KAWAN AKHIR ZAMAN Sekadar menyampaikan ... Kawan di akhir zaman iniPayah untuk kita ketemuiYang benar-benar sibukDengan urusan baiki diri nyaYang ada kini hanyaSibuk dengan urusan mengumpul duniaWalau di ketahui dunia ini hanya menipu daya Kawan di akhir zaman iniPayah untuk kita ketemuiYang bergelumang dengan majlis ilmu menafaatYang sanggup bersusah dan penatDalam mengejar dan memahami ilmu menafaatYang ada kini hanya lahBerbangga dengan ijazah yang menjelaTapi ilmu fardhu Ain nya kosong belaka Kawan di akhir zaman iniPayah untuk kita ketemuiAhli professional yang bertaqwaYang benar-benar meletakan Islam di jiwaMengunakan profession nya sebagai matlamat ke akhirat sana Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan lekaYang hidup nya lebih barat dari baratIbadah dan amal terasa amat berat Kawan di akhir zaman iniPayah untuk kita ketemuiYang bersilaturrahim kerana tiada kepentinganYang berhubung hanya niat bertanya khabarYang ada hanyaYang berkroni untuk mendapat projek yag sedia adaBersahabat untuk mendapat laba Kawan di akhir zaman iniPayah untuk kita temuiYang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiriYang menghidupkan ilmu yang adaYang mensyiarkan Islam pada diri merekaYang ada hanyalahYang suka berbincang dosa-dosa orang lainYang menghidupkan sunnah baratYang melupakan kehidupan akhirat Kawan di akhir zaman iniSusah untuk kita temuiYang menjadikan masjid tempat pertemuanYang menjadikan program usrah tempat berkenalanYang ada hanyaYang menjadikan komplek tempat membuang umurYang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhiburKawan di akhir zaman iniSusah untuk kita temuiYang menjadikan sunnah sebagai hiburanMenjadikan nasyid nyanyian harianMenjadikan selawat ucapan kelazimanYang ada hanyaArtis di jadikan bahan pujaanNyanyian melalaikan di jadikan hiburanDianggap moden dan berketrampilan Kawan di akhir zaman iniSusah untuk kita temuiYang senantisa merasai mati itu sangat hampirYang senantiasa merasai jelingan IzrailMenangis cemas mengenangkan saat kematianMerintih sayu mengenangkan persediaanYang ada hanyaYang panjang angan-anganMengumpul dunia kerja seharianSeolah kematian itu sangat jauhSeperti alam barzakh itu tidak di tempuh
Category:
sahabat
| 0 Comments

0 comments to “kawan akhir zaman...”
Post a Comment