Subscribe RSS

Forward...

Maafkan Ana...

Assalamualaikum whb. Apa khabar iman akhi? Apa khabar dakwah akhi? Apa khabar amal akhi? Ana doakan agar semuanya dalam peliharaan Allah, semoga dalam sebaik-baik keadaan. Tidak perlulah ana memanjangkan kata-kata penyedap bicara. Biarlah ana meneruskan niat sebenar ana melayangkan warkah ini buat akhi.

Ana mohon maaf seandainya kata-kata ana akan membuatkan akhi berkecil hati. Ana hanya hamba Allah yang serba dhaif, apatah lagi dapat meneka apa yang terpendam di hati akhi. Maafkan ana seandainya ukhuwah kita tidak semanis dahulu. Tidak lagi seakrab dulu apatah lagi semesra dulu. Ana bukanlah berniat menyinggung akhi, tapi ana tidak mampu untuk menyambut perasaan akhi pada ana.

Sungguh! Saat pertama tat kala ana membaca mesej dari akhi, ana seakan tidak percaya dan sebolehnya ana tidak mahu percaya isi kandungannya! Ana tidak menyangka ukhuwah selama ini hanya akan mendatangkan fitnah pada hati akhi, ana terkejut dengan kandungan mesej akhi. Sungguh! Ana langsung tidak memikirkannya apatah lagi ianya datang dari akhi, insan yang ana sangat hormat kerana ilmu dan kepimpinan. Maafkan ana...

Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu perbuatan yang keji... (al-isra’ : 32)

Maafkan ana kerana tidak mampu lagi menyemai ukhuwah ini seperti dulu, saat ana menerima mesej akhi, ana dapat merasai perubahan yang bakal terjadi. Tiada lagi kemanisan ukhuwah andai ianya akan membuatkan kita hanyut dengan kenikmatan dunia. Ingatkah lagi akhi pada tazkirah akhi bahawa Nabi s.a.w bersabda dengan mafhumnya, Pandangan mata itu laksana anak panah beracun dari berbagai macam anak panah iblis. Barangsiapa menahan pandangannya dari keindahan wanita, maka Allah mewariskan kelazatan dalam hatinya hingga dia bertemu dengan Allah. Janganlah akhi membiarkan nafsu mengatasi akal yang 9 sedangkan cita-cita seorang mujahid sejati adalah mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, syahid adalah impiannya!

Dan barang siapa yang buta (hatinya) di dunia ini, niscaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar). (al-isra’ :72)

Maafkan ana kerana tidak menyangka selama ini menjadi asbab pada kelalaian akhi. Semoga Allah membuka hati kita semua untuk mempelajari, memahami dan mengamalkan syariat Islam. Sedarilah akhi, seandainya kita tidak mampu lagi membawa agama, maka kepada siapa untuk kita harapkan? Sedangkan kita mengaku bahawa kita berjuang untuk agama. Sudah lupakah akhi dengan kata-kata Saidina Umar Al-Khatab:

Hendaklah kamu berwaspada terhadap perbuatan-perbuatan maksiat daripada kewaspadaan terhadap musuh. Sesungguhnya aku lebih bimbang dengan dosa yang dilakukan oleh tentera Islam berbanding kebimbanganku terhadap musuh. Sesungguhnya umat Islam mendapat pertolongan Allah lantaran kemungkaran yang dilakukan oleh pihak musuh. Oleh itu, janganlah kamu melakukan perkara yang dimurkai Allah ketika sedang berjihad di jalan Allah!

Semoga Allah memelihara akhi dengan sebaiknya, kerana hanya Dia yang dapat menjaga akhi dengan sebaik-baik penjagaan. Maafkan ana kerana tidak dapat memberikan kata-kata yang menyenangkan. Ana dambakan seorang imam yang akan mencorak kehidupan yang diberkati Allah, pemimpin yang akan membimbing ana menjadi srikandi agama. Tidak sesekali ana membiarkan hati ana dilimpahi cinta manusia selain lelaki yang bergelar suami. Maafkan ana...

Ana sering memandang akhi sebagai seorang mujahidin yang sangat dahagakan perjuangan. Ana sering melihat akhi seorang alim yang bakal menjadi mujtahid dan mampu mengembalikan kegemilangan Islam. Ana sering melihat akhi sebagai seorang pemimpin yang akan menyebarkan wangian Islam pada ummah. Maafkan ana kerana tidak sanggup untuk menjadi racun pada seorang insan yang sangat berkualiti seperti akhi, hanya kerana makhluk yang Allah ciptakan sering menjadi fitnah pada lelaki.

