Subscribe RSS

Forward...

Maafkan Ana...

Assalamualaikum whb. Apa khabar iman akhi? Apa khabar dakwah akhi? Apa khabar amal akhi? Ana doakan agar semuanya dalam peliharaan Allah, semoga dalam sebaik-baik keadaan. Tidak perlulah ana memanjangkan kata-kata penyedap bicara. Biarlah ana meneruskan niat sebenar ana melayangkan warkah ini buat akhi.

Ana mohon maaf seandainya kata-kata ana akan membuatkan akhi berkecil hati. Ana hanya hamba Allah yang serba dhaif, apatah lagi dapat meneka apa yang terpendam di hati akhi. Maafkan ana seandainya ukhuwah kita tidak semanis dahulu. Tidak lagi seakrab dulu apatah lagi semesra dulu. Ana bukanlah berniat menyinggung akhi, tapi ana tidak mampu untuk menyambut perasaan akhi pada ana.

Sungguh! Saat pertama tat kala ana membaca mesej dari akhi, ana seakan tidak percaya dan sebolehnya ana tidak mahu percaya isi kandungannya! Ana tidak menyangka ukhuwah selama ini hanya akan mendatangkan fitnah pada hati akhi, ana terkejut dengan kandungan mesej akhi. Sungguh! Ana langsung tidak memikirkannya apatah lagi ianya datang dari akhi, insan yang ana sangat hormat kerana ilmu dan kepimpinan. Maafkan ana...

Janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu perbuatan yang keji... (al-isra’ : 32)

Maafkan ana kerana tidak mampu lagi menyemai ukhuwah ini seperti dulu, saat ana menerima mesej akhi, ana dapat merasai perubahan yang bakal terjadi. Tiada lagi kemanisan ukhuwah andai ianya akan membuatkan kita hanyut dengan kenikmatan dunia. Ingatkah lagi akhi pada tazkirah akhi bahawa Nabi s.a.w bersabda dengan mafhumnya, Pandangan mata itu laksana anak panah beracun dari berbagai macam anak panah iblis. Barangsiapa menahan pandangannya dari keindahan wanita, maka Allah mewariskan kelazatan dalam hatinya hingga dia bertemu dengan Allah. Janganlah akhi membiarkan nafsu mengatasi akal yang 9 sedangkan cita-cita seorang mujahid sejati adalah mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, syahid adalah impiannya!

Dan barang siapa yang buta (hatinya) di dunia ini, niscaya di akhirat (nanti) ia akan lebih buta (pula) dan lebih tersesat dari jalan (yang benar). (al-isra’ :72)

Maafkan ana kerana tidak menyangka selama ini menjadi asbab pada kelalaian akhi. Semoga Allah membuka hati kita semua untuk mempelajari, memahami dan mengamalkan syariat Islam. Sedarilah akhi, seandainya kita tidak mampu lagi membawa agama, maka kepada siapa untuk kita harapkan? Sedangkan kita mengaku bahawa kita berjuang untuk agama. Sudah lupakah akhi dengan kata-kata Saidina Umar Al-Khatab:

Hendaklah kamu berwaspada terhadap perbuatan-perbuatan maksiat daripada kewaspadaan terhadap musuh. Sesungguhnya aku lebih bimbang dengan dosa yang dilakukan oleh tentera Islam berbanding kebimbanganku terhadap musuh. Sesungguhnya umat Islam mendapat pertolongan Allah lantaran kemungkaran yang dilakukan oleh pihak musuh. Oleh itu, janganlah kamu melakukan perkara yang dimurkai Allah ketika sedang berjihad di jalan Allah!

Semoga Allah memelihara akhi dengan sebaiknya, kerana hanya Dia yang dapat menjaga akhi dengan sebaik-baik penjagaan. Maafkan ana kerana tidak dapat memberikan kata-kata yang menyenangkan. Ana dambakan seorang imam yang akan mencorak kehidupan yang diberkati Allah, pemimpin yang akan membimbing ana menjadi srikandi agama. Tidak sesekali ana membiarkan hati ana dilimpahi cinta manusia selain lelaki yang bergelar suami. Maafkan ana...

Ana sering memandang akhi sebagai seorang mujahidin yang sangat dahagakan perjuangan. Ana sering melihat akhi seorang alim yang bakal menjadi mujtahid dan mampu mengembalikan kegemilangan Islam. Ana sering melihat akhi sebagai seorang pemimpin yang akan menyebarkan wangian Islam pada ummah. Maafkan ana kerana tidak sanggup untuk menjadi racun pada seorang insan yang sangat berkualiti seperti akhi, hanya kerana makhluk yang Allah ciptakan sering menjadi fitnah pada lelaki.

Biarlah ana menjadi si bengkok yang ada gunanya. Yakinlah, mana mungkin lahir bayang-bayang yang lurus elok jika datangnya dari kayu yang bengkok. Maafkan ana atas setiap huruf yang membawa kepada kebinasaan perasaan akhi. Sesungguhnya hanya Allah sajalah tempat untuk kita meminta, Dia pasti merencanakan apa yang terbaik untuk akhi, ana dan kita semua. Semoga ana dapat melihat akhi seperti pandangan dahulu, bukan dengan pandangan seorang lelaki lemah kerana mendambakan cinta manusia yang tidak layak dicintai. Maafkan ana...


Komen:

Assalamualaikum whb. Sekadar ingin berkongsi pandangan dengan sahabat sekalian. Acapkali kita mendengar kisah sesama ikhwan yang bermasam muka hanya kerana seorang akhawat, tidak kurang juga ada akhawat yang sanggup memutuskan ukhuwah hanya kerana seorang ikhwan. Pada para mujahidin di luar sana yang membaca coretan ini, moga ambil iktibar dari apa yang bakal ana ucapkan. Smiley Bukan semua akhawat akan menyambut cinta dari antum walaupun pada zahirnya antum menjadi rebutan akhawat lain kerana wanita solehah tidak akan membiarkan dirinya menjadi asbab fitnah pada lelaki. Seandainya dalam keadaan tidak sedar, dia menjadi fitnah maka bukanlah menjadi kesalahannya.

