selalu dalam keadaan bimbang?

Jawabnya, kami tidak pernah dididik untuk membuang suatu dalil yang sekiranya masih dijadikan landasan oleh para ulama. Kami juga tidak diajarkan untuk terlalu mudah menafikan jawaban para ulama.

Rupanya pendidikan di Fakultas Syariah LIPIA selalu mengajarkan bahwa kita harus jujur dengan ilmu. Apa yang memang dikatakan oleh para ulama, lepas apakah kita sepakat atau tidak dengan pendapat mereka, harus secara ikhlas kita sampaikan. Bahwa kemudian kita sepakat dengan pendapat mereka, atau tidak sepakat, lain urusannya.

Tentunya kami pun tahu bahwa sekian banyak pembaca rubrik tercinta ini terdiri dari beragam latar belakang paham dan mazhab fiqih. Rasanya bukan pada tempatnya untuk menggiring opini pribadi kepada suatu pendapat pribadi.

Mungkin hal itu memang tidak bisa dihindari 100%, namun setidaknya upaya untuk bersikap seimbang, balance, dan adil, tetap harus dijunjung tinggi.

Untuk itu kami tampilkan juga hadits-hadits dan pendapat-pendapat yang sekiranya membolehkan makan dan minum sambil berdiri.

Pendapat 4 Ulama Mazhab Tentang Makan dan Minum Sambil Berdiri

1. Mazhab Al-Hanafiyah

Menurut pandangan mazhab ini, makan dan minum sambil berdiri hukumnya adalah karahah tanzih. Maksudnya dibenci atau tidak disukai.

Namun mazhab ini mengecualikannya dengan mengatakan bahwa dibolehkan minum air zamzam atau air bekas wudhu sambil berdiri.

Pendapat mazhab ini bisa kita lihat dalam Ibnu Abidin jilid 1 halaman 387.

2. Mazhab Al-Malikiyah

Dalam pandangan mazhab ini, hukum makan dan minum sambil berdiri dibolehkan, tidak ada larangan. Jadi siapa pun boleh untuk makan atau minum sambil berdiri.

Kalau kita teliti kitab-kitab seperti Al-Fawakih Ad-Dawani jilid 2 halaman 417 dan Al-Qawanin Al-Fiqhiyah halaman 288, maka kita akan dapat keterangan seperti itu.

3. Mazhab As-Syafi''iyah

Mazhab ini mengatakan bahwa minum sambil berdiri adalah khilaful aula (menyalahi keutamaan). Jadi bukan berarti haram hukumnya secara total.

Silahkan periksa kitab Asy-Syafi''iyah, semisal kitab Raudhatuttalibin jilid 7 halaman 340 dan kitab lainnya seperti Mughni Al-Muhtaj jilid 1 halaman 250.

4. Mazhab Al-Hanabilah

Dalam pandangan salah satu riwayat mazhab ini, dikatakan bahwa mazhab ini cenderung tidak mengatakan ada karahah (kebencian) untuk minum dan makan sambil berdiri.

Namun dalam riwayat yang lain malah disebutkan sebaliknya, yaitu mereka mengatakan justru ada karahah (kebencian).

Silahkan periksa Kitab Kasysyaf Al-Qinna'' jilid 5 halaman 177 dan juga kitab Al-Adab Asy-Syar''iyah jilid 3 halaman 175-176.

Kesimpulan:

Jadi kesimpulannya, makan dan minum sambil berdiri ada yang mengatakan haram, makruh dan ada yang mengatakan boleh tanpa karahah. Intinya, hukumnya khilafiyah juga.

