Subscribe RSS

Mehna dan tribulasi tidak pernah lekang dari perjalan hidup kita menuju matlamat dan impian. Keinginan yang tinggi kepada rasa hidup bertuhan, menjadikan setiap kekecewaan yang dicicipi sepanjang mengharungi medan ini tidak pernah menyentap semangat walaupun terkadang sedikit luntur dek situasi tekanan yang kurang sedia dihadapi.

"Bagaimana nak teruskan gerak kerja ni, semua orang lembab" hati yang bermonolog.

kadang-kadang, terzahir juga di riak wajah, menyebabkan kadang ada yang bertanya

"Kenapa muka tension ni, fikir masalah ummah ka?"
Aduh tamparan keras sebenarnya walaupun disambut dengan senyuman hambar, namun kata hati bermonolog memarahi,

"Kata nak ikut jejak Baginda, masalah sikit orang lain dapat kesan, dari riak wajah pula tu. kamu gagal wahai diri"

sesekali ada hujah pembelaan yang terlintas
"Orang lain tidak tau betapa sakitnya yang aku rasa. Tiada orang yang faham tiada orang yang mengerti."

"Kerana kau mencari pengertian dari insan yang juga sama lemahnya denganmu, kenapa engkau ketepikan Zat maha hebat, Dia pasti sentiasa memahami, Dia lah ubat segala duka dan kecewa" Hati kecil akhirnya memujuk, dan akur, tiada pembelaan lagi.


Keluhan demi Keluhan...

"Mahira, kamu kena belajar human sense" Pada mulanya saya juga tidak tahu apa hujung pangkalnya ustaz tiba-tiba menegaskan ayat tersebut. Yang pastinya ketika itu, saya adalah antara AJK asrama yang sangat digeruni atau dengan kata lain orang tak senangi. Tapi, itu bukan pelemah semangat saya yang berkobar-kobar, maklumlah baru merasai keindahan hidup ditarbiyah, dengan syariat pencipta. Tak peduli apa orang nak kata yang penting saya tahu apa saya buat. Pendirian kukuh masa tu.

"Siapa lah yang report pada PH HEM ni, " bentak seorang student aspuri di dalam bilik dobi .Saya mendengar dari luar.Nampaknya dia baru dimarahi PK HEM kerana 'dating'. Bila saya melangkah masuk, semua orang senyap. begitulah rutinnya, tiada yang teruskan perbualan tentang 'teman lelaki', 'budak aspura', 'dating', jika terlihat saya. Pakej topik tersebut, saya tidak boleh dengar, 'anti couple' kata mereka. Malah pernah sekali dua, kedengaran di telinga, orang me'lable' saya anti lelaki. Saya abaikan semua cakap-cakap orang, yang penting suasana Islamic di bumi Elopura berterusan. Masa tu dating adalah salah satu kesalah tatatertib asrama, sampai boleh buang asrama kalau didapati dating. Sekolah bestari yang Islamic, atas kerja keras beberapa individu yang sayangkan Islam.

"Jika ada yang dipanggil PK HEM, kerana 'dating' tak payah la cari siapa yang lapor, saya yang laporkan semuanya" Tegas saya memberitahu semua pelajar muslimah didalam surau aspuri. Muka-muka aspuri bermacam-macam riak, tapi semuanya senyap. dalam keterpaksaan datang ke surau, mereka memang 'membenci' saya. walaupun sebenarnya bukan saya yang laporkan kepada ibu angkat saya merangkap PK HEM sekolah pada masa tu, saya tidak suka golongan kaki dating ini mengugut adik-adik junior.

Kalau nak cerita tentang zaman sekolah ni memang panjang. Tapi, yang pastinya jiwa yang baru mendapat tarbiyah itu sangat telus. Dan akhirnya saya sedar, tarbiyah itu perlu saya lengkapkan thaqafahnya sehingga benar-benar memahami hakikat sunnahtullah seorang 'MANUSIA '. Syariatullah perlu diterjemah dengan cara yang seiring penerimaan Manusia. Lalu, saya mengangguk, saya perlu belajar tentang makhluk terbaik ciptaanNYA, belajar tentang MANUSIA.

Kita mana mungkin dapat memenuhi kehendak semua pihak. Dan mustahil kesempurnaan itu tercapai. Begitu juga sifirnya bila kita meminta orang lain memenuhi permintaan kita, pertimbangkanlah kemampuannya.

Pernah sekali saya rasa tidak dapat bertahan dengan karenah sahabat-sahabat. banyak yang saya tidak puas hati. Latas, keluhan demi keluhan menemani. Masakan perkara sekecil itu tidak diketahui. Berapa kali kiranya mereka ingin saya terangkan. Berapa banyak kali pula mereka cuba untuk fahamkan. Fuh, dalam hati hanya tuhan yang tahu, kadang-kadang terlintas di fikiran, "asyik aku yang kena memahami, yang mereka pernah tidak cuba memahami".