Sebagai seorang srikandi agama, pastilah dia sedaya upaya memelihara dirinya dari menjadi rebutan ikhwah di luar sana. Namun, hanya Allah lah tempat berserah diri, kadangkala apa yang kita harapkan bukan semuanya berjalan seperti yang dirancang kerana Dia lah yang menentukan segalanya! Kita hanya merancang, Allah lah sebaik-baik Perancang. Seandainya antum digoda, dikejar, didera perasaan dari akhawat di luar sana, maka janganlah ambil jalan mudah dengan mencari seorang muslimah yang difikirkan cukup solehah pada pandangan antum untuk bermadu kasih kerana wanita solehah itu cintanya (pada lelaki) hanya pada suaminya yang SAH bukan pada lelaki yang menjanjikan kebahagiaan kerana dia sangat yakin, at-toyyibat lit-toyyibin (wanita yang baik untuk lelaki yang baik).

Sedih, kecewa, sakit hati dan kadang kala muak dengan kisah-kisah begini. Apa sebenarnya yang dicari dalam sebuah perjuangan dakwah andai masing-masing sebenarnya menjadikan ia medan mencari jodoh! Ana tak nafikan, fitrah manusia ingin saling mencintai, menyayangi satu dengan yang lain. Tapi, tolong la... Utamakan perjuangan yang antum/antunna laungkan. Mujahadah selalu, istiqamah di jalan ini. Kalau benar hati antum/antunna memang dah sampai waktunya untuk diberikan pada seseorang yang dirasakan layak menjadi pasangan, maka gunalah orang tengah supaya lebih beradab. Bukanlah tak boleh berterus-terang, cuma khuatirnya ia akan lebih mengeruhkan keadaan.

BUKAN semua akhawat akan menyatakan apa yang dia rasakan. Hatta kalau dia sebenarnya ada perasaan pada ikhwan yang taqdim dia, belum pasti dia akan menyatakan persetujuan! Sejujurnya, ana sendiri memang tak boleh terima hakikat kalau seorang yang selama ni kita hormat dia, maka dengan langkah beraninya dia berterus-terang mengenai perasaannya... Maaf ana katakan, hilang hormat ana padanya. (Bukan la bermaksud, laki tu terus terang pada ana, tapi dari cerita sahabiah yang acapkali melalui situasi ni menjadikan ana sebagai tempat meluahkan perasaan. Ana rasa terpanggil untuk memberi peringatan pd ikhwah di luar sana.) Pengalaman mendewasakan kita!

SETIAP ORANG ada pandangannya sendiri, mungkin ada yang beranggapan kalau berterus terang lebih senang, kalau suka katakan suka, kalau tak suka maka boleh cari yang lain. Mungkin agak syadid, ana sangat tidak setuju lelaki mengambil tindakan berani begini. Islam ada adabnya (bukan Melayu je ada adab), gunalah cara yang terbaik supaya tidak menyinggung mana-mana pihak. Kadang-kadang sedih bila terpaksa putuskan ukhuwah hanya kerana tak dapat nak menjaga hati. Sedangkan masing-masing melaungkan perjuangan, hakikatnya... Sad

Pandangan ana hanya mewakili sebahagian yang berpendapat begini. Mungkin bagi orang lain, berterus terang adalah cara terbaik untuk melihat tahap gentleman bakal pasangan. Sedih apabila orang sewenang-wenangnya bercakap "Ala, budak tudung labuh pun couple. Ustaz pakai kopiah pun dating juga!" Jagalah imej Islam, jangan kerana diri kita, pandangan orang terhadap Islam akan menyimpang. Sedangkan Islam adalah agama yang sempurna, agama fitrah.

Ana selalu ingatkan pada sahabiah: Dah orang cakap tudung labuh pun couple, antunna yang berniqab ni jangan la pula nanti orang pandang serong. Nanti orang dah tak respect dengan orang berniqab. Jagalah adab dan imej yang antunna bawa. InsyaAllah selagi niat kita untuk membawa Islam, selagi tu Allah akan bantu kita. Sedih... bila nak tegur orang lain, mereka gunakan senjata muslimah bertudung labuh/ustaz berkopiah yang couple, dating dan ada yang sampai melakukan zina. Mungkin orang lain tak tahu, malah ada yang tak percaya tapi ini lah natijahnya apabila ILMU tak dihadam. Wallahua’lam.

Aku mencintai lelaki kerana ayahku adalah seorang lelaki
Aku mencintai wanita kerana ibuku adalah seorang wanita!

Allahummaj’alni hubbak wa hubba man ahabbak, waj’al hubbaka ahabba ilayya minal maail baridi. Amin ya Rabbal alamin... Cry



sumber :http://www.mindaplus.com/phpBB2/index.php?topic=1077.msg14811


P/S. setiap orang ada pandangan dan pendirian masing2... pandulah pendirian itu seiring dengan kehendak Rabbul Izzati. kerana hidup di dunia ini sementara. InsyaAllah ana akan ulas posting ini next time mengikut pandangan peribadi ana... moga ada kesempatan masa. Salam perjuangan. buka minda, buka hati, moga tersentuh dengan bisikan ILahi, agar terus melangkah di jalan berduri ini menuju Redha ILahi hingga ke negeri Abadi...
SrikandiMuda...

Category: | 4 Comments

abu atiyah:
USRAH DAN MATLAMATNYA
________________________________________

USRAH: PENGENALAN, TUJUAN DAN PERLAKSANAAN
Maksud
Usrah dalam bahasa Arab ialah keluarga. Sebagai istilah, usrah bermaksud satu program tetap yang dianjurkan oleh kumpulan yang beriman dan bekerjasama untuk memahami dan menghayati Islam.

Anggota
Bilangan anggota usrah terhad. Dalam usrah pimpinan, anggotanya ialah ahli jawatankuasa sesesuatu peringkat organisasi. Peringkat-peringkat itu ialah peringkat Jawatankuasa Pusat dan Dewan-Dewannya, Badan Perhubungan Negeri dan Dewan-Dewannya, Jawatankuasa Kawasan dan Dewan-Dewannya dan Jawatankuasa Cawangan dan Dewan-Dewannya.

