Subscribe RSS


Kira-kira 2.50 pagi tadi, hasni mengetuk pintu bilik saya. Saya terjaga, dia menyampakai berta mengejut.
"Nti, ayah Fiza meninggal dunia"
"Fiza mana?" dalam keadaan belum sedar sepenuhnya saya cuba merespon.
"Adik Fiza lah"
"Siapa bagi tau?"
"Aisyah call ana tadi, dia minta kejutkan nti, dia call tak dapat"
"Innalillahi wa innna Ilaihi rojiun"

Saya mencapai handset d sebelah, 6 missed call, Fiza, Adie, aisyah, siti zu, qatrun,. Huh tak sedar pula sedangkan saya tidak silentkan handphone, terasa agak letih. akhir-akhir ni saya rasa energy dalam badan agak mudah merosot, sangat perlukan rehat, mudah benar merasa letih, kadang-kadang terpaksa tinggalkan sebahagian majlis dan aktiviti.

1 mesej diterima, daripada SU, memaklumkan bahawa bapa Fiza dimasukkan ke dalam hospital. Saya reply bertanya macam mana keadaan bapa Fiza, walaupun hasni dah beritahu tadi, saya inginkan kepastian. SU menelefon saya dan mengesahkan ayah kepada adik usrah saya itu baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Saya capai sweater yang tergantung, dan bergegas ke bilik Fiza. Beberapa sahabiah lain dan adik-adik dah ada di sana ketika saya sampai. Saya cuba menenangkan fiza. Jauh di sudut hati saya berfikir, mampukah saya juga bertenang jika menghadapi ujian sebegitu?

Kebetulan di bilik yang sama juga lebih kurang setahun yang lalu, saya menenangkan sahabat saya, murlidah, ketika dia menerima berita kematian ayahnya. Terkenang, ketika itu, saya cukup kagum dengan kekuatan yang di pamerkan oleh ida, bila saya minta dia berehat dan tak perlu mengikuti meeting yang dijadualkan hari tersebut, dengan tegas dia berbisik kepada saya, "Kan Nti selalu pesan, tidak boleh sayang siapa-siapa lebih daripada sayang kepada Allah"
Saya terpana, sebetulnya pesanan itu hanya mampu meniti di bibir saya, saya belum teruji untuk membuktikannya di alam realiti, melebihkan cinta kepada Allah mengatasi segalanya. Pantas rasa sebak dan air mata tidak terbendung, tercabar dengan semangat kental sahabat saya yang berkobar-kobar ketika itu, kesan tarbiyyah yang sampai ke lubuk hatinya. Tapi sengaja saya sembunyikan rasa itu untuk terus memberi talian semangat kepadanya, dan tanpa sembunyi saya suarakan kepadanya rasa kagum,
"Kalau ana di tempat nti, belum pasti ana sekuat nti. " dia membalas dengan satu senyuman hambar penuh makna, dan saya sangat rindukan semangat itu kini.

Benarlah.., kematian adalah nasihat paling berguna untuk kita. Tanpa diduga, tanpa ada penangguhan, tanpa sebarang warning pun, andai tiba saatnya, pasti, tanpa bertangguh walau sesaat, kita pasti di jemput oleh sang Izrail yang sangat patuh dan taat kepada Pencipta Alam.Kita sebagai hamba yang tidak punya kudrat, tidak mungkin mampu sedikitpun mengelak daripada ketentuan Allah.

Marilah kita sama-sama mengambil pengajar yang amat berguna diatas setiap berita kematian yang kita terima dengan bertanya pada diri, ' Turn aku bila lagi?'. Justeru, beringat sahaja tidak cukup, perlu kita susuli dengan tindakan menanam benih kebajikan dengan harapan kita mampu mengutip hasil di akhirat nanti. Maksimakan amalan semampu yang ada, jangan kita lupa, setiap apa yang kita buat walau sekecil zarah, pasti Allah berikan ganjaran. walaupun mencetak risalah-risalah edaran, bersengkang mata memikirkan pengisian program, menjana pemikiran untuk mempromosikan program agama, meeting pengurusan organisasi sehingga lewat malam, menaip buku program, memikirkan menu makanan peserta, hatta menghantar satu mesej peringatan sekalipun, dan setiap detik yang kita persembahkan dalam misi 'menolong' agama Allah, yakin dengan segenap keyakinan bahawasanya pasti akan menjadi bekalan untuk hari perhitungan kelak. Mari kita sama-sama persembahkan ketaatan yang mutlak kepada Allah, dalam misi mendapatkan 'tittle' anak soleh dan solehah, sehingga doa kita boleh menjadi talian hayat, saluran amalan tidak berpenghujung kepada ibu bapa kita bila mereka telah pergi menghadap yang Esa.

Semoga Allah memberi ketabahan yang kental kepada adik usrahku Hafizah Zainal Abidin untuk hadapi ujian yang DIA berikan. Kesabaran dan keredhaan terhadap ujian yang mendatang akan mengundang redha dan kasih ALLAH hendaknya...


SrikandiMuda...

