Subscribe RSS

Assalamualaikum...

Agak lama juga tidak mencoret sesuatu dalam blog ni, sejak minggu exam, sekadar menjenguk tanpa tinggalkan sesuatu untuk santappan pengunjung. memandangkan sepanjang cuti ini, pastinya blog ini lama tidak dapat ku apdate,jadi sebelum berangkat pulang kampung esok,kutinggalkan sedikit sentuhan pena di sini. sebetulnya ketika ini, aku sendiri tidak dapat menduga apa yang bermain di kotak fikiranku. agak bercelaru. dalam perancangan esok aku akan sampai di rumah dan sudah pasti akan kutemui wajah-wajah insan tercinta yang sememangnya amat kurindui... cuma aku tidak merasakan perasaan excited nak balik kampung yang lazimnya pasti terasa di detik-detik nak blik ni...

pening juga menyusun jadual untuk cuti ni. kadang-kadang malas nak fikir dulu. biar lah dulu, nanti tiba masanya, hadapi jak apa yang terjadi... tapi bila fikir balik, kena plan betul-betul. pernah aku ungkapkan pada beberapa orang sahabiah, kalaulah ada dua bumi, aku berhasrat untuk pergi ke duania lain sementara ni. biarlah aku tinggalkan dulu kehidupan di dunia yang ini, aku nak ke dunia baru kejap. hanya seketika, nanti aku akan datang balik lah... rata-rata tersenyum bila aku sampaikan hasrat hatiku ni... "jangan mahira, nanti nti tak datang balik.." hasni pernah menjawab begitu.. aku pun bimbang juga hasni. tapi yang pastinya perkara itu tidak akan berlaku. kerana kehidupan ini hanya ada satu, dan bumi dunia yang fana ini juga satu malah akan hancur binasa satu ketika nanti bila tiba detik dijanji... ,

Insan Tecinta

telefon berdering, aku pandang pada skrin, "Bapa calling".. sambil tersenyum pantas aku menjawab panggilan dari insan tercinta yang sentiasa kurindui itu.
"Di mana ni?"
"bilik."ringkas jawapanku
"Eh, bukan balik hari ni ka?
"24 hb pa, insyaAllah.."
tidak kutinggalkan 'insyaAllah' di hujung ayatku, kerana bukan tidak biasa aku menunda tarikh balik di saat-saat akhir dan, mak bapa memang sudah masak dengan perkara tu. setiap kali ingin pulang kampung pasti mereka tersalah anggar. walaupun sudah kumaklumkan beberapa kali tarikh kepulanganku, tetap mereka menelefon berulang kali menanyakan perkara yang sama. kadang-kadang aku sendiri serba salah bila mereka mengetahui kertas exam dah habis awal, sedangkan anak kesayangan mereka masih lagi berlengah untuk pulang bercuti. seolah-olah tidak ada rasa rindu pada keluarga seperti anak-anak orang lain. aku bertambah terharu bila kakak dan mak menuturkan harapan tinggi mereka
"cuti kali ni panjang kan?"
huh, perit untuk aku maklumkan yang jadual cutiku kali ini, seperti selalu, sudah penuh dengan aktiviti. pernah juga hampir menitis air mataku bila dengan bersahaja bapa menyimpulkan
"si kecil ni, cuti bukan balik rumah. ada ja programnya. singgah kejap ja di rumah ni. "
walaupun dengan nada nakal aku merespon
"rilek la pa, bukan nda biasa... jarang dapat balik ni... " (aku memang cukup 'nakal' bila bergurau dengan bapa tercinta)
sebenarnya hati ni cukup tersentuh dengan luahan tidak langsung seorang bapa yang rindu pada anaknya... insan yang cukup ku kagumi falsafah hidupnya. cukup memahami keadaanku walau tidak pernak kuceritakan secara detail kepadanya. bapa yang cukup sporting dan terbuka. pernah sekali dulu, ada sahabiah yang bertanya
"bual dengan siapa tu, macam lelaki" selamba aku menjawab.
"yup. bual dengan bapa."
aku dapat mengesan riak pelik bercampur terkejut di muka sahabiah tadi... aku tersenyum, pasti dia tidak menyangka. walaupun begitu, bapa seorang yang tegas juga dalam beberapa perkara. dan aku yakin sikap dan pribadi inilah yang membentukku menjadi aku yang sekarang. prinsip-prinsip hidup yang kadang kala sinonim dengan apa yang digariskan dalam beberapa buku psikologi yang pernah ku baca,. Aku pasti bapa tidak pernah baca buku-buku tersebut. Atas sifat memahami lah aku masih mendapat green light untuk terus dengan agenda-agenda dakwah, aktiviti yang tak pernah ada putusnya ,sejak aku memutuskan untuk memilih medan ini. walaupun sering kali aku terasa bersalah kepada mereka. Semoga ALLAH sentiasa meredhoi kehidupan mak dan bapa di dunia hingga ke akhirat. amin.



Padat.


sejak habis minggu terakhir exam, cukup banyak sms dan panggilan yang kuterima bertanyakan soalan yang sama, bila balik cuti? jawapan yang sama juga kuberikan "belum pasti lagi". masing-masing ada tujuan tersendiri bertanyakan soalan tu. Aku bukannya orang yang biasa untuk berkata tidak kepada permintaan orang. tapi kali ini, walaupun dalam ayat yang kususun kemas, aku terpaksa mengecewakan beberapa pihak kerana memang padat. perancangan sendiri aku terpaksa lupakan. Tapi, sebenarnya aku cukup bersyukur dengan situasi begini. sekurang-kurangnya, Allah masih pilih aku untuk disibukkan dengan semua ini. cuma kadang kala pertimbangan yang sulit sedikit memeningkan kepalaku, dan kuyakin pasti ada solution yang diilhamkan oleh DIA yang Paling memahami.

Akhir kata, selamat bercuti kepada semua pengunjung yang bercuti. semoga masa cuti ini kita penuhi dengan perkara bermanfaat yang boleh membawa kita kepada Redho ILahi.
Semoga di permudahkan segalanya. Salam Mahabbah.

SrikandiMuda...

Category: | 0 Comments

ORGANISASI JAWATAN KUASA PELAKSANA MUSLIM INTENSIVE TRAINING 2008

(MUSLIM 08’)

17-20 DISEMBER 2008

SMK AGAMA SANDAKAN



MAJLIS TERTINGGI

Pengarah

Muhammad Saipul Bin Somme

(UniKL MFI)

013 2118513

Timbalan Pengarah

Nur Kamal Bin Moong

(UMSKAL)

013 5449540

Setiausaha

Mahira Binti Bahar

(UMSKAL)

013 5449691

Bendahari

Siti Aisyah Binti Abu Bakar

(UPSI)

013 8715358

AHLI-AHLI JAWATANKUASA

Unit Pengisian dan Protokol

Hasli Halida (UMSKAL) (Ketua) (013 5449967)

Analisah Binti Ab Shah (UM)

Bunyamin Bin Bakri (UMS KK)

Muhammad Saipul Bin Somme

Nur Kamal Bin Moong

Mahira Binti Bahar

Siti Aisyah Binti Abu Bakar

Unit Peserta dan Pendaftaran

Rusdi Bin Rabi (Institut Perguruan Sarawak, Miri ) (Ketua) (013 8538244)

Fadhilah (UM Nilam puri),

Siti Aisyah Binti Hempeng (UMSKAL)

Unit Tajaan dan Cenderamata

Siti Aminah Binti Asmat (UDM) (Ketua) (014 8672603)

Rosni Bin Miran (UMS KK)

Sharil Bin Hakim (Kolej Sarawak)


Unit Jamuan

Mohd. Syarif Mallang (UMSKAL) (Ketua) (0132779285)

Farid Jalpah (UM)

Jasmina Jimin (UM)

Norizah Mohd. Rafi (UMSKAL)

Siti Khadijah Binti Osuan (UMS KK)

Unit Tempat dan Kebajikan

Mustaman Bin Mustain (Ketua) (019 8735740)

Abdul Rahman Rudding (UMSKAL)

Siti Aminah Binti Asmat (UDM)

Fadhilah (UM Nilam puri)

Unit Disiplin dan Keselamatan

Shamsul Rizal Bin Zulfadmi (UUM) (Ketua) (0194982201)

Majita Binti Ahmad Sultan (UKM)

Unit Teknikal dan Pengangkutan

Nasrudin Bin Abdullah (UUM) (Ketua) ( 013 8291013)

Mohd. Mukmin Bin Mohd Amin Jaafar (Kolej Islam Pahang)

Kastiya (UNIMAS)

Unit Publisiti dan Penerbitan

Mohd. Nasir Bin Abd. Rasah.(UITM) (Ketua) (013 5434585)

Suhardi Bin Jaafar (UKM)

Asti Binti Toba (UUM)

Jasni Bin Abd Latif (KYS)

Urusetia &Tugas-Tugas Khas

Dayang Nur Hasyimah Awang Ramlee (UMSKAL)

Nurrahma bt Hj Romainor (UMP)

Siti Kesuma Binti Rojan (UKMKL)

Update : 18 Nov 2008/ 20 Zulkaedah 1429 H


Senarai Jawatan Kuasa Ini dikemaskini setakat 18November, sebarang masalah dan pertanyaan boleh berhubung terus dengan pengarah atau Setiausaha program. Kepada yang ingin menyertai tetapi masih belum tersenarai, sila maklumkan kepada Setiausaha dalam masa yang terdekat. senarai Fasilitator program akan diumumkan dalam meeting pertama nanti. Mesyuarat akan diadakan pada masa yang akan dimaklumkan kemudian. Sebarang kesilapan maklumat, ana mohon maaf, dan mohon diperbetulkan. Jazakallah.

