Subscribe RSS

Tidak tahu ingin bermula di mana untuk penulisan kali ini. kerana fikiran sebenarnya sedikit berlegar-legar dengan isu pergolakan politik yang berlaku di Perak yang sedikit sebanyak memaksa otak untuk berfikir, apa sebenarnya cerita di sebalik cerita, rancangan di sebalik rancangan. Bila berdiskusi dengan beberapa orang sahabat tentang isu ini pelbagai hipotesis yang berbeza-beza terhasil, dan aku cuba memandanganya sebagai satu perkara yang cukup positif untuk pimpinan pakatan rakyat. Jika kami yang tidak terlibat secara langsung dalam think tank PR pun mula menjanakan pelbagai hipotesis dan idea-idea yang sebelum ini tidak terfikir, apakan lagi mereka yang menghadapinya sendiri... walaupun ada perkara yang perlu diperjuangkan dari sudut hak Rakyat, tetapi, PR secara tidak langsung mempunyai ruang untuk memacu tindakan yang lebih teratur selepas ini.

Inilah proses belajar yang paling berkesan. Pakatan Rakyat tumbang di Perak, secara logiknya, sudah pasti ruang untuk dakwah, dan daulatkan Islam sedikit tertutup dengan kehilangan kuasa memimpin negeri tersebut. tidak dapat dinafikan kuasa satu elemen utama untuk menguatkan momentum gerakan Islam, tapi, jika kita tidak punya kuasa itu? adakah bermakna kita perlu beralih arah "sekadar yang mampu"... Seorang yang kreatif tidak mengambil jalan semudah itu. Bertenanglah, dan atur langkah sekreatif yang boleh dengan permohonan pimpinan daripada Al-Khaliq yang berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.



Kuliah Minor

Secara tidak sedar, otakku dipaksa untuk berfikir secara kreatif. Subjek minor yang aku ambil sem ni agak menarik. pada mulanya aku agak bimbang kerana memang mindset, kalau bab-bab seni ni, memang aku lemah. walaupun satu pilihan, tapi aku pilih untuk fokus dalam kuliah minor ini kerana aku terpukau pada kuliah pertamanya. berbicara tentang kreatif. cukup menarik.

"Sebagai Programmer atau animator atau web designer atau apa sahaja bidang yang bakal anda ceburi, anda perlu kreatif" mukaddimah pensyarahku agak biasa kudengar.

"Jika plan A tak menjadi, perlu ada plan back up bukan sahaja plan B malah C,D dan sebanyak yang mungkin" em, semakin menarik, aku biasa dengar plan back up ni dalam perancangan program-program.

"Kalau saya angkat ni, saya nak tanya apa fungsinya?" soal pensyarahku Sambil mengangkat alat penghawa dingin mudah alih dalam dewan kuliah tersebut.

"Untuk mendinginkan "

"mengeluarkan angin"

" menyejukkan persekitaran "

.dan dua tiga jawapan yang hampir sama fungsi yang dinyatakan. begitulah jawapan-jawapan dari rakan sekelas bila ditanya secara rambang.

"Nah, semuanya berfikir sama. melihat alat pendingin hawa, maka fungsinya sudah pasti mendinginkan persekitaran"....


"Tapi, benda ni, kalau guna lempar anjing ni, mati juga anjing tu" kenyataan bersahaja pensyarahku disambut dengan deraian tawa rakan-rakan. tapi, aku terdiam. aku tidak terfikir pun tentang tu. Kata pensyarahku, itulah kreatif. berfikir yang orang lain tidak terfikir walaupun seperti tidak logik. Mungkin bagi rakan sekelasku yang lain kuliah hari itu cukup ceria sehingga tak kering gusi, namun jauh di sudut benak fikiran ku, aku cuba mengaitkan setiap teori seni kreatif yang dibincangkan kedalam sistem gerak kerja dan sistem pemikiran ahli gerakan mahasiswa Islam di kampusku khususnya. huh,..

