Subscribe RSS



Jemput Datang mendengar dan berdiskusi dalam forum bicara wanita.. rungkaian keunikan ciptaanNya yang sungguh banyak persoalan tentangnya... persediaan menghadapi kehidupan mendatang....

Akalnya senipis rambut, hatinya serapuh kaca.... bagaimana menguatkannya???
Tanya Pada Hati...




SrikandiMuda...



“Saya tidak tahan. Cukuplah. Sudah lama saya bersabar. Sekarang saya rasa, memang tidak ada jalan lagi untuk kami kembali seperti dulu.” Luah Asrar kepada naqibahnya.


“Asrar, mungkin emosi Anti tidak stabil sekarang. Bawa beristighfar, cari semula ketenangan. Mohon petunjuk pada ALLAH” naqibahnya cuba menenangkan.


Asrar melepaskan keluhan berat. Leha teman baiknya, sekali lagi menyakiti hatinya. Setelah siri demi siri perbuatan Leha yang cuba dihadapinya dengan sabar, kini dia memutuskan, yang memang tidak ada lagi jalan keserasian mereka berdua. Sikap Leha yang pemarah dan sentiasa merasakan dirinya yang betul tanpa mahu mengaku kesalahan sendiri walaupun dalam hal-hal yang nyata kesalahannya telah mencabar kesabaran Asrar yang semakin terhakis.



************************************************************************



“Saya tidak puas hati betul lah dengan En. Sabri tu. Dia tidak mangajar pun dalam kelas. Bila kami Tanya, dia sekadar menjawab ala kadar dan suruh kami cari sendiri. Macam tu ka pensyarah ?” dengus Alin semasa berborak dengan teman sebiliknya.



“ Dah tu banyak bagi kerja pula, markah pula huh, payah nak dapat baik. ” Sambungnya lagi dengan penuh rasa tidak puas hati. Baginya Pensyarah sepatutnya menjadi pemudah cara penyampaian ilmu kepada pelajar. Tetapi hampa dengan sikap pensyarah kimianya itu.



************************************************************************



“Kanapa sukar sangat nak faham. Ana dah terangkan berapa kali tentang tu. Masih juga tak boleh terima. Susah la kalau macam ni.”


Rungut Izan dalam monolognya. Dia agak fade-up dengan sikap pengerusi lajnahnya. Terlalu sukar untuk fahami keadaannya. Izan merasakan bahawa dia sudah mencuba yang terbaik untuk bekerjasama dengan pengerusi lajnahnya, dan dia sebagai timbalan pengerusi sangat memerluksn sokongan padu untuk dia teruskan tugasan yang telah diamanahkan kepadanya. Tapi, agak sukar rasanya bila orang yang digandingkan dengannya dirasakan tidak serasi. Dia semakin terhimpit.



************************************************************************


Dengan muka yang mencuka Zahra masuk ke bilik. tergambar sedikit kesal bercampur sedih pada raut wajahnya. Dalam hatinya berbisik,


" aku tidak pernah di perlakukan sebegini, begini kah pendekatan seorang pimpinan organisasi? sungguh keras, walaupun aku akui kesilapanku, tapi aku tak boleh terima cara tegurannya begitu. sungguh tidak berhikmah. "


Tiba-tiba Wawa teman sebiliknya dan juga kawan karibnya yang memang sunnguh rapat dan memahaminya masuk kedalam bilik. Lalu, Zahra tidak dapat membendung lagi kesedihannya lalu menangis di bahu sahabatnya. segala rasa yang dipendam sepanjang perjalanan kembali dari mesyuarat persatuan tadi di luah sebutir-demi sebutir kepada Wawa.


" Dia memang macam tu. Keras sangat, tak pernah tahu nak consider sikit. Silap sikit pun dibesar-besarkan. Kalau macam ni lah pimpinan, meranalah orang bawahan. Tak fikirkan perasaan orang langsung "



Wawa yang memang sependapat dengan Zahra mengulas berbentuk mem back up kawannya. Tidak terfikir langsung untuk memberi pandangan positif tentang pimpinan mereka, yang terlintas di fikirannya, memang silap besar bila pendekatan yang terlalu tegas.


*************************************************************************



"Gerak kerja ajk pelaksana terlalu lembab. dah berapa kali saya terangkan secara detail, masih tidak dapat buat dengan baik. Nak di jelaskan macam mana lagi sepatutnya"


Luah Izam kepada timbalannya. Izam merupakan pengarah program bakti siswa yang memang terkenal dengan ketegasan nya terhadap orang bawahan. baginya, kerja dan gerak kerja perlu perfect,. Tidak boleh bertangguh dan dia pantang bila orang bawahanya melakukan kerja ala kadar dan tidak sampai kepada expectation nya sebagai pengarah berwibawa.


