Subscribe RSS

bila bicara soal hati, sesuatu yang kompleks menerjah fikiran. terlalu banyak cabang perbincangan yang boleh kita buka hanya bermula dengan satu perkataan yakni 'hati'. Tetapi, suka untuk saya fokuskan untuk ruangan ini, tentang perkaitan antara hati dan perasaan manusia khususnya yang mengaku ingin menjadi pendaulat agama Allah di muka bumi.
Dalam menyusuri langkah sebagai seorang da'ie, 1001 mehna dan tribulasi yang pasti akan dihadapi. cabaran dan rintangan ini amat menguji kekuatan hati seorang insan. Kita kecilkan skop perbincangan kepada kita yang bergelar mahasiswa/i yang membawa misi dakwah di kampus. sebagai seorang pelajar biasa yang sama tanggungjawabnya dengan mahasiwa lain, kita mempunyai misi dan visi yang jauh lebih berat untuk kita penuhi berbanding matlamat mengejar pointer tinggi yang disasarkan oleh setiap mahsiswa/i. Maka, ujian yang datang mengunjungi hati kita bukan calang-calang ujian. sekiranya kita tidak jelas dengan sungguh-sungguh matlamat utama kita, kita samar dengan misi yang kita sasarkan, maka, bimbang kita tersungkur di tengah jalan dakwah. terlalu banyak bukti, sahabat-sahabat yang pada asalnya seorang yang gigih dan mempamerkan semangat yang kental dalam medan ini, akhirnya hanya dengan sedikit ujian hati yang Allah turunkan, segala-galanya hancur berkecai. point utamanya, semangat mengatasi kefahaman.
Paling sedih, apabila ianya hanya melibatkan masalah hati antara ahli gerakan sendiri. sedangkan banyak lagi perkara besar yang kita perlu berikan sepenuh fokus kita. Tapi, tetap juga yang sering kedengaran masalah sakit hati, jauh hati, terasa hati, patah hati dan macam-macam lagi. Bila difikir-fikir semula, perkara-perkara begini sepatutnya tidak boleh berlanjutan dalam hubungan antara ahli gerakan. Fahami dengan sebenar-benar faham, kenapa kita perlu berada dalam satu gerakan yang menuntut pengorbanan tidak henti-henti.? kenapa kita perlu mengorbankan segenap jiwa dan raga kita walhal ramai mahasiswa/i di luar sana bersenang-senang dan berseronok menjalani rutin sebagai remaja? Secara ringkasnya, matlamat kita, adalah ISLAM. kita tidak sanggup melihat keadaan Islam yang kita Cintai dipijak-pijak oleh golongan yang tidak senang dengan risalah tauhid ini. Kita tidak ingin, Islam yang menjadi pegangan hidup kita yang disampaikan oleh insan agung MUHAMMAD BIN ABDULLAH, dihina, dicaci dan diperlekehkan,kita tidak sanggup melihat saudara seislam kita ditindas dan diseksa oleh golongan kafir laknatullah, kita tidak mahu, orang yang mengaku Islam sendiri, tidak tahu menahu tentang ISLAM. Maka, kita perlu bergerak kerja. kita perlu mengatur strategi. kita perlu berjuang,dan kita perlu berkorban. Jika perkara asas ini tidak jelas dalam diri kita, itulah titiknya hati kita sering sakit.
Dalam bergerak bersama, sering kita menghadapi ketidak sefahaman antara ahli gerakan,. kadang kala kita terlalu dihimpit oleh pelbagai rasa yang mencengkam hati kita, tapi, kita ada matlamat yang kita perjuangkan, kita jelas kalau bukan kita maka siapa?, maka, korbankanlah rasa sakit hati, terasa hati, dan yang sama waktu denganya untuk menjamin keberlangsungan gerakan kita untuk mengejar matlamat asal kita. Bukan perkara yang mudah untuk kita abaikan segala perasaan marah, benci dan sebagainya, tapi usahalah atasinya untuk ISLAM.
Bila terasa perit, maka kembalilah kepada Allah, minta lah bantuan daripada Yang Maha Berkuasa. Hanya DIA yang mampu menolong. Minta pada yang Esa, agar hati kita menjadi tegar dalam perjuangan. tidak mudah goyah dek ujian yang mandatang,. jangan kita lupa, sesungguhnya, hati kita ini dipegang olehNya,. DIA berhak membolak-balikkan hati kita, maka sentiasalah bermohon padaNya agar diberi ketetapan hati dalam perjuangan ini.
SrikandiMuda...

Category: | 0 Comments

0 comments to “Hati- oh Hati”