Tempat
Usrah boleh diadakan di rumah anggota usrah dengan cara bergilir-gilir atau di masjid, di surau, di musalla atau sebagainya.
Tujuan
• Meningkatkan kefahaman anggota-anggota terhadap Islam dan menentukan sikap terhadap sesuatu masalah sebagai umat Islam.
• Menambahkan penghayatan dan menimbulkan perasaan tanggungjawab terhadap ajaran Islam secara peribadi dan jemaah.
• Membina satu generasi Islam yang mengenali Islam sebagai din wa daulah, menghayatinya dalam kehidupan peribadi, menjadikan azam dan cita-cita serta tindakan mendakwahkannya sebagai sistem hidup dalam keluarga, masyarakat dan negara.
• Membina generasi Islam yang menegakkan akhlak Islamiah dalam diri dan sensitif terhadap segala perkara yang tidak Islamik.
• Membina generasi Islam yang insaf dan sedar akan pelbagai bentuk cabaran dan godaan yang mengancam kemurnian Islam.
• Mendidik perasaan anggota supaya bertanggungjawab terhadap Allah dan Rasul-Nya.
• Menghubungkan anggota secara langsung dengan al-Quran dan Sunnah.
• Mengikhlaskan diri anggota kepada Allah untuk mencari keredaan-Nya, mengharapkan pahala dan berasa gerun terhadap seksaan-Nya. Sebaliknya bukan disebabkan segan dengan naqib usrah atau kumpulannya. Oleh itu setiap anggota hendaklah membetulkan niat, diikuti dengan amalan sekalipun tanpa arahan sesiapa.
• Menggiat dan menyelaraskan usaha mempelajari dan memahami Islam di kalangan anggota.
• Menyediakan tenaga yang benar-benar berkemampuan berketrampilan untuk bergerak demi kepentingan Islam.
Memelihara organisasi daripada dimasuki pemikiran yang keliru dan sumbang.
• Mengukuhkan perasaan bersaudara dan memupuk semangat bertindak secara jemaah.

Perlaksanaan
• Usrah diadakan seminggu atau dua minggu sekali.
• Majlis usrah dikendalikan oleh seorang naqib atau naqibah.
• Solat berjemaah, berwirid, membaca al-Quran adalah rukun utama majlis usrah.
• Atur cara tetap usrah yang dicadangkan ialah
o solat Maghrib berjemaah,
o berwirid dengan al-Ma'thurat
o membincangkan kertas-kertas kerja yang telah disediakan oleh naqib atau naqibah. (Naqib hendaklah menghuraikan maksud al-Ma'thurat, kelebihannya dan maksud kandungannya. )
• Majlis usrah mestilah mempunyai tajuk yang tertentu yang telah ditetapkan terlebih dahulu dan dimaklumkan kepada anggota, sebaik-baiknya telah ditentukan bahan rujukan atau teksnya.
• Sesudah berbincang dan berbahas dan bertukar-tukar fikiran dengan teliti, maka majlis mengambil satu keputusan atau rumusan yang menjadi pegangan kepada semua. Usrah ditegah sama sekali ditamatkan tanpa menghasilkan sesuatu persetujuan. Perbahasan boleh dilanjutkan kepada beberapa siri usrah sehingga dapat rumusan yang bulat dan konkrit, sekiranya tajuk perbahasan merupakan isu pokok dan memerlukan pandangan pimpinan yang lebih tinggi, maka hendaklah dirujuk kepada peringkat yang lebih bertanggungjawab dalam jemaah.
• Tajuk yang akan diusrahkan pada minggu yang akan datang ditentukan oleh naqib atau menurut ketetapan bersama atau menurut arahan pimpinan.
• Sebahagian daripada waktu usrah hendaklah diperuntukkan khusus kepada organisasi dan hal ehwal semasa dan perkembangan perjuangan umat Islam di dalam dan luar negara.
• Usrah dikehendaki bersurai di sekitar jam 11 malam, sesudah membaca tasbih kafarah dan surah Al-Asr.


Adab Usrah
1. Ikhlas hanya kepada Allah seperti firman-Nya
وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاء وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ
Dan tidaklah mereka disuruh, melainkan supaya menyembah Allah, serta mengikhlaskan agama bagi-Nya, beribadat mengharapkan keredaan-Nya) sambil cenderung kepada tauhid, dan supaya mereka mendirikan solat dan memberikan zakat dan itulah agama yang lurus (betul).
Al-Bayyinah, 98:5
dan Sabda Rasulullah:
انما الأعمال بالنيات وانما لكل امرى مانوى
Hanya segala amal itu dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seseorang itu apa yang diniatkannya.
Muttafaqun alaih
2. Meminta Izin Masuk
Meminta izin untuk masuk serta memberi salam sebelum memasuki rumah anggota atau tempat diadakan majlis usrah. Firman Allah Taala,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَدْخُلُوا بُيُوتاً غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتَّى تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَى أَهْلِهَا ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam rumah yang bukan rumahmu, sehingga kamu minta izin dan mengucapkan salam (selamat) kepada yang empunyanya. Demikian itu lebih baik bagimu, mudah-mudahan kamu mendapat peringatan.
An-Nur:27

3. Menepati Masa

Datang ke majlis tepat pada waktu yang ditetapkan. Sabda Rasulullah s.a.w.: Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
Tanda orang munafik itu tiga, iaitu jikalau dia berdusta, jikalau berjanji dia memungkiri dan jikalau diamanahkan dia khianat.

Mutaffaqun'alaih

4. Suci

Datang ke majlis dalam keadaan berwuduk dan memakai pakaian yang sopan, bersih, suci serta sempurna.
Dari Abu Malik Al-Asy'ari r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Bersuci itu separuh daripada keimanan.

Riwayat Muslim
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi, maksudnya: Dari Usman bin Affan r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang berwuduk lalu memperbagus wuduknya (menyempurnakan sesempurna mungkin) maka keluarlah kesalahan-kesalahannya sehingga keluarnya itu sampai dari bawah kuku-kukunya.

Riwayat Muslim

Perkara ini diperlakukan supaya senang untuk mendirikan solat, mudah apabila memegang al-Qur'an dan ayat-ayatnya dalam teks usrah, dan terjauh daripada gangguan syaitan ... dapat berbincang tanpa dipengaruhinya.

5. Beritahu Naqib/ah Jika Tidak Hadir

Jika ada yang tidak dapat hadir kerana uzur syarie, hendaklah segera memberitahu hal itu kepada naqib atau naqibah atau sekurang-kurangnya kepada sahabat yang menjadi tuan rumah. Hal ini bertujuan untuk
(a) melatih diri bertanggungjawab dalam setiap kerja,
(b) supaya naqib dan sahabat tidak tertunggu-tunggu,
(c) supaya dapat mengelakkan prasangka yang tidak baik, dan
(d) supaya makanan yang disediakan tuan rumah tidak berlebihan.