" Kita kena terima, orang bawahan mempunyai kemampuan yang berbeza-beza. kemahiran semua orang tidak sama. Izam, kita sebagai orang atasan kena pertimbangkan kebolehan dan tahap penerimaan ajk kita, jika tidak nanti kita memberikan tekanan kepada mereka "


Fahmi yang agak memahami keadaan orang bawahan cuba memberi nasihat kepada Izam.


Izam diam membisu, tanpa sebarang respon, cuma dalam hatinya masih ada rasa tidak puas hati dengan prestasi kerja ajk bawahannya, dia sangat bimbang, sedangkan program sudah semakin hampir.



*************************************************************************

Jika kita amat-amati, terlalu banyak percanggahan sikap, pendapat dan keinginan diantara kita sesama manusia. Dan sudah pasti kita lebih senang dengan orang yang sependapat ataupun menyokong pendapat kita. pasti agak sukar untuk serasi dengan orang yang mempunyai percanggahan pendapat dengan kita.




Tidak dapat terima kerana tidak serasi. Tu lah alasan yang biasa kita dengar bila berlaku konflik diantara 2 pihak. Pasti ada terdengar keluhan-demi keluhan yang melonglaikan semangat. Unsur-unsur putus asa yang boleh meracuni minda. Tidak menerima hakikat bahawa hidup dan kehidupan ini memang penuh dengan percanggahan. Sifat dan sikap manusia pelbagai dan tidak mungkin dapat serasi dengan semua jenis manusia. Lantas, janganlah sesekali hanya menerima si dia yang serasi dengan sikap kita, tapi terimalah siapa pun dia seadanya.


seperkara yang kita semua perlu jelas, setiap apa yang berlaku adalah percaturan daripada Rabb. Bersangka baik dengan Sang Pencipta jalan alternatif yang terbaik. Setiap percaturan, pasti ada sesuatu hikmah tersirat untuk kita. Elaklah daripada mengeluh dengan sikap orang sekeliling kita, sebaliknya, cubalah menerima dan menyeimbangkan keadaan seharmoni yang mungkin. Berpandangan positif dan jauhkan daripada prasangka-prasangka yang negatif perlu kita pupuk dalam hati-hati setiap kita, terutama sekali golongan yang mengaku ingin memartabatkan Agama Allah.


Jika percanggahan kita jadikan batu penghalang untuk kita salaing menerima dengan baik, maka keserasian tidak mungkin kita kecapi, dan sistem hidup kita seharian pasti kita rasakan sungguh menyakitkan. Namun, jika kita cuba dan terus mencuba, mencari titik titik persamaan dicelah-celah percanggahan itu, nescaya kita akan dapat menerima dia seadanya. Kita cari titik persamaan, segala pecanggahan kita jadikan aset percambahan pemikiran. Jika kita berjaya untuk itu,


kita bukan lagi sahabat yang kecewa dengan sikap buruk sahabatnya, tetapi kitalah yang cuba membaikinya bersama.


Kita bukan lagi student yang kecewa dengan komitmen pensyarahnya, sebaliknya kitalah pemurni keadaan dengan memberikan sepenuh fokus dan komitmen untuk mendapatkan ilmu tersebut. sesekali, berjumpa dengan pensyarah tersebut untuk mendorong nya untuk memperlihatkan kesungguhan untuk mencurah ilmu.


Kita bukan lagi timbalan pengerusi lajnah yang merungut dengan sikap dan ketidakserasian dengan pengerusi kita. Sebaliknya, kita lah penjernih yang cuba menampung part mana yang terlepas pandang.


Kita bukan lagi orang bawahan yang sangat tidak puas hati dengan teguran direct daripada pimpinan atasan kita. sebaliknya, kitalah pemikir positif yang teguran itu adalah untuk membaiki keadaan dan memang berguna untuk menyedarkan kita tentang kesilapan kita. Cara yang tegas, kita terima memang pendekatannya begitu dan kita berlapang dada.



Kita bukan lagi orang atasan yang asyik tidak puasa hati dengan hasil kerja ajk bawahan, tetapi kitalah penyelesai masalah dengan memberi tujuk ajar dengan penuh hikmah dan kesabaran. Sekiranya tidak puas hati, kitalah pimpinan merendah diri, turun sekali dengan orang bawahan membereskan kerja bersama dan menunjukkan kepimpinan melalui teladan.