Biarlah ana menjadi si bengkok yang ada gunanya. Yakinlah, mana mungkin lahir bayang-bayang yang lurus elok jika datangnya dari kayu yang bengkok. Maafkan ana atas setiap huruf yang membawa kepada kebinasaan perasaan akhi. Sesungguhnya hanya Allah sajalah tempat untuk kita meminta, Dia pasti merencanakan apa yang terbaik untuk akhi, ana dan kita semua. Semoga ana dapat melihat akhi seperti pandangan dahulu, bukan dengan pandangan seorang lelaki lemah kerana mendambakan cinta manusia yang tidak layak dicintai. Maafkan ana...


Komen:

Assalamualaikum whb. Sekadar ingin berkongsi pandangan dengan sahabat sekalian. Acapkali kita mendengar kisah sesama ikhwan yang bermasam muka hanya kerana seorang akhawat, tidak kurang juga ada akhawat yang sanggup memutuskan ukhuwah hanya kerana seorang ikhwan. Pada para mujahidin di luar sana yang membaca coretan ini, moga ambil iktibar dari apa yang bakal ana ucapkan. Smiley Bukan semua akhawat akan menyambut cinta dari antum walaupun pada zahirnya antum menjadi rebutan akhawat lain kerana wanita solehah tidak akan membiarkan dirinya menjadi asbab fitnah pada lelaki. Seandainya dalam keadaan tidak sedar, dia menjadi fitnah maka bukanlah menjadi kesalahannya.

Sebagai seorang srikandi agama, pastilah dia sedaya upaya memelihara dirinya dari menjadi rebutan ikhwah di luar sana. Namun, hanya Allah lah tempat berserah diri, kadangkala apa yang kita harapkan bukan semuanya berjalan seperti yang dirancang kerana Dia lah yang menentukan segalanya! Kita hanya merancang, Allah lah sebaik-baik Perancang. Seandainya antum digoda, dikejar, didera perasaan dari akhawat di luar sana, maka janganlah ambil jalan mudah dengan mencari seorang muslimah yang difikirkan cukup solehah pada pandangan antum untuk bermadu kasih kerana wanita solehah itu cintanya (pada lelaki) hanya pada suaminya yang SAH bukan pada lelaki yang menjanjikan kebahagiaan kerana dia sangat yakin, at-toyyibat lit-toyyibin (wanita yang baik untuk lelaki yang baik).

Sedih, kecewa, sakit hati dan kadang kala muak dengan kisah-kisah begini. Apa sebenarnya yang dicari dalam sebuah perjuangan dakwah andai masing-masing sebenarnya menjadikan ia medan mencari jodoh! Ana tak nafikan, fitrah manusia ingin saling mencintai, menyayangi satu dengan yang lain. Tapi, tolong la... Utamakan perjuangan yang antum/antunna laungkan. Mujahadah selalu, istiqamah di jalan ini. Kalau benar hati antum/antunna memang dah sampai waktunya untuk diberikan pada seseorang yang dirasakan layak menjadi pasangan, maka gunalah orang tengah supaya lebih beradab. Bukanlah tak boleh berterus-terang, cuma khuatirnya ia akan lebih mengeruhkan keadaan.

BUKAN semua akhawat akan menyatakan apa yang dia rasakan. Hatta kalau dia sebenarnya ada perasaan pada ikhwan yang taqdim dia, belum pasti dia akan menyatakan persetujuan! Sejujurnya, ana sendiri memang tak boleh terima hakikat kalau seorang yang selama ni kita hormat dia, maka dengan langkah beraninya dia berterus-terang mengenai perasaannya... Maaf ana katakan, hilang hormat ana padanya. (Bukan la bermaksud, laki tu terus terang pada ana, tapi dari cerita sahabiah yang acapkali melalui situasi ni menjadikan ana sebagai tempat meluahkan perasaan. Ana rasa terpanggil untuk memberi peringatan pd ikhwah di luar sana.) Pengalaman mendewasakan kita!

