Subscribe RSS



“Saya tidak tahan. Cukuplah. Sudah lama saya bersabar. Sekarang saya rasa, memang tidak ada jalan lagi untuk kami kembali seperti dulu.” Luah Asrar kepada naqibahnya.


“Asrar, mungkin emosi Anti tidak stabil sekarang. Bawa beristighfar, cari semula ketenangan. Mohon petunjuk pada ALLAH” naqibahnya cuba menenangkan.


Asrar melepaskan keluhan berat. Leha teman baiknya, sekali lagi menyakiti hatinya. Setelah siri demi siri perbuatan Leha yang cuba dihadapinya dengan sabar, kini dia memutuskan, yang memang tidak ada lagi jalan keserasian mereka berdua. Sikap Leha yang pemarah dan sentiasa merasakan dirinya yang betul tanpa mahu mengaku kesalahan sendiri walaupun dalam hal-hal yang nyata kesalahannya telah mencabar kesabaran Asrar yang semakin terhakis.



************************************************************************



“Saya tidak puas hati betul lah dengan En. Sabri tu. Dia tidak mangajar pun dalam kelas. Bila kami Tanya, dia sekadar menjawab ala kadar dan suruh kami cari sendiri. Macam tu ka pensyarah ?” dengus Alin semasa berborak dengan teman sebiliknya.



“ Dah tu banyak bagi kerja pula, markah pula huh, payah nak dapat baik. ” Sambungnya lagi dengan penuh rasa tidak puas hati. Baginya Pensyarah sepatutnya menjadi pemudah cara penyampaian ilmu kepada pelajar. Tetapi hampa dengan sikap pensyarah kimianya itu.



************************************************************************



“Kanapa sukar sangat nak faham. Ana dah terangkan berapa kali tentang tu. Masih juga tak boleh terima. Susah la kalau macam ni.”


Rungut Izan dalam monolognya. Dia agak fade-up dengan sikap pengerusi lajnahnya. Terlalu sukar untuk fahami keadaannya. Izan merasakan bahawa dia sudah mencuba yang terbaik untuk bekerjasama dengan pengerusi lajnahnya, dan dia sebagai timbalan pengerusi sangat memerluksn sokongan padu untuk dia teruskan tugasan yang telah diamanahkan kepadanya. Tapi, agak sukar rasanya bila orang yang digandingkan dengannya dirasakan tidak serasi. Dia semakin terhimpit.



************************************************************************


Dengan muka yang mencuka Zahra masuk ke bilik. tergambar sedikit kesal bercampur sedih pada raut wajahnya. Dalam hatinya berbisik,


" aku tidak pernah di perlakukan sebegini, begini kah pendekatan seorang pimpinan organisasi? sungguh keras, walaupun aku akui kesilapanku, tapi aku tak boleh terima cara tegurannya begitu. sungguh tidak berhikmah. "


Tiba-tiba Wawa teman sebiliknya dan juga kawan karibnya yang memang sunnguh rapat dan memahaminya masuk kedalam bilik. Lalu, Zahra tidak dapat membendung lagi kesedihannya lalu menangis di bahu sahabatnya. segala rasa yang dipendam sepanjang perjalanan kembali dari mesyuarat persatuan tadi di luah sebutir-demi sebutir kepada Wawa.


" Dia memang macam tu. Keras sangat, tak pernah tahu nak consider sikit. Silap sikit pun dibesar-besarkan. Kalau macam ni lah pimpinan, meranalah orang bawahan. Tak fikirkan perasaan orang langsung "



Wawa yang memang sependapat dengan Zahra mengulas berbentuk mem back up kawannya. Tidak terfikir langsung untuk memberi pandangan positif tentang pimpinan mereka, yang terlintas di fikirannya, memang silap besar bila pendekatan yang terlalu tegas.


*************************************************************************



"Gerak kerja ajk pelaksana terlalu lembab. dah berapa kali saya terangkan secara detail, masih tidak dapat buat dengan baik. Nak di jelaskan macam mana lagi sepatutnya"


Luah Izam kepada timbalannya. Izam merupakan pengarah program bakti siswa yang memang terkenal dengan ketegasan nya terhadap orang bawahan. baginya, kerja dan gerak kerja perlu perfect,. Tidak boleh bertangguh dan dia pantang bila orang bawahanya melakukan kerja ala kadar dan tidak sampai kepada expectation nya sebagai pengarah berwibawa.


