Subscribe RSS

Tepat masa yang dijanjikan sahabat-sahabat seangkatan telah siap sedia dalam halaqah. Seperti biasanya usrah yang kami laksanakan. Tanpa buang masa, saya mulakan sesi tersebut.

“Hari ini kita tidak akan teruskan silibus usrah macam biasa. Ana ada tugasan untuk antunna semua”. Semua mata tertumpu pada saya. Menunggu ayat seretusnya.

“Hari ni kita akan adakan sesi brainstorming tentang isu air yang melanda kampus kita” pada ketika itu, isu air di kampus masih di tahap permulaan. Belum lagi dapat dijangka sejauhmana masalah ini akan berlanjutan ataupun akan ditangani dengan segera oleh pihak pentadbiran universiti.

“Maksudnya?” tanya seorang sahabat saya yang kebingungan.

“Maksudnya, kita yang ada dalam halaqah ini buat satu pelan tindakan dan matlamat akhir yang paling tinggi kita nak capai dalam isu ini” saya menerangkan.

Setiap orang perlu memberikan pandangan dan pendapat masing-masing tentang penyelesaian terhadap masalah ini. Saya memerhatikan setiap satu wajah-wajah srikandi di hadapan saya ketika itu, saya dapat menagkap sedikit riak mempersoalkan,

“mesti antunna pelik kan , kenapa tugasan ini antunna yangkena fikir, bukan pro-m, bukan MPP?”

Mereka mengangguk.

“Ini tugasan usrah kita, hanya dikalangan kita yang akan gerak secara belakang tabir. Nama yang akan dipublishkan nama MPP, Pro-M dan mana-mana persatuan yangberkenaan. Tapi hakikatnya, tugasan ini kita yang ada ni yang kena gerakkan dulu”

Jauh di sudut hati saya, saya ingin melihat jiwa-jiwa yang ada dihadapan saya ini keluar dari kepompong kampus. Yang hanya berlegar-legar dengan masalah pelajar yang terlalu sempit skopnya. Saya mahu sekurang-kurangnya mereka berinteraksi dengan orang luar, berdepan dengan karenah birokrasi luar dan juga belajar mencari penyelesaian dengan masalah yang lebih besar , bukan lagi bergelumang dengan masalah hati yang tidak kunjung selesai.

“paling jauh kita perlu capai, isu ini dipublish dalam media” ujar seorang sahabat saya sambil menulis perkataan ‘MEDIA’ besar di atas kertas di lantai. Saya sekadar memerhati.

“Kearah itu?”

“kena tahu dengan jelas semua maklumat dan kronologi masalah itu. Kena pergi jumpa orang yang berkaitan” sambung sahabat saya, satu-satunya MPP wanita di kampus kami.

“Ok, senaraikan pihak yang berkaitan” saya pantas menyambung, dah sampai kepada matlamat saya. Tidak mahu memanjangkan sesi malam itu yang menampakkan semua muka-muka penuh semangat.

Akhirnya ada satu senarai pendek pihak-pihak yang perlu ditemui, JBA, Ahli Parlimen, Ketua-ketua kampung. Kami membahagikan setiap pihak kepada PIC dalam kalangan kami.

“ok, set masa dan appoiment ok? Semua PIC bertanggungjawab untuk follow up.”

Ayat terakhir saya sebelum mengakhiri sesi malam itu. Sebenarnya, semua itu akan digerakkan secara strategik oleh barisan MPP Pro-m, tapi, macam yang saya hasratkan, saya inginkan barisan pelapis muslimat ini, keluar berurusan dengan pihak luar. Merasa asam garam dunia luar sebelum terjun meninggalkan alam kampus. Saya akui bukan semudah yang difikirkan, tapi, segala-galanya kena bermula dengan langkah pertama. Saya sudah mual membaca komen dan kritikan daripada semua pihak, mengeluh dengan kelesuan muslimat di semua peringkat, tidak kurang juga yang mengharap perubahan anjakan paradigma dalam corak gerakan muslimat semasa.

Walaupun tugasan itu, banyak yang tergendala dek birokrasi pihak tertentu dan akhirnya apabila isu itu semakin mendesak, satu pelan yang lebih agresif telah dirangka dan digerakkan oleh banyak figure untuk memastikan isu ini ditangani segera.

Satu kesimpulan yang boleh saya buat sepantasnya, setelah melihat wajah-wajah penuh semangat berhubung dengan JBA, berbincang dengan ketua kampung, saya pantas berfikir, semuanya hanya perlukan langkah pertama. Saya tersenyum membaca berita di paparan beberapa akhbar, ‘lebih 1000 pelajar berpiket menuntut penyelesaian masalah air’.

“Ini kerja siapa ni?” tanyaku berseloroh kepada sahabat-sahabat yang ada di bilik, mereka tersenyum penuh makna.

Perlu ada permulaan dan semangat yang membara untuk bergerak. Gerakan muslimat perlukan nafas dan sentuhan baru untuk kumpul semangat dan sekali lagi saya percaya, semua keluhan dan harapan terhadap gerakan muslimat ini perlu di akhiri dengan LANGKAH YANG PERTAMA. Duhai muslimat, bukan hanya mengeluh dan mengharap, kita perlu MULAKAN LANGKAH, padukan semangat. Kepada kaum adam yang gagah bersemangat di luar sana, jangan hanya mengkritik, sila berikan suntikan SEMANGAT tanpa jemu, seperti layaknya seorang PEMIMPIN.

· Mohon maaf kepada pembaca yang tertunggu sambungan artikel ini. Saya hampir lupa untuk menyambung kerana memang ceritanya baru selesai, tp, terlupa untuk sambung cerita. Terfikir tiada sesiapa juga yang nak baca, rupanya ada yang menunggu mohon maaf dan terima kasih.


SrikandiMuda...

Category: | 1 Comment