Subscribe RSS

Assalamualaikum....

Minggu-minggu peperiksaan akhir begini, agak jarang dapat ketemu dengan sahabat-sahabat. maklumlah, segala aktiviti berpusatkan persiapan exam... meeting, kelas juga telah berakhir.

agak kurang tenang menelaah pelajaran, lantas mengambil keputusan untuk mencoretkan sebuah dedikasi khas buat teman-teman sekalian....

Adik-adik Usrahku

Walaupun minggu final dah terasa auranya, pagi tadi Allah masih beri kesmpatan waktu untuk kami bertemu dalam halaqah di tepi pantai, di iringi desiran ombak yang tidak pernah berhenti memukul pantai. Walaupun tidak semua dapat hadir, kuteruskan juga perancangan untuk berjumpa dengan adik-adikku di kala musim-musim tekanan study begini. semangat dan aura persediaan exam agak jelas kelihatan di wajah sugul mereka mungkin kerana tidur lewat atau tidak tidur semalaman. Paling kagum aku melihat, walaupun di keheningan pagi ku aturkan pertemuan ini, pae, masih semangat membawa buku dan laptopnya. tersenyum dengan sedikit tercabar di dalam hati dengan semangat adik2 dalam jihad akademik. perbualan mereka juga kebanyakannya berkisar tentang kelas Intent-C dan segala persediaan menghadapi exam.

Ingin sekali rasanya aku membentangkan kepada adik2ku bahawa, hati ini berdetik semoga semangat yang mereka paparkan ini, akan dapat di adaptasikan dalam persediaan menempuh 'Final exam' yang menentukan kedudukan kita di hadapan Rabbul Izzati.

tapi, pagi ini, tidak ingin ku menjejaskan semangat study mereka lantas aku mendengar sahaja tanpa mengulas panjang. cuma adik2, mungkin dalam pertemuan seterusnya akan ku cuba sampaikan hasrat hati yang tinggi menggunung ini.

agak terharu juga bila di hujung perbincangan Hafiza bertanyakan kepadaku tentang keberkatan ilmu yang kita perolehi, keredhaan ibu bapa dan kaitannya dengan usaha yang kita persembahkan. Alhamdulillah, adik2 tidak pernah melupakan perkara-perkara basic itu. Lantas kujawab semampuku, senyuman adik2 mendengar jawapanku, melegakan hatiku. lantas Aida, adik usrah yang paling lama bersamaku, menyambung "akak, keredhaan Allah, diatas keredhaan ibu bapa kan?" aku mengangguk dalam senyuman.

siti zu agak kekok berbual denganku pagi ini, bila dia bersuara, "akak, minta maaf".. haa, baru teringat, rupanya dia berasa bersalah tidak hadir dalam hari keluarga yang lalu. "Akak dah lupa.. sebenarnya" jawabku bersahaja.. ingin kuruntuhkan gap diantara kami yang berpunca dengan rasa bersalah itu. mungkin adik2 belum lagi biasa dengan sikapku, tidak mengapa lah, kami dalam proses saling mengenali. Aku sukakan ketelusan dalam persahabatan. jika tidak mampu, katakan tidak mampu, jika ada masalah, kongsikan semampunya. jika tidak faham, bertanya, dan jika perlukan nasihat mintalah kepada sesiapa yang kita percayai... Tidak ada sebab untuk kita berdiam diri, dan memendam rasa yang terbuku dihati,lantas mencemarkan keharmonian yang kita sama2 bina.

Pah banyak diam pagi ini, mungkin tengah menghadam sesuatu.. teruskan pencarian, penelitian dan pengkajian semoga ketemu sesuatu yang berharga untuk bekalan langkah2 seterusnya yang akan semakin mencabar. Jum, bercerita tentang jihad, dengan usaha mengeluarkan dalil2 yang berkaitan, aku percaya, adik2 usrahku, mampu meneruskan langkah ini dalam mengejar satu misi yang pasti. Medan ini akan sama-sama kita tempuh...

Buat semua adik2 usrahku, selamat menduduki final exam yang tinggal beberapa detik sahaja lagi, semoga kita semua dipermudahkan menjawab dan di berkati olehNya, jangan pernah lupa konsep tawakal yang kita bincangkan bersama. Sekalung kemaafan kupohon atas kekurangan ilmu, kesalahan kata, kekasaran tutur dan segala yang meninggalkan yang tidak menyenangkan di hati antum. Terkenang pula adik2 usrah ku sebelum ini, ingin sekali aku mengatur pertemuan bersama mereka, hmm semoga ada kesempatan waktu.



Sahabat2 Sebarisanku

Sungguh berbeza keadaan aku mengendalikan majlis dengan adik2 berbanding dengan sahabat sebarisanku. ada sesuatu yang ingin ku capai dalam era kepimpinan ini, untuk sahabat-sahabat seangkatanku. mungkin ada yang kurang senang dan sebagainya, terlebih dahulu kupohon kemaafan kepada antunna.

