Subscribe RSS

Salam Ramadhan kepada semua.

Salah satu misi yang ingin saya terapkan kepada sahabat-sahabat saya, budaya berfikir.
Akal yang telah Allah kurniakan kepada kita, istimewa hanya untuk makhluk yang bernama manusia. maka kita dengan penuh rasa syukur sewajarnya menggunakan sepenuh akal yang diberikan untuk beri sumbangan kepada orang lain. sesungguhnya sebaik-baik manusia itu adalah yang memberi manfaat kepada orang lain.

Saya menekankan kepada sahabat-sahabat saya dalam majlis ilmu baru-baru ini, ilmu yang banyak sahaja tidak cukup. Pengaplikasian ilmu yang menjadikan kita insan yang bijaksana itu yang utama. Bijak dalam membuat keputusan, bijak dalam membuat pilihan, bijak dalam bertindak dan bijak dalam semua aspek kehidupan. Seruan menuntut ilmu bukan terhenti dengan melambakkan ilmu pengetahuan dan menghasilkan diam, tapi, lebih kepada mencetus mahu untuk bergerak dan memberi sesuatu manfaat untuk masyarakat umumnya.

Satu perkara yang saya perhatikan wujud dalam diri kebanyakan kita, adalah rasa tidak mampu yang tak berkesudahan. Tidak pernah lagi bermula, sudah mengangkat bendera putih, menyatakan 'saya bukan ahlinya'. 'Sindrom' ini lah yang menyebabkan banyak ruang-ruang dakwah kita yang masih belum diterokai. semuanya bemula dengan rasa tidak mampu, dan tidak mencuba. Mungkin benar kita tidak mahir, dan tidak tahu, maka dari situlah kita perlu belajar dan berusaha. Perlu ada langkah pertama. Tidak mengapalah, merangkak perlahan-lahan, buat silap dan belajar dari kesilapan. Yang penting kita tidak memilih untuk berdiam diri.

Sebagai langkah permulaan saya minta sahabat-sahabat saya bersama dengan saya, mula menulis sesuatu. Langkah pertama kearah menjana pemikiran. Lalu task untuk usrah kali itu, menulis satu artikel. saya akan post dalam blog saya sebagai penghargaan untuk sahabat-sahabat yang berani melangkah setapak. Terbukti semua boleh buat, malah lebih baik dari jangkaan. Tahniah!. Selepas ini, atur lagi langkah, setapak-demi setapak, semkin maju dan laju, hingga kita mampu berlari menuju matlamat akhir yang menjadi idaman setiap insan bergelar HAMBA. Sekali lagi Tahniah!


"Perjalanan seribu batu, bermula dengan langkah yang pertama"

SrikandiMuda...

Category: , | 2 Comments

2 comments to “Melangkah setapak...”

  1. Kadang2 hairan juga difikirkan apabila ada diantara ahli yang takut untuk menceburi dalam medan yang baru.. Bagi ana secara peribadi, sindrom ini berpunca kerana kedhaifan ilmu. Ini akan menyebabkan ahli tersebut mengalami kesukaran untuk bergerak dan kurangnya keyakinan untuk memasuki sesuatu medan apatah lagi untuk berkecimpung di dalamnya.

    Tapi, secara keseluruhannya ana bersetuju dgn artikel ini untuk merintis sesuatu jalan yang baru. Hal ini akan menjana minda kita menjadi lebih kreatif dan kritis. Xde masalah.. :)

  1. Jangan perlu hairan... kerna manusia lebih cenderung untuk menceburi apa yg mereka MAHU , berbanding apa yg PERLU... , Ada juga orang MAHU namun, tak berdaya menggerak MAMPU... Fahami PERLU , MAHU & MAMPU... InsyaAllah u can lead the world...