Subscribe RSS

Kita kadang- kadang benar dalam prinsip tapi silap dalam kaedah penyampaian.


Kita Ingin Orang Faham Perjuangan, bekorban sehabis baik untuk Islam, tapi kita lupa kemampuan individu berbeza dan dan sudah pasti itu semua aturan ALLAH....


Kita Mahu Lihat gerak kerja yang sempurna, yang licin dan mempunyai perancangan rapi, tapi kita tidak endah tinggi rendahnya usaha mereka kearah itu.


Kita mahu meraka tahu uruskan itu dan ni, tidak boleh bercelaru, perlu betulkan. Tapi, kita lupa mereka perlukan kita sebagai pembimbing dan pendidik, bukan pengkritik yang melonglaikan semangat.


Pejuang Islam perlu lakukan kesempurnaan, itu prinsip kita, maka kita usaha apa sahaja yang penting kita dan sahabat-sahabat seangkatan capai grad yang kita sasarkan.



Tidak ada yang silap pada prinsip kita, itu lah yang terbaik, Islam perlu dijulang tinggi kita wajib jaga nama baik Islam... cuma kita gagal sedikit dalam kaedah dan cara. selalunya begitu... Kita gagal mempunyai sifat emphaty kepada sahabat seangkatan kita. kita tidak berjaya meletakkan diri kita di tempat mereka. setiap seorang ada konflik tersendiri. mungkin konflik keluarga yang agak menekan. mungkin masalah kewangan yang menjadi kegusaran, mungkin juga, kebimbangan tinggi kepada kegemilangan akademik yang kian suram... kita tidak cuba memahami tentang konflik-konflik yang bersifat individu yang sahabat kita hadapi. Kita hebat dalam analisis keberjayaan dan kegagalan dalam gerak kerja organisasi kita, tapi kita gagal dalam menganalisis sifat dan keperluan sahabat yang telah sama-sama berikrar dengan kita untuk menjulang Islam dimata dunia.




Ingin Cepat


zaman kini segalanya serba pantas, jika kita lambat bertindak, nescaya tertinggal dibelakang lah. "Masa itu ibarat pedang jika kita tidak memotongnya, nescaya dia kan memotong kita" saya tidak menafikan hakikat ini. cuma, saya cukup rimas bila pejuang Islam ada rasa ingin cepat melihat kegemilangan Islam tertegak sedangkan belum ada satu apa perancangan pun. Nabi dulu berdakwah lama, pengorbanan tak berbelah bagi sehingga negara pertama Madinah al Munnawarah tertegak gahnya sebagai negara Islam yang pertama. saya bukanlah mengatakan saya tidak ingingkan kemenangan Islam segera, cuma, kita terlalu bermain dengan angan-angan bila kita berkobar-kobar, perlu pantaskan gerak kerja, perlu sistematik, perlu strategik, tapi pengurusan diri kita sendiri ??? huh.



Saya tidak berminat untuk menyentuh bab penampilan, segak bergaya, imej islam yang menyejukkan mata, ia baik, cuma, kali ini bukan itu fokus utama saya.


Saya juga tidak berhasrat untuk ketengahkan kecemerlangan dalam bidang akademik. pointer tinggi julang nama Islam, ya, sangat penting tapi, kali ini bukan itu yang saya paling gusarkan.


Saya sebenarnya ingin memfokuskan dari sudut pengurusan masa kita yang saya rasakan gagal dari sudut membahagikan dan memperuntukkan masa untuk Sang Pencipta. Saya sendiri dan mungkin kita semua.


Kita 'blame' orang lain jika lambat datang meeting, lambat gerak kerja, tidak berjemaah dalam gerak kerja, tidak pandai mengatur (semberonoh)., tapi kita lupa nak blame diri kita yang lambat tunaikan solat, tidak berjemaah di masjid, mengabaikan amalan sunat. Inilah kesilapan kita dalam kaedah. saya tidak mengatakan yang kita silap bila kita cuba memberi kritikan membina kepada orang lain, atau persatuan lain, saya yakin setiap orang yang sayangkan Islam tidak mengkritik atau memblame melainkan untuk naikkan Islam.


saya sebenarnya cukup kecewa bila mendapat tahu, ahli gerakan Islam khususnya muslimin tidak datang solat berjemaah di masjid terutama waktu subuh. saya cuba untuk bersangka baik, mungkin ada gerak kerja yang sangat berat menuntut untuk bersengkang mata semalaman, lantas tidak ada upaya untuk ke masjid.