SrikandiMuda...

Category: | 1 Comment

Dalam keheningan malam yang sunyi,

Bertafakur merenung hakikat diri,

Sering leka dek tipuan duniawi,

Akal terusik, hati menginsafi,

Langkah perlukan suluhan Rabbani.

Agak sukar untuk kuperjelasi,

Situasi yang ku hadapi kini,

Dibelenggu dilema tuntutan manusiawi,

Terkadang membisu pilihan hati,

Walau reaksi sedang dinanti.

Terkilan juga aku menghadapi,

Mereka anggap aku menafi,

Bukan aku tidak setujui,

Masa dan cara tidak kusenangi.

Akalku letih penyelesaian kucari,

Masih belum berjaya kutemui,

Tapi hatiku kuat meyakini,

Mereka sukar untuk fahami.

Sebetulnya telah kurancang rapi,

Tinggal method perlu kuperhalusi,

Agar tiada sesiapa kusakiti,

Segalanya berlangsung dalam harmoni.

Kondisi ini biarlah kudiami,

Masa yang sesuai kunanti-nanti,

Apabila ilham mantap kutemui,

Tiap persoalan, kujawab pasti.

Perjuangan seperit ini,

Ku damba sokongan dan motivasi,

Hadirlah disisi sekadar dipermisi,

Syariat tetap tak boleh iingkari,

Natijah nanti kita rasai,

Tidak guna jika disesali,

Lantas pertahankan perjuangan suci.

Kepada Dia yang paling mengerti,

Ampun maaf seinfiniti,

Setiap khilaf yang tak terhenti,

Kupohon semoga semuanya diberkati.

Hidup ini sukar kumaknai,

Tanpa Dia tujuan hakiki,

Tutur dan tingkah sentiasa diperhati,

Kuyakin Dia cukup memahami,

Justeru, izinkan semua ini,

Dalam satu durasi yang pasti,

Menjadi khazanah rahsia peribadi,

Tak mampu ku luah di tinta srikandi,

Biarlah,

Private, antara aku dan Dia…




SrikandiMuda...

Category: | 0 Comments



Musim final exam sedang melanda mahasiswa di hampir seluruh IPTA/S seluruh Malaysia. Musim-musim beginilah yang sering memberikan perubahan suasana kampus yang drastik. Semua mahasiswa berada di zon berjaga-jaga. Musim memohon maaf dan doa dari semua sahabat2. cukup seronok walaupun di himpit tekanan. Pada ketika ini lah pelajar2 cukup excellent dalam perancangan masa. Dan Ketika ini juga lah kita melihat ramai yang cukup peka dengan perkembangan semasa, mesti selalu jumpa lecturer, kot-kot ada hint untuk paper final nanti. Paling kurang pun, kena menjenguk ke notice board di hadapan bilik pensyarah untuk update perkembangan terkini. Takut terlepas maklumat, rugi nanti. Itulah serba sedikit rutin hidup pelajar-pelajar yang menghadapi musim exam.

Jika diamati, cukup memberikan ibrah yang sangat besar kepada kehidupan muslim. Agak beruntung jika kita meletakkan rutin harian kita sebagai exam kehidupan. Sentiasa dalam zon berjaga-jaga, pengurusan masa yang excellent, kepekaan dengan kehendak EXAMINER, cukup menjadi guide line untuk mengatur kehidupan dengan baik.


Zon Berjaga-Jaga

Dimusim peperiksaan, semua pelajar berada di zon berjaga-jaga. Kesihatan kena jaga, jika sakit masa exam pasti tidak dapat perform yang terbaik walaupun dah bertungkus lumus berusaha,. Makanan yang berkhasiat dan amalam hidup yang sihat sepanjang tempoh exam sangat dititik beratkan. Alangkah baiknya jika kita terjemahkan dalam exam kehidupan harian kita. Kena jaga kesihatan, untuk perform yang terbaik dalam pengabdian kepada Rabb. Begitu juga dalam setiap tingkah, mesti berada di zon berjaga-jaga, takut seandainya tersalah laku, tersilap tutur. Kena minta maaf dengan semua, takut lah kalau ada dosa-dosa tersimpan lama di sanubari insan lain. Lebih-lebih lagi bab pengurusan masa, saya perhatikan setiap bilik sahabat-sahabat pasti terpampang jadual Final Exam yang biasanya di hiasi dengan kata-kata semangat berbentuk amaran kepada diri sendiri menunjukkan pentingnya untuk pass exam ni. Hari ni mesti habiskan chapter ni, malam ni kena study subject ni. Lepas subuh kena khatamkan bab ni. Walaupun di hari lain cukup payah menahan mata daripada tidur selepas Subuh, musim exam cukup berbeza, tidak ada masalah untuk berjaga malam hingga kepagi semata-mata untuk habiskan silibus. Hari exam lagi kena hati-hati, tak boleh datang lewat, kena tepat pada masanya, nanti bukan sahaja menyusahkan diri sendiri, tapi juga orang lain. Paling parah jika sampai tahap tak dibenarkan duduk paper tu. Sekali lagi, andai di terjemahkan ke exam kehidupan, pasti nilaian yang cukup tinggi. Solat mesti diawal waktunya, tempoh nak khatamkan Al-Quran kena sungguh-sungguh, disiplin!. Majlis ilmu tak boleh lewat, nanti tertinggal input penting. Meeting kena tepati masa, nanti menyusahkan orang lain nak tunggu. (Penulis lah orang yang paling perlu muhasabah). Subhanallah. Indahnya andai mampu, minda ini di setup bahawa hidup ini satu peperiksaan penting.


Pensyarah @ Examiner

Pensyarah lah orang paling dipercayai di musim exam. Setiap butir kata dicatit dengan penuh yakin. Lebih-lebih lagi bila lect mention, ini bab yang akan keluar final nanti. Jangan baca bab ni, tak akan keluar. Kena hafal proses ini, banyak markah di situ. Jangan jawab dalam bahasa melayu, saya tak akan semak paper kamu. Confirm, walau seteruk mana pun English kita, mesti tak berani nak ingkar. Setiap ‘Jangan’ dan ‘Kena’ yang digariskan oleh pensyarah, sangat penting. Kena akur. Tidak ada pilihan untuk elak. Sebab markah di tangan lect. Once we fail, should repeat the paper. Jadi jangan cari pasal. Itu exam kampus, Exam kehidupan bagaimana? Sejauhmana kita akur dan taat dengan setiap ‘jangan’ dan ‘kena’ daripada EXAMINER agung yang Maha Adil dan Maha Teliti??? hakikat Manusia kini, yang ‘jangan’ itulah yang paling suka di buat. Suruhan dan larangan NYA seperti angin lalu, tak pernah terfikir akan pointer yang akan jatuh di FINAL EXAM nanti. Jadi kita lebih patuh kepada Pensyarah daripada Pencipta Pensyarah??? Na’uzu billah..


FINAL EXAM

Final exam cukup mendebarkan… kena sedia. Kalau tidak.. pasti natijah buruk di hujungnya. Pasti muka mencuka bila result dah keluar. Mula lah nak cari di mana silapnya. Itu hukum alam. Exam kehidupan juga persis begitu. Di penghujung nanti kita ada FINAL EXAM. Segalanya akan dipertontonkan. Akan di nilai dengan adil. Tidak ada seorang pun yang terlepas dari penilaian itu. Di penghujung nanti lah kita akan tahu keputusan akhir kita dapat grade atau tidak, ijazah kelas keberapa dan sebagainya. Cuma beza antara final exam di kampus dan kehidupan kita, Final exam Hidup kita soalannya soalan bocor. Semua dah maklum, tapi terlalu sedikit yang bersedia. Exam di kampus, semua bersungguh buat persediaan, walau tak sure pun soalan mana yang keluar. Lagi satu perbezaan besar, kalau exam di kampus, kalau gagal , boleh repeat paper, ada lagi peluang ke2, ke3 dan seterusnya. Tapi, kalau FINAL EXAM hidup kita, tak ada peluang kedua. Tiada lagi repeat paper, merayu macam mana pun. Sekali kita Shut Down, Tak mungkin boleh restart semula. Inilah perbezaan paling scary.


