Detik masa silih berganti tanpa sedar dah masuk semester ke 4 aku di alam pengajian. Sepenuh rasa syukur kehadhrat Allah kerana masih memberi waktu untuk aku terus menghirup udara segar kurniaanNya, dalam keadaan aman damai. Agak lama tidak menulis sesuatu, terasa terlalu banyak yang ingin ku coretkan, tapi tidak tahu di mana harus ku mulakan. Berlalunya satu tempoh percutian yang seperti biasa, terisi dengan program yang menjadi
MUSLIM’ 08
Muslim Intensive Training 2008, telah melakarkan satu lagi catatan memori indah yang akan tersimpan kemas dalam lipatan pengalaman yang cukup berharga. Sekali lagi aku ditarbiyyah sebagai S/U program, yang kukira cukup tidak serasi dengan jiwaku sebenarnya. Tapi, tidak serasi, tidak suka atau apapun yang tidak, bukan alas an untuk aku mengelak dari taklifan yang kuyakini Dia telah rancang dengan baik. Walaupun pada mulanya agak kurang selesa juga kerana pengarah program bukan orang yang biasa bekerja dengan ku. Tapi, Alhamdulillah, sehingga ke penghujung program, segalanya berjalan dengan baik. Di dalam program ini jugalah
Adik-adik Harapan Ummah.
“Mereka persoalkan tema program kita,” mesej dari kak ana.
Seketika timbul juga tanda Tanya dalam fikiranku, kenapa pula? Lalu kucari KKD program, kulihat tema program “Pelajar Bersahsiah Pencetus Revolusi Ummah”
Senyuman terukir dibibirku. Aku sendiri lupa dengan tema tersebut. Tidak kuduga tema yang ku kira on the spot itu menjadi kontroversi. Kenapa pula aku terfikir tema tersebut, yang pasti aku meyakini yang ummah perlu di revolusikan, oleh siapa? Jiwa-jiwa muda yang penuh kesedaran. Bermula daripada pembentukan sahsiah berlandaskan Ajaran Islam yang sebenar. Jika ada pihak yang tidak bersetuju dengan tema tersebut, mungkin ada hujjah tersendiri. Mungkin sahaja “Revolusi Ummah” yang menjadi pertikaian.Tapi, itu bukan perkara pokok untuk diperbincangkan. Perkara paling berat sebenarnya, adalah bila membincangkan tentang hala tuju adik-adik yang akan kita tinggalkan. Dalam tempoh masa program, kita berada bersama mereka, kita bebas berkasih sayang, berinteraksi seperti rutinnya orang berprogram. Tapi, bila tamat program, kita hilang arah tujuan. Touch and go. Kita tinggalkan adik-adik dengan sedikit sentuhan, jiwa yang ingin tahu dan berkobar-kobar itu akhirnya akan kembali layu. Itulah pengajaran daripada program-program yang lalu. Lantas, kesedaran itu, kita rangka perancangan untuk kita lanjutkan connection kita dengan adik-adik melalui wadah Persatuan Remaja Islam Sandakan. Tetapi, perbincangan itu, bukan satu tiket untuk para fasilitator berlepas tangan, meninggalkan tugasan tersebut kepada mereka yang tinggal sedangkan kita tahu betapa tandusnya tenaga-tenaga yang boleh dikerah. Apalah salahnya, menghantar 2, 3 SMS bertanya khabar. Sekurang-kurangnya, mereka dapat rasakan satu ikatan ukhuwah dengan abang atau kakak yang membimbing mereka semasa program. Mungkin ada pihak lain yang take over adik-adik kita, tapi, tetap tidak sama dengan kita. Aku cukup faham dengan keadaan sahabat-sahabat fasilitator yang lain, cukup banyak cabang komitmen yang perlu diberikan tumpuan. Dan aku pulangkan kepada kemampuan masing-masing. Cukup ku yakini yang semua kita sebenarnya cukup tinggi keinginan untuk terus berhubung dengan adik2 masing-masing, Cuma mungkin ada kekangan tertentu. Andai lah ada masa terluang sedikit, amatlah besar harapanku agar kita semua sudi menekan keypad telefon untuk bertanya khabar adik-adik MUSLIM 08. jangan sahaja ada diantara kita nama adik-adik pun tidak ingat , no contact pun tidak ada, di mana kesungguhan dan azam kita? Aku sendiri memberi amaran kepada diri sendiri sebenarnya. Apa output program yang kita harapkan? Semoga Allah memberi kesempatan kepada kita untuk itu.
Persatuan Remaja Islam
Bila buka topik PERISA, cukup menggamit kesayuan di hatiku. Wadah inilah titik permulaan aku kenal dengan dunia dakwah Islam. dengan sedikit kefahaman, atas ajakan sahabat-sahabat, aku hadir dalam satu mesyuarat agung kali pertama Persatuan Remaja Islam Sandakan. Sebelum itu, aku telah dijemput dalam beberapa siri mesyuarat badan penaja persatuan tersebut, tapi, kakiku cukup berat untuk melangkah ke mesyuarat tersebut. Tidak ku ketahui rupanya dalam mesyuarat itu, ada sesi perlantikan untuk Saff pimpinan sulung yang akan mengemudi PERISA dalam langkah awal pergerakannya. Tidak pernah aku terfikir dan sudah pasti DIA yang merancang, aku terlantik untuk satu jawatan penting di dalam PERISA. Huh.
Cukuplah dulu cerita mengenai PERISA. Akan ku usahakan untuk menulis sedikit penerangan khusus untuk Persatuan Remaja Islam Sandakan ini. Seperkara yang paling penting, bermula dari langkah pertama itulah, sehingga ke detik ini, masih ada waktu yang dikurniakan oleh RABB untuk kami terus mengorak langkah yang kecil ini dengan satu harapan besar yang ingin melihat Islam kembali gemilang di mata dunia dengan izin Allah pastinya.
SrikandiMuda...
0 comments to “Masih Ada Waktu”
Post a Comment