Mungkin ada di kalangan sahabiah yang merasakan aku sekadar berkata-kata bila aku menyatakan bahawa aku cukup kagum dengan semangat dan keinginan mereka. ingin aku tegaskan di sini, aku bukan main2 dalam kenyataan itu, sungguh aku kagum dengan kalian. Agak privasi untuk ku bicarakan satu-persatu disini, cuma cukuplah kalian tahu yang aku kagum dengan kalian.

Mungkin ada beberapa masalah yang kita hadapi yang agak mencalar kemulusan ukhuwah yg kita bina, namun, bukanlah titik penghalang untuk kita sama2 bina keserasian dan kesefahaman agar kita mampu meningkatkan momentum keupayaan kita dalam arena pemikiran dan tindakan... bila aku analisis semula, satu kombinasi yang cukup 'smart' bila di adun dengan baik. jiwa-jiwa antunna lah yang menguatkan pasak kaki ini untu terus dengan agenda taklifan yang sungguh berat ini.

Dua perkara yang kita bincangkan, sangat perlu kita titik beratkan bersama, tolong ingatkan aku, dan sahabat lain bila terlupa dengan dua perkara ini. Disiplin dan budaya Ilmu... ini lah kelemahan paling bahaya yang kulihat perlu kita atasi bersama. andai kita mampu mengubah corak langkah kita dalam 2 perkara ini, aku yakin dan pasti, hasilnya diluar jangkaan kita! ayuh ubah strategi

Budaya berfikir yang sering menjadi perbualan akhir2 ini, sangat perlu kita titik beratkan. Jangan biar detik masa berlalu, dengan fikiran kosong yang menerawang entah ke mana, fikirkan sesuatu untuk perjuangan ini. Luaskan konteks pemikiran, fikir lah sejauh yang boleh, asah dan jangan biarkan akal kita berkarat kerana lama tidak digunakan.

Berbincang di ruang privasi kita, dalam musyawarah anjuran Baginda Rasul. jangan pernah ada yang dipendam-pendam, merasa sakit sendiri dan membiarkan sahabat2 selamanya tidak mengerti. jangan terlalu dilayan dek perasaan kecil hati yang sering menjengah, 'Area of interest' kita bukan itu lagi. kita ada agenda besar yang perlu difikir dan diselesaikan.

Dalam musim final exam ini, clearkanla segala yang belum clear, selesaikan semua yang perlu di selesaikan. kita perlukan fokus dalam belajar, fokus sebenar-benar fokus! kerana kita bukan sekadar menyelesaikan peperiksaan yang memang wajib kita selesaikan, tp, kita ingin persembahkan kepada DIA segalanya yang terbaik. (Teori kek yang cantik).
Permohonan ampun maaf ku titipkan buat semua sahabat/iah seangkatan, sebarang kekasaran, ketelanjuran kata, dan perbuatan, mohon diampunkan. doakan kejayaan bersama dalam exam ini, dan exam di 'SANA' nanti.


Sahabat2ku Nun Jauh di sana...

tidak ada ungkapan kata yang boleh aku gambarkan betapa inginnya aku bertemu dengan kalian, menyuntik semangat baru yang kian pudar dek lamanya kta terpisah. dari jauh ki titipkan doa semoga semua dipermudahkan dalam imtihan ini. walau jauh jasad kita terpisah, namun tautan hati tidak renggang. Detik masa yang berlalu, mengimbas kenangan suka duka kita bersama.. buat cik2 yang sedang strugle di pecutan akhir, tidak kiralah, cikgu, kaunselor n cik MPP upsi, cik biomedic UKM , cikgu UKM, ustazah n cikgu UM, cik dakwah UDM, sosialis2 UUM, Teacher,cik geologi , kaunselor UMS, project manager UMP, cikgu IPG dan kalau2 ada yang tertinggal maaf, semualah,.. semoga tenang dalam persediaan minit2 akhir ni..,.

Termasuk juga sahabat2 lain, mujahid2 UTMKL, IPS MIRI, UMT, UNIKL,UUM dan semualah...

Dimana pun berada, jangan lupa refresh niat untuk pulang ke bumi bertuah , medan tarbiyah n dakwah kita bersama... :) moga percaturan kita seiring dengan percaturan ALLAH...


Akhir kalam selamat menduduiki Final Exam kepada semua....

Diri inilah yang paling wajar bermuhasabah...




SrikandiMuda...

5 comments to “Dedikasi Khas...”

  1. Dedikasi untuk Srikandi Muda...

    Salam budi...

    Ada sesuatu yang perlu diterapkan kelak di hati dan jiwa anak-anak muda yang bakal menjadi sebahagian dari keluarga besar BADAR generasi mendatang.