Sekali Lagi, penulislah insan yang paling perlu muhasabah…


Apa pun, salam jihad di medan IMTIHAN kepada seluruh insan-insan yang menghadapi exam ketika ini. Dalam persiapan hadapi exam kursus masing-masing, jangan kita abaikan persediaan FINAL EXAM hidup. Kerana tidak ada peluang ke dua, tidak ada pilihan ketiga pilihlah antara dua. PASS or FAIL, SYURGA or NERAKA.




SrikandiMuda...

Category: | 0 Comments


Oleh `Izzat Anwari bin Hasni

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.
Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.
"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.
Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.
"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya… Fatimah mula sebak.
"Tak. Maksud saya…"
"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.
"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?" suaraFatimah semakin tinggi, setinggi egonya.
Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.
Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.
Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.
"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.


Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yangmembawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.



Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agamayang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.


Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik denganFatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah sepertilelaki lain.


Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu kehilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnyasibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang semudanya.


Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri – sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikrisekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiriperjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?


Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.
Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.


"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.
"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.
Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.
"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.


"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.
"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.


Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawaNusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.


Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.


"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.


"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.


"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,"luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.
"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.


Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri keranausahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail di tangannya.
Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.
Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"Perjuangan, " jawab Fikri.


SEDARLAH SEMUA… KALIAN AKAN DIMADUKAN!




JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG ISTERI…

TERIMALAH KENYATAAN BAHAWA ANDA AKAN DIMADUKAN, BAHKAN ANDA BUKAN ISTERI PERTAMA YANG BAKAL DIKAHWINI TETAPI ANDA ADALAH BAKAL ISTERI KEDUA!!! KERANA ISTERI PERTAMA BAGI SUAMIMU IALAH PERJUANGAN ISLAM!!!PERKAHWINAN INI TELAH LAMA DILANGSUNGKAN… KEHADIRAN DIRIMU ADALAH UNTUK BERSAMA BERGANDING BAHU MEMPERJUANG KAN ISLAM BUKAN MENJADI BATU PENGHALANG PERJUANGAN SUAMIMU…
JANGANLAH JADIKAN DIRIMU SEBAGAI PUNCA SERTA MERENDAHKAN HARGA DIRI MU DENGAN TERJADINYA PERCERAIAN SUAMIMU DENGAN ISTERINYA YANG PERTAMA IAITU PERJUANGAN ISLAM!




JIKA DIRIMU BAKAL SEORANG SUAMI…
TERIMALAH BAHAWA ANDA BUKANLAH SUAMI YANG PERTAMA YANG BAKAL DINIKAHINYA ATAU INSAN YANG PERTAMA YANG DICINTAI DAN DISAYANGI OLEH BAKAL ISTERIMU!!! BAHKAN DIRIMU ADALAH INSAN YANG KEDUA YANG DICINTAINYA….
KERANA SUAMI YANG PERTAMA BAGINYA IALAH PERJUANGAN ISLAM DAN MEMARTABATKANNYA…
DIA MENCINTAIMU KERANA DIRIMU MENCINTAI ISLAM DAN MEMPERJUANGKAN ISLAM. JIKA DIRIMU TIDAK SEDEMIKIAN… SEKELUMIT CINTA PUN TIDAK AKAN LAHIR DALAM SANUBARI ISTERIMU…BANTULAH ISTERIMU DAN KUATKANLAH DIA UNTUK TERUSKAN PERJUANGAN…


p/s:article ni ana amek dr blog shbt..mg sma2 ambil manfaatnya^_^




SrikandiMuda...

Category: | 8 Comments


Assalamualaikum kepada semua AHLI marsis dan semua sahabat-sahabat. Bersempena dengan cuti yang bakal menjelang,satu program menanti sahabat-sahabat untuk kita melibatkan diri sama,sumbangan tenaga ANDA di perlukan sebagai AJK pelaksana!

Nama Program : Muslim Intensive Training (MUSLIM 08)
Tarikh : 17-20 Disember 2008
Tempat : SMKA Sandakan
Sasaran : Pelajar Tingkatan 4 & 6
Anjuran : Persatuan Siswazah Sabah

Justeru,sahabat-sahabat yang berkelapangan atau pun berkesempatan untuk pulang ke kampung kali ini DI JEMPUT dengan segala hormatnya untuk sama-sama memberikan sumbangan dan jasa bakti kepada adik-adik watan kita. Setelah satu jangka masa kita berada dilapangan dunia kampus, dan kita mempunyai tanggungjawab sebagai seorang yang berilmu, sebagai pendakwah untuk menaburkan ilmu,panduan, nasihat kepada adik- adik kita...

Kepada yang bukan ahli MARSIS yang berminat nak join juga dialu-alukan...

JIKA BUKAN KITA SIAPA LAGI?
JIKA BUKAN SEKARANG BILA LAGI?
JIKA BUKAN DI SABAH,DI MANA LAGI?

JOM TURUN BERKHIDMAT DI NEGERI SENDIRI..PARTISIPASI ANDA AMAT DIPERLUKAN !!!

Kepada yang berminat bolehlah berhubung terus dengan :
Saudari Mahira,UMS KAL (013-5449691)
Saudara Mohammad Saiful Somme (013-2118513)

Tarikh Tutup Penyerahan Nama Ajk pelaksana - 17 NOVEMBER 2008




SrikandiMuda...

Category: | 0 Comments

Salam alaik... agak lama juga tak masukkan posting ke dalam blog ni.. kekangan masa ekoran minggu presentation bertembung dengan gerak kerja PRK,.. huhuhu.. tak dapat banyangkan sempitnya masa bila 6 presentation dalam seminggu. Present porjek pula tu. Alhamdulillah, semua dah satle. PRK pu dah selesai. Tahniah Pro M.. selamat mengatur strategi untuk mengisi kemenangan.

Post kali ni bukannya nak ceita pasal PRK, tp, atas memenuhi permintaan sahabat2 tercinta untuk menukilkan sesuatu tentang gerak XPDC raya kami yang lalu. Beberapa sms peringatan dari sahabat2 terpaksa diabaikan buat sementara waktu, dan kini, akan dihidangkan segala yang diinginkan. mungkin juga untuk tatapan sahabat2 yang tak dapat balik beraya bersama kami..

Malam tu, mesej kak tiya membuatkan saya terpaksa berfikir semula tetang perancangan raya. banyak mesej jemputan raya yang saya terima terpaksa saya balas dengan makluman yang saya tidak bercadang untuk ke mana2 sepanjang raya ni. This is the time for family.. tapi, bila membaca semula mesej kak tiya "Jom join XPDC raya muslimat PERISA & PSS raya ke tiga ni" huh.. saya baru juga mendapat mesej jemputan ke satu perjumpaan bersama Ust. Abdullah raya ke-2. nampaknya terpaksa ubah plan. melihat suasana raya di rumah, dan wajah2 family yg agak mengharukan untuk saya tinggalkan, agak sukar membuat keputusan. tambahan lagi cuti raya hanya seminggu. memang tidak cukup masa bersama family. Tapi, akhirnya rabitah hati bersama sahabat-sahabat amat kuat untuk memenuhi permintaan mereka. bila minta permission dari mak bapa, Alhamdulillah, seperti selalu. di izinkan.

Hari raya kedua tu, kami berjumpa dengan ust Abdullah. ramai juga sahabat2 yang hadir. cuma sedikit kekok sebab selalunya muslimat yang ramai, hari tu tiba-tiba pla ramai muslimin. huh.
Banyak perkongsian dan peringatan daripada ust Abdullah yang sangat terkesan di hati. rindu dengan suntikan tarbiyyah daripada ust banyak mengajar saya konsep-konsep asas dalam perjuangan.

Hari raya ke-3 kami meneruskan agenda XPDC raya kami bermula tapak pertemuan pertama di rumah emi (timb presiden 2 PERISA). XPDC kali ni kami memang dah mensasarkan rumah-rumah tertentu yang memang ada matlamat setiap satunya. He.


Lepas menikmati hidangan special udang galah, kami pun seramai 10 orang meneruskan XPDC ke rumah seterusnya..Rumah Akh Jumat.

