Agak lama tidak mencurahkan sesuatu di dalam blog ini. bersiri-siri permintaan daripada sahabat-sahabat.. kenapa tidak ada post baru.. terlebih dahulu mohon maaf kepada semua. akhir-akhir ini agak sukar memberikan ruang untuk mencoret sesuatu di dalam blog ini, Dan Alhamdulillah, ketika ini sedikit masa ku curi untuk mencoret sesuatu..
Kuliah "advance multimedia" minggu lalu, menyentuh tentang "area of interest" pada mulanya tidak ada apa yang menarik dengan penerangan yang diberkan oleh lect. tapi bila part Area of interest itu dikaitkan dengan dunia realiti hidup seharian.. tersenyum sendiri aku mengakui di dalam hati... memang perlu fokus kepada area of interest.
kita fokus kepada bahagaian yang memang menjadi perhatian orang. contohnya dalam pembikinan interface games, quality objek yang kita tumpukan adalah kepada main carachter yang akan menjadi center point, tumpuan sudut pandangan pemain game tersebut. qualiti untuk part yang lain contohnya background, boleh kita kurangkan bagi mengurangkan size fail tersebuat. tidak perlu semua bahagian, yang penting area of interest itu kita tumpu sehabias baik. begitulah lebih kurang mesej yang ingin disampaikan oleh lect kami sambil memperlihatkan area of interest sebuah gambar paparan pada skrin.
Begitu juga dalam kehidupan harian kita, contohnya kalau ingin mengemaskan bilik, jika tidak punya banyak masa, maka utamakan area of interest yang memang akan menjadi tumpuan setiap orang yang memerhatikan. di sini pengaplikasian konsep keutamaan perlu berlaku dengan sempurna. mengutamakan yang lebih penting berbanding yang lain.
Setiap orang ada area of interest yang berbeza. masing-masing tau yang mana akan mempengaruhi hidupnya lebih dari yang lain. kuncinya, kena kenalpasti betul2 mana satu sebenarnya area of interest diri kita dari sudut pandangan manusia lain dan pencipta kita sendiri mana satu perlu diutamakan. (pertimbangkan secara serius berkaitan minat, kecenderungan, keperluan, kebolehan dan matlamat akhir) kadang-kadang, kesilapan dalam menentukan keutamaan inilah yang amenjadi satu titik perencat dalam gerak kerja seharian kita. ada pihak yang silap meletakkan keutamaan sehingga kadang-kadang perkara penting ditinggalkan dibelakang, yang kurang penting diberikan tumpuan. Ada pula yang ingin melakukan semua perkara tanpa memikirkan kemampuan dan impaknya kepada diri sendiri., dan itulah yang dinamakan menzalimi diri sendiri. jangan mengambil risiko tinggi dengan berteraskan konsep pengorbanan, sedangakan ada lagi cara lain yang lebih harmoni dan seimbang yang boleh kita tawarkan.
Jangan sesekali kita silap dalam membuat pertimbangan, dan untuk mengadili dan menghukum kesilapan itu, bukan mereka yang memerhati dari jauh. tanpa cuba menyelidik, mengetahui latar belakang perancangan seseorang, terlalu pesimis tanpa sedikit optimis, dengan selamba melabel itu silap ini salah. perkara ini selalu terjadi terutama dalam bergerak dalam sesebuah organisasi ataupun persatuan. seperkara yang kita perlu tahu, setiap orang, ada area of interest tersendiri, dan kita sebagai sahabatnya, berhak untuk memberikan pandangan, kritikan dan saranan, tapi, untuk kita menuntut untuk dia mengubah area of interest itu sepaya selari dengan kita,perkara itu yang tidak wajar.
Menzalimi diri sendiri.
Mengaku boleh menyelesaikan semua tugasan selaras dengan masa yang diberikan, sesuatu yang sungguh positif, jika ianya memang benar boleh kita lakukan, maka itulah yang terbaik. berikan jaminan, yang kita boleh melakukannya. dan berusaha ke arah itu. sekiranya dalam fikiran kita memang boleh lakukan dengan sedaya yang ada, maka teruskan. perkara yang menjadi masalah, apabila sebenarnya kita tidak pandai berenang, tapi kita berjanji untuk mengutipkan mutiara di dasar lautan. apa lah salahnya kita mengakui, kita memang menyimpan hasrat tinggi untuk mengutip mutiara, tapi kita memang tidak pandai berenang. sekurang-kurangnya kita boleh fikirkan secara bersama cara dan kaedah untuk memberikan tawaran2 yang memungkinkan sesuatu yang agak mustahil tadi menjadi sesuatu yang praktikal. Mungkin ada sahabat yang sudi memberi tunjuk ajar cara berenang, mungkin juga ada yang menawarkan pelampung, atau bekalan oksigen untuk menyelam ke dasar lautan. hanya mengaku untuk kita fikirkan bersama penyelesaiannya. bukanlah bermaksud untuk menyerah sepenuhnya tanpa hasrat dan usaha untuk mencapainya. dengan spontan mengatakan tidak mampu dan tidak boleh. keadaan ini juga satu masalah jika tidak langsung ada daya mencuba dan usaha keras. keseimbangan itu penting.