Daie perlu kreatif, itulah kesimpulan awal yang ku buat. Jangan terlalu terikat dengan logik...
sampai di bilik aku masih terfikir-fikir tentang persoalan logik dan kreatif tadi.
Minggu berikutnya, dalam kuliah subjek yang lain, kami diberi penerangan daripada seorang trainer programer, tentang programming skill. aku tersentak bila beliau juga berbicara tentang kreatif. huh. Kalau kuliah literasi visual dan seni estetik, biasalah, memang sinonim dengan kreatif. tapi programming language? em..


Sekali-lagi..

" saya nak bagi tau kamu semua dalam dunia programming tidak perlukan logik. kita perlukan kreatif." berkerut juga dahi. sapa kata tidak perlu logik, sedangkan bahasa programming yang kami belajar selama ini cukup strict, tidak boleh tertinggal satu kod, confirm program tak dapat run. persis matematik 1 + 1 = 2 kalau tidak, jawapan salah. kenapa pula dia kata tak perlu logik?
"Dalam otak kita ni, boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Logik dan Kreatif. Jika anda seorang yang berfikiran logik, dan tdak kreatif, anda tidak akan menjadi seorang programmer yang berjaya. Anda tidak akan pergi jauh... "

Sekali lagi akalku dipaksa untuk berfikir tentang kreatif.. Em, seperti halnya programmer, ahli gerakan juga sama. kalau kita asyik berfikir logik tanpa sentuhan kreatif kita tidak akan pergi jauh.. "Itu silap" "Ini salah" "Tidak boleh begitu di sini" "Jangan buat begini, waqie di sini tidak sama... " " Kalau dulu, mesti begini , kalau buat begitu, mesti tak jadi. rosak persatuan " Kalau dialog-dialog sebegini masih kedengaran dalam organisasi, maka kita perlu jana pemikiran kreatif,. sangat-sangat perlu.

kalau kita lihat sesuatu yang tidak kena, silap dan sebagainya, bukan melabel silap satu-satunya penyelesaian. kenapa tidak, kita hulurkan tawaran cadangan-cadangan untuk membetulkan sedikit yang silap itu, untuk kita olah sekreatif mungkin untuk menghasilkan satu output yang berguna untuk gerakan kita. Walaupun secara logiknya kita rasakan memang tindakan itu memang silap. "Buang yang keruh, ambil yang jernih," rasanya tidak lagi praktikal sangat dalam gerakan mahasiswa Islam. yang keruh itu, kita ambil, analisis dan kita suling menjadi jernih kerana mungkin sahaja kita akan sangat-sangat perlukannya satu ketika nanti.

Jangan sempitkan pemikiran dan tindakan dengan rules yang kita cipta sendiri sedangkan kita mempunyai 1001 pilihan untuk langkah yang mendatang.

Sebelum ini saya sangat bersetuju dengan trend "think out of box" yang sering diperkatakan di mana mana, kini saya tersentak bila penceramah jemputan itu mengatakan
"You're not only need to think out of box, but far..far away from the box.. if possible, you may don't think about the box at all."


Aku tengah mempertimbangkan kenyataan itu, dan bagaimana aku ingin mengadaptasikan dalam struktur organisasi Islam untuk memacu gerakan yang lebih cekap pantas dan berstrategi di masa- masa akan datang, di manapun aku di campakkan...

Logik VS Kreatif dalam pertimbangan.... segalanya boleh terjadi, samada logik atau tidak, itu bukan persoalan pokok, yang penting sejauhmana kita kreatif menghadapinya... tidak kira dalam gelanggang mana kita diletakkan, tarbiyyah, dakwah, siasah, ekonomi, kebajikan di mana-mana sekalipun..

"Ya Allah, bantu dan pimpinlah kami dalam langkah, tutur kata, kerahan fikiran dan gerak hati kami untuk kami julang tinggi Agamamu ini" amin.




SrikandiMuda...

Category: , | 0 Comments

0 comments to “Logik Vs Kreatif”