Namun, walaupun itu alasan atau penyebabnya, saya tetap kecewa (apatah lagi jika sebab maya yang tidak konkrit) kenapa? sebab satu masa nanti bila keluar ke medan yang lebih luas, tuntutan itu mungkin sahaja berganda sepuluh kali lebih berat. tanggungjawab confirm akan bertimbun-timbun. lantas bagaimana? sedangkan ketika itu insan-insan bersemangat kental ini akan menjadi pemimpin keluarga yang akan mencorakkan dunia! (saya tidak layak untuk menilai semua tetapi ini lebih kepada penilaian terhadap diri saya sendiri). Kita masih benar dalam prinsip, cuma silap dalam kaedah. tidak ada pilihan lain selain mujahadah.... sikap ingin cepat dalam gerak kerja perlu kita pinjamkan kepada diri sendiri untuk ingin cepat dalam ketaatan kepadaNya.


Bersangka Baik

Bab sangka baik ni, terlalu selalu diperkatakan, terlalu jarang dipraktikkan. sebenarnya segala prasangka kita perlu kikis daripada terus mebembelenggu hati dan fikiran kita. cuba bersangka baik dengan semua orang. memang agak payah, saya meraskan nya, tapi saya sedang mencuba. kalaupun benar prasangka kita tetap merosakkan ukhuwwah bila kita canang ke sana sini, apatah lagi kalau prasangka membabi buta tanpa pernah cuba memikirkan secara positif setiap pekara.



Jom bersangka baik..ini juga penawar racun perpecahan di kalangan kita. saya terfikir pula untuk melancarkan kempen bersangka baik terhadap sesiapa sahaja. Pelik kan bunyinya... cuma, sekali lagi, walau apapun yang cuba kita lakukan, jangan sekadar benar prinsip tapi gagal kaedah...




SrikandiMuda...

Category: | 2 Comments

2 comments to “Benar PRINSIP silap KAEDAH....”

  1. terlalu banyak tabir2 yang perlu disingkap bagi mendapatkan pencerahan pada gerakan ini. sikap anak muda suka pada perubahan, namun kita didoktrinkan dengan sistem yang lapuk sehingga kita tidak mampu berfikir dalam kerangka yang kritikal...

    akal kita tidak mampu menalaah sudut2 berat ilmu, kita hanya mampu melihat sesuatu dari sudut yang remeh..... syabas buat MAHIRA dan syabas juga buat KAMAL atas pencerahan yang sudah agak kelihatan....

    biar kita mencari pencerahan kita agar kita dapat mencari kepelbagaian dan nilai jati diri kita sebagai JUNDULLAH, HIZBULLAH, disamping mendapatkan MARDHATILLAH...

    selamat berkarya!!

  1. terima kasih atas ulasan sahabat ku... sama-sama kita mencari hakikat hidup dan kefungsian kita sebagai insan yang ingin kan anjakan paradigma yang boleh menjulang tinggi ISLAM yang kita dokong.

    Setiap kita perlu kreatif dalam setiap langkah even dalam management diri dan perasaan sediri... Daie perlu kreatif mendapatkan plan A, Plan B dalam setiap kekangan yang dihadapi... bukan lagi masanya untuk kita berat2 memikrkan sesuatu yang sepatutnya kita satlekn dlm masa 5 minit dengan kreatifnya... kita belajar dari masa lampau...

    Asti, kutip sebanyak mungkin mutiara ilmu dan pengalaman di bum i sintok untuk diterjemahkan nanti di bumi SANDAKAN yang kta cintai.. INSYAALLAH.... Rindu gerak kerja dengan antunna... salam rindu...