"Siapa Ajk disiplin ? kena set masa 15 minit jak di sini" huhu terpaksa limitkan masa.. saya tidak ingat siapa yang mengeluarkan arahan tu. sebab semua pun saling ingatkan masa.. dan semua pun masing-masing melengahkan. hehe

next destination.. Rumah Akh Kamal bt 10.. "Tau ka rumahnya?" tanya kak jas, merangkap pemandu kami hari tu.. tak da suara yang menjawab pertanyaan tu... maksudnya, kena redah ja lah. huhu seperti yang dijangka.. sesat... terpaksa telefon tuan rumah tanya arah..jauh juga.. masuk ni da 3 kali kami sesat rumah.. huh ukhuwah???

sampai sampai jak, teruji kecekapan pemandu kami bila... parking salah part...









Akhirnya sampai.

sempat juga kami singgah rumah sahabiah Ukhti Rosni.. rindu dengan kak rosni, lama tak dapat berbual.. terkejut juga dia kami tiba-tiba menyerbu rumahnya.tak sempat nak maklumkan.. maaf kak rosni.
sasaran seterusnya rumah Cg wahid dan kak syamsi....



Next rumah Zu,...


Kami sempat berkunjung ke rumah Akh Shamsul tapi, tak da gambar... huhuhu


Second last rumah Akh Hendri...
Last sekali Rumah Dik Nur rahmah.. dah nk dekat maghrib masa tu... Alhamdulillah sempat jumpa ngan keluarga nur,salah satu agenda berjaya juga.



Bahagianya dapat beraya bersama Antunna semua..


moga ukhwah yang terjalin kekal selamanya...


Satu demi satu mesej yang masuk ke dalam inbox saya semasa dalam perjalanan pulang cukup meruntun hati...



Sampai di rumah.. huhu seperti yang dah di jangka.. mak bapa risau kelewatan anak kesayangan mereka balik.. kak tiya turun menyapa dan memberi sedikit penjelasan.. huhu mohon maaf mak ayah tercinta... kebimbanganmu menggambarkan besarnya kasihmu pada anakmu yang satu ni.. cam Chipsmore jak di rumah keja ada, kejap tak da.. mujur mereka memahami... Thank You Allah....

SrikandiMuda...

Category: , | 2 Comments

“Nanti, kalau masuk U, kamu tak perlu lah pakai tudung labuh bulat. Guna tudung bidang 60’ tu pun dah ok. ”

Ustaz yang mengenalkan saya dengan dunia tarbiyyah dan perjuangan ini memberi saranan. Terkedu juga saya seketika. Ketika itu ustaz menghantar kami pulang ke hostel selepas selesai satu majlis makan-makan di rumahnya. Saya sekadar menjawab persoalan ustaz dengan satu senyuman hambar. Penuh tanda tanya di hati, tapi tak berniat untuk menyuarakan pada ustaz. Bukan isu tudung labuh yang saya ingin ketengahkan, tetapi keperluan proses ADAPTASI dengan keadaan persekitaran baru amat perlu diteliti dan diamati.

Perubahan keadaan persekitaran cukup memberikan tekanan untuk kita mengatur langkah-langkah seterusnya. Macam kalau kita berada di tempat baru lah, agak kekok dengan keadaan sekeliling. Bukan semudah yang disangka. Itulah kesimpulan awal yang saya boleh nyatakan. Semasa program persediaan memasuki alam kampus dulu, saya cukup memandang ringan perkara ini. Tidak pernah tergambar akan ada kesulitan dalam proses beradaptasi dengan keadaan kampus, atau lebih khususnya, gerak kerja perjuangan di kampus. Bila ada sahabat yang menegaskan perkara ini, saya tidak dapat membaca maksud sebenar yang diperkatakan oleh mereka, apa yang susah sangat, yang penting kita faham kita perlu bergerak, untuk amar ma’ruf nahi mungkar. Then, tak kira dimana, bila dan bagaimana, semuanya bukan masalah. Itulah persepsi awal dan keyakinan saya ketika itu. Betul-betul no idea dengan amaran mereka mereka yang dah dulu merasainya.

Realiti Sebenar.

Bila kaki dah menjejak ke alam kampus yang sering diperkatakan sejak zaman sekolah lagi.. minggu-minggu pertama, agak selesa rasanya. Tak ada tekanan pun everythings ok. Tapi, bila dah mula berjinak-jinak dengan proses gerak kerja , tarbiyah dan dakwah di kampus, huh.. begini rupanya. Cukup berbeza dengan alam perjalanan perjuangan semasa di alam sekolah dan di tempat sendiri. Matlamat dan tujuan tetap sama, tak ada berubah sedikit pun. Tapi, cara, kaedah, dan persekitaran amat berbeza. Kesilapan membaca keadaan sekeliling boleh menyebabkan kita berasa sangat lemah. Tindakan yang diambil sudah pasti hilang arah,. Mengapa tidak, keadaan (waqie’) berbeza. Cukup menekan naluri. Mujur tidak bersendirian. Ada lagi sahabat-sahabat penguat semangat yang tidak jemu-jemu saling memberi ransangan positif.

Pernah sesekali terfikir, mampukah bertahan dengan keadaan begini. Tidak selesa dengan keadaan.

“Di sini, itu tak biasa,” “mana boleh begitu di sini”.. “orang lain tak boleh terima cara itu di sini”.

huh, jadi apa yang boleh??? Pernah juga akal yang tidak terpandu ini terfikir begitu. Pendek kata cukup janggal dengan keadaan baru ini.

Mereka pun sama.

Assalamualaikum, ” suara hambar seorang sahabat ketika menghubungi saya, dapat saya rasakan di awal perbualan lagi.

“Waalaikumsalam. Pa khabar? Lama tak dengar cerita. ” saya cuba bernada ceria.

“Free ka ni?”

“Free, ada apa ni? Macam ada benda serius nak bincang”

“Tak da lah. tak sabar nak balik Sandakan. Saya cadang nak buat program, …”

nada suaranya semakin bertenaga bercerita mengenai perancangan dan cadangan program pengisian cuti semester nanti. Saya lebih banyak mendengar. Tapi, saya yakin, mesti ada masalah yang ingin diceritakan disebalik perancangan demi perancangan begitu. Saya bukan tak kenal perangai dan sifat sahabat-sahabat, lebih-lebih lagi yang seorang ni, kenapa tidak, satu ketika dulu, kami makan sepinggan, tidur sebantal. bila dah mula bercerita banyak pasal nak balik kampung ni mesti kes ada problem di kampus.

“Mahira, tak sama lah suasana kampus dangan kita dulu-dulu” saya diam, memberi laluan untuk dia terus meluahkan isi hatinya.

“Sukar juga nak biasa dengan keadaan ni”

Agak berat dia nak meneruskan. Akhirnya saya faham apa yang ingin disampaikan.

“Memang macam tu lah. dah memang keadaan kita tak sama, persekitaran pun berbeza. Kita kena terima keadaan ni. Kena beradaptasi.”

Bukan mudah. Tapi perlu. Tulah saranan saya kepadanya. Sebenarnya jauh disudut hati mengatakan yang saya pun menghadapi keadaan yang hampir sama. Mujurlah memang pernah diingatkan awal-awal dulu untuk bersedia dengan perubahan persekitaran.

“Ukhuwah di sini tak sama lah dengan kita di sana”

satu lagi aduan dari seorang sahabat lain yang saya kenali dalam program.

“Walau macam mana pun tetap tak sama. Rindu dengan kamu semua. Lambatnya masa berlalu.”

Minda saya cepat mentafsir, mesti kes yang sama juga. Tak pa lah inilah proses belajar namanya. Kita kena belajar berhadapan dengan keaadaan baru. Teknik dan cara tak boleh silap. Tindakan perlu terpandu agar tidak tersilap dalam menghadapi suasana. Rupanya, mereka pun sama

Bijak Dalam Tindakan

Kita kena bijak dalam teknik beradaptasi dengan keadaan persekitaran yang baru. Bukan bermaksud kita kena patuh seratus peratus dengan keadaan. Tidak boleh melakukan perubahan. Keadaan tidak mengizinkan. Perkara ini lah yang biasa terjadi bila tidak ada proses memahami keadaan dalam beradaptasi. Pernah juga terdengar statement, kita yang perlu ikut keadaan, atau kita yang mencipta keadaan itu. Pertimbangan bijak perlu segera dilakukan, jika tidak kita bimbang emosi dan semangat kita terpengaruh dalam menghadapi isu-isu yang kurang disenangi. Dalam perjalanan kehidupan sebagai khalifah Allah, memang sentiasa akan berhadapan dengan keadaan-demi keadaaan yang menuntut kita untuk terus beradaptasi dalam pemikiran dan tindakan. Jika kita tidak fleksibel dalam hal ini, risiko untuk kita tinggalkan medan ini amat tinggi.