Setiap masalah dan konflik pasti ada penyelesaiannya..


"Berilah Sagalanya, Terimalah Seadanya"


Bina keserasian. Tidak ada jalan lain. Terimalah dia seadanya.


* Diri penulis inilah orang yang paling perlu muhasabah...



SrikandiMuda...



Bergegas bersiap sebelum datang satu mesyuarat malam itu. agak kelam kabut juga, beberapa minit lagi sebelum masa yang ditetapkan. walaupun memang biasanya meeting akan start lewat, confirm menunggu juga, tp, aku tidak mahu ada mindset itu di fikiranku walaupun hampir tertanam dalam benak. Kalaupun menunggu, biarlah. yang penting bukan aku yang ditunggu. Sebelum menyarungkan kasut, huh, aku masuk semula kedalam bilik. "Kepimpinan melalui teladan" perlu dipupuk. Teringat tempat meeting pada malam itu, dewan kuliah yang agak sejuk. perlu pakai jaket. lalu ku capai jaket yang tergantung di dinding. aku sebenarnya bukan orang yang suka pakai jaket. walaupun aku memang ada masalah sikit tidak tahan dengan keadaan sejuk, tapi bagiku pakai jaket, rimas dan menyusahkan. Tapi, teringat peristiwa...

" Huh sejuknya.. " Luahku pada sahabatku di tempat duduk sebelah dalam satu majlis tahunan organisasi.
" ya sejuk juga " sambil tersenyum dia memberikan respon. Aku yang semakin tak tahan, memang tak boleh fokus dengan perbincangan penting pada ketika itu. aku mengambil keputusan untuk berdiri dan menuju ke suis pendingin hawa lalu menekan butang off. (memang tidak ada butang untuk slow kan)... tiba-tiba kedengaran suara seorang sahabat,

" Eh, panas bah ni " " Huh, sejuk " responku ringkas.. " tak kan kerana sorang sejuk air cond perlu dimatikan. semua orang rasa panas. " " sejuk ba.. " " hidupkan balik air cond tu.. "

walaupun responku membiarkan keadaan pada ketika itu berlalu dengan riak muka yang selamba... Tapi, sebenarnya, otakku ligat berfikir dengan dialog tadi.

"Tak kan kerana seorang sejuk, air cond perlu dimatikan?"

aku cuba mengadaptasikan dalam perjalanan hidup terutama sekali dalam prinsip berpersatuan.
Tak kan kerana kita seorang seluruh organisasi akan terkena kesannya. pentingkan diri bukan sifat kepimpinan.

*************************************************************************************

Kepimpinan melalui teladan selalu aku dengar sejak di bangku sekolah lagi.. tapi kurang kuamati difnisi dan maksud sebenarnya. tapi, bila dberi tanggung jawab untuk menjadi pemimpin dalam persatuan, aku mula merasa betapa pentingnya koonsep itu. sejak menjadi timbalan pengerusi PERISA di awal-awal penubuhannya dulu, banyak yang aku pelajari untuk mengaturkan organisasi. sedikit sebanyak, ilmu dan pengalaman yang sedikit itu, boleh digunakan kini.]


" Pemimpin yang baik, bukan semata-mata orang yang boleh buat kerja banyak. Bukan yang boleh bekerja pantas. Tetapi, orang yang mampu merancang dan mengatur gerak kerja dan mampu menggerakkan orang bawahan untuk komitmen dalam kerja yang diberikan. Pemimpin bukan orang yang perlu buat semua kerja, tapi orang yang perlu mengagihkan kerja "
pesanan ini aku perolehi oleh salah seorang ustazah MT GAMIS sesi lalu dalam satu program bersama mereka hampir setahun yang lalu. Banyak perkongsian pribadi yang dikongsikan dengan ku, bila ada masa berbual-bual dengan ustazah syuhada, ustazah mashitah dan ustazah nuha. Malah dalam perjalanan menghantar mereka ke airport, sempat ustazah mashitah meninggalkan pesanan2 yang kukira inilah yang mengikat hati kami, walaupun pertemuan yang tidak sampai seminggu.

