Subscribe RSS

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha pengasih. Selawat dan salam keatas nabi junjungan mulia Rasulullah S.A.W serta para sahabat dan keluarga baginda.

1.49am, 5 Ramadhan 1429H. dah pagi. Mata belum mengantuk lagi kerana memang dah diset dalam minda, malam ini tak boleh tidur. Esok, 0800, ada mid term exam! Discrete Math. Satu apa pun belum prepare, meeting habis agak lewat juga tadi. (Telefon berdering, ada mesej masuk, adik DIM, maklumkan kesibukan adik-adik menjadi kekangan untuk go on usrah minggu ni. Semoga Allah kurniakan waktu untuk kami, amin. ) Sambung semula, dalam kesuntukan masa untuk study, saya tergerak nak coret sesuatu untuk sahabat-sahabiah seangkatan. Jika ana merasakan kesuntukan masa, sedikit keletihan, kecelaruan tugasan, sudah pasti antum juga sama. Ana bukan berhasrat untuk mengeluh atau merungut, tapi, melihat wajah-wajah sahabat yang ana sayangi menterjemahkan keletihan, walaupuntidak diungkapkan dengan kata-kata, wajah antum cukup menyentuh hati kecil ana. Ana dan kita tidak punya banyak masa untuk duduk dalam satu halaqah buat masa ini, Lalu, penulisan ini lah wadah untuk ana meluahkan kepada antum. Semangat yang antum paparkan cukup mencabar semangat ana. Tahniah semua!

Sahabat, seperti yang selalu diingatkan, jangan hairan dengan kesibukan, kepayahan, dan kesengsaraan yang dirasakan kini. Itulah dia perjuangan dan pengorbanan. Jangan merasa lemah dengan pelbagai masalah yang timbul kerana itulah perkara basic di medan ini. Kita dihidang dengan 1001 masalah. Jangan pernah berkeluh kesah, sebaliknya, ikhlaskan hati, jangan pernah lupa inilah jalan kearah Mardhatillah. Saling menampung antara satu dengan yang lain. Kerjasama itu ibarat tangan kanan dan kiri. Jika tangan kanan merasa gatal, tanpa dijemput, tangan kiri segera menggaru. Berkerja lah dalam keadaan yang harmoni, jangan sesekali mencetus sengketa, kita kukuhkan ukhuwwah. Saling memahami, hormat antara satu dengan yang lain, senyum dan sebarkanlah salam ketika berjumpa, inilah yang Islam ajarkan. Sebarang perbezaaan pendapat, kita bincang dengan baik dan kita rungkaikan dengan baik, ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan bertabur.
Sahabat, akhirnya, dalam kesibukan menjalankan tanggungjawab atas taklifan, jangan pernah diabai hubungan dengan Al-Khaliq. Di bulan mulia ini, cukup rugi andai kita tidak memperuntukkan masa untuk berhubung terus dengan Allah, tanpa gangguan syaitan laknatullah. Segala kekusutan, segala apa yang kita rasa, mengadulah padaNya. DIA lah sebaik-baik tempat mengadu. Mintalah ketenangan dan keberkatan di bulan mulia ini. Dia akan memperkenankan segala permintaan. Sesungguhnya, Kehadiran Antum, berdiri sebaris dengan ana, satu kurniaNya yang sangat berharga buat ana. Hamdan Syukran Lillah.


Sahabat-sahabiahku,
Wajah-wajah antum tergambar dibenak, tidak ada apa yang boleh ana persembahkan pada antum, Cuma doa agar antum dan kita semua tegar dan tabah.
Yakinlah, kuatkan keyakinan kepada janji Allah, jika kamu menolong agama Allah, nescaya, Allah akan menolong kamu dan mengukuhkan kedudukan kamu.
“Kerinduan pada Allah melahirkan jiwa-jiwa yang rela berkorban,
Kecintaan pada Allah melahirkan jiwa-jiwa yang penuh kesungguhan,
Ketaatan pada Allah melahirkan jiwa-jiwa yang penuh ketenangan”

Salam ramadhan, Salam sayang, salam Mujahadah.


SrikandiMuda...

0 comments to “Titipan Khas...”