    Bukan soal untuk menanam sifat ingin 'bekerja untuk Islam' dalam konteks umum sahaja perlu disampaikan. Tetapi gagasan 'bekerja untuk Islam' untuk segala aspek.

    Soal berada di barisan hadapan.

    Soal berada dalam bidang keilmuan.

    Soal berada dalam bidang apa sahaja pun.

    Penerapan gagasan 'bekerja untuk Islam' perlu diperluaskan untuk menunjukkan syumulnya Islam yang tidak hanya bersungguh-sungguh dalam dakwah dalam masyarakat kampus, membasmi perkara mungkar, memperkasakan aktiviti amal makruf dan melengkapkan program marhalah tarbiah.

    Tetapi gagaskan dan sebarkan betapa bidang keilmuan juga perlu disungguh-sungguhkan seperti mana sungguhnya kita dalam medan dakwah. Teringat juga kata-kata sahabat yang pernah membidas hari akademik yang pernah digagaskan. Yakni hari yang bebas tanpa sebarang mesyuarat dan gerak kerja. Sehari untuk difokuskan kepada akademik semata-mata.

    Kadang-kadang relevan juga agenda tersebut kalau dilihat keadaan prestasi akademik sahabat dan sahabiah.

    Tapi pendapat saya dari sehari yang bebas dari gerak kerja Islam, kenapa tidak kita ubah cara dengan sejam sehari untuk akademik. Tidak kiralah masa yang dipilih. Mustahil tidak ada masa sejam sehari.

    Ya. Kerana sebenarnya masalah tersebut berpunca dari sifat malas terhadap sesuatu perkara.

    Kurang berminat terhadap akademik menuntut kita untuk bermalas dalam setiap perkara yang berkaitan dengan akademik.

    Maka perhalusi setiap yang kita luahkan dan sebagai antara pendapat yang dangkal, saya masih lagi ingin mengajak untuk kita suburkan, gagaskan kembali dengan lebih praktikal agar medan dakwah dan medan akademik tidak menjadi perkara yang merungsingkan kita.

    Srikandi muda... Selamat menduduki peperiksaan. Semoga harapan yang disertai doa membantu usaha yang digembleng untuk melihat sifat luarbiasa yang bakal diwarisi oleh jiwa-jiwa anak usrah yang masih memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar yang praktikal.

    Maaf atas luahan pendapat.

  1. tafadhol akhi... luahan pendapat sangat2 diperlukan...

    terima kasih akhi, idea gagasan bekerja ini menambahkan keyakinan untuk terus atur langkah ke hadapan, yang ku kira-kira ingin ku kendurkan sebelum ini, ekoran penelitian penerimaan praktikalnya,tetapi rupanya, tidak bersendiri ku memikirkan perkara tersebut...

    bantu ana dan kita semua untuk menitik beratkan 2 perkara ini sebagai permulaannya...
    1) Disiplin
    2) Budaya Ilmu

    plan seterusnya, akan d selak lembaran buku catatan..,yg bertanda 'hold on'...

    idea dan pandangan dari semua sangat2 di perlukan...

    terima kasih sekali lagi dedikasinya...

    -Srikandi yang masih terlalu 'MUDA'-

  1. salam maira...nasib baik la aku d lab ni,kalau x mesti ngis2..huu...rindu ngan kamu..rindu sgt2..semoga kita dapt jumpa lagi.minta maaf atas segala kesilapan selama kita kenal..(byk tu salah ana ngan enti..)...terima kasih syukran jazilan yang x terhingga (hnya Allah dot balas), kerana tarik ana terjun dalam medan ini..semoga kita terus berada dalam landasan ini..inSYa Allah...buat yg terbaik walau di bumi mana kita berada..ketahuilah bahawa, aku sangat menyayangi mu sahabatku...salam rindu dan perjuangn dari Utara...

  1. salam slay... sebetulnya ana lah yg sepatutnya berterima kasih yg tidak terhingga kerana kesudian nti terjun sekali ke medan ini... tidak ada kesilapan lalu dr sahabat2 yg tersave dalam memory folder ana, semuanya telah di delete even d recycle bin pun ana delete dah.. :)

    sama2 kita atur langkah kehadapan mendepani segala arus massa yang semakin mencabar tugas kita sebagai hamba yang berkeinginan untuk julang nama ISLAM di persada masyarakat..

    slay, kadang2 kita akan hadapi satu situasi, yg kita rasakan tidak ada siapa yang cuba mengerti tentang kita.. jika berhadapan dengan situasi tu, ingat pada 2 perkara penting ni.
    1. Allah sentisa yang paling memahami, mengadu dan mintalah padaNYA.
    2. ada jak si mahira di bumi labuan ni, just keep in touch... as long as u still trust me.. Im here.. :)

    Salam mahabbah di kejauhan...

  1. salam sayang dr kejauhan...