" Kita kena terima, orang bawahan mempunyai kemampuan yang berbeza-beza. kemahiran semua orang tidak sama. Izam, kita sebagai orang atasan kena pertimbangkan kebolehan dan tahap penerimaan ajk kita, jika tidak nanti kita memberikan tekanan kepada mereka "


Fahmi yang agak memahami keadaan orang bawahan cuba memberi nasihat kepada Izam.


Izam diam membisu, tanpa sebarang respon, cuma dalam hatinya masih ada rasa tidak puas hati dengan prestasi kerja ajk bawahannya, dia sangat bimbang, sedangkan program sudah semakin hampir.



*************************************************************************

Jika kita amat-amati, terlalu banyak percanggahan sikap, pendapat dan keinginan diantara kita sesama manusia. Dan sudah pasti kita lebih senang dengan orang yang sependapat ataupun menyokong pendapat kita. pasti agak sukar untuk serasi dengan orang yang mempunyai percanggahan pendapat dengan kita.




Tidak dapat terima kerana tidak serasi. Tu lah alasan yang biasa kita dengar bila berlaku konflik diantara 2 pihak. Pasti ada terdengar keluhan-demi keluhan yang melonglaikan semangat. Unsur-unsur putus asa yang boleh meracuni minda. Tidak menerima hakikat bahawa hidup dan kehidupan ini memang penuh dengan percanggahan. Sifat dan sikap manusia pelbagai dan tidak mungkin dapat serasi dengan semua jenis manusia. Lantas, janganlah sesekali hanya menerima si dia yang serasi dengan sikap kita, tapi terimalah siapa pun dia seadanya.


seperkara yang kita semua perlu jelas, setiap apa yang berlaku adalah percaturan daripada Rabb. Bersangka baik dengan Sang Pencipta jalan alternatif yang terbaik. Setiap percaturan, pasti ada sesuatu hikmah tersirat untuk kita. Elaklah daripada mengeluh dengan sikap orang sekeliling kita, sebaliknya, cubalah menerima dan menyeimbangkan keadaan seharmoni yang mungkin. Berpandangan positif dan jauhkan daripada prasangka-prasangka yang negatif perlu kita pupuk dalam hati-hati setiap kita, terutama sekali golongan yang mengaku ingin memartabatkan Agama Allah.


Jika percanggahan kita jadikan batu penghalang untuk kita salaing menerima dengan baik, maka keserasian tidak mungkin kita kecapi, dan sistem hidup kita seharian pasti kita rasakan sungguh menyakitkan. Namun, jika kita cuba dan terus mencuba, mencari titik titik persamaan dicelah-celah percanggahan itu, nescaya kita akan dapat menerima dia seadanya. Kita cari titik persamaan, segala pecanggahan kita jadikan aset percambahan pemikiran. Jika kita berjaya untuk itu,


kita bukan lagi sahabat yang kecewa dengan sikap buruk sahabatnya, tetapi kitalah yang cuba membaikinya bersama.


Kita bukan lagi student yang kecewa dengan komitmen pensyarahnya, sebaliknya kitalah pemurni keadaan dengan memberikan sepenuh fokus dan komitmen untuk mendapatkan ilmu tersebut. sesekali, berjumpa dengan pensyarah tersebut untuk mendorong nya untuk memperlihatkan kesungguhan untuk mencurah ilmu.


Kita bukan lagi timbalan pengerusi lajnah yang merungut dengan sikap dan ketidakserasian dengan pengerusi kita. Sebaliknya, kita lah penjernih yang cuba menampung part mana yang terlepas pandang.


Kita bukan lagi orang bawahan yang sangat tidak puas hati dengan teguran direct daripada pimpinan atasan kita. sebaliknya, kitalah pemikir positif yang teguran itu adalah untuk membaiki keadaan dan memang berguna untuk menyedarkan kita tentang kesilapan kita. Cara yang tegas, kita terima memang pendekatannya begitu dan kita berlapang dada.