6. Bersedia dari Segi Mental dan Perlakuan

Datanglah ke majlis dengan persiapan yang telah diamanahkan setelah kita sanggup untuk menunaikannya. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
وَأَوْفُواْ بِالْعَهْدِ إِنَّ الْعَهْدَ كَانَ مَسْؤُولاً

Dan penuhilah perjanjian dan sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.
Al-Isra:34

Perkara ini perlu agar majlis usrah berjalan sebagaimana yang dirancang, kita dapat berlatih menunaikan amanah yang kecil sebelum diberi amanah yang besar, dan akan menjadi pendorong dan contoh kepada sahabat yang kemudian. Kegagalan kita bebuat demikian dibimbangkan akan menjadi alasan kepada sahabat yang lain untuk tidak membuat persiapan pada masa akan datang.

7. Membawa Sumber dan Alat Tulis

Sediakan keperluan seperti al-Qur'an, teks surah, buku-buku catatan dan al-Ma'thurat (jika perlu). Kegagalan berbuat demikian akan mengganggu sahabat yang dikongsi teksnya.

8. Mengukuhkan Ukhuwah

Datang ke majlis dengan hasrat untuk mengukuhkan ukhuwah dan berkasih sayang kerana Allah. Maksud hadis:

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman pada hari kiamat "Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagungan-Ku? Pada hari ini mereka itu akan Aku beri naungan pada hari ini tiada naungan melainkan naungan-Ku sendiri."

Riwayat Muslim

9. Menuntut Ilmu

Berazam untuk mendapatkan ilmu dan kefahaman bagi diamalkan dan disampaikan kepada orang lain kecuali perkara yang rahsia. Maksud hadis:
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan baginya suatu jalan untuk menuju ke syurga.

Riwayat Muslim

10. Duduk dengan Sopan

Duduk dengan bersopan santun. Majlis usrah adalah majlis zikrullah dan dihadiri sama oleh para malaikat.

Janganlah engkau layangkan pemandangan engkau kepada barang yang telah Kami beri kesukaan kepada bermacam-macam orang kafir dan janganlah engkau berdukacita terhadap mereka itu dan rendahkanlah sayap engkau kepada orang-orang yang beriman (berhina dirilah, jangan sombong).

وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِلْمُؤْمِنِينَ

Al Hijr:88
Nota penyunting: Janganlah berlunjur. Apabila hendak beralih kedudukan, lakukan dengan sopan. Terlalu kerap mengubah cara duduk boleh mengganggu sahabat kita.

Sabda Rasullah s.a.w., maksudnya:

... Dari Abu Hurairah r.a. Abu Said r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada suatu kaum pun duduk-duduk sambil berzikir kepada Allah melainkan dikelilingi oleh para malaikat dan ditutupi oleh rahmat serta turunlah kepada mereka itu ketenangan dalam hati mereka dan Allah mengingatkan mereka kepada makhluk-makhluk yang ada di sisinya yakni disebutkan-sebutkan hal ehwal mereka itu di kalangan para Malaikat.

Riwayat Muslim

11. Fatihah dan Selawat

Mulakan majlis dengan membaca al-Fatihah dan berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. Maksud hadis:

Dan daripada (Abu Hurairah) dari Nabi s.a.w. sabdanya: Tiada suatu kaum pun yang duduk di suatu majlis yang mereka tiada berzikir kepada Allah Ta'ala dalam majlis tadi, juga tidak mengucapkan bacaan selawat kepada Nabi mereka di dalamnya, melainkan atas mereka itu ada kekurangannya. Jikalau Allah berkehendak, maka Allah akan menyeksa mereka dan jikalau Allah berkehendak, maka Allah akan mengampunkan mereka.

Riwayat Tarmizi

12. Menyampaikan kepada Orang Lain
Mendengar segala penjelasan, bacaan-bacaan, arahan-arahan dan pengajaran dengan teliti dan tenang sambil cuba memahaminya, mencatat dan mengingat fakta dengan tepat sebelum disampaikan kepada orang lain. Maksud hadis:
Dari Abi Bakrah r.a. dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya: Hendaklah orang yang hadir menyampaikan kepada yang tidak hadir kerana sesungguhnya mudah-mudahan (diharapkan) orang yang disampaikan itu kepadanya lebih hafaz dan lebih faham dari yang menyampaikannya.
Riwayat Bukhari dan Muslim

13. Bertanya dengan Izin

Memohon penjelasan atau mengemukakan pertanyaan selepas diberi peluang atau setelah meminta izin naqib atau naqibah.

14. Mencelah Hanya Apabila Sangat Perlu

Jangan mencelah ketika naqib atau sahabat sedang memberi penerangan kecuali dalam perkara yang memerlukan teguran yang segera (seperti membetulkan bacaan yang silap). Jika kita mencelah, naqib atau sahabat usrah mungkin kehilangan tumpuan terhadap perkara yang sedang diperkatakan.

15. Mengawal Suara

Jangan mengangkat suara tinggi lebih daripada keperluan pendengar. Hal Ini dilarang oleh Allah sebagaimana firman-Nya

وَلَا تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلَا تَمْشِ فِي الْأَرْضِ مَرَحاً إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ
Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.

Luqman :19
16. Tenang dan Serius

Jangan banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah bersifat tenang dan serius. Maksud hadis:

Dari Anas r.a. katanya: Nabi Muhammad s.a.w. mengucapkan sebuah khutbah yang saya tidak pernah mendengar suatu khutbah pun seperti itu kerana amat menakutkan. Baginda bersabda: "Andai kata engkau semua dapat mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya engkau semua akan sedikit ketawa dan banyak menangis." Para sahabat menutupi wajah masing-masing sambil mendengar suara esakannya.

Mutaffaqun'alaih

17. Jangan Bergurau

Jangan banyak bergurau. Umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara. Banyak bergurau akan menjadikan majlis usrah bertukar menjadi majlis jenaka, gurau senda dan gelak ketawa. Keperluan bergurau terkawal dan terhad pada perkara yang benar sahaja.
Saya bergurau tetapi saya tidak berkata sesuatu kecuali kebenaran. Nota penyunting: Saya belum pasti ungkapan ini hadis atau kata-kata biasa. Jika hadis, sumber hadis ini tidak tercatat dalam teks asal. Diharap ada pembaca yang lebih mengetahui memberi respons.

18. Jangan Merokok

Jangan merokok di tempat usrah. Usahakanlah agar tabiat merokok ini boleh ditinggalkan terus. Bau asap boleh mengganggu sahabat dan tuan rumah yang tidak merokok. Nota penyunting: Alhamdulillah, telah sebelas tahun saya dapat meninggalkan tabiat merokok. Usrah berjaya membentuk peribadi saya dari segi ini.