Keluhan oh keluhan. sungguh berat. Pernah sekali saya menghantar mesej kepada sahabat nun jauh mengharapkan secebis talian hayat ituk teruskan langkah,
"Ku harus bagaimana sebenarnya?"

Carilah jiwa 'pendidik'. pesanan pendek yang membuatkan saya berfikir panjang. pada perkiraan pertama saya, sepatutnya merekalah yang mendidik saya, ini tidak. Bila mengambil masa, bertanya kepada sang murabbi tempat rujukan dikala buntu, sama pesananya, cubalah berjiwa pendidik.

Memang kadang-kadang kita hampa dan kecewa dengan respon dan tindak tanduk orang di sekeliling kita yang langsung tidak memuaskan hati. Bagi kita sepatutnya bukan begitu. Lantas, keluhan berat akan terhambur dengan sewenangnya. Lalu pesan murabbi dilanjutkan, "jangan espact terlalu tinggi, kamu akan kecewa, didik secara pelahan, terap kan satu persatu, tawakal hasilnya kepada ALLAH"


Keyakinan PadaNya

Allah tidak suka orang yang mengeluh. Mak selalu marah bila saya mengeluh. Tidak bagus katanya.

Pasti ada penyelesaian dipenghujungnya. Bagaimana susahpun dipermulaan, di pertengahan, yakinlah ALLAH sentiasa merancang sesuatu hikmah dipenghujung sebuah perjalanan. Kembara demi kembara, mehna, tribulasi, dan keyakinan pada ALLAH akan menjadi penyedap rasa, pemulih semangat, pemujuk hati pada setiap episod perjalanan.

"AKU sebagaimana sangkaan hamba-hambaKU"

Lantas, saya berpesan pada diri, dalam beratnya sebuah keluhan, tidak perlu segalanya dizahirkan.

Cuma keyakinan padaNya perlu diperteguhkan. Disamping perkongsian dengan insan-insan terhampir yang menjadi tulang belakang. Hanya kita yang tahu, jauh mana kita pergi, kadang-kadang biarlah mereka tidak tahu semuanya. Yang penting Allah tidak pernah terlepas pandang dengan setiap detik yang kita dedikasikan untuk medan ini. Dikala mereka semua menilai hasil sebuah usaha, menilai luaran sebuah gerak laku, menilai riak wajah yang penuh kerutan, tidak mengapa, Allah tetap menilai Usaha yang dilakukan.

Teruskan kembara diri mencari TUHAN...

Hayati lirik lagu ni sambil tenangkan minda mendengar nya clik

Perjuangan
Album :
Munsyid : Saff One
http://liriknasyid.com


Perjuangan itu gerun dan mengerikan
Hebat dan dasyat menggerukkan hati
Bagi mukmin di sini harga dan nilainya 2x

Perjuangan itu bagai sampan di laut
Di atas lapang tiada perlindungan
Di bawa air melambung dan menggunung
Menongkah gelombang yang datang melanda

Kiri kanan depan dan belakang
Angin yang menderu tidak tahu bila datang
Hujan badai yang datang menyerang
Bak singa yang lapar yang garang

Kadang-kadang terdampar di batu karang
Penumpang menerima nasib berlainan
Ada yang jatuh ada yang tenggelam
Yang pandai berenang berpaut ke sampan

Ada yang berjaya berenang ke tepian
Sekali lagi dia melayar sampan
Walau pelayaran mungkin tidak berjaya
Namun harapnya hanya pada yang esa

SrikandiMuda...

2 comments to “Keluhan berat buatmu, Keyakinan kuat PadaNYA”

  1. "Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga pada hal kamu belum didatangi ujian seperti yang dialami oleh orang dahulu. Mereka ditimpa kepapaan, penyakit dan ketakutan sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman bersamanya : “Bilakah akan dating pertolongan Allah ?” . Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat."
    [ Al-Baqarah: 214]

    salam alma..
    ana faham apa yang enti maksudkan.. saya pernah mengalaminya dahulu dan ia benar-benar mampu menitiskan air mata muda ini. Yang muda dalam memegang "tanggungjawab" yang berat dalam membentuk jiwa-jiwa yang dahagakan petunjuk dan jalan yang benar.

    Alma sabar ye.. ALLAH sebaik2 penolong. PErcayalah dengan berharap sepenuhnya kepada ALLAH, ALLAH akan tunjukkan jalan.. InsyaALLAH. Kerana Dia maha MEngetahui stp ssuatu.

    Ana percaya..alma kuat..dan jangan seskali berputus asa mengharap padaNYA ya..

    Salam perjuangan dari ana..
    Fairuz =)

  1. Salam Fiaruz.. :) InsyaAllah.. Posting ini mewakili n ditujukan khas buat jiwa2 yang pernah/sedang/bakal merasai keluhan2 berat yang sungguh sakit tp manis dan memuaskan hati2 yang tinggi rasa hidup bertuhan dalam hatinya... doakan kita semua sentiasa diberikan kekuatan :) salam perjuangan d kejauhan..