Kita bukan lagi orang atasan yang asyik tidak puasa hati dengan hasil kerja ajk bawahan, tetapi kitalah penyelesai masalah dengan memberi tujuk ajar dengan penuh hikmah dan kesabaran. Sekiranya tidak puas hati, kitalah pimpinan merendah diri, turun sekali dengan orang bawahan membereskan kerja bersama dan menunjukkan kepimpinan melalui teladan.


Setiap masalah dan konflik pasti ada penyelesaiannya..


"Berilah Sagalanya, Terimalah Seadanya"


Bina keserasian. Tidak ada jalan lain. Terimalah dia seadanya.


* Diri penulis inilah orang yang paling perlu muhasabah...



SrikandiMuda...

4 comments to “Terima Dia Seadanya”

  1. adakalanya berada dihnghway baru tahu nikmatnya bawa 120/km..

    hal ketidak serasian, berlaku dmana2..bila2 masa..

    paling mncabar klo dalm organisasi..yg org2 dlmnya ialah org yang bijak sana-sini..

    msing2 lain perangai..masing2 rsa dirinyalah yang betul..

    di mulut kata;
    "nilah cantikknya organisasi kita...mcm2 perangai ada.."

    tapi dlm hal len;
    "..bagusnya klo dia tiada.."
    "...malas aku dengan c polan ni...asal jak ku bagi pdagn..msti dkondemnya.."

    "...syukurlah bukan dia yang yang pegang..."

    "...kenapalah dia yang jadi ini..."

    kita masih tidak dapat menerima 'kepelbagaian' perangai ahli kita..sedangkan kita tahu..dan kita sdah kata.."nilah yang mncantikkan organisasi kita"..

    mungkin kitalah orangnya yang merasakan DIRI kitalah yang sentiasa betul...

    dan kitalah kot..ORANGnya yang tidak boleh menerima dia seadanya...

    wallahua'lam

  1. andai itu kita yang semalam... jom hari ini, itu bukan kita lagi...


    Terima dia seadanya, walau siapa pun dia...

    "Terima Seadanya, Beri Segalanya..."

  1. Salam perjuangan buat ukhti:

    Posting yg sangat menarik dengan kisah-kisah yang berlaku pada masa sekarang..tajuk yang jelas dalam merungkai permasalahan yang sentiasa berlaku di kalangan individu muslim..apalagi dikalangan ahli gerakan islam..

    Sebagai individu muslim, kita kena yakin bahawa setiap yang berlaku adalah ketentuan dari Allah. Kadang-kadang hati mula menimbulkan prasangka yang kotor, bermacam-macam perkara negative timbul dalam fikiran tanpa kita sedari bahawa kita sudah tertipu dengan hasutan syaitan laknatullah.
    Sebagai seorang manusia yg lemah, memang tidak dapat lari dari melakukan dosa, tapi untuk cuba meneutralkan semula hati yang penuh dengan prasangka negative, cubalah kembali kepada Allah, sentiasalah bersyukur dengan apa yang berlaku. Cepat-cepatlah ubah mindset bahawa setiap yang berlaku mesti ada hikmah disebaliknya and only Allah knows.
    Amalkan konsep “ooo dia begini supaya aku jadi begitu”,
    “ooo kalau dia tak tegas, takde sape pun nak bergerak”,
    “ooo dia tak faham aku, sebab kita baru bermula”,
    “ooo sikapnya memang macam tu”,
    “ooo kalau mulut dia tak laser, mesti keje aku tak siap lagi”
    terimalah dia seadanya..baik muslimin dan muslimin, muslimat dan muslimat serta muslimin dan muslimat..
    Allah menciptakan manusia dengan pelbagai sifat..mungkin sahaja kita akan berjumpa dengan pelbagai jenis sifat manusia di muka bumi ini..walau siapapun yang kita temui..terima dia seadanya adalah kunci terhindar dari masalah hati atas dasar keimanan kepada Allah s.w.t..Wallahualam bi sawab..

  1. Syukran akhi/ukhti...

    nampaknya clear maksud yg ana ingin sampaikan.. Alhamdulillah.. moga kita lah pemudah, penjernih, dan penjernih keadaan.. hanya untuk Islam.., "Terima seadanya, beri segalanya.. :)"