19. Jangan Banyak Soal

Jangan mempersoalkan arahan-arahan yang telah diberikan dengan jelas dan menepati syarat: Maksud hadis:

Sesungguhnya binasa umat sebelum kamu kerana mereka banyak menyoal (yang tidak berfaedah) dan mereka suka menyalahi Nabi-nabi mereka.

Mutaffaqun'alaih

20. Izin keluar Majlis

Minta izin dari naqib sebelum keluar dari majlis kerana sesuatu keperluan. Keluar dari majlis tanpa izin merupakan perangai orang munafik.
Firman Allah,

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَإِذَا كَانُوا مَعَهُ عَلَى أَمْرٍ جَامِعٍ لَمْ يَذْهَبُوا حَتَّى يَسْتَأْذِنُوهُ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَأْذِنُونَكَ أُوْلَئِكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ فَإِذَا اسْتَأْذَنُوكَ لِبَعْضِ شَأْنِهِمْ فَأْذَن لِّمَن شِئْتَ مِنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمُ اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Sesungguhnya yang sebenar-benar orang mukmin ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, dan apabila mereka berada bersama-sama Rasulullah dalam sesuatu urusan yang memerlukan pertemuan, mereka tidak meninggalkan (Rasulullah) sebelum meminta izin kepadanya. Sesungguhnya orang-orang yang meminta izin kepadamu (Muhammad) mereka itulah orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-Nya, maka apabila mereka meminta izin kepadamu kerana sesuatu keperluan, berilah izin kepada siapa yang kamu kehendaki antara mereka, dan mohonkanlah ampunan untuk mereka kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. An-Nur :62

21. Jangan Bertengkar

Jangan sekali-kali bertengkar kerana pertengkaran akan merenggangkan ukhuwah sedangkan antara matlamat usrah ialah untuk memupuk ukhuwah.
Allah berfirman


إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Orang-orang mukmin itu sesungguhnya bersaudara. Sebab damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu dan takutlah kepada Allah, supaya kamu mendapat rahmat.

Al-Hujurat, 49:10

Firman Allah lagi,

وَأَطِيعُواْ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَلاَ تَنَازَعُواْ فَتَفْشَلُواْ وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُواْ إِنَّ اللّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.

Al-Anfal, 8:46

22. Berusaha mengenali sahabat

Sentiasa berusaha di dalam dan di luar majlis usrah untuk mengenali sahabat-sahabat satu usrah.

23. Membaca Tasbih Kafarah
Akhiri majlis dengan membaca tasbih kafarah dan surah al-Asr secara sedar dan memahami serta menghayati maknanya.

Tasbih Kifarah:
سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لااله إلاانت وأستغفرك وأتوب إليك
Maha Suci engkau Ya Allah
dan aku naik saksi Tiada Tuhan Melainkan Engkau
dan aku memohon ampun serta taubat kepadaMu
Al-Asr

وَالْعَصْرِ
إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

Demi masa sesungguhmanusia itu dalam kerugian
kecuali mereka yang pesan memesan dengan kebenaran
dan pesan-memesan dengan kesabaran.

Maksud hadis:

Daripada Abu Barzah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda pada penghabisannya jikalau beliau s.a.w. hendaklah berdiri dari majlis yang ertinya: "Maha Suci Engkau ya Allah, dan saya mengucapkan puji-pujian pada-Mu. Saya menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Engkau saya mohon ampun serta bertaubat pada-Mu." Kemudian ada seorang lelaki berkata. "Ya Rasulullah! Sesungguhnya tuan mengucapkan sesuatu ucapan yang tidak pernah tuan ucapkan sebelum ini." Baginda bersabda: "Yang demikian itu adalah sebagai kafarah (penebus) daripada apa saja yakni kekurangan-kekurangan atau kesalahan-kesalahan yang ada di dalam majlis itu."

Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud juga diriwayatkan oleh imam Hakim iaitu Abu Abdillah dalam kitab Al-Mustadrak dari riwayat Aisyah radiallahu anha dan ia mengatakan bahawa hadis ini adalah sahih isnadnya.

24. Bersalaman

Bersalaman dan saling bermaaf-maafan selepas selesai majlis. Firman Allah s.w.t.,
الَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي السَّرَّاء وَالضَّرَّاء وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
(Iaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik pada waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan marahnya serta memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.
Ali Imran:134
Firman Allah s.w.t. lagi:

خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ
Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh."

Al-A'raf, :199
25. Bersegera Pulang

Terus pulang apabila selesai majlis kecuali ada keperluan yang penting. Berilah peluang kepada tuan rumah untuk berkemas dan fahamilah bahawa tuan rumah mungkin letih dan hendak segera berehat atau dia ada urusan lain.

26. Menjaga Rahsia Jemaah

Rahsiakan setiap perbincangan, maklumat atau arahan yang telah diputuskan tentang sesuatu perkara atau setiap perkara yang dikirakan tidak patut untuk disebarkan.

Itulah di antara adab-adab usrah yang patut menjadi amalan setiap naqib atau naqibah dan setiap anggota usrah supaya matlamat usrah akan tercapai, insya Allah

sumber: http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1927.0;wap2

Usrah Tunjang Tarbiyyah... tunas itu perlu disiram, dibajai dan diberikan pancaran matahari yang cukup agar terus tumbuh subur menjadi pokok yang kuat dan teguh, tidak mudah dicantas dan tidak tergugat walau taufan datang menyerang... jangan rasa selesa dengan kondisi tunas yang baru bercambah... segera kuatkan cengkaman akar sebelum layu dek kemarau yang gersang... kempen rajin membaca.. wujudkan budaya cintakan ilmu...
SrikandiMuda...

Category: | 3 Comments

Indahnya ukhuwwah keranaNya.. hanya mereka yang pernah merasa sahaja yang dapat menggambarkan kelazatan hidup dalam satu kelompok yang diikat oleh satu ikatan yang berlandaskan kesatuan Tauhid. Bila dah mula berkenalan dalam sesi ta’aruf yang biasanya majlis ilmu menjadi medan permulaannya, maka di situlah bermulanya sebuah cerita yang tidak ada penghujungnya. Kita bukan bersahabat atas dasar satu kampung, satu kolej, satu U, satu negeri, satu bangsa atau apa sahaja, tapi, kita lain dari yang lain… kita bersahabat atas dasar ISLAM yang jadi sanjungan kita hingga hujung nyawa. Maka tidak ada pengujung bagi persahabatan ini. Walau kelak akan ada perpisahan antara kita, bukan bermakna ikatan itu terlerai. Waktu akan sentiasa berlalu, dan kita semua maklum bahawa Allah ada perancangan untuk setiap kita. Dan satu kemestian yang kita kelak akan melangkah dan terus melangkah, akan mencari hala tuju dan haluan hidup masing-masing. Moga matlamat kita tidak pernah berubah.