Category: | 2 Comments

Melalui pengamatan dalam penulisan di beberapa blog yang sempat saya santap, khususnya yang membicarakan tentang gerakan mulimat, sungguh, nadanya sehala. Terdapat beberapa pandangan yang sedikit berbeza, cuma kebanyakannya sama. Majoriti antara mengeluh dan mengharap. saya berfikir, adakah penulisan ini juga ingin menambahkan lagi keluhan-keluhan terhadap kelesuan muslimat atau lontaran-lontaran harapan terhadap nafas kebangkitam muslimat? mengkin agak payah untuk saya keluar dari lingkungan persoalan ini.

Siapa kata muslimat tidak sedar?

Tidak sama sekali. andai ada pihak ingin labelkan penggerak muslimat kini tidak sedar, maka bagi saya kurang tepat label tersebut. Masakan tidak sedar, dengan banyaknya penulisan berbentuk kesedaran tentang betapa perlahannya gerakan muslimat kini Hentaman-hentaman pedih dan cukup menyakitkan telinga juga dilontarkan bukan sahaja oleh kaum adam malah, muslimat sendiri sudah ramai yang berani menghentam kelesuan gerakan muslimat.
Lantas, saya tidak bersetuju jika ada yang kata, Muslimat tidak sedar.

Muslimat = malu

"Muslimat sifatnya tersembunyi"... Teringat ungkapan guru saya ketika program daurah di Baitul Qurra, Melaka, baru-baru ini. Atas alasan ini kah muslimat senyap? semalaman saya berfikir tentang kenyataan ini. Teringat kisah Zainab al-Ghazali dan komitednya dalam memimpin gerakan muslimat ikhwanul muslimin, terkenang pula pengorbanan agung, kekasih hati Baginda, Siti Khadijah dalam episode hidupnya menemani perjuangan kekasih Allah. Tersembunyi yang dimaksudkan bukannya bererti berdiam diri, juga bukan pemerhati jarak jauh, apatah lagi menjadi tukang angguk dan geleng semata-mata. hayati makna madah "tangan yang menghayun buaian akan menggoncang dunia". lalu,adakah muslimat tidak perlu kehadapan? muslimat duduk rumah mengasuh anak-anak? lantas siapa yang perlu menangani masalah ummah yang tertuju terus kepada kaum HAWA. Gerakan Sister In Islam (SIS) satu contoh ancaman yang amat menggerunkan kepada kedudukan muslimat generasi akan datang. Boleh jadi berlaku kecelaruan dalam menilai kedudukan muslimat dari sudut pandangan Islam dengan pemanipulasian hujah dan fakta daripada golongan yang cukup berani ini. Lantas wajar lagi kah kita memilih untuk menjadi penggerak belakang tabir yang memang cukup terkebelakang?

Muslimat Proaktif

"Akak apa tajuk usrah akak malam ni?" Soal pengarah program PPMI yang sedang strugle menyiapkan persediaan- persediaan terakhir program tersebut. "Be Proaktive" dengan ringkas aku membalas sms tersebut. Masalah muslimat yang seringkali dikaitkan dengan emosi yang tidak menentu, gerakan yang lembab dan banyak lagi kenyataan-kenyataan yang cukup menjengkelkan cukup mengundang rasa keinginan untuk mencetuskan sesuatu yang boleh menjadi titik perubahan paradigma muslimat khususnya yang berada bersama-sama dalam gerakan Kampus ini.

Segalanya bermula dengan kita menilai kelemahan kita dan cuba memperbaikinya dari dalam diri sendiri. Jika masing-masing masih lagi terus dan terus menuding jari terhadap masalah itu dan ini, punca itu dan ini, kita tidak akan menemui satu jalan keluar daripada kemelut muslimat lesu yang semakin dicanang hebat oleh semua ahli gerakan seluruh tempat.

Sudah cukup banyak rasanya keluhan yang telah kita sumbangkan dan harapan yang kita persembahkan yang kita sendiri tidak tahu kepada siapa. sebetulnya harapan yang tinggi itu kita tujukan selayaknya kepada diri kita sendiri untuk terus menjadi satu pencetus kepada satu anjakan yang boleh menyumbangkan sesuatu kepada ummah. Walau medan mana pun yang menjadi pilihan kita, yang penting sudah pasti bukan memilih untuk berdiam diri.

segala potensi diri sebagai mahasiswi yang berada di dunia intelektual, kita seharusnya mampu mengenalpasti potensi diri dan memaksimakan penjanaan pemikiran dan sumbangan seiring dengan kemampuan yang kita ada. Jangan bazirkan masa, tenaga dan potensi akal kita hanya kepada perkara-perkara yang merugikan dakwah kita.

saya sendiri terkadang buntu dalam mencari jalan keluar dari kepompong semasa gerakan muslimat. Terkadang idea dan tindakan agak terbatas dengan pelbagai kekangan, tapi saya juga cukup risau dan bimbang dengan perkembangan potensi dan gerakan muslimat yang cukup perlahan. Tidak keterlaluan jika saya mengatakan kebanyakan ahli gerakan Islam khususnya muslimat agak malas berfikir. Tidak berminat menjadi pencatur, hanya berpuas hati dengan sumbangan sebagai penggerak, pekerja yang mendengar dan mematuhi setiap arahan.

dalam kebuntuan memikirkan di mana sebenarnya langkah harus bermula.. saya mencapai telefon dan menaip sms kepada sahabiah seangkatan, ada satu usrah + sesi brainstoming yang akan diadakan, kita perlu berganjak... bersambung


SrikandiMuda...

Category: | 3 Comments