Bila terjaga pada satu pagi, selesai urusan dengan Rabb, ana terpandang timbunan pakaian yang terlonggok di satu penjuru bilik ana. Inilah lumrahnya bila baru selesai berprogram. Dengan keadaan yang masih dalam keletihan, ana cukup tidak selesa bila bakul pakaian itu berisi dengan pakaian yang belum berbasuh. Biasanya, sebaik tiba bilik selepas program ana akan satlekan bab-bab cuci pakaian dan yang sewaktu dengannya, tapi kali ini, tuntutan tubuh yang mendesak untuk berehat terpaksa ana penuhi.Dalam kepenatan itu, ana gagahi mencapai baldi. Pada ketika itulah, terbayang perkhidmatan mesin basuh di bawah blok. Boleh saja ana hantar baju untuk dicuci, hanya masukkan syiling RM 2 tekan butang START kemudian datang sejam kemudian. Segala-galanya akan selesai tanpa perlukan tenaga yang banyak. Sementara itu, ana boleh meneruskan kerja-kerja lain atau paling kurang pun, melengkapkan proses berehat yang sememangnya belum cukup sebenarnya. Namun, akal ana pantas memintas idea yang terlintas, timbul persoalan dalam hati, “bukankah perjuangan memerlukan pengorbanan yang cukup sinonim dengan keperitan dan kepayahan?” mungkin ada pihak yang beranggapan perkara ini cukup remeh. Tapi, ana memandang berat kerana ini juga satu proses tarbiyyah diri. Daie yang memikul amanah berat untuk menyampaikan risalah Islam kepada semua, amat perlu bersedia untuk memandang segala sudut perkara dan peristiwa dari kaca mata tarbiyyah. Jangan asyik mengharapkan lajnah tarrbiyyah menyediakan perancangan-perancangan dan modul-modul Tarbiyyah, sedangkan kita tidak pernah bersedia untuk itu. Bila berlaku ketidakfahaman di kalangan kita, lajnah tarbiyyah di persoalkan. Kenapa tidak buat begitu? Kenapa tidak buat begini? Tapi kita, apa yang kita dah buat untuk memastikan diri kita betul-betul mendapat tarbiyyah secara optimum, bukan sahaja daripada perancangan lajnah tarbiyyah, malah tarbiyyah secara langsung daripada Allah kepada diri kita melalui keadaan yang harus kita hadapi dalam kehidupan seharian.Paling sedih lagi, bila perancangan yang rapi telah dibuat untuk menyediakan medan tarbiyyah kepada kita semua, berhempas pulas pihak berkenaan memerah idea untuk mematapkan perancangan dan pelaksanaan tarbiyyah. Tapi, respon dan kerjasama yang kita berikan setakat mana? Kalau dalam istilah yang biasa kita dengar, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Begitu juga keadaannya bila orang dah rancang cantik, tapi pelaksanaan gagal bila KITA TIDAK SEDIAKAN DIRI UNTUK DITARBIYYAH!!! Kita blame banyak tapi kita tidak melihat diri kita. Kalau dari sudut diri sendiri pun kita tidak mampu untuk kita disiplinkan, maka jangan pernah bermimpi kita akan dapat sepenuhnya apa yang orang rancang untuk kita. Setiap ahli gerakan perlu untuk memandang segenap aspek kehidupan adalah berbentuk pendidikan kepada diri. Daripada perkara kecil sekalipun, seperti susun selipar dan kasut di tempatnya, membasuh pinggan mangkuk selepas menggunakannya, datang perjumpaan pada waktunya, sehingga perkara melibatkan hubungan kita dengan al-Khaliq. Semua perkara ini perlu dititikberatkan sebagai medan tarbiyyah diri. Ana tidak memandang kita telah melahirkan output yang excellent jika hanya arif dari sudut gerak kerja tapi fail dari sudut pengurusan diri.
“Anti dah baca Quran tak hari ni? Ingat itu resolusi kita.”
“Belum. Tapi, di sini pun kan ada ayat Quran(sambil menunjukkan buku yang sedang dibaca), resolusi kita satu ayat sehari, jadi ana dah baca lah.”
“ukhti, kita buat kerja ni, mesti seperti nak hasilkan kek yang cantik”
“Ok, ok, boss”
Kedua-dua nya tersenyum.
Selepas ana mengeluarkan kenyataan “kek yang cantik” dengan sahabat-sahabat, responnya positif. Mereka menerima dangan terbuka. Sebenarnya malam itu, topik asal perbincangan adalah mengenai aurat muslimah,konsep melabuhkan tudung, berlanjutan kepada solat dan Ibadat. Ana membawakan analogi kek yang cantik kepada sahabat, akhirnya Allah kurniakan sedikit kefahaman kepada kami. “Apa pun yang kita buat, kita akan persembahkan kepada Allah. Jadi seperti membuat kek lah, kalau ana meminta antunna berikan kepada ana sebiji kek, antunna boleh bagi dalam keadaan kek biasa tanpa krim, hiasan dan sebagainya. Dan Antunna juga bebas untuk memberikan kepada ana sebiji kek yang cantik dengan hiasan yang menawan, dengan bentuk yang membangkitkan selera. Asalnya ana cuma minta antunna berikan ana sebiji kek tanpa meletakkan syarat untuk menghias dan sebagainya, tapi, bilamana antunna mempersembahkan sebiji kek yang cantik, dan sebiji kek yang biasa, yang mana ana akan ambil dulu, yang mana akan memuaskan hati ana? Antunna tahu jawapannya”
Dalam keadaan tadi melibatkan hubungan sesama manusia, apatah lagi hubungan dengan Allah?. Kita berhak untuk memilih untuk mempersembahkan ‘kek’ yang biasa atau ‘kek’ yang cantik, tetapi sepertimana usaha untuk menghasilkannya, begitu jugalah ganjarannya sudah pasti berbeza.
Kita tidak mungkin akan mampu sentiasa menghasilkan sesuatu kerja yang baik jika tidak ada disiplin dalam diri. Itulah dia Tarbiyyah. Sebab itu dari awal lagi ana menegaskan kita perlu menyediakan diri kita untuk ditarbiyyah samada dala perancangan atau tarbiyyah direct dari Rabbul Izzati.
Untuk Sahabat-sahabat seangkatan, mari kita menyucikan diri kita dengan konsep taubat, dan persiapkan diri untuk menerima segala bentuk ujian dan pendidikan yang bakal diberikan kepada kita tidak kira daripada siapa. Peluang hanya akan datang sekali, maka rebutlah, ambil input semaksima mungkin atas setiap peluang yang ada. Renungi sedalam-dalamnya amaran Allah dalam surah Al- Ma’idah ayat 54
“Wahai Orang- orang yang beriman, barangsiapa diantara kamu yang murtad, (keluar) dari agamaNya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum, Dia mencintai mereka dan mereka pun mencintaiNya, dan bersikap lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman, tetapi bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang orang yang suka mencela. Itulah kurnia Allah yang diberikan kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha halus (pemberian-Nya), maha mengetahui”
Sifat golongan mukmin zaman pemerintahan Rasulullah dan sahabat baginda, mereka menganggap perkara sunat seperti wajib dan perkara makruh seperti haram.
Kita?
Ya Allah, pandanglah dengan pandangan RahmatMU. Amin
SrikandiMuda...
Category:
Tarbiyyah
| 0 Comments
0 comments to “Sediakan Diri Untuk Ditarbiyyah”
Post a Comment