Bukan detik perpisahan yang saya ingin ceritakan disini, kerana fokus utama kita kini adalah proses belajar. Cuma mungkin kenangan bersama teman-teman yang lalu menjadi pendorong saya mulakan dengan cerita bab perpisahan. Bila perpisahan itu terjadi, huh, beratnya hati ini, seolah-olah fobia nak bina ukhuwah lagi, sebab terlalu peritnya berpisah,. Tapi, itu sudah pasti satu tindakan yang sangat tidak wajar kerana tuntutan perjuangan ini tidak akan mampu diharungi dengan bersendirian. Walaupun, terkenang-kenang dengan cerita lama, kata orang life must go on. Tapi, inilah indahnya hidup bersama Islam. Walaupun keadaan dan situasi yang jauh berbeza, tapi matlamat yang sama mendorong untuk terus mencari insan-insan yang punya matlamat yang sama. Saya temui akhirnya.

Bila berkenalan dan mengharungi hidup bersama, semakin kenal antara satu dengan yang lain. Bahagianya hati ini bila melihat semakin hari, semakin bertambah minat dan pemahaman kita tentang medan yang diceburi ini. Soalan-soalan yang dikemukakan dari hari-kehari menunjukkan timbul banyak persoalan di fikiran dan itulah buktinya mereka berfikir. Bila bibit-bibit ukhuwah mula bertunas di hati masing-masing, alangkah damainya.

Jangan Leka.

Sahabat, perjuangan ini bukan semudah yang disangka, mukan seringkas yang dikatakan.Terlalu banyak mehna dan tribulasi yang terpaksa kita harungi dihadapan. Bersedialah. Ketahuilah, dugaan kita tidak sama dengan orang lain, kita berbeza. Tekanan yang bakal kita hadapi cukup kuat, dari segenap penjuru. Jangan terkejut, jangan gelabah. Untuk itu, satu perubahan perlu kita mulakan. Hati kita perlu diajar untuk tegar dengan setiap keadaan yang boleh melemahkan.

Sahabatku, syaitan tidak akan pernah jemu untuk membawa kita ke lembah kebinasaan. Itu perkara yang kita perlu ingat setiap ketika. Jangan tertipu dengan tipu daya syaitan laknatullah. Mari kita sama-sama berganjak dari sifat mazmumah yang kita ada semalam. Kalau itu sifat kita sejak 20 tahun lalu, kini kita perlu berganjak.

Terlalu banyak perubahan yang kita perlu lakukan, sudah pasti bukan dalan sekelip mata, tapi, biarlah ianya kita rintis dari sekarang.

Untuk intronya, mari kita setkan dalam minda bahawa perjuangan itu menuntut pengorbanan. Keperitan dan kepayahan itu sinonim dengan pengorbanan. Itulah sifir kehidupan bila kita dah mengaku ingin mendaulat kalimah Allah, walau di mana pun kita berpijak. Bila kita merasa sakit dan pedih, maka itulah hakikatnya. Sebaliknya bila kita merasa sentiasa selesa, tenang dan gembira, mari kita muhasabah pasti ada yang tak kena dengan perjuangan kita. Ku ingin kau tahu, jalan ini beronak duri, berliku-liku, jauh dan masih tak kelihatan penghujungnya. Hanya keyakinan pada janji Allah sahaja yang boleh mengubat rasa sakit yang mencengkam jiwa bila diuji dalam perjalanan menuju Redha Ilahi ini. Hayati lagu “Sunnah Berjuang”. Moga terbit rasa yakin dengan matlamat kita yang satu.

p/s tulisan ini belum berakhir akan ada sambungannya insyaAllah.... khas buat sahabat seangkatan...


SrikandiMuda...

Category: | 0 Comments

1. Dalam kondisi bagaimanapun, dirikanlah shalat ketika mendengar Adzan

2. Baca atau dengarkan Al-Qur’an dan ingatlah Allah, Jangan habiskan sebagian waktu- waktu anda pada hal-hal yang tidak berguna

3. Berusaha untuk bias berbicara bahasa Arab fasih(baik dan benar), sebab hal itu merupakan Doktrin Islam

4. JAngan memperbanyak debad dalamsetiap urusan bagaimanapun bentuknya, sebab pamer kepandaian dan apa yang dinamakan riya itu tak akan mendatangkan kebaikan sama sekali

5. Jangan banyak tertawa, sebab hati yang selalu berinteraksi dengan Allah adalah hati yang tenag dan khusyuk

6. Jangan bergurau, sebab sebuah umat yang gigih berjuang tak mengenal selain kesungguhan

7. Jangan mengeraskan suara melebihi yang dibutuhkan oleh pendengar, sebab itu merupakan kecerobohan dan menyakitkan yang lain

8. Jauhi dari menggunjing orang dan menjelek-jelekkan kelompok atau organisasi, jangan membicarakannya selain kebaikannya saja

9. Kenalkan diri anda kepada saudara-saudara seagama dan seperjuangan walaupun anda tidak dituntut,sebab dasar dakwah kita adalah Cinta dan Kenal

10.Ketahuilah bahwa kewajiban itu lebih banyak dari pada waktu yang terluang, maka bantulah saudaramu untuk menggunakan wqaktunya dengan sebaik-baiknya dan jika anda punya kepentingan(tugas) selesaikan segera.

SrikandiMuda...

Category: | 0 Comments


"Perempuan-perempuan yamg keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperolehi ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)"
(surah An-Nur : 26)

para srikandi di luar sana tanya pada hati, sudah sediakah untuk memikul tanggungjawab sebagai sayap kiri perjuangan ???

PESANAN UNTUK ISTERI PEJUANG
(Temuramah dengan isteri As Syahid Ismail Abu Syanab - pemimpin Hamas yang terbunuh diserang helikopter Israel)

Terjemahan: Salman Al Munziri

S: Bagaimana akhlak Abu Syanab?
J: Akhlaknya adalah (berdasarkan) Al Qur'an... Beliau melaksanakan perintah Allah dengan cara yang betul tanpa fanatik membuta. Beliau sentiasa tekun dan memelihara sembahyang, puasa, dakwah dan jihad fi sabilillah. Seringkali beliau berpuasa sunat secara mingguan. Beliau menghafaz 20 juzuk dari kitab Allah (Al Qur'an). Beliau mula mengenali Syeikh Ahmad Yasin (pemimpin utama dan pengasas Hamas) sebaik tiba di Ghaza tahun 1964 dari Mukhayyam An Nusairat, kampung keluarganya.