SETIAP ORANG ada pandangannya sendiri, mungkin ada yang beranggapan kalau berterus terang lebih senang, kalau suka katakan suka, kalau tak suka maka boleh cari yang lain. Mungkin agak syadid, ana sangat tidak setuju lelaki mengambil tindakan berani begini. Islam ada adabnya (bukan Melayu je ada adab), gunalah cara yang terbaik supaya tidak menyinggung mana-mana pihak. Kadang-kadang sedih bila terpaksa putuskan ukhuwah hanya kerana tak dapat nak menjaga hati. Sedangkan masing-masing melaungkan perjuangan, hakikatnya... Sad

Pandangan ana hanya mewakili sebahagian yang berpendapat begini. Mungkin bagi orang lain, berterus terang adalah cara terbaik untuk melihat tahap gentleman bakal pasangan. Sedih apabila orang sewenang-wenangnya bercakap "Ala, budak tudung labuh pun couple. Ustaz pakai kopiah pun dating juga!" Jagalah imej Islam, jangan kerana diri kita, pandangan orang terhadap Islam akan menyimpang. Sedangkan Islam adalah agama yang sempurna, agama fitrah.

Ana selalu ingatkan pada sahabiah: Dah orang cakap tudung labuh pun couple, antunna yang berniqab ni jangan la pula nanti orang pandang serong. Nanti orang dah tak respect dengan orang berniqab. Jagalah adab dan imej yang antunna bawa. InsyaAllah selagi niat kita untuk membawa Islam, selagi tu Allah akan bantu kita. Sedih... bila nak tegur orang lain, mereka gunakan senjata muslimah bertudung labuh/ustaz berkopiah yang couple, dating dan ada yang sampai melakukan zina. Mungkin orang lain tak tahu, malah ada yang tak percaya tapi ini lah natijahnya apabila ILMU tak dihadam. Wallahua’lam.

Aku mencintai lelaki kerana ayahku adalah seorang lelaki
Aku mencintai wanita kerana ibuku adalah seorang wanita!

Allahummaj’alni hubbak wa hubba man ahabbak, waj’al hubbaka ahabba ilayya minal maail baridi. Amin ya Rabbal alamin... Cry



sumber :http://www.mindaplus.com/phpBB2/index.php?topic=1077.msg14811


P/S. setiap orang ada pandangan dan pendirian masing2... pandulah pendirian itu seiring dengan kehendak Rabbul Izzati. kerana hidup di dunia ini sementara. InsyaAllah ana akan ulas posting ini next time mengikut pandangan peribadi ana... moga ada kesempatan masa. Salam perjuangan. buka minda, buka hati, moga tersentuh dengan bisikan ILahi, agar terus melangkah di jalan berduri ini menuju Redha ILahi hingga ke negeri Abadi...
SrikandiMuda...

Category: | 4 Comments

4 comments to “Fahamilah...”

  1. Memetik bicara hikmah Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man semasa berceramah di pahang. beliau ada menasihatkan

    "Pejuang Islam jangan terlalu syaddid dan jangan terlalu tidak sayaddid".

    "Khairul Umuri Authatuha"

    jadi "ummatan Washotho". bersederhana dalam aspek kehidupan tetapi ghairah memburu cinta tuhan.

    Wallahua'alam. -asri abdullah

  1. syukran dengan perkongsian itu...
    Dalam bab ikhtilat, perlu difahami dengan sungguh2 konsep sebenar yg digariskan Islam. Islam Itu Mudah tapi kita jangan mempermudah- mudahkannya...
    Muslimin dan muslimah itu dicipta dengan sifat dan fitrah yg agak berbeza walaupun memang ada persamaannya. dari itu saling faham perlu terutama sekali kpd yang beada dalam satu gerakan yang mempunyai matlamat yang Jauh...

    mungkin kita boleh buka perbincangan bab syadid lebih khusus untuk lebih faham mengenainya.. mungkin Akhi Asri boleh berkongsi ilmu dengan semua. (kurang arif bab syadid)... salam ukhuwah...

  1. nanti ana tulis bab syaddid dalam blog(Asriabdullah.blogspot.com). Insyaallah sekadar apa yang ada kita kongsikan bersama.

  1. semoga ALLAH meredhai saudari penulis serta ikhwan dan akhawat sekalian... bagi ana semua iti bentuk ujian yang diturunkan untuk setiap hamba ALLAH tidak kira dia mengaku dia beriman.. malahan yang mengaku diri beriman dan bertaqwa lebih lagi ALLAH uji...
    jadi mari kita sama-sama berbalik pada NIAT sebenar kita... tahniah ana ucapkan kepada sahabatku teruskan penulisan daqwah enti....