Manhaj Hidup
Perancangan masa hadapan, Perlu dirancang secara serius, dan perlukan pemurnian. bila masuk part ini, pasti ditanya sudah difikirkan kah siapa dia yang akan mengemudi bahtera hidup yang akan datang... "jual mahal, tarik-tali, terlalu memilih, mempermainkan," agak mengguris halus, tapi, tak mengapa, mungkin belum menjadi area of interestku kerana bimbang , masih jauh saat diizinkanNYA... dan, permohonan maaf secara terbuka kepada siapa2 yang terlibat dalam jalan cerita yang agak kompleks ini, semoga tindakan yang dipilih sendiri mendapat panduan dariNya... sekiranya,anda sungguh yakin, dengan petunjuk yang diperolehi, maka, area of interestnya,prepare lah setiap sudut... tidak perlu terlalu terbelenggu dengan sesuatu yang belum pasti, yang pastinya, keperluan mempersiapkan diri kearah kehidupan mendatang.
permohonan ampun kepada Rabb yang maha mengetahui, pimpinlah langkahku, di setiap tindakan... PerancanganNYA yang pasti akan terjadi... Inni Akhafullah...
"Kamu jangan terlalu straight, biarlah seperti menarik rambut di dalam tepung rambut jangan putus, tepung jangan berterabur. "
Fokuslah kepada AREA OF INTREST masing2... tanpa mengabaikan terus background yang bersifat pelangkap. semoga semua boleh dijalinkan dengan sebuah ikatan utuh untuk memperkemaskan gerak kerja menuju MARDHOTILLAH...
::p/s: maaf mungkin tulisan kali ini agak sukar difahami.. tidak pandai pula nak menerangkan. diri inilah yang paling wajar belajar lagi.. salam ukhuwah..
SrikandiMuda...
Salam Budi...
'Area of Interest'.. Satu nukilan yang dihurai dengan baik. Saya agak setuju dengan pandangan enti mengutamakan yang utama dan memfokuskan perkara yang menjadi tumpuan 'lebah berkumpul'.
Bila disebut individu, maka individu tersebut tidak akan lari dari minat tersendiri. Maka jika diberi pilihan, minat yang telah ditanam akan menyingkirkan perkara yang kurang diminati. Contohnya, mereka yang minat bola, akan meminati segala perkara berkaitan bola. Jersi, majalah bola dan menonton bola secara langsung di televisyen. Maka kerana minatnya yang mendalam tentang bola, maka Qiamullail yang kurang diminati akan tersingkir serta merta. Sebab itu ada peminat dan kaki-kaki bola lebih kuat dan mampu untuk bangun menonton bola jam 2.30 pagi berbanding sedikit sangat yang bangun untuk sekadar solat sunat 2 rakaat.
Bila disebut organisasi, maka keperluan individu perlu dijadikan perkara no.2, bukan terus diabaikan. Sebab yang menjadi matlamat utama ialah menyegerakan segala yang diinginkan organisasi. Kadang-kadang timbul sifat terima segala kerja kerana telah diamanahkan. Jarang sekali menolak walaupun 'hati kecil' berkata engkau tidak mampu melaksanakannya. Atau mungkin timbul persepsi 'takut tidak akan ada orang yang melaksanakannya'. Maka timbul istilah yang macam enti katakan... 'Sanggup mengutip mutiara di dasar laut sedangkan diri tidak pandai berenang'.(lebih kurang bunyinya macam tu). Maka perlu disemat di hati, dalam berorganisasi, kepentingan peribadi bukan menjadi keutamaan. Salah kita selama ini, kepentingan peribadi yang didulukan.
Maka siapa kita?
Sekadar pandangan.
Budi merangkak, Akal menjalani, Ikhtiar memilih, Untung menyudahi