S: Adakah As Syahid (Abu Syanab) membimbing keluarga dengan baik dan adakah beliau dapat seimbangkan antara tugas-tugas dakwah, politik dan rumah tangga?
J: Alhamdulillah, beliau bukan sahaja membimbing keluarga dengan baik, tetapi cemerlang. Beliau adalah pembimbing keluarga yang terbaik. Sememangnya tugas-tugas dakwah mengambil waktunya, begitu juga dengan politik dan kerja beliau di Universiti Islam. Tetapi bagi kami (ahli keluarga) kami tidak kisah. Bahkan sebaliknya kami sentiasa memberi ruang supaya beliau dapat menunaikan tugas dan kewajipannya dengan sempurna.

Al Marhum bekerja menerusi politik untuk kemaslahatan dakwah dan untuk mencari keredhaan Allah di samping satu khidmat untuk Islam dan umatnya. (Dalam keadaan itupun) beliau satu haripun tidak pernah alpa terhadap hak keluarganya. Beliau sentiasa bertanya tentang pelajaran dan keadaan anak-anaknya walaupun seketika. Beliau juga sering menziarahi anak-anak perempuannya...

Dalam hal mengambil berat terhadap keluarga ini, saya masih ingat ketika beliau dipenjarakan oleh Yahudi pada tahun 1989. Dalam keadaan kami yang sentiasa risaukan keselamatannya yang mungkin beliau disiksa dan sebagainya, beliau masih berkesempatan menghantar pesanan menerusi pasukan Palang Merah bertanyakan keputusan peperiksaan anak-anaknya di sekolah rendah. Sedangkan ketika itu kami tidak dibenarkan melawat beliau.

Dari sudut kerja-kerja dakwah, saya tidak banyak masuk campur urusannya. Tetapi beliau tidak pernah cuai menjalankan tugas tersebut. Ia dilakukan semata-mata untuk keredhaan Allah, di samping menyahut seruan rakan-rakan pejuang.

S: Bagaimanakah detik-detik terakhir sebelum Abu Hasan (Abu Syanab) mati syahid?
J: Detik-detik terakhir seperti biasa sahaja. Sebelum terbunuh beliau sempat membelikan perabut baru untuk rumah kami. Pada pagi kejadian, beliau menunaikan solat Subuh di rumah kerana sebab-sebab keselamatan. Kemudian beliau bersarapan bersama dengan rakan-rakan yang datang menziarahinya. Kemudian beliau duduk berehat seketika dan sempat mandi terlebih dahulu sebelum keluar rumah.

Biasanya sebelum beliau keluar rumah saya akan menasihatinya terlebih dahulu. Contohnya, "Berhati-hatilah," atau, "Jangan memandu kereta jika ada helikopter mengekori." Tetapi pada hari kejadian, saya tidak berbuat demikian kerana merasakan sudah terlalu kerap beliau mendengar pesanan berkenaan dari saya... Perangainya seperti biasa. Pada saat-saat terakhir beliau kelihatan sangat gembira. Beliau berusaha menggembirakan anak-anak perempuannya yang masih kecil dengan membelikan keperluan mereka...

S: Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada wanita yang ingin berkahwin dengan pejuang-pejuang jihad seperti Abu Syanab supaya mereka boleh membantu suami mereka dalam berjihad?
J: Saya tidak suka memuji diri sendiri kerana Allahlah yang terbaik. Tetapi secara realiti, setiap wanita yang ingin berkahwin dengan mujahid dan da'i (pendakwah) di jalan Allah hendaklah membiasakan diri dengan kehidupan mujahid dan kehidupan jihad. Kerana kehidupan para mujahidin adalah kehidupan yang tidak tetap. Rumah tangga hendaklah sentiasa bersedia menghadapi apa jua suasana pada bila-bila masa.

Justeru, mereka yang ingin mengahwini mujahid hendaklah benar-benar faham tugas suami (sebagai pejuang) dan hendaklah bersedia membantu mereka menunaikan tugas mereka. Mereka juga perlu menjadi orang yang sabar dan hendaklah tahu bahawa mereka perlu menerima tetamu pada bila-bila masa. Begitu juga mereka perlu bersedia untuk berhadapan dengan tindakan Yahudi atau musuh-musuh Islam yang lain sama ada mereka menghalau atau membunuh syahid.

S: Bagaimana puan menerima berita syahidnya jurutera Ismail (Abu Syanab)?
J: Perasaan saya adalah perasaan orang yang kehilangan kekasih. Tetapi saya bangga dan merasa mulia kerana suami saya berhasil memperoleh apa yang dikehendakinya dan dicita-citakan dalam hidupnya.

Saya juga bersedih hati kehilangan orang yang paling saya sayangi. Apapun, kematian boleh datang bila-bila masa. Ada orang mati kerana kemalangan jalan raya. Tetapi suami saya dipilih Allah untuk mati syahid. Saya sangat berbangga walaupun sedih kehilangannya. Saya berdoa agar saya ditemukan kembali dengannya di dalam rahmatNya yang berkekalan (syurga).

Alhamdulillah, kami semua yakin beliau adalah syahid. Kami menerima berita syahidnya dengan bertakbir, "Allahu Akbar, baba telah mati syahid! Allahu Akbar, baba sudah syahid di sisi Allah."

Anak-anaknya yang lelaki dan perempuan merasa sedih dengan kehilangan bapa mereka, tetapi mereka tetap bersabar dan bertekad meneruskan perjuangan menerusi jalan yang telah dilalui oleh bapa mereka. Bapa mereka adalah model, contoh ikutan, kemuliaan dan kebanggaan. Hidupnya sebagai mujahid dan matinya sebagai syahid, dengan izin Allah.

S: Adakah puan kesal dengan jalan yang ditelusuri oleh suami puan yang diakhiri dengan puan kehilangan suami?
J: Sama sekali saya tidak menyesal! Bahkan ingin saya tegaskan, jalan yang dilalui oleh suami saya adalah jalan yang benar. Saya merasa sangat mulia menjadi isteri beliau. Kalaulah suami saya berada di atas jalan yang tidak benar, tentulah Yahudi tidak menjadikannya sebagai sasaran pembunuhan. Jadi Alhamdulillah pada waktu senang atau waktu susah. Saya sungguh-sungguh berbangga menjadi isteri kepada lelaki seperti Abu Hasan (Abu Syanab).