Samalah halnya bila mahasiswa ingin terjun ke dunia luar kampus. Inilah ilmu yang sangat perlu dipraktikkan. Meninggalkan alam ilmiah memang dugaan yang paling perit dalam kamus kehidupan seorang pelajar yang bercita-cita ingin terus bekerja untuk Islam. Terlalu banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa dihadapi. Keadaan di luar sana sangat berbeza dengan yang dialami di alam kampus. Lantas persediaan yang rapi perlu dititik beratkan. Terutama sekali kepada mereka yang berada di minit-minit terakhir medan percaturan kampus. Terlalu banyak bukti yang sering diceritakan, penggerak dakwah di kampus ‘senyap’ selepas melangkah ke luar. Mereka yang agresif juga hilang line bila kembali ke kawasan masing-masing. Agak gerun juga bila diceritakan dan melihat sendiri perkara ini benar-benar terjadi. Terlintas di fikiran, selama mana diri ini mampu bertahan. Mampukah menghadapi cabaran dalam proses beradaptasi dengan keadaan baru nanti, sama seperti masa mula-mula mengenal selok belok medan kampus. Saya sendiri tidak berani untuk komen banyak tentang hal ini kerana, tidak tahu lagi apa cabaran dan dugaan yang akan dihadapi nanti. Semoga Allah memimpin langkah kita semua. Kemahiran berADAPTASI perlu dipelajari bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi hari mendatang. Sekadar lontaran.



SrikandiMuda...

Kak Fara baru tiba di rumah. Dia baru pulang dari rumah Tok Leha, berdekatan dengan jambatan tasik bekas lombong di hujung kampung. Dia membantu Tok Leha di situ secara sukarela untuk mengajar budak-budak kampung mengaji al-Quran dalam tempoh cuti semester pengajiannya di universiti.

Kak Fara nampak benar-benar kelelahan. Wajahnya dimamah lesu sehingga kelopak matanya terbuka layu. Bajunya lencun bermandi keringat. Kak Fara buru-buru masuk ke bilik, sejurus kemudian keluar semula membawa tuala mandi dan terus masuk ke dalam bilik air.

Burr! Burr!

Curahan air berdebur menimpa lantai betul-betul jelas di telinga adiknya, Farid yang berusia 15 tahun. Kak Fara mandi? Eh, bolehkah mandi pada waktu ini? Kak Fara tak takut kurang pahala puasa? Soalan-soalan itu menerjah kotak akal Farid.

Tiba-tiba emak muncul dari dalam biliknya. Dia terpinga-pinga sambil anak mata memanah pintu bilik air.

“Kakak engkau mandikah, Farid?” Soal emak sambil matanya membutang merenung Farid. Farid mengangkat bahu. “Apa kena kakak engkau ni? Kan makruh mandi siang-siang hari ni.” Emak mengomel sambil menapak ke bilik air. Dia berdiri betul-betul di hadapan pintu itu sambil tangan memalu keras.

Dum! Dum! Dum!

“Fara, kau mandikah?”

“Ya, mak,” jawab Kak Fara sambil terus menyiram tubuh. Kak Fara seperti dapat menerka apa yang berlegar-legar dalam fikiran emak. Selepas dua, tiga kali mencedok air, dia berhenti. Kak Fara tersembul di muka pintu dengan berkain batik dan tuala menutup tubuh.

“Yang kau mandi waktu dah nak dekat senja ni kenapa, Fara? Kan makruh. Tak takut batal puasa?” Emak bercekak pinggang. Dia memang pantang jika merasakan anak-anaknya berbuat sesuatu menyalahi dasar pegangan dan amalannya selama ini.

Kak Fara sekadar mengukir senyum. “Tak apa, mak. Tak batal puasa. Makruh pun tidak. Fara mandi sebab terlalu letih dan dahaga. Fara rasa badan ni kering saja. Lepas ni Fara nak goreng cempedak pula. Bila terkena bahang api, tentu lagi letih rasa badan ni. Jadi, Fara mandilah.” Kak Fara merenung emak, lalu memandang pula kepada Farid.

“Kalau termasuk air ke dalam telinga, bukankah akan terbatal puasa?” Balas emak.

“Tak batal, mak. Sesuatu perbuatan yang tidak disengajakan tidak akan batal.” Kak Fara menjawab yakin.

“Tapi, kak. Bukankah mandi selepas matahari sudah tinggi atas kepala itu hukumnya makruh?” Farid tidak puas hati.

“Boleh, dik. Tak makruh pun. Kurang pahala puasa pun tidak. Sebabnya, Rasulullah sendiri pernah mencurahkan air ke atas kepala baginda sewaktu bulan puasa lantaran terlalu haus dan panas. Tak ada ayat al-Quran atau hadis yang menyebut makruh atau kurang pahala puasa. Dik, Islam tu rasional. Kita boleh mandi untuk tujuan mengembalikan kesegaran dan mahu meneruskan pekerjaan lain. Mungkin jika tidak mandi, badan kita terlalu lesu dan hanya mahu terbaring. Islam itu tidak suka umatnya hanya terlantar di katil dalam keadaan lemah 24 jam!”

Kak Fara turut membacakan terjemahan hadis yang menyebut tentang keadaan Rasulullah mencurahkan air ke kepala baginda itu. “Abu Bakar bin Abdul Rahman meriwayatkan: Telah berkata sahabah yang menceritakan kepadaku: Aku melihat Rasulullah s.a.w di al-‘Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Malik, Ahmad dan Abu Daud.”

Farid mengangguk-angguk mendengar penjelasan Kak Fara. Dia bertambah yakin setelah Kak Fara mengemukakan hadis. Sebab setahunya, hadis itu merupakan suatu hujah atau dalil yang kuat selepas al-Quran.

Farid menoleh melihat emak. Emak mendengus marah. “Setahu aku, memang tak boleh mandi bila matahari dah tegak atas kepala. Makruh! Bukan aku yang kata, tapi Ustaz Deraman yang kata. Dia orang alim yang kaya ilmu, tentulah kata-katanya itu betul. Yang kau ni, baru saja aku hantar ke universiti, dah berlagak pandai nak ubah macam-macam!” Emak memicit kepala seraya berlalu ke dapur.

Farid kembali bingung. Jawapan Kak Farakah yang betul, atau emak yang salah? Dia mencerlung kakaknya itu, menagih diuraikan kekeliruan yang berselirat.

Kak Fara seperti memahami erti tagihan pandangan Farid. “Dik, al-Quran dengan al-Sunnah atau hadis, yang mana lebih tinggi autoritinya?”

“Al-Quran.”

“Al-Sunnah, dengan maksud kata-kata Nabi, mana lebih tinggi kebolehpercayaannya berbanding kata-kata sahabat?”

“Kata-kata Nabi, kak.”

“Jadi, kata-kata Nabi dengan kata-kata ustaz biasa?” Kak Fara tersenyum. Farid juga turut mengulum senyum. Dia sudah mendapat jawapan.


***********************************************


Sahur itu satu rumah terlewat bangun. Berbaki 10 minit sebelum bermula waktu imsak. Emak hanya meneguk air kosong dan menjamah Kurma Maryami. Ayah pula sempat mengepal nasi sejuk lalu dikunyah dengan sedikit telur dadar semalam. Farid melihat Kak Fara mencapai pinggan, lalu disenduknya nasi putih sejuk bersama-sama dengan kuah asam pedas ikan pari. Farid mengikut telatah kakaknya meski dia tahu waktu imsak hampir tiba.

“Eh, yang kau berdua makan nasi ni kenapa? Dah tak sempat ni. Lagi 5 minit saja tinggal. Mana sempat nak habiskan nasi tu,” tegur emak. Ayah hanya mengerling sahaja sambil menghirup kopi pekat yang sempat dibancuh oleh emak.

Farid memandang Kak Fara. Kak Fara perasan itu. Sambil mengunyah, Kak Fara cuba menjelaskan. “Boleh, mak. Waktu imsak seperti yang tertulis dalam takwim solat tu hanyalah sebagai garis panduan agar kita sedar waktu sahur sudah hampir habis. Tapi yang sebetulnya, waktu sahur hanya akan tamat setelah masuknya subuh. Jadi, kita boleh makan selagi belum masuk waktu subuh, mak.”

“Apa kau merepek ni? Takwim tu kan dikeluarkan oleh orang yang ahli. Jangan kau nak memandai-mandai mengubah hukum,” marah emak.

