Subscribe RSS

Encik Ismail berusia 55 tahun. Dia mungkin boleh dianggap sebagai seorang usahawan yang berjaya. Dia mempunyai rangkaian kedai runcit yang agak maju di daerahnya. Mungkin Encik Ismail tak pernah mengkaji tentang ‘Fiqh al-Dakwah’. Apatah lagi dengan gejolak gerakan dakwah Islam dengan segala perkembangannya tentu tak pernah tersentuh dalam benak fikiran Encik Ismail. Mewujudkan sebuah komuniti Muslim yang yang harmoni dan mengamalkan Islam sepenuhnya? Terlalu jauh untuk difikirkan berbanding dengan melaksanakan solat dhuha.

Solat dhuha? Bapa kepada tujuh orang anak di sebuah daerah di Utara Semenanjung ini memang tak pernah meninggalka solat dhuha. Malah dia telah mengamalkan solat sunat ini sejak dia masih muda belia. Sejak zaman pancaroba yang serba mencabar.

Selain itu, marilah kita menjenguk sebentar tentang sebahagian deretan ‘prestasi’ ibadah yang dijalankannya atas dasar pemahaman yang sederhana tentang Islam; beliau seorang imam di surau kampungnya, beliau memastikan semua pekerjanya menutup kedai sewaktu azan dilaungkan untuk solat berjemaan di masjid. Bagi Encik Ismail dengan solat berjemaah, kekurangan dalam solat dapat ditutup. Darjatnya pula lebih tinggi berbanding solat sendirian. Malah beliau ingin darjat ini turut dinikmati oleh para pekerjanya. Beliau juga tidak melupakan hak hartanya terhadap mereka yang kurang bernasib baik. Begitu juga dengan amalan jariahnya iaitu menyediakan bangunan khas bersebelahan surau untuk majlis ta’lim dan kelas al-Quran. Semuanya dilakukan tanpa meminta ganjaran atau dihebahkan. Encik Ismail tetap sebagai seorang yang amat sederhana.
**************************************************************************************************************************************************************************
Sekumpulan hamba datang menemui Imam Hassan al-Basri meminta agar beliau dapat mengutarakan isu membebaskan hamba sahaya dalam khutbah Jumaatnya. Namun Iman Hassan al-Basri tak memberi apa-apa komen. Jumaat demi Jumaat pun berlalu. Beliau masih belum memenuhi permintaan utusan para hamba itu. Manakala para hamba begitu ternanti-nanti bilakah beliau akan mengutarakan isu tersebut di dalam khutbahnya.

Setelah beberapa lama berlalu penantian para hamba pun berakhir apabila Imam Hassan menyampaikan sebuah khutbah yang amat mengesankan tentang keutamaan membebaskan hamba. Sambutan spontan datang dari para pemilik hamba sungguh mengkagumkan. Mereka segera bergegas membebaskan hamba-hamba mereka. Namun para hamba masih tidak berpuas hati malah memprotes Imam Hassan dengan persoalan mengapa baru sekarang dilakukan tidak pada awal permasalahan itu diajukan oleh mereka.

Imam Hassan al-Basri menjelaskan, "Aku menunda pembicaraanku tentang pembebasan hamba kerana ketika persoalan itu diajukan aku masih belum mempunyai wang untuk membelinya. Setelah Allah S.W.T mengurniakan rezeki kepadaku, maka aku segera membebaskan hamba sebagaimana pembicaraanku dalam khutbah Jumaat tersebut. Kemudian barulah aku memerintahkan orang lain untuk membebaskan hamba mereka. Sesungguhnya kaum muslimin akan menyahut seruan Allah apabila mereka melihat perkataan dan perbuatanku selari serta sejalan”.
**************************************************************************************************************************************************************************
Encik Ismail dan Imam Hassan al-Basri adalah sosok yang berbeza. Masing-masing mempunyai alur ibadah tersendiri dalam meniti hidup. Namun, kedua-dua mereka mengarah pada muara yang sama; kerinduan untuk bertemu dengan Allah Rabb al-‘Alamin dalam keadaan Allah redha padanya dan dia redha kepada Allah S.W.T. Kesannya, mereka berusaha sedaya upaya sehingga tahap yang maksisma untuk sentiasa melaksanakan peraturan syar’ie bagi mewujudkan komitmennya terhadap Islam.

Makna “Intima’” (Komitmen)

Sekurang-kurangnya terdapat dua perkataan yang mempunyai kaitan dengan makna komitmen. Iaitu “janji” dan “tanggungjawab”. Janji adalah perkataan yang mengungkapkan kesudian dan kesanggupan untuk melakukan dan melaksanakan sesuatu perkara. Atau ia juga bermaksud persetujuan antara dua pihak untuk melakukan sesuatu. Manakala tanggungjawab pula adalah kewajipan untuk memikul suatu beban. Seseorang yang berani bertanggungjawab atas sesuatu perkara boleh dituntut, dipersalahkan atau dipersoalkan jika ia terseleweng daripada melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Jika ditinjau dari makna tersebut di atas, maka komitmen Muslim adalah janji untuk melaksanakan dan menjalankan segala peraturan yang ditentukan Allah S.W.T. Ikrar dua kalimah syahadah yang diucapkan oleh seseorang ketika memeluk Islam atau yang dilafazkan berulangkali ketika menunaikan solat atau ibadah lain adalah sebuah janji.