Wallahu a''lam bishshawab, wassalamu ''alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Ahmad Sarwat, Lc

Sumber: http://www.ustsarwat.com/search.php?id=1211509121

sama-sama buka minda dan hati kita, jangan terlalu berteori kerana praktikalnya di luar sana amat berbeza dengan yang kita lalu dengan tersusun di sini... mari kita hadam bersama... Perbezaan pendapat itu satu rahmat yang tersembunyi... Islam itu indah dan mudah.. Sahabat, bersiap siaga dengan ilmu dan kefahaman yang tinggi, di arena sana lebih banyak percanggahan dan perbezaan yang akan kita temui.. lantas atur langkah tinggakatkan penguasaan ilmu..

hidup dan kehidupan, berjuang dan perjuangan, korban dan pengorbanan, bukan sesuatu logik akal yang boleh kita selesaikan dengan formula semudah 1+ 2 =3..
cetuskan pemikiran kritikal & kreatif agar di mana pun kita dicampakkan, kita masih menjadi sebaik-baik insan yang bermanfaat kepada orang lain.. salam imtihan kepada semua sahabat2.. semoga bertemu dengan janji Allah di dalam keyakinanmu..

SrikandiMuda...

Category: , | 5 Comments




assalamualaikum dn salam sejahtera....

Agak lama tidak mencurahkan sesuatu di dalam blog ini. bersiri-siri permintaan daripada sahabat-sahabat.. kenapa tidak ada post baru.. terlebih dahulu mohon maaf kepada semua. akhir-akhir ini agak sukar memberikan ruang untuk mencoret sesuatu di dalam blog ini, Dan Alhamdulillah, ketika ini sedikit masa ku curi untuk mencoret sesuatu..

Kuliah "advance multimedia" minggu lalu, menyentuh tentang "area of interest" pada mulanya tidak ada apa yang menarik dengan penerangan yang diberkan oleh lect. tapi bila part Area of interest itu dikaitkan dengan dunia realiti hidup seharian.. tersenyum sendiri aku mengakui di dalam hati... memang perlu fokus kepada area of interest.

kita fokus kepada bahagaian yang memang menjadi perhatian orang. contohnya dalam pembikinan interface games, quality objek yang kita tumpukan adalah kepada main carachter yang akan menjadi center point, tumpuan sudut pandangan pemain game tersebut. qualiti untuk part yang lain contohnya background, boleh kita kurangkan bagi mengurangkan size fail tersebuat. tidak perlu semua bahagian, yang penting area of interest itu kita tumpu sehabias baik. begitulah lebih kurang mesej yang ingin disampaikan oleh lect kami sambil memperlihatkan area of interest sebuah gambar paparan pada skrin.

Begitu juga dalam kehidupan harian kita, contohnya kalau ingin mengemaskan bilik, jika tidak punya banyak masa, maka utamakan area of interest yang memang akan menjadi tumpuan setiap orang yang memerhatikan. di sini pengaplikasian konsep keutamaan perlu berlaku dengan sempurna. mengutamakan yang lebih penting berbanding yang lain.

Setiap orang ada area of interest yang berbeza. masing-masing tau yang mana akan mempengaruhi hidupnya lebih dari yang lain. kuncinya, kena kenalpasti betul2 mana satu sebenarnya area of interest diri kita dari sudut pandangan manusia lain dan pencipta kita sendiri mana satu perlu diutamakan. (pertimbangkan secara serius berkaitan minat, kecenderungan, keperluan, kebolehan dan matlamat akhir) kadang-kadang, kesilapan dalam menentukan keutamaan inilah yang amenjadi satu titik perencat dalam gerak kerja seharian kita. ada pihak yang silap meletakkan keutamaan sehingga kadang-kadang perkara penting ditinggalkan dibelakang, yang kurang penting diberikan tumpuan. Ada pula yang ingin melakukan semua perkara tanpa memikirkan kemampuan dan impaknya kepada diri sendiri., dan itulah yang dinamakan menzalimi diri sendiri. jangan mengambil risiko tinggi dengan berteraskan konsep pengorbanan, sedangakan ada lagi cara lain yang lebih harmoni dan seimbang yang boleh kita tawarkan.