“Saya tak merepek, mak. Saya juga tak mengubah hukum. Buktinya, Allah sendiri telah berfirman dalam Surah al-Baqarah, ayat 187: Dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih daripada benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam. Di samping itu, baginda Nabi juga telah bersabda: Makan dan minumlah sehingga azan Ibn Ummi Maktum, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar. Kedua-dua dalil ini menunjukkan bahawa kita boleh makan dan minum selagi mana belum tibanya waktu fajar, iaitu subuh.” Kak Fara berhenti mengunyah.

“Dalam sebuah hadis yang lain, Rasulullah juga pernah bersabda: Apabila seseorang kamu mendengar azan sedangkan bekas minuman berada di tangannya, maka janganlah dia meletakkannya sehingga selesai hajatnya, iaitu, boleh teruskan minum,” tambah Kak Fara.

“Ooo…” Ayah melopong mulut mendengar penjelasan Kak Fara. “Mah, ambilkan abang kuih seri muka dalam peti ais tu,” pinta ayah kepada emak. Emak mencuka memandang ayah. Tetapi dia memotong juga kuih seri muka dalam pelengat untuk ayah.

Kak Fara dan Farid saling berbalas senyuman.


***********************************************



Pintu bilik diketuk perlahan. Kak Fara memulas tombol pintu biliknya. Farid di muka pintu. Matanya kemerah-merahan dan sembab.

“Baru bangun tidur ya?” Kak Fara meneka. Farid angguk.

“Ada apa ni?”

“Nak tanya kakak. Boleh tak gosok gigi waktu tengah hari macam ni? Farid baru bangun tidur, nak sembahyang. Rasa tak sedap pula dalam mulut selepas bangun tidur.” Matanya masih terpisat-pisat dihurung sisa kantuk.

“Boleh, adikku. Rasulullah sendiri menggalakkan umatnya supaya bersiwak atau bersugi setiap kali hendak berwuduk, malah tidak terdapat larangan dalam al-Quran atau hadis tentang bersiwak pada bulan Ramadan. Jadi, memang bolehlah memberus gigi pada bila-bila masa, terutamanya ketika hendak berwuduk, dik.” Farid mengangguk perlahan mendengar penjelasan yang memuaskan hatinya.

“Islam itu mudah,” bisik hati kecilnya.

“Eh, dik. Lepas Asar temankan kakak pergi pekan sekejap ya. Nak beli ramuan bahan untuk buat kuih raya,” pinta Kak Fara.

“Okey. Kita pergi dengan kereta ayah ya, kak?”

Kak Fara mengangguk.

Seusai solat asar, mereka berdua ke pekan yang sedikit jauh dari kampung tempat tinggal mereka. Pekan berdekatan terlalu kecil dan tidak banyak barang-barang pilihan. Kebetulan, keadaan pekan pada waktu itu sangat sesak kerana bertembung dengan orang yang baru pulang dari pejabat. Mereka hanya sempat berbuka puasa di dalam kereta dengan Kurma Iran yang dibeli oleh Kak Fara.

“Dik, kita terus ke masjid ya,” unjur Kak Fara.

“Eh, kan kakak tak bawa telekung. Tak nak balik rumah dulu?”

“Tak payahlah. Dah lewat ni. Nanti terlepas pula waktu maghrib.” Kak Fara terus membelok ke kawasan masjid berdekatan.

Setelah berwuduk, Kak Fara pergi ke almari telekung di penjuru dalam masjid. Tidak ada. Semuanya sedang digunakan oleh para jemaah wanita yang hadir. Mereka sedang menunggu masuknya waktu Isyak untuk bersama-sama bersolat Isyak dan terawih berjemaah. Kak Fara lantas menyarung stokin bersih yang sering dibawa dalam beg tangannya. Pergelangan tangan dikancing dengan butang agar tidak terbuka. Kerongsang kecil dilekatkan di belakang tudung bidang 60 yang dipakainya supaya tudung itu tidak terselak dan melurut ke tengkuk ketika sujud. Dia lalu mengangkat takbiratul ihram.

Kelihatan banyak mata yang memandang aneh melihat Kak Fara bersolat tanpa telekung khas sembahyang. Dalam hati mereka, Kak Fara mungkin pengikut mazhab yang lain. Malah ada yang berfikiran, Kak Fara membawa bid’ah.

“Bolehkah sembahyang macam tu? Tak tutup sempurna,” bisik seorang wanita yang sudah lanjut usia.

“Entah. Nak sembahyang, mestilah pakai telekung sembahyang. Tak sah sembahyang dia tu,” bisik seorang yang lain.

Selesai berdoa, Kak Fara tiba-tiba dikuit oleh seorang wanita yang agak gempal dan hitam manis. Wanita itu bersalaman sambil tersenyum mesra.

“Anak dari mana?” Soalnya.

“Dari pekan tadi. Kebetulan, sesak pula di jalan. Tak sempat sampai di rumah. Ini pun cepat-cepat singgah sini nak sembahyang, takut terlepas maghrib.”

Wanita itu mengangguk.

“Maaflah, mak cik nak tanya. Kenapa sembahyang tak pakai telekung? Bolehkah macam tu?”

Kak Fara tersenyum. “Memang niat nak pakai telekung tadi, tapi semua dah habis dipakai. Saya pula tak bawa spare. Ya, boleh sembahyang tanpa telekung asalkan telah cukup syarat-syarat sahnya, termasuklah menutup aurat dan suci daripada hadas kecil dan besar.”

“Ooo…” Mulut wanita itu melopong mendengar penjelasan Kak Fara.

“Islam itu fleksibel, mak cik, iaitu kita tidak terikat pada adat atau budaya untuk melakukan ibadat. Contohnya, hukum bersolat itu adalah wajib kepada setiap orang, tapi Islam tidak menetapkan yang kita wajib memakai telekung sembahyang berwarna putih, hitam atau seumpamanya. Cuma, bila mana telah cukup syarat-syarat yang boleh menyebabkan solat itu sah, seperti telah menutup aurat dengan sempurna, maka teruslah bersembahyang. Kita tidak terikat pada telekung sembahyang, dan ia bukan syarat sah solat.” Kak Fara cuba meleraikan kekeliruan yang sememangnya dia tahu telah mendarah daging dalam masyarakat.

“Ya, betul tu. Orang kita selalunya bila keluar dari rumah berpakaian tak cukup kain, atau menutup aurat, tapi tidak sempurna, itu tidak dipandang salah. Tapi bila nampak orang lain menunaikan sembahyang tanpa telekung pun mahu dipersoalkan, sedangkan syarat untuk bersembahyang itu sudah sempurna.” Seorang gadis muda berwajah persih tiba-tiba mencelah. Wanita tua tadi hanya tersenyum, sedang di dalam hatinya merasa terpukul dengan ujaran gadis muda itu.

Kak Fara hanya menyepi. Dia tidak mahu menyakiti hati sesiapa dengan kata-katanya. Dia sekadar mahu berkongsi ilmu dan kefahaman yang telah dipelajari. Dia kemudian meminta diri untuk pulang.

Farid telah sedia menunggu dalam kereta. Dalam perjalanan pulang ke rumah, Kak Fara menceritakan situasi tadi kepada Farid. Farid juga tidak pernah terfikir akan hal itu. Selama ini memang dia menyangka bahawa ‘uniform’ solat itu wajib jika mahu bersembahyang.

“Baru Farid tahu…” Ujarnya.

“Itulah masyarakat kita hari ini. Mudah terikut-ikut dengan kata-kata orang, pantang menyalahi adat kebiasaan walaupun ketika nak beribadat. Sedangkan Islam itu mudah sahaja. Cuba kita tengok dalam bab nak bersembahyang juga. Kalau tak ada telekung, ada yang tak sembahyang. Sanggup qada’ di rumah sebab mentaliti mereka sendiri yang mewajibkan pemakaian telekung tu. Sedangkan dalam Islam tidak begitu. Cuma, jika ada telekung, sebaiknya gunalah telekung sebab ia lebih selesa dan menutup aurat dengan lebih sempurna pula.”

“Betul tu, kak. Baru Farid perasan macam mana keadaan masyarakat hari ni. Tapi, Farid tak tahulah macam mana nak ubah mentaliti mak tu.”

Kak Fara berpaling kepada Farid sambil menguntum senyum.

“Mm, mak tu kuat berpegang pada kata-kata orang yang dipandang tinggi dalam masyarakat, contohnya ustaz. Tapi ustaz pun kadang-kadang bukan semuanya ahli dalam semua bidang, khususnya zaman sekarang. Ada yang mahir bab usuluddin, tapi lemah bab fikah. Yang kuasai al-Quran, tapi kontang hadis, sedangkan al-Quran dan hadis tu saling lengkap-melengkapi.” Kak Fara diam sejurus. “Sesekali, Farid bukalah kuliah-kuliah ilmu kat tv tu. Halaqah atau al-Kuliyyah bagus juga. Ustaz-ustaz yang dijemput lazimnya mempunyai ilmu yang diperakui. Biar mak dengar. Moga-moga pemikirannya berubah.”