Komitmen Muslim juga adalah sebuah tanggungjawab untuk merealisasi segala perintah Allah S.W.T dan RasulNya. Sebuah tanggungjawab sama ada berkaitan secara langsung dengan nas-nas al-Qur'an dan al-Sunnah mahupun dengan tanggungjawab yang terhasil daripada konsekuensi interaksi kehidupan sosial. Oleh itu, Islam memiliki sistem pembalasan (dunia dan akhirat), pujian dan celaan, serta dorongan dan cegahan bagi mereka yang memenuhi dan melalaikan tanggungjawabnya. “Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman… (iaitu) dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya”. (Surah al-Mukminun : 1-8).

Ruang Lingkup

Komitmen Muslim merangkumi komitmennya kepada Allah S.W.T, Rasulullah s.a.w dan terhadap sesama kaum Muslimin. Komitmen kepada Allah dan RasulNya adalah komitmen peribadi kepada nilai-nilai yang terkandung secara keseluruhan dalam ajaran Islam. Komitmen ini tercermin dalam sikap ketaqwaan serta istiqamah seseorang.

Komitmen ini bermula apabila kalimah syahadah pertama kali diucapkan. Kalimah syahadah yang terkandung di dalamnya pengertian ikrar dan janji. Pada awal perkembangan Islam mereka yang tertarik pada agama ini menyatakan keIslamannya di hadapan para saksi. Bahkan sering disertai dengan pernyataan janji setia secara formal.

Komitmen kepada kaum Muslimin pula terkandung dalam pelbagai aktiviti kehidupan sama ada dari segi sosial, politik, ekonomi dan budaya. Dalam hal ini, ajaran Islam dengan sangat tegas meneguhkannya dalam bentuk janji-janji dan tanggungjawab. Contohnya, seorang Muslim yang menikah mesti mengucapkan apa yang disebut dengan “akad nikah”. Suatu lafaz pernyataan tentan kesediaan mematuhi segala ketentuan syari’at dalam institusi perkahwinan. Manakala mahar hanyalah sebuah simbol transaksi untuk saling memegang janji setia baik sebagai suami mahupun sebagai isteri dalam mengurus keluarga dan anak-anak.

Begitu juga, bagi seorang Muslim yang melakukan jual beli atau muamalah lain diwajibkan melakukan akad dengan cara yang paling sederhana sekalipun. Bahkan dalam masalah hutang-piutang, Allah S.W.T mengisyaratkan perlunya menulis perjanjian-perjanjian yang diiringi dengan saksi-saksi.

Tidak terkecuali dalam perjuangan menegakkan al-haq. Kaum Muslimin juga mengamalkan tradisi “saling berjanji setia” yang sering disebut dengan “bai’at” sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w kepada kaum Ansar dalam Bai’at al-‘Aqabah Pertama dan Kedua atau bai’at-bai’at lainnya. Bai’at telah memperkuat dan memperteguhkan tekad kebersamaan kaum Muslimin untuk tidak khianat atau mundur ke belakang dari medan perjuangan.
Demikianlah pula seorang yang dilantik sebagai panglima perang atau amir (gabenor) juga dikehendaki untuk mengikat sumpah janji setianya, seolah-olah merupakan “sumpah jawatan” yang perlu dihormati. Khalifah Umar bin al-Khattab pernah mengirim surat yang cukup panjang kepada Gabenor Mesir ketika itu iaitu Amr bin Ash. Di mana kandungan suratnya sarat dengan nasihat-nasihat tentang pengurusan dan cara menjadi gabenor yang baik.

Komitmen Muslim merangkumi semua aspek kehidupan. Komitmen mereka dalam pengertian sebagai seorang Muslim mahupun pengaruh komitmen dalam kehidupan. Rendahnya komitmen seseorang kepada Allah dalam bentuk hubungan komunikasi dan cinta (silah billah dan mahabbatullah) akan menyebabkan rendahnya tanggungjawab kepada diri, keluarga atau dakwah. Demikian pula sebaliknya, seseorang yang amak kuat hubungannya dengan Allah serta amat mencintai Allah akan menyebabkan tanggungjawabnya kepada diri juga sesama manusia; keluarga, sahabat dan pengikutnya semakin mantap dan kukuh. Hubungan yang sangat erat ini tersirat dalam firman Allah S.W.T, tatkala menggambarkan keperibadian Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagi mu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin”. (Surah at-Tawbah : 128).

Dan juga berkata Isa a.s; “Jika Engkau menyiksa mereka, maka sesungguhnya mereka adalah hamba-hamba Engkau dan jika Engkau mengampuni mereka, maka sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (Surah al-Maidah : 118).

Maka Rasulullah s.a.w mengangkat kedua tangannya seraya berkata; “Ya Allah! Umatku-umatku”, kemudian baginda menangis. Berfirman Allah S.W.T; “Wahai Jibril! Pergilah kepada Muhammad. Dan Tuhan engkau lebih mengetahui. Tanyakan padanya apa yang membuatnya menangis!”. Datanglah Jibril kepada Muhammad dan bertanya, maka Rasulullah s.a.w mengatakan apa yang menyebabkannya menangis. Dan sesungguhnya Dia lebig mengetahui. Allah berfirman, “Wahai Jibril pergilah kepada Muhammad dan katakan bahawa sesungguhnya Kami redha kepada engkau dalam (menerima) umat engkau dan tidak akan melupakan engkau”. (Muslim, Kitab al-Iman, hadith no. 346).

Adakah manusia yang mencintai Khaliqnya lebih dari Rasulullah s.a.w? Adakah manusia yang menyayangi umatnya lebih dari Muhammad? Adakah manusia yang lebih tinggi tahap komitmennya kepada Tuhan mahupun kepada pengikutnya serta seluruh makhluk di mukabumi ini selain Rasulullah s.

sumber: mihwaronline.com



SrikandiMuda...

Category: | 0 Comments

0 comments to “Komitmen”