Subscribe RSS


Agak tersentuh dengan penulisan sahabatku majita di blognya, mungkin sudah lama di post tulisan itu,baru sempat ku tatapi... melawat nenek seorang sahabat yang terlantar sakit di HDOK (Semoga ditetapkan segalanya yang terbaik) semasa cuti yang lalu meninggalkan sedikit sentakkan emosi yang sangat menggamit di hati. dalam kepadatan masa, di ruang persediaan terakhir untuk ke program MUSLIM 08, sempat juga kami mecuri sedikit waktu untuk memijak kaki ke HDOK. ku kira ini lah final touch yang paling berharga bila melihat suasana pesakit di wad. dalam himpitan waktu, tekanan gerak kerja yang memuncak untuk pastikan kami perform yang terbaik untuk program kali ini, Allah beri peluang untuk muhasabah diri, sebelum bercita-cita ingin memuhasabahkan adik-adik peserta program...


"Huh, muhasabah..." lontarku. bila melihat pesakit-pesakit di wad dengan penderitaan masing-masing yang pastinya ujian daripada sang Pencipta Alam.


" Sungguh sensitive perasaan pesakit yang terlantar. inilah peluang yang digunakan oleh golongan pendakyah untuk memesongkan akidah saudara seagama kita." kenyataan sahabatku, menyentak fikiran.


" Dulu ustaz Abdullah ada terangkan tentang perkara ni dan mencadangkan untuk kami aturkan plan PERISA menziarah pesakit di hospital ni, tapi tak sempat nak plan, mungkin silap kami kepimpinan ketika itu, agak tidak strategik mengatur masa. Maklumlah, setahun jagung di arena dakwah, belum pernah tahu tentang aulawiyyat. " tiba-tiba pula terkenang zaman bergerak kerja atas title PERISA, alam persekolahan, cukup manis. Maje tersenyum, dia juga salah seorang sahabatku yang sama-sama mengorak langkah berani menyahut seruan dakwah,yang belum pun dikenali mehnanya, dan PERISA lah yang mempertemukan kami.


aku menganggap sepajang perjalanan hari itu, satu usrah tidak formal sambil memerhati dan menganalisis persekitaran ummah sandakan, sasaran dawah kami, yang berat untuk ditinggalkan setiap kali cuti semester berakhir.

Teringat hasrat sahabatku yang tidak kesampaian. Cik kesuma merancang untuk kami mengadakan lawatan ke rumah warga tua pada mulanya, dan ubah plan ke HDOK, tapi tidak sempat kerana proses birokrasi, himpitan masa dan kepadatan program. terkilan , sebenarnya secara pribadi aku kecewa, tapi, jauh di sudut hati dan fikiranku, untuk cuti yang akan datang, ruang dan sasaran dakwah perlu dipelbagaikan.. mujur perancangan sahabatku cik Asti, untuk turun ke lapangan membuat pemetaan, dapat kami jalankan sekadarnya. ia satu permulaan yang baik. Cik Aishah yang berpendirian kukuh, cik adriyani, MPP UPSI yang berjiwa kental,dan semua sahabat muslimat yang sentiasa mendahulukan kepentingan ISLAM semangat membara dalam jiwa sahabat2 ku... semoga baik untuk kebangkitan ISLAM, (di bumi bertuah, Sandakan & Kinabatangan.) Jangan lah mencari dan menunggu-nunggu sang reformis mencetus revolusi dakwah, kerana kitalah insan-insan itu!!!



SrikandiMuda...



“Lia, jomlah pergi usrah Lia, jomlah berdakwah Lia, ummah semakin koyak Lia, jomlah kita bangkit mengubah segalanya.”

“ Aku tidak mahu. Aku kena study! Markah semester lepas dah cukup teruk. Gara-gara dakwah, tarbiah dan program! Aku menyesal mengikuti semua itu. Bosan!! Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan,tapi banyak lagi skopnya. Bukan ke islam tu syumul? Kalau nak berjaya, kena study. Waktu study, studylah! Esok kalau dah berjaya, aku buatlah kerja dakwah tu. Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal dalam pelajaranku, kan nanti aku menutup mata orang lain terhadap Islam..”

“ Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang jongkit ...”

“Jongkang jongkit? Apa kau merepek ni? “

“Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam jongkang jongkit. Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah. Tu bukan dakwah namanya. Dan tu bukan belajar namanya!”