“Betul juga tu. Kadang-kadang ustaz yang selalu dijemput kat surau kampung kita tu terlalu konservatif, sehinggakan perkara adat pun sudah dianggap syariat. Farid dah menilai semua tu bila dengar hujah kakak,” balas Farid sambil memandang kosong kenderaan-kenderaan yang bertali arus.

“Perkara yang dah menjadi adat kebiasaan ni memanglah tak boleh diubah dalam sehari dua, dik. Perlahan-lahan. Step by step kata orang putih. Kena bersabar dan hati-hati kalau nak tarik rambut dalam tepung,” ujar Kak Fara sambil meneruskan pemanduan.

Farid diam. Dia terus meladeni kata-kata kakaknya itu. Ada kobaran semangat yang mengasak hati. Ada pancang tekad mulai tercacak padu.



TAMAT

sumber: http://www.diariungu.blogspot.com/

SrikandiMuda...

Category: | 0 Comments



  • Selamat Hari Raya Aidilfitri Kepada Semua Insan-Insan Yang Mengenali diri ini dan semua kaum MUslimin dan muslimat di mana sahaja anda berada
  • Kepada Sahabat2 tersayang di Semenanjung yang tak dapat balik Raya, jangan sedih2, kutip sebanyak mungkin pengalaman merantau di tempat orang, ia aset berharga untuk diri antum.
  • Kepada Sahabat tercinta di kampus UMSKAL yang juga tidak dapat balik Raya,Semoga Aidilfitri ini memberi seribu satu nostalgia dan mengajar antum erti ketabahan yang orang lain tidak berpeluang mempelajarinya....

Salam Sayang.. Salam Ukhuwah
Rebut Tawaran Hebat Ramadhan yang semakin berlalu pergi....
Semoga Sentiasa Dalam RedhaNya



SrikandiMuda...

Category: | 0 Comments

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.-Surah Al-Baqarah ayat 216"



Aku meminta kepada Allah untuk menyingkirkan penderitaanku.
Allah menjawab, Tidak. Itu bukan untuk Kusingkirkan,
tetapi agar kau mengalahkannya

Aku meminta kepada Allah untuk menyempurnakan kecacatanku.
Allah menjawab, Tidak.Jiwa adalah sempurna, badan hanyalah sementara.

Aku meminta kepada Allah untuk menghadiahkanku kesabaran.
Allah menjawab, Tidak.Kesabaran adalah hasil dari kesulitan;
itu tidak dihadiahkan, itu harus dipelajari.

Aku meminta kepada Allah untuk memberiku kebahagiaan.
Allah menjawab, Tidak. Aku memberimu berkat.
Kebahagiaan adalah tergantung padamu.

Aku meminta kepada Allah untuk menjauhkan penderitaan.
Allah menjawab, Tidak.
Penderitaan menjauhkanmu dari perhatian duniawi
dan membawamu mendekat padaKu.

Aku meminta kepada Allah untuk menumbuhkan rohku.
Allah menjawab, Tidak. Kau harus menumbuhkannya sendiri,
tetapi Aku akan memangkas untuk membuatmu berbuah

Aku meminta kepada Allah segala hal sehingga aku dapat menikmati hidup.
Allah menjawab, Tidak. Aku akan memberimu hidup,
sehingga kau dapat menikmati segala hal.

Aku meminta kepada Allah membantuku mengasihi orang lain,
seperti Ia mengasihiku. Allah menjawab.. ,
Akhirnya kau mengerti.
HARI INI ADALAH MILIKMU JANGAN SIA-SIAKAN .

Bagi dunia , kamu mungkin hanyalah seseorang,
Tetapi mungkin bagi seseorang , kamu adalah dunianya

p/s kepada sahabat/iah yang tak balik raya ni, La tahzan... Allah tahu yang terbaik untuk Hamba-hambaNya... Semoga berbahagia di Aidilfitri.. Mohon maaf Zahir batin untuk segalanya...
SrikandiMuda...

Category: | 0 Comments

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha Pengasih. Selawat dan salam keatas junjungan mulia Rasulullah S.A.W.


Alhamdulillah, selesai sudah liqa’ yang memang ana tunggu-tunggu. Terlalu lama rasanya tidak duduk satu halaqah dengan sahabat seangkatan. Sehingga kadang-kadang hati ini sedikit sensitive dan emosi dengan keadaan dan respon sahabat. Inilah natijah bila tidak saling faham antara satu dengan yang lain. Dalam halaqah lah kita mampu bentuk kefahaman kita.
Memerhatikan semangat yang ditonjolkan oleh sahabat-sahabat, menambahkan lagi semangat yang ada dalam diri ini untuk terus berada di medan ini. Agak sukar untuk memahami dan untuk difahami. Tapi bila kita bina ukhuwah itu, kita akan kecapi satu rasa yang tidak mungkin kita boleh ceritakan kepada orang lain. Andai hari ini kita bertentang pendapat, it’s ok, mungkin itu turning point untuk kita bersatu hati kelak.

Hanya satu point utama yang nak dikongsi dalam penulisan ringkas ini, setiap manusia ada kelebihan dan kekurangn masing-masing, kita cuba saling menegur kesilapan dan saling berlapang dada antara kita. inilah rahsia kita yang orang lain tak tahu. Ingat! Kita punya matlamat yang tinggi dan jauh untuk kita kejar, lantas jangan kerana sedikit ketidak sefahaman, kita korbankan segala yang kita perjuangkan. Mengakui kesilapan dan kita perbetulkan lebih baik daripada terus membela diri dan terus melakukan kesilapan. Seperti yang kerap diingatkan, kita perlu korbankan sifat, sikap perangai dan yang sewaktu dengannya untuk ISLAM. Siapa kita untuk kita turuti rasa hati sendiri? Kalau bukan kita yang julang Islam, kita harap pada siapa?
Akhir kalam, Medan yang berliku ini perlu kita tempuh dengan segala kekuatan dan kudrat yang ada. Andai suatu hari terdetik kekesalan, terfikir kekecewaan, terasa keletihan, mengadu lah Pada Allah agar ditambah kudrat yang ada. Medan ini bukan satu pilihan, mahu atau tidak kita perlu tempuh bersama-sama, ayuh sahabat seangkatan, kita perkukuh ukhuwah, kita cetus revolusi ummah di bumi kita berpijak kini. Tidak ada yang mustahil andai kita berjalan seiringan. Andai ada tembok yang memisahkan hati kita, mari kita runtuhkan bersama.


“Kuntum cinta rabitah ini, akan terus berbunga & tumbuh segar, sesegar kuntuman nailofar.. Ianya berputik disini, akan berbunga & bersemi disana, Ya ALLAH, satukanlah hati kami, moga jelas fikrah di jiwa, dalam perjuangan Islam tercinta untuk merebut Mardhatillah…”


“HELWANI KEMBALI INTIFADA”


SrikandiMuda...


“Kau di gelar sebagai penyeri dunia, hadirmu melengkap hubungan manusia, bukan sahaja diri ini yang biasa, malah adam turut sunyi tanpa hawa…”

Bait-bait pertama lagu nyanyian De Hearty, terasa istimewa pula kejadian wanita. Mengapa tidak, semua mengakui wanita itu hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah. Lalu, sekadar hiasan kah kejadian seorang wanita?
Di dalam al-Quran diceritakan kejadian Nabi adam as. Diiringi Hawa sebagai isteri dan teman hidup adam. Kita juga dihidangkan kisah Isteri Firaun yang dapat mencegah niat Firaun untuk membunuh Nabi Musa as yang akhirnya, Nabi Musa as. yang terbuang menjadi terbilang. Sebagaimana terlakar dalam firman Allah yang bermaksud:

"Dan berkatalah istri Fir'aun, '(Ia) penyejuk mata hati bagiku dan bagimu. Janganlah kamu membunuhnya, mudah-mudahan dia bermanfaat bagi kita atau kita ambil menjadi anak, sedangkan mereka tidak menyedari." (Q.s. Al-Qashash: 9).


Kita singkap lagi kisah dimana ada dua orang wanita di kota Madyan, keduanya puteri Asy-Syekh al- Kabir, yang diberi minum oleh Nabi Musa as. Kemudian kedua wanita tersebut mengusulkan kepad ayahnya, supaya memberi pekerjaan kepada Nabi Musa as kerana beliau amanah dan kuat fizikalnya.