S: Adakah puan yakin terhadap kemampuan kumpulan-kumpulan pejuang, khususnya Hamas dalam menuntut bela di atas pembunuhan As Syahid (Abu Syanab)?
J: Ya, pertama sekali saya yakin dengan kuasa Allah. Kemudian saya percaya kemampuan kumpulan-kumpulan pejuang. Saya tidak mahu (mereka) menuntut bela untuk suami saya sahaja. Tetapi saya mahu menuntut bela untuk dakwah, untuk agama (Islam) dan untuk para syuhada'. Saya berdoa kepada Allah agar pembelaan ini berlaku dengan jalan Allah dan bukannya dengan jalan manusia.

Semua pihak, timur, barat dan Amerika memusuhi kami. Saya berharap agar Allah menunjukkan kepada kami hari hitam buat mereka sebagai satu pembelaan kepada agamanya dan dakwahnya sebelum pembelaan kepada suami saya Abu Hasan (Abu Syanab) rahimahullah. Saya beriman dengan Allah. Kemudian saya percaya akan kekuatan Gerakan Kebangkitan Islam HAMAS untuk membalas dan menuntut bela kerana agama, dakwah dan Palestin dan bukannya untuk suami saya sahaja.

S: Adakah As Syahid (Abu Syanab) sudah dapat merasakan bahawa ajalnya sudah hampir, kerana biasanya pejuang-pejuang mujahidin ini mereka dapat merasakan kedatangan ajal mereka?
J: Sebenarnya, beliau tidak merasa demikian. Tapi boleh jadi juga ada perasaan berkenaan di dalam dirinya. Bagaimanapun, saya dapati beliau sangat senang hati dan terlalu gembira... Saya tidak menyangka itu adalah saat-saat terakhir kehidupan beliau.

Alhamdulillah beliau telah menjayakan cita-citanya iaitulah kegembiraan di dalam hidupnya. Saya berdoa moga beliau bertemu dengan Allah dalam keadaan redha dan mendapat nikmat syurga dengan penuh kegembiraan dan kekal di dalamnya.

Dalam tempuh terakhir itu juga beliau pergi menemui semua orang yang bekerja di rumah dan membayar baki gaji mereka. Orang terakhir menerima bayaran daripadanya ialah Duhan. Katanya, "Awal bayaran kali ini Abu Hasan?"

Beliau menjawab, "Wahai orang muda, ambil hak kamu ini. Seseorang itu tidak tahu bila dia akan mati."

Alhamdulillah, beliau sempat membayar semua bayaran yang sepatutnya beliau jelaskan dan beliau meninggalkan dunia ini dengan tidak menanggung sebarang hutang. Moga-moga Allah menerimanya sebagai syahid.

S: Kenapa beliau tidak bertindak bersembunyi dari tentera Zionis ketika beliau keluar dengan keretanya?
J: Allah berfirman: "Apabila datang ajal kamu, maka kamu tidak dapat melewatkannya walaupun satu saat atau mencepatkannya." Peribahasa ada mengatakan, "Berhati-hati itu tidak dapat mengelakkan taqdir." Kalau beliau mengambil semua langkah berjaga-jaga sekalipun, ajal beliau telah terlaksana. Sebenarnya beliau sudah banyak berjaga-jaga dengan amat cermat sekali. Tetapi inilah taqdir dan ajal untuk mereka.

Untuk pengetahuan, ketika Abu Hasan (Abu Syanab) keluar dari rumah, tidak kelihatan satupun kapal terbang di udara. Udara ketika itu tenang seperti biasa. Kami langsung tidak mendengar bunyi kapal terbang (helikopter) melainkan setelah berlakunya serangan. Jadi, Alhamdulillah ini semua ketentuan Allah. Allah menghendaki beliau mati syahid.

S: Kami inginkan penjelasan, adakah Abu Syanab tahu bahawa beliau menjadi sasaran untuk dibunuh dan apakah yang beliau lakukan apabila mengetahui perkara ini?
J: Ya, mereka sudah tahu bahawa mereka adalah sasaran... Walaupun mereka adalah pemimpin politik, tetapi Yahudi adalah kaum yang tidak pernah berpegang kepada sebarang perjanjian. Seperti yang telah saya katakan, walaupun beliau tahu yang beliau adalah sasaran tembakan Yahudi, tetapi beliau tidak pernah memberitahu kami supaya kami tidak merasa takut dan bimbang.

S: Apa pandangan beliau tentang peperangan di Iraq dan apakah ulasan beliau terhadap pendirian negara-negara Arab?
J: Beliau sangat berdukacita. Beliau tidak rela walau seorang muslim dijajah. Lebih-lebih lagi dengan Amerika yang menjajah negara Iraq. Beliau sangat sedih dan marah. Beliau sangat berdukacita dengan sikap negara-negara Arab dan berharap mereka akan lebih tegas dan bertindak lebih baik. Boleh jadi anda semua sudah melihat kenyataan-kenyataan beliau yang disiarkan oleh pihak media.

Beliau tidak meredhai penjajahan dan juga tidak meredhai pendirian negara-negara Arab. Beliau amat berharap agar negara-negara Arab melakukan sesuatu dalam bentuk praktikal untuk saudara-saudara mereka di Iraq. Begitu juga dengan kami di sini, di Palestin.

S: Apakah cita-cita terakhir beliau sebelum gugur syahid?
J: Sejak dahulu hinggalah kini, cita-cita beliau ialah memerdekakan Palestin. Beliau bercita-cita agar bendera LAILAHAILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH berkibar di kubah-kubah Masjidil Aqsa. Beliau juga bercita-cita untuk mati syahid dan membebaskan Al Aqsa. Alhamdulillah cita-citanya untuk mati syahid telah berjaya diperolehi.

Kita berdoa kepada Allah agar membebaskan Masjidil Aqsa dari kekotoran penjajah dan menggembirakan kita dengan kejayaan orang yang akan melaksanakan impian Abu Hasan (Abu Syanab). Moga Allah merahmatimu wahai Abu Hasan.




SrikandiMuda...

Category: | 0 Comments



Oleh: lah Abwa


“Saya memang tidak gemar melihat wanita yang terlampau mengada-ngada atau istilah kasarnya ‘gedik’,’getik’, ‘geletis’ dan ‘gelenyar’. Bukan kerana jiwa saya keras tetapi saya sukakan wanita yang kuat pendirian dan cekal berpedoman. Maksudnya wanita yang ingin mendampingi saya mestilah seorang yang tidak