Jangan sesekali kita silap dalam membuat pertimbangan, dan untuk mengadili dan menghukum kesilapan itu, bukan mereka yang memerhati dari jauh. tanpa cuba menyelidik, mengetahui latar belakang perancangan seseorang, terlalu pesimis tanpa sedikit optimis, dengan selamba melabel itu silap ini salah. perkara ini selalu terjadi terutama dalam bergerak dalam sesebuah organisasi ataupun persatuan. seperkara yang kita perlu tahu, setiap orang, ada area of interest tersendiri, dan kita sebagai sahabatnya, berhak untuk memberikan pandangan, kritikan dan saranan, tapi, untuk kita menuntut untuk dia mengubah area of interest itu sepaya selari dengan kita,perkara itu yang tidak wajar.

Menzalimi diri sendiri.

Mengaku boleh menyelesaikan semua tugasan selaras dengan masa yang diberikan, sesuatu yang sungguh positif, jika ianya memang benar boleh kita lakukan, maka itulah yang terbaik. berikan jaminan, yang kita boleh melakukannya. dan berusaha ke arah itu. sekiranya dalam fikiran kita memang boleh lakukan dengan sedaya yang ada, maka teruskan. perkara yang menjadi masalah, apabila sebenarnya kita tidak pandai berenang, tapi kita berjanji untuk mengutipkan mutiara di dasar lautan. apa lah salahnya kita mengakui, kita memang menyimpan hasrat tinggi untuk mengutip mutiara, tapi kita memang tidak pandai berenang. sekurang-kurangnya kita boleh fikirkan secara bersama cara dan kaedah untuk memberikan tawaran2 yang memungkinkan sesuatu yang agak mustahil tadi menjadi sesuatu yang praktikal. Mungkin ada sahabat yang sudi memberi tunjuk ajar cara berenang, mungkin juga ada yang menawarkan pelampung, atau bekalan oksigen untuk menyelam ke dasar lautan. hanya mengaku untuk kita fikirkan bersama penyelesaiannya. bukanlah bermaksud untuk menyerah sepenuhnya tanpa hasrat dan usaha untuk mencapainya. dengan spontan mengatakan tidak mampu dan tidak boleh. keadaan ini juga satu masalah jika tidak langsung ada daya mencuba dan usaha keras. keseimbangan itu penting.


Manhaj Hidup

Perancangan masa hadapan, Perlu dirancang secara serius, dan perlukan pemurnian. bila masuk part ini, pasti ditanya sudah difikirkan kah siapa dia yang akan mengemudi bahtera hidup yang akan datang... "jual mahal, tarik-tali, terlalu memilih, mempermainkan," agak mengguris halus, tapi, tak mengapa, mungkin belum menjadi area of interestku kerana bimbang , masih jauh saat diizinkanNYA... dan, permohonan maaf secara terbuka kepada siapa2 yang terlibat dalam jalan cerita yang agak kompleks ini, semoga tindakan yang dipilih sendiri mendapat panduan dariNya... sekiranya,anda sungguh yakin, dengan petunjuk yang diperolehi, maka, area of interestnya,prepare lah setiap sudut... tidak perlu terlalu terbelenggu dengan sesuatu yang belum pasti, yang pastinya, keperluan mempersiapkan diri kearah kehidupan mendatang.

permohonan ampun kepada Rabb yang maha mengetahui, pimpinlah langkahku, di setiap tindakan... PerancanganNYA yang pasti akan terjadi... Inni Akhafullah...

"Kamu jangan terlalu straight, biarlah seperti menarik rambut di dalam tepung rambut jangan putus, tepung jangan berterabur. "

Fokuslah kepada AREA OF INTREST masing2... tanpa mengabaikan terus background yang bersifat pelangkap. semoga semua boleh dijalinkan dengan sebuah ikatan utuh untuk memperkemaskan gerak kerja menuju MARDHOTILLAH...


::p/s: maaf mungkin tulisan kali ini agak sukar difahami.. tidak pandai pula nak menerangkan. diri inilah yang paling wajar belajar lagi.. salam ukhuwah..


SrikandiMuda...

Category: , | 4 Comments