"Salah seorang dari kedua wanita itu berkata, 'Wahai Bapakku, ambillah dia sebagai orang yang bekerja (kepada kita), karena sesungguhnya orang yang terbaik, yang kamu ambil untuk bekerja (kepada kita) ialah orang yang kuat dan dapat dipercaya'." (Q.s. Al-Qashash: 26).


Sejarah juga mencatatkan kisah ratu Balqis di negeri Yaman yang terkenal adil dan memiliki jiwa demokrasi. Setelah menerima surat daripada Nabi Sulaiman, berupa seruan untuk taat kepada allah dan menyembahNya, lalu dia meminta pendapat kepada semua kaumnya dan bermusyawarah untuk mendapatkan keputusan bersama.
Firman Allah swt.:

"Berkata dia (Balqis), 'Hai para pembesar, berilah aku pertimbangan dalam urusanku (ini), aku tidak pernah memutuskan sesuatu persoalan sebelum kamu berada dalam majelis(ku).' Mereka menjawab, 'Kita adalah orang-orang yang memiliki kekuatan dan (juga) memiliki keberanian yang luar biasa (dalam peperangan), dan keputusan berada di tanganmu; maka pertimbangkanlah yang akan kamu perintahkan'." (Q.s. An-Naml: 32-3).

Kemudian dia berkata, sebagaimana yang telah difirmankan Allah swt.:
"Sesungguhnya raja-raja apabila memasuki suatu negeri niscaya mereka membinasakannya, dan menjadikan penduduknya yang terhormat jadi hina; dan demikian pulalah yang akan mereka perbuat."
(Q.s. An-Naml: 34).


Kesimpulan dari pendapat ratu tersebut ialah bahwa penguasa-penguasa di dunia ini jika mereka hendak menguasai suatu negeri, maka mereka akan merusak dua hal, iaitu merosakan negara dan moral penduduknya.





Dalam sirah kehidupan Insan agung Muhammad S.A.W pula, bermula daripada yang ibu baginda Aminah, ibu susuan Baginda Halima As-Sa’diyah dan pengasuh baginda Ummu Aiman r.a dari habsyah. Kemudian, wanita pertama yang mengucap kalimah tauhid, sekaligus pembantu setia baginda, Siti Khadijah binti Khuwailid r.a. selain itu, Nama-nama wanita yang mahsyur, Siti Aisyah, Ummu Slamah dan banyak lagi. Nescaya, peranan wanita dalam kebangkitan Islam dari zaman dahulu lagi cukup terbukti sehingga terdapat kisah yang dirakamkan di dalam kalamullah.



WANITA KINI

Peranan wanita cukup luas, meliputi pelbagai bidang khususnya yang berhubung kait dengan fitrah wanita itu sendiri. Dari sudut akidah, akhlak dan masalah yang tidak menyimpang dari apa yang sudah digariskan oleh Islam. Wanita atau lebih khususnya, muslimah seharusnya mengambil langkah permulaan yakni, perlu mensucikan fikrah dan perwatakan daripada pengaruh budaya barat. Juga perlu tahu dengan jelas cara untuk menangkis serangan-serangan kebatilan dan syubhat terhadap Islam. Perlu ditegaskan, tugas mendaulatkan Islam bukan hanya kewajipan Kaum adam.
Selain itu, Muslimah juga perlu jelas fitrah kejadian dan ketetapan Rabb, mengapa wanita harus menerima separuh daripada bahagian kaum lelaki dalam masalah hak waris? Mengapa saksi seorang wanita itu, dianggap separuh dari lelaki? Harus, perlu dan mesti cukup jelas tentang hakikat ini, tiada lagi keraguan yng menyelimuti benak fikiran. Bukan lagi masanya untuk wanita keliru dengan hakikat kejadian dan mempersoalkan perkara-perkara yang telah termaktub begitu. Tidak wajar lagi wanita yang ingin memacu gerakan dakwah, melengkapi arena perjuangan, terpengaruh dengan kenyataan-kenyataan sonsang pihak barat yang ingin menyerang pemikiran kaum mislim kini. Wanita kini harus mempunyai pendirian teguh, mantap, tidak boleh terikut-ikut seperti halnya lalang yang ditiup angin.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
"Janganlah kamu menjadi orang yang tidak mempunyai pendirian dan berkata, 'Aku ikut saja sepertiorang-orang itu. Jika mereka baik, aku pun baik; jika mereka jahat, aku pun jadi jahat.' Tetapi teguhkan hatimu dengan keputusan bahwa jika orang-orang melakukan kebaikan, maka aku akan mengerjakannya; dan jika orang-orang melakukan
kejahatan, maka aku tidak akan mengerjakan.



Di dalam Al-Qur'an telah ditetapkan, semua penetapan dan perintah ditujukan kepada kedua pihak, lelaki dan wanita, kecuali yang khusus bagi salah satu dari keduanya. Maka, kewajiban bagi kaum wanita di dalam keluarganya ialah menjalankan apa yang diwajibkan baginya.Wajib bagi setiap wanita (para isteri), iaitu membantu suaminya dalam menjalankan perintah agama, mencari rezeki yang halal, menerima dan mensyukuri yang dimilikinya dengan penuh kesabaran, dan sebagainya.
Wajib pula bagi setiap ibu, mengajar anak-anaknya taat kepada Allah, yakni dengan menjauhi larangan-Nya dan menjalankan perintah-Nya, serta taat kepada kedua orang tuanya. Kewajiban bagi setiap wanita terhadap sahabat-sahabat yang seagama, iaitu menganjurkan untuk membersihkan akidah dan tauhidnya dari pengaruh di luar Islam; menjauhi fahaman yang bersifat merosak dan menghancurkan sendi-sendi Islam dan akhlak yang luhur, yang diterimanya melalui buku, majalah, filem, dan sebagainya.

Harus diketahui pula, bahwa suara pertama dari kaum wanita dalam menguatkan dakwah dan risalah Muhammad saw. Ialah suara Khadijah binti Khuwailid r.a. kepada Rasulullah saw.:
"Demi Allah, Tuhan tidak akan mengecewakan engkau sama sekali. Sesungguhnya engkau bersilaturrahim, menghubungi keluarga dan mengangkat beban berat, memberi kepada orang yang tidak punya, menerima dan memberi (menghormati) kepada tamu, serta menolong orang-orang yang menderita."
Orang pertama yang berperanan sebagai syuhada ialah Ummu Amr binti Yasir Ibnu Amar yang bernama Samiah, dia bersama suaminya disiksa, agar mereka keluar dari agama Islam.
Tetapi mereka tetap bertahan dan sabar, sehingga dia mati syahid bersama suaminya.
Ketika Rasulullah saw. melintasi mereka, dan melihat mereka dalam keadaan disiksa, lalu Rasulullah saw. berkata kepada mereka, "Sabarlah wahai Al-Yasir, sesungguhnya kita nanti
akan bertemu di surga."

MAHASISWI???

Lalu, Apa pula kewajipan sebagai mahasiswi. Sebagai salah satu elemen dalam populasi masyarakat kampus sudah pasti mahasiswi muslimah mempunyai peranan yang besar dalam kebangkitan Islam di kampus. Tambahan pula, jumlah pelajar wanita lebih ramai berbanding lalaki, pastinya peranan golongan dalam gender yang sama amat dituntut. Isu-isu yang berlegar dalam kalangan wanita harus diselesaikan. Kampus juga medan persediaan muslimah untuk siapkan diri terjun ke masyarakat luar yang sarat dengan masalah-masalah dan isu-isu wanita yang perlukan pembelaan dan perhatian. Hakikat penciptaan wanita yang cukup berbeza sifatnya dengan lelaki, sudah tentu amat sukar difahami karenahnya oleh kaum adam. Lantas, muslimah perlu bangkit berperanan. Dalam agenda penyebaran dakwah dan islah, sudut pemikiran muslimah yang agak berbeza dengan muslimin menjadi pelangkap kepada perancangan strategi dakwah yang mantap.

(Kenyataan dan hakikat ini lah yang memberatkan kepala, memikirkan tugas, tanggungjawab dan peranan yang harus ditanggung dan sudah pasti akan dipersoalkan dihadapan Allah kelak. Hanya keyakinan yang teguh kepada janji Allah sahaja yang menjadi penguat untuk meneruskan langkah.)
“Kerana Kamu Muslimah, Doa jadi akar kekuatan.
Kerana Kamu MUslimah, Malu Sebagai Dahan IMAN,
Kerana banyak godaan, harga diri mahkota kemenangan,
Jangan Terus Diam, Teruslah Berjuang”
-mesej dari sahabatku, Aminah di Terengganu-

Rujukan : Fatwa Al-Qaradhawi



SrikandiMuda...

Category: | 2 Comments