“ Habis tu? Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar terus. Tak boleh inversely proportional.”

“ Apa maksud kau?”

“ Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam pelajarannya”

“Aku tidak faham!”

“ Tak pe, aku terangkan. Macam gini, bila dah berdakwah tu, rasa senang je nak study. Bila belajar tentang mitokondria misalnya, boleh bayangkan betapa hebatnya Allah ciptakan mitokondria tu. Bila belajar tentang algebra, terasa kerdilnya diri. Bila belajar tentang Hukum Boyle, terasa akrab dengan Pencipta. Kenapa? Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah. Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah. Rasa senang hati nak terima ilmu. Kalau orang lain study 1 jam, dia hanya perlu study 10 minit sahaja. Sebab apa? Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu”.

“ Aku tak pernah rasa semua itu. Lain tuh! Selama ni kau nak cakap yang aku ikut program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas?”

“ Tak, itu bukan maksud aku! Cuma kena checklah sikit hati tu. Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak berlaku tarik tali dengan Allah.

“ Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?”

“ Ok, aku berikan contoh. Misalnya waktu buat kerja dakwah tu, terdetik tak kat hati, banyak lagi yang tidak habis belajar. Terdetik tak kat hati, assignment banyak lagi! Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah. Ada keraguan dalam hati. Seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah.

Siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya

Kita melakukan jual beli dengan Allah, tapi kita tidak bayar lagi. Kita berdoa, tapi tak de kesungguhan dalam doa kita. Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah.

“ Lia dah faham. Lia kena banyak muhasabah. Lia dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk Lia tahu itu maksudnya peringatan dari Allah Lia yang tahu hukum berdakwah tapi tidak mengerjakan kerja tersebut”



“Lia, sahabatku, seorang ibu pernah mengatakan, aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku. Setiap kali aku bergaul dengan jiranku, aku ingin mereka merasakan kemanisan iman dan Islam. Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku, aku ingin mereka merasakan keindahan Islam. Lia, itulah yang inginku kubentuk dalam diriku. Aku ingin setiap perbuatanku menjadi manifestasi dakwah itu sendiri. Pelajaranku, hubunganku dengan keluarga dan sahabat, segalanya adalah dakwah. Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya. Lia, aku ingin berkongsi dua kisah, Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam Hassan AlBanna dan kedua kisah sahabatku di Indonesia. Moga kedua-dua kisah ini dapat kita renungkan bersama. Menjadi motivasi buat kita untuk terus berada dalam mandala ini. Lia, kau pastinya arif mengenai Assyahid Imam Hassan AlBanna bukan? Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu. Dia berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi. Semua manusia mengenalinya. Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna, pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah . Lia, aku akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha. Itu Sunnatullah. Tapi Lia, kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja. Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha. Itu juga adalah Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya. Lia, aku kongsikan pembacaanku dalam buku Detik-detik Hidupku karangan Assyahid Imam Hassan Al Banna; itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin. Seorang sahabat di Indonesia pernah bercerita mengenai pelajarannya. Alhamdulillah, dia memperolehi yang terbaik. Dia ingin mempertahankan prestasi terbaik untuk Allah, agama Allah. Di sudut lainnya, dia tidak suka mengejar dunia, bersaing untuk berasa hebat. Dia hanya ingin memberikan yang terbaik sebagai hamba Allah. Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah kecundang. Dia pernah bertanya kepada Allah ;

Ya Allah,
kenapa engkau mentakdirkan prestasi yang baik buat temanku? Apakah temanku itu punya alasan yang kuat sehingga Engkau menolongnya? Aku mempunyai mimpi yang besar untuk menegakkan agamaMu melalui pergerakan dakwah.
Maka aku mohon bahawa aku harus berjaya!



Lalu Allah memberitahu dirinya melalui suatu kisah sahabat yang dijamin masuk syurga, padahal seharian ibadahnya sama saja seperti sahabat yang lain. Dan ketika ditanya prinsip hidupnya, sahabat itu menjawab;

‘Aku tak suka membanding-bandingkan apa yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya. Aku yakin Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan untukku dalam situasi sulit atau lapang. Aku akan tetap redha kepada Allah dalam situasi apapun. Aku akan tetap bersaksi bahawa Allah adalah Robb yang Maha Esa, meskipun gunung-gunung harta itu milikku atau aku tak punya harta sedikit pun.’

Lia, saya teringat email yang pernah saya terima dari seorang kawan. Tulisannya benar-benar terkesan di hati saya. Dia bercerita tentang seorang wanita yang terkena penyakit disebabkan poliovirus semenjak kecil. Kisah ini kisah benar. Saya namakan wanita ini Aya. Aya memerlukan tongkat untuk berjalan. Aya tidak berapa cantik, tidak slim dan tidak tinggi. Satu sahaja keinginan Aya, dia ingin sesiapa sahaja yang melihatnya mengucapkan Subhanallah. Keinginan Aya tercapai. Bila Aya belajar di sekolah menengah dan berjaya, manusia yang ditemuinya mengucapkan Subahanallah. Bila Aya berjaya masuk ke universiti, sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah. Bila Aya menyudahkan pelajarannya, sekali lagi manusia mengucapkan Subhanallah. Dan sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah apabila Aya mengahwini seorang lelaki yang kacak dan beriman. Orang ramai tertanya-tanya, apa yang mampu Aya berikan kepada suaminya. Takdir Allah menentukan yang sebaiknya. Allah mengurniakan Aya dan suaminya 3 orang anak yang comel dan sempurna. Sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah. Dengan kecacatanya, Aya masih mampu membuat manusia mengingati Allah. Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa paras bukan persoalan utama. Ingat lagi tentang Abdullah bin Ummi Makhtum? Dia sahabat nabi yang buta. Dia mahu membawa panji bendera Islam. Katanya, buta menyebabkan dia tidak takut kerana dia tidak akan dapat melihat bilangan musuh. Akhirnya dia syahid. Mereka yang menemui mayatnya tidak dapat mengecamnya kerana terlalu banyak luka parah yang dialaminya. Subhanallah. Pasti Lia ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda. Tapi apa yang telah dia lakukan? HAMAS berdiri dengan izzah. Musuh menggeruninya. Lia, kita sempurna. Ayuh lakukan sesuatu untuk Islam. Ayuh berada dalam saf perjuangan. Umat Islam harus meningkat. Hidup ini tiada erti tanpa perjuangan. Perjuangan yang sebenar pasti meninggalkan parut dan memerlukan pengorbanan. Kata Saidina Umar,

www.iLuvislam.com
Wanita sinaran islam
editor: everjihad



SrikandiMuda...




Category: | 0 Comments

Kita kadang- kadang benar dalam prinsip tapi silap dalam kaedah penyampaian.


Kita Ingin Orang Faham Perjuangan, bekorban sehabis baik untuk Islam, tapi kita lupa kemampuan individu berbeza dan dan sudah pasti itu semua aturan ALLAH....


Kita Mahu Lihat gerak kerja yang sempurna, yang licin dan mempunyai perancangan rapi, tapi kita tidak endah tinggi rendahnya usaha mereka kearah itu.


Kita mahu meraka tahu uruskan itu dan ni, tidak boleh bercelaru, perlu betulkan. Tapi, kita lupa mereka perlukan kita sebagai pembimbing dan pendidik, bukan pengkritik yang melonglaikan semangat.


Pejuang Islam perlu lakukan kesempurnaan, itu prinsip kita, maka kita usaha apa sahaja yang penting kita dan sahabat-sahabat seangkatan capai grad yang kita sasarkan.



Tidak ada yang silap pada prinsip kita, itu lah yang terbaik, Islam perlu dijulang tinggi kita wajib jaga nama baik Islam... cuma kita gagal sedikit dalam kaedah dan cara. selalunya begitu... Kita gagal mempunyai sifat emphaty kepada sahabat seangkatan kita. kita tidak berjaya meletakkan diri kita di tempat mereka. setiap seorang ada konflik tersendiri. mungkin konflik keluarga yang agak menekan. mungkin masalah kewangan yang menjadi kegusaran, mungkin juga, kebimbangan tinggi kepada kegemilangan akademik yang kian suram... kita tidak cuba memahami tentang konflik-konflik yang bersifat individu yang sahabat kita hadapi. Kita hebat dalam analisis keberjayaan dan kegagalan dalam gerak kerja organisasi kita, tapi kita gagal dalam menganalisis sifat dan keperluan sahabat yang telah sama-sama berikrar dengan kita untuk menjulang Islam dimata dunia.




Ingin Cepat


zaman kini segalanya serba pantas, jika kita lambat bertindak, nescaya tertinggal dibelakang lah. "Masa itu ibarat pedang jika kita tidak memotongnya, nescaya dia kan memotong kita" saya tidak menafikan hakikat ini. cuma, saya cukup rimas bila pejuang Islam ada rasa ingin cepat melihat kegemilangan Islam tertegak sedangkan belum ada satu apa perancangan pun. Nabi dulu berdakwah lama, pengorbanan tak berbelah bagi sehingga negara pertama Madinah al Munnawarah tertegak gahnya sebagai negara Islam yang pertama. saya bukanlah mengatakan saya tidak ingingkan kemenangan Islam segera, cuma, kita terlalu bermain dengan angan-angan bila kita berkobar-kobar, perlu pantaskan gerak kerja, perlu sistematik, perlu strategik, tapi pengurusan diri kita sendiri ??? huh.



Saya tidak berminat untuk menyentuh bab penampilan, segak bergaya, imej islam yang menyejukkan mata, ia baik, cuma, kali ini bukan itu fokus utama saya.


Saya juga tidak berhasrat untuk ketengahkan kecemerlangan dalam bidang akademik. pointer tinggi julang nama Islam, ya, sangat penting tapi, kali ini bukan itu yang saya paling gusarkan.


Saya sebenarnya ingin memfokuskan dari sudut pengurusan masa kita yang saya rasakan gagal dari sudut membahagikan dan memperuntukkan masa untuk Sang Pencipta. Saya sendiri dan mungkin kita semua.


Kita 'blame' orang lain jika lambat datang meeting, lambat gerak kerja, tidak berjemaah dalam gerak kerja, tidak pandai mengatur (semberonoh)., tapi kita lupa nak blame diri kita yang lambat tunaikan solat, tidak berjemaah di masjid, mengabaikan amalan sunat. Inilah kesilapan kita dalam kaedah. saya tidak mengatakan yang kita silap bila kita cuba memberi kritikan membina kepada orang lain, atau persatuan lain, saya yakin setiap orang yang sayangkan Islam tidak mengkritik atau memblame melainkan untuk naikkan Islam.


saya sebenarnya cukup kecewa bila mendapat tahu, ahli gerakan Islam khususnya muslimin tidak datang solat berjemaah di masjid terutama waktu subuh. saya cuba untuk bersangka baik, mungkin ada gerak kerja yang sangat berat menuntut untuk bersengkang mata semalaman, lantas tidak ada upaya untuk ke masjid.


Namun, walaupun itu alasan atau penyebabnya, saya tetap kecewa (apatah lagi jika sebab maya yang tidak konkrit) kenapa? sebab satu masa nanti bila keluar ke medan yang lebih luas, tuntutan itu mungkin sahaja berganda sepuluh kali lebih berat. tanggungjawab confirm akan bertimbun-timbun. lantas bagaimana? sedangkan ketika itu insan-insan bersemangat kental ini akan menjadi pemimpin keluarga yang akan mencorakkan dunia! (saya tidak layak untuk menilai semua tetapi ini lebih kepada penilaian terhadap diri saya sendiri). Kita masih benar dalam prinsip, cuma silap dalam kaedah. tidak ada pilihan lain selain mujahadah.... sikap ingin cepat dalam gerak kerja perlu kita pinjamkan kepada diri sendiri untuk ingin cepat dalam ketaatan kepadaNya.


Bersangka Baik

Bab sangka baik ni, terlalu selalu diperkatakan, terlalu jarang dipraktikkan. sebenarnya segala prasangka kita perlu kikis daripada terus mebembelenggu hati dan fikiran kita. cuba bersangka baik dengan semua orang. memang agak payah, saya meraskan nya, tapi saya sedang mencuba. kalaupun benar prasangka kita tetap merosakkan ukhuwwah bila kita canang ke sana sini, apatah lagi kalau prasangka membabi buta tanpa pernah cuba memikirkan secara positif setiap pekara.



Jom bersangka baik..ini juga penawar racun perpecahan di kalangan kita. saya terfikir pula untuk melancarkan kempen bersangka baik terhadap sesiapa sahaja. Pelik kan bunyinya... cuma, sekali lagi, walau apapun yang cuba kita lakukan, jangan sekadar benar prinsip tapi gagal kaedah...




SrikandiMuda...

Category: | 2 Comments





Mulakan Kempen Boikot Produk Keluaran Israel Dari Sekarang. Cetak, Edar Dan Tampal Di Blog Anda. Kita Boikot Sampai Lumpuh !!!


SrikandiMuda...

Category: | 0 Comments


Detik masa silih berganti tanpa sedar dah masuk semester ke 4 aku di alam pengajian. Sepenuh rasa syukur kehadhrat Allah kerana masih memberi waktu untuk aku terus menghirup udara segar kurniaanNya, dalam keadaan aman damai. Agak lama tidak menulis sesuatu, terasa terlalu banyak yang ingin ku coretkan, tapi tidak tahu di mana harus ku mulakan. Berlalunya satu tempoh percutian yang seperti biasa, terisi dengan program yang menjadi medan untuk aku dan sahabat seangkatan mencurahkan bakti dengan kudrat yang ada dengan harapan besar untuk melahirkan insan-insan berjiwa besar yang satu hari nanti akan meneruskan langkah ini membuktikan pada semua yang ISLAM adalah agama teragung.

MUSLIM’ 08

Muslim Intensive Training 2008, telah melakarkan satu lagi catatan memori indah yang akan tersimpan kemas dalam lipatan pengalaman yang cukup berharga. Sekali lagi aku ditarbiyyah sebagai S/U program, yang kukira cukup tidak serasi dengan jiwaku sebenarnya. Tapi, tidak serasi, tidak suka atau apapun yang tidak, bukan alas an untuk aku mengelak dari taklifan yang kuyakini Dia telah rancang dengan baik. Walaupun pada mulanya agak kurang selesa juga kerana pengarah program bukan orang yang biasa bekerja dengan ku. Tapi, Alhamdulillah, sehingga ke penghujung program, segalanya berjalan dengan baik. Di dalam program ini jugalah medan untuk aku dan sahabiah lain terhimpun, dengan satu matlamat yang sama. Di sinilah kami melepasklan rindu yang sekian lama terpendam. Maklumlah, jika berada di kampus masing-masing semuanya sibuk dengan tugasan dan gerak kerja sendiri. Di program lah kami ditemukan, berkenalan, dan akhirnya terbina satu ikatan ukhuwah yang sukar untuk di ceritakan. Tidak dinafikan, setiap perhubungan pasti akan diuji. Kadang-kadang ada juga perselisihan, dan ketidak sefahaman antara kami, tapi, itulah asam garamnya. Teringat satu kenyataan si mina dalam satu majlis usrah satu ketika dulu, “kita anjurkan program kepada adik-adik, kita tidak mengharapkan dengan program yang kita buat itu, terus tertegaknya Islam di tempat kita, cukuplah sekadar adik-adik dapat rasa manisnya Islam, manisnya Ukhuwah kerana Allah, sepertimana kita pernah diberi peluang untuk merasa kemanisan itu oleh kakak-kakak kita dulu.”

Adik-adik Harapan Ummah.

“Mereka persoalkan tema program kita,” mesej dari kak ana.

Seketika timbul juga tanda Tanya dalam fikiranku, kenapa pula? Lalu kucari KKD program, kulihat tema program “Pelajar Bersahsiah Pencetus Revolusi Ummah”

Senyuman terukir dibibirku. Aku sendiri lupa dengan tema tersebut. Tidak kuduga tema yang ku kira on the spot itu menjadi kontroversi. Kenapa pula aku terfikir tema tersebut, yang pasti aku meyakini yang ummah perlu di revolusikan, oleh siapa? Jiwa-jiwa muda yang penuh kesedaran. Bermula daripada pembentukan sahsiah berlandaskan Ajaran Islam yang sebenar. Jika ada pihak yang tidak bersetuju dengan tema tersebut, mungkin ada hujjah tersendiri. Mungkin sahaja “Revolusi Ummah” yang menjadi pertikaian.Tapi, itu bukan perkara pokok untuk diperbincangkan. Perkara paling berat sebenarnya, adalah bila membincangkan tentang hala tuju adik-adik yang akan kita tinggalkan. Dalam tempoh masa program, kita berada bersama mereka, kita bebas berkasih sayang, berinteraksi seperti rutinnya orang berprogram. Tapi, bila tamat program, kita hilang arah tujuan. Touch and go. Kita tinggalkan adik-adik dengan sedikit sentuhan, jiwa yang ingin tahu dan berkobar-kobar itu akhirnya akan kembali layu. Itulah pengajaran daripada program-program yang lalu. Lantas, kesedaran itu, kita rangka perancangan untuk kita lanjutkan connection kita dengan adik-adik melalui wadah Persatuan Remaja Islam Sandakan. Tetapi, perbincangan itu, bukan satu tiket untuk para fasilitator berlepas tangan, meninggalkan tugasan tersebut kepada mereka yang tinggal sedangkan kita tahu betapa tandusnya tenaga-tenaga yang boleh dikerah. Apalah salahnya, menghantar 2, 3 SMS bertanya khabar. Sekurang-kurangnya, mereka dapat rasakan satu ikatan ukhuwah dengan abang atau kakak yang membimbing mereka semasa program. Mungkin ada pihak lain yang take over adik-adik kita, tapi, tetap tidak sama dengan kita. Aku cukup faham dengan keadaan sahabat-sahabat fasilitator yang lain, cukup banyak cabang komitmen yang perlu diberikan tumpuan. Dan aku pulangkan kepada kemampuan masing-masing. Cukup ku yakini yang semua kita sebenarnya cukup tinggi keinginan untuk terus berhubung dengan adik2 masing-masing, Cuma mungkin ada kekangan tertentu. Andai lah ada masa terluang sedikit, amatlah besar harapanku agar kita semua sudi menekan keypad telefon untuk bertanya khabar adik-adik MUSLIM 08. jangan sahaja ada diantara kita nama adik-adik pun tidak ingat , no contact pun tidak ada, di mana kesungguhan dan azam kita? Aku sendiri memberi amaran kepada diri sendiri sebenarnya. Apa output program yang kita harapkan? Semoga Allah memberi kesempatan kepada kita untuk itu.

Persatuan Remaja Islam Sandakan (PERISA)

Bila buka topik PERISA, cukup menggamit kesayuan di hatiku. Wadah inilah titik permulaan aku kenal dengan dunia dakwah Islam. dengan sedikit kefahaman, atas ajakan sahabat-sahabat, aku hadir dalam satu mesyuarat agung kali pertama Persatuan Remaja Islam Sandakan. Sebelum itu, aku telah dijemput dalam beberapa siri mesyuarat badan penaja persatuan tersebut, tapi, kakiku cukup berat untuk melangkah ke mesyuarat tersebut. Tidak ku ketahui rupanya dalam mesyuarat itu, ada sesi perlantikan untuk Saff pimpinan sulung yang akan mengemudi PERISA dalam langkah awal pergerakannya. Tidak pernah aku terfikir dan sudah pasti DIA yang merancang, aku terlantik untuk satu jawatan penting di dalam PERISA. Huh. Ada juga pihak yang kukira kurang senang dengan perlantikanku, kenapa tidak, baru menunjukkan muka tiba-tiba menjadi taiko muslimat. Aku sendiri tidak bersedia untuk itu, lalu, ku suarakan hasrat untuk meletak jawatan kepada pengerusi Badan penaja ketika itu,dan permohonanku serta merta ditolak. Bermula dari situlah episod demi episod perjalanan kami dalam PERISA terakam dalam satu siri perjalanan hidup beberapa orang remaja Islam yang mempunyai sedikit kesedaran dan semangat yang membara atas sentuhan tarbiyyah oleh insan-insan yang sangat berjasa kepada kami.

Cukuplah dulu cerita mengenai PERISA. Akan ku usahakan untuk menulis sedikit penerangan khusus untuk Persatuan Remaja Islam Sandakan ini. Seperkara yang paling penting, bermula dari langkah pertama itulah, sehingga ke detik ini, masih ada waktu yang dikurniakan oleh RABB untuk kami terus mengorak langkah yang kecil ini dengan satu harapan besar yang ingin melihat Islam kembali gemilang di mata dunia dengan izin Allah pastinya.



SrikandiMuda...

Category: | 0 Comments


Dengan Nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih. Selawat dan salam keatas junjungan mulia Rasulullah s.a.w para sahabat dan keluarga baginda. Segala puji bagi Allah, than yang berkuasa atas tiap sesuatu. Atas rahmatNya, kita masih dipinjamkan usia untuk meneruskan langkahdi bumi fana ini. Terbaca, komen-komen dari pembaca diblog BADAR, pendakwah cuti. Agak kelakar juga bila di fakir-fikir. Adakah istilah cuti dalam kamus hidup seorang pendakwah? Tidak boleh salahkan pembaca, kerana mereka tidak tahu, apa yang berlaku di sebalik senyapnya blog BADAR dan saff pimpinannya. Yang pembaca tahu, blog tidak di update semasa cuti, kesimpulan mudah, pendakwah bercuti. Juga tidak boleh menyalahkan moderator blog, kerana semua ada sebab kenapa senyap. Pendeknya, Semua pihak perlu bersangka baik. Pasti ramai yang tak puas hati dengan kenyataan pengerusi HELWANI kali ini. “Nak membela diri la tu.” Pendapat dan pandangan hak individu, anda semua berhak menilai dan membuat kesimpulan, tetapi di peringkat saya, saya yakin pimpinan BADAR ada sebab masing-masing kenapa blog BADAR khususnya tidak di update sepanjang cuti semester.

Walaupun begitu, saya ingin mengingatkan kepada seluruh saff kepimpinan BADAR agar memandang setiap kritikan dan pandangan daripada semua pihak sebagai sesuatu yang positif. Komen-komen inilah yang membuktikan bahawa orang di luar sana, khususnya masyarakat kampus prihatin dengan perkembangan terkini BADAR. Dan inilah yang menjadi peniup semangat untuk kita teruskan langkah untuk meneruskan kerja amar ma’ruf nahi mungkar di kampus melalui wadah Badan Dakwah Dan Kerohanian.

Sebagai pembuka bicara HELWANI BADAR untuk semester baru dan tahun baru ini, belum terlewat rasanya untuk saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru 1430 hijrah dan 2009 Masihi. Selamat memulakan semester baru kepada seluruh warga kampus. Semoga semester ini menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk kita semua dari segala aspek kehidupan.

Mengimbau kembali peristiwa hijrah Insan Agung Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda 1430 tahun yang lalu, terselit 1001 pengajaran yang cukup menginsafkan kita sebagai ummat Muhammad s.a.w. Salah satu ibrah yang ingin saya gariskan di sini ialah, persaudaraan antara kaum muhajirin dan ansar. Ketibaan baginda ke Madinah juga menjadi titik akhir kepada pertelingkahan antara puak Aus dan Khazraj di Yathrib ketika itu. Sebagai mengambil pengajaran, saya ingin mengajak kita semua untuk mengambil tahun baru ini untuk menjadi titik mula kita mengharmonikan lagi ikatan persaudaraan kita semua diatas satu akidah yang sama. Mari kita akhiri segala pertelingkahan, prasangka-prasangka buruk, dan pandangan-pandangan sinis sesama kita. Kita buktikan kepada semua bahawa kita punya satu ikatan yang bukan mudah untuk diperlekehkan. Pada hemat saya, sekarang bukan lagi masanya untuk kita bertelingkah sesama kita, hanya kerana perkara-perkara kecil yang kita boleh selesaikan secara baik. Kita perlu sedar, di luar sana ada pihak yang besorak riang menyaksikan pertentangan kita sesama sendiri. Mari kita berganding bahu, kita kembalikan kedaulatan ISLAM. Dengan hormatnya, saya mewakili seluru warga BADAR menyusun 10 jari, merakamkan ucapan maaf kepada semua pihak sekiranya ada sebarang perkara yang tidak menyenangkan selama BADAR bertapak di UMSKAL ini. Kami dengan terbuka menerima setiap cadangan dan pandangan selagi tidak bertentangan dengan syariat pencipta. Saya juga berkeyakinan seluruh saff kepimpinan BADAR mempunyai satu hasrat yang sama dalam misi kami pada kepimpinan kali ini, memasyarakatkan BADAR. Pihak kami juga telah merancang beberapa program khas untuk seluruh masyarakat kampus dalam rangka merealisasikan misi BADAR ini. Kami amat mengharapkan sokongan padu daripada semua pihak khususnya, pensyarah, pihak pentadbiran, mahasiswa dan seluruh warga kampus. Akhir kalam, salam mahabbah, salam ukhuwah fillah.

Pena Pengerusi HELWANI



SrikandiMuda...

Category: | 0 Comments