Bila mengimbas kembali sirah Baginda Rasulullah s.a.w. Kepimpinan yang ditonjolkan oleh baginda cukup sempurna untuk kita mengambil contoh tauladan untuk mengatur langkah. Stiap tindakan baginda berdasarkan wahtu dan perintah Allah, tidak sesekali mengikut gerak hati sendiri dalam membuat keputusan. Kebijaksanan Baginda sehingga gelaran al-amin diiktiraf bukan sahaja oleh kaum baginda.

Rasulullah merupakan contoh terbaik seorang yang sangat mementingkan melakukan sesuatu secara bejemaah. Sewaktu berhijrah ke Madinah, Ali dipeintahkan untuk menggantikan tampat tidur baginda.Abu Bakar as-siddiq ditugaskan menemani baginda berhijrah ke Madinah dan sama-sama bersembinyi di Gua Thur. Asma’ binti Abu Bakar pula ditugaskan untuk membawa makanan kepada baginda dan Abu Bakar di Gua Thur.Abdulah bin Abu Bakar berperanan menyampaikan maklumat kepada baginda. Tidak lupa juga Amir bin Fuhairah yang menjadikan haiwan ternakannya sebagai fungsi untuk menghilangkan kesan jejak Rasulullah saw dan Abu Bakar.

Sikap baginda yang mengutamakan mesyuarat dalam setiap keputusan adalah antara resipi kejayaan kepimpinannya. Baginda bukan jenis pemimpin yang melakukan sesuatu mengikut keputusan sendiri sebaliknya sentiasa meminta pendapat daripada pengikutnya. Bagi sesetengah hal pula, orang-orang yang berkepakaran(ahli) dalam bidang-bidang tertentu diberi keutamaan untuk menentukan apa yang patut dilakukan.





ingin ku petik sedikit point dari cerminan teladan kepimpinan Rasulullah

(Rasulullah memimpin dengan suri teladan yang baik karena tidak banyak menyuruh atau melarang tapi dengan menjadi contoh yang baik. Keteladanan sangat penting kerana sehebat mana pun yang kita katakan tidak akan berharga kecuali kalau perbuatan kita seimbang dengan kata-kata. Rasulullah tidak menyuruh orang lain sebelum menyuruh dirinya sendiri. Rasulullah tidak melarang sebelum melarang dirinya. Kata dan perbuatannya amat serasi sehingga setiap kata-kata diyakini kebenarannya.

Kepemimpinan Rasulullah tidak hanya menggunakan akal dan fizikal, tetapi Beliau memimpin dengan kalbunya karena hati tidak akan pernah disentuh kecuali dengan hati. Rasulullah menabur cinta kepada sahabatnya sehingga setiap orang bisa merasakan tatapannya dengan penuh kasih sayang, tutur katanya yang rahmatan lil alaamiin, dan perilakunya yang amat menawan. Seorang pemimpin yang hatinya hidup akan selalu merindukan kebaikan, keselamatan, kebahagiaan bagi yang dipimpinnya.)


Sungguh beratnya amanah kepimpinan hanya mampu terpikul dengan keyakinan pada pertolongan dan kasih sayang Allah s.w.t.


ya Allah, tundukkan hati ku dan hati seluruh pimpinan pergerakan ISLAM di mana sahaja berada, agar mengamalkan konsep kepimpinan melalui teladan. Pimpinlah kami untuk memimpin.

*************************************************************************************

Lantas aku bermonolog dalam hati, walaupun tak suka pakai jaket , kena bawa bila keadaan menuntut, untuk tidak memberi kesan kepada orang lain. :)

SrikandiMuda...

Category: | 4 Comments

Sulitnya menjaga pandangan mata,

Sulitnya menahan nafsu dan menjaga hati,

Hanya iman dalam diri mampu menolong diri,

Antara kasih kepada Robbul i’zzati dan kemahuan diri,

Menitis air mata tika kemahuan diri tidak dituruti,

Lantas kasih dan takut kepada Ilahi.

Sulitnya menjaga pandangan mata,

Sulitnya menahan nafsu dan menjaga hati,

Usia begini kemahuan itulah ingin dipenuhi,

Mencintai dan dicintai orang dikasihi,

Namun syariat yang suci membatasi,

Semuanya untuk kebaikan diri sendiri.

Sulitnya menjaga pandangan mata,

Sulitnya menahan nafsu dan menjaga hati,

Kugagahi diri menjaga pandangan mata dan hati,

Agar maksiat tidak terjadi,

Agar fitnah dapat dijauhi,

Namun,kadang kala aku tewas dengan nafsu yang menguasai diri,

Lantas kurangnya amalan rukhiah dalam diri.

Sulitnya menjaga pandangan mata,

Sulitnya menahan nafsu dan menjaga hati,

Aku malu padaMu Ya Ilahi,

Saat memandangnya aku membuat dosa terang tanpa sembunyi

Tika dia membalasnya,bertambah malu padaMu Ya Ilahi ,

Kerana aku dan dia tiada ikatan sah suami isteri,

Kerana aku dan dia berdakwah demi Islam dicintai,

Kerana aku dan dia mengaku berjuang demi islam dijulang tinggi

Kerana aku dan dia mengaku berjuang demi mencari redha Ilahi.

Ya Allah ampunkan dosaku,

Ya Allah terimalah taubatku,

Ya Allah teguhkan imanku dengan firmanMu,

Ya Allah teguhkan imanku dengan ketaatanku padaMu,

Tidak sekali-kali kebenaran dan kebatilan dicampuri,

Jika tidak,kecelakaan menimpa diri…

Harapanku,dia juga dibawah jagaanMu

Malah lebih baik dari aku…amin



Sumber: sahabat sejati


SrikandiMuda...

Category: | 0 Comments

Tidak tahu ingin bermula di mana untuk penulisan kali ini. kerana fikiran sebenarnya sedikit berlegar-legar dengan isu pergolakan politik yang berlaku di Perak yang sedikit sebanyak memaksa otak untuk berfikir, apa sebenarnya cerita di sebalik cerita, rancangan di sebalik rancangan. Bila berdiskusi dengan beberapa orang sahabat tentang isu ini pelbagai hipotesis yang berbeza-beza terhasil, dan aku cuba memandanganya sebagai satu perkara yang cukup positif untuk pimpinan pakatan rakyat. Jika kami yang tidak terlibat secara langsung dalam think tank PR pun mula menjanakan pelbagai hipotesis dan idea-idea yang sebelum ini tidak terfikir, apakan lagi mereka yang menghadapinya sendiri... walaupun ada perkara yang perlu diperjuangkan dari sudut hak Rakyat, tetapi, PR secara tidak langsung mempunyai ruang untuk memacu tindakan yang lebih teratur selepas ini.

Inilah proses belajar yang paling berkesan. Pakatan Rakyat tumbang di Perak, secara logiknya, sudah pasti ruang untuk dakwah, dan daulatkan Islam sedikit tertutup dengan kehilangan kuasa memimpin negeri tersebut. tidak dapat dinafikan kuasa satu elemen utama untuk menguatkan momentum gerakan Islam, tapi, jika kita tidak punya kuasa itu? adakah bermakna kita perlu beralih arah "sekadar yang mampu"... Seorang yang kreatif tidak mengambil jalan semudah itu. Bertenanglah, dan atur langkah sekreatif yang boleh dengan permohonan pimpinan daripada Al-Khaliq yang berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.



Kuliah Minor

Secara tidak sedar, otakku dipaksa untuk berfikir secara kreatif. Subjek minor yang aku ambil sem ni agak menarik. pada mulanya aku agak bimbang kerana memang mindset, kalau bab-bab seni ni, memang aku lemah. walaupun satu pilihan, tapi aku pilih untuk fokus dalam kuliah minor ini kerana aku terpukau pada kuliah pertamanya. berbicara tentang kreatif. cukup menarik.

"Sebagai Programmer atau animator atau web designer atau apa sahaja bidang yang bakal anda ceburi, anda perlu kreatif" mukaddimah pensyarahku agak biasa kudengar.

"Jika plan A tak menjadi, perlu ada plan back up bukan sahaja plan B malah C,D dan sebanyak yang mungkin" em, semakin menarik, aku biasa dengar plan back up ni dalam perancangan program-program.

"Kalau saya angkat ni, saya nak tanya apa fungsinya?" soal pensyarahku Sambil mengangkat alat penghawa dingin mudah alih dalam dewan kuliah tersebut.

"Untuk mendinginkan "

"mengeluarkan angin"

" menyejukkan persekitaran "

.dan dua tiga jawapan yang hampir sama fungsi yang dinyatakan. begitulah jawapan-jawapan dari rakan sekelas bila ditanya secara rambang.

"Nah, semuanya berfikir sama. melihat alat pendingin hawa, maka fungsinya sudah pasti mendinginkan persekitaran"....


"Tapi, benda ni, kalau guna lempar anjing ni, mati juga anjing tu" kenyataan bersahaja pensyarahku disambut dengan deraian tawa rakan-rakan. tapi, aku terdiam. aku tidak terfikir pun tentang tu. Kata pensyarahku, itulah kreatif. berfikir yang orang lain tidak terfikir walaupun seperti tidak logik. Mungkin bagi rakan sekelasku yang lain kuliah hari itu cukup ceria sehingga tak kering gusi, namun jauh di sudut benak fikiran ku, aku cuba mengaitkan setiap teori seni kreatif yang dibincangkan kedalam sistem gerak kerja dan sistem pemikiran ahli gerakan mahasiswa Islam di kampusku khususnya. huh,..

Daie perlu kreatif, itulah kesimpulan awal yang ku buat. Jangan terlalu terikat dengan logik...
sampai di bilik aku masih terfikir-fikir tentang persoalan logik dan kreatif tadi.
Minggu berikutnya, dalam kuliah subjek yang lain, kami diberi penerangan daripada seorang trainer programer, tentang programming skill. aku tersentak bila beliau juga berbicara tentang kreatif. huh. Kalau kuliah literasi visual dan seni estetik, biasalah, memang sinonim dengan kreatif. tapi programming language? em..


Sekali-lagi..

" saya nak bagi tau kamu semua dalam dunia programming tidak perlukan logik. kita perlukan kreatif." berkerut juga dahi. sapa kata tidak perlu logik, sedangkan bahasa programming yang kami belajar selama ini cukup strict, tidak boleh tertinggal satu kod, confirm program tak dapat run. persis matematik 1 + 1 = 2 kalau tidak, jawapan salah. kenapa pula dia kata tak perlu logik?
"Dalam otak kita ni, boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Logik dan Kreatif. Jika anda seorang yang berfikiran logik, dan tdak kreatif, anda tidak akan menjadi seorang programmer yang berjaya. Anda tidak akan pergi jauh... "

Sekali lagi akalku dipaksa untuk berfikir tentang kreatif.. Em, seperti halnya programmer, ahli gerakan juga sama. kalau kita asyik berfikir logik tanpa sentuhan kreatif kita tidak akan pergi jauh.. "Itu silap" "Ini salah" "Tidak boleh begitu di sini" "Jangan buat begini, waqie di sini tidak sama... " " Kalau dulu, mesti begini , kalau buat begitu, mesti tak jadi. rosak persatuan " Kalau dialog-dialog sebegini masih kedengaran dalam organisasi, maka kita perlu jana pemikiran kreatif,. sangat-sangat perlu.

kalau kita lihat sesuatu yang tidak kena, silap dan sebagainya, bukan melabel silap satu-satunya penyelesaian. kenapa tidak, kita hulurkan tawaran cadangan-cadangan untuk membetulkan sedikit yang silap itu, untuk kita olah sekreatif mungkin untuk menghasilkan satu output yang berguna untuk gerakan kita. Walaupun secara logiknya kita rasakan memang tindakan itu memang silap. "Buang yang keruh, ambil yang jernih," rasanya tidak lagi praktikal sangat dalam gerakan mahasiswa Islam. yang keruh itu, kita ambil, analisis dan kita suling menjadi jernih kerana mungkin sahaja kita akan sangat-sangat perlukannya satu ketika nanti.

Jangan sempitkan pemikiran dan tindakan dengan rules yang kita cipta sendiri sedangkan kita mempunyai 1001 pilihan untuk langkah yang mendatang.

Sebelum ini saya sangat bersetuju dengan trend "think out of box" yang sering diperkatakan di mana mana, kini saya tersentak bila penceramah jemputan itu mengatakan
"You're not only need to think out of box, but far..far away from the box.. if possible, you may don't think about the box at all."


Aku tengah mempertimbangkan kenyataan itu, dan bagaimana aku ingin mengadaptasikan dalam struktur organisasi Islam untuk memacu gerakan yang lebih cekap pantas dan berstrategi di masa- masa akan datang, di manapun aku di campakkan...

Logik VS Kreatif dalam pertimbangan.... segalanya boleh terjadi, samada logik atau tidak, itu bukan persoalan pokok, yang penting sejauhmana kita kreatif menghadapinya... tidak kira dalam gelanggang mana kita diletakkan, tarbiyyah, dakwah, siasah, ekonomi, kebajikan di mana-mana sekalipun..

"Ya Allah, bantu dan pimpinlah kami dalam langkah, tutur kata, kerahan fikiran dan gerak hati kami untuk kami julang tinggi Agamamu ini" amin.




SrikandiMuda...

Category: , | 0 Comments