Kira-kira 2.50 pagi tadi, hasni mengetuk pintu bilik saya. Saya terjaga, dia menyampakai berta mengejut.
"Nti, ayah Fiza meninggal dunia"
"Fiza mana?" dalam keadaan belum sedar sepenuhnya saya cuba merespon.
"Adik Fiza lah"
"Siapa bagi tau?"
"Aisyah call ana tadi, dia minta kejutkan nti, dia call tak dapat"
"Innalillahi wa innna Ilaihi rojiun"
Saya mencapai handset d sebelah, 6 missed call, Fiza, Adie, aisyah, siti zu, qatrun,. Huh tak sedar pula sedangkan saya tidak silentkan handphone, terasa agak letih. akhir-akhir ni saya rasa energy dalam badan agak mudah merosot, sangat perlukan rehat, mudah benar merasa letih, kadang-kadang terpaksa tinggalkan sebahagian majlis dan aktiviti.
1 mesej diterima, daripada SU, memaklumkan bahawa bapa Fiza dimasukkan ke dalam hospital. Saya reply bertanya macam mana keadaan bapa Fiza, walaupun hasni dah beritahu tadi, saya inginkan kepastian. SU menelefon saya dan mengesahkan ayah kepada adik usrah saya itu baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Saya capai sweater yang tergantung, dan bergegas ke bilik Fiza. Beberapa sahabiah lain dan adik-adik dah ada di sana ketika saya sampai. Saya cuba menenangkan fiza. Jauh di sudut hati saya berfikir, mampukah saya juga bertenang jika menghadapi ujian sebegitu?
Kebetulan di bilik yang sama juga lebih kurang setahun yang lalu, saya menenangkan sahabat saya, murlidah, ketika dia menerima berita kematian ayahnya. Terkenang, ketika itu, saya cukup kagum dengan kekuatan yang di pamerkan oleh ida, bila saya minta dia berehat dan tak perlu mengikuti meeting yang dijadualkan hari tersebut, dengan tegas dia berbisik kepada saya, "Kan Nti selalu pesan, tidak boleh sayang siapa-siapa lebih daripada sayang kepada Allah"
Saya terpana, sebetulnya pesanan itu hanya mampu meniti di bibir saya, saya belum teruji untuk membuktikannya di alam realiti, melebihkan cinta kepada Allah mengatasi segalanya. Pantas rasa sebak dan air mata tidak terbendung, tercabar dengan semangat kental sahabat saya yang berkobar-kobar ketika itu, kesan tarbiyyah yang sampai ke lubuk hatinya. Tapi sengaja saya sembunyikan rasa itu untuk terus memberi talian semangat kepadanya, dan tanpa sembunyi saya suarakan kepadanya rasa kagum,
"Kalau ana di tempat nti, belum pasti ana sekuat nti. " dia membalas dengan satu senyuman hambar penuh makna, dan saya sangat rindukan semangat itu kini.
Benarlah.., kematian adalah nasihat paling berguna untuk kita. Tanpa diduga, tanpa ada penangguhan, tanpa sebarang warning pun, andai tiba saatnya, pasti, tanpa bertangguh walau sesaat, kita pasti di jemput oleh sang Izrail yang sangat patuh dan taat kepada Pencipta Alam.Kita sebagai hamba yang tidak punya kudrat, tidak mungkin mampu sedikitpun mengelak daripada ketentuan Allah.
Marilah kita sama-sama mengambil pengajar yang amat berguna diatas setiap berita kematian yang kita terima dengan bertanya pada diri, ' Turn aku bila lagi?'. Justeru, beringat sahaja tidak cukup, perlu kita susuli dengan tindakan menanam benih kebajikan dengan harapan kita mampu mengutip hasil di akhirat nanti. Maksimakan amalan semampu yang ada, jangan kita lupa, setiap apa yang kita buat walau sekecil zarah, pasti Allah berikan ganjaran. walaupun mencetak risalah-risalah edaran, bersengkang mata memikirkan pengisian program, menjana pemikiran untuk mempromosikan program agama, meeting pengurusan organisasi sehingga lewat malam, menaip buku program, memikirkan menu makanan peserta, hatta menghantar satu mesej peringatan sekalipun, dan setiap detik yang kita persembahkan dalam misi 'menolong' agama Allah, yakin dengan segenap keyakinan bahawasanya pasti akan menjadi bekalan untuk hari perhitungan kelak. Mari kita sama-sama persembahkan ketaatan yang mutlak kepada Allah, dalam misi mendapatkan 'tittle' anak soleh dan solehah, sehingga doa kita boleh menjadi talian hayat, saluran amalan tidak berpenghujung kepada ibu bapa kita bila mereka telah pergi menghadap yang Esa.
Semoga Allah memberi ketabahan yang kental kepada adik usrahku Hafizah Zainal Abidin untuk hadapi ujian yang DIA berikan. Kesabaran dan keredhaan terhadap ujian yang mendatang akan mengundang redha dan kasih ALLAH hendaknya...
SrikandiMuda...
Category:
sahabat
| 2 Comments
Salam alma. Hadiahkan sajak saya untuk rakan ya, boleh. Dari seorang yang tidak kenal, tetapi atas nama saudara seagama dan ukhuwwah Islamiyyah.
Sajak ini takziah saya untuk seoragn senior sekolah (yang saya pun tak berapa ingat) yang kematian anaknya. Boleh baca di http://hijau-tinta.blogspot.com
Fatehah Untuknya
Dari Allah kita datang, kepada-Nyalah
kita kembali, Al-Fatehah
untuknya
Dia telah pergi menemui,
Tuhannya
Moga berlapang dada,
siapa yang masih
ada
Dari tarikan nafas,
abuyon
Madrasah Sains
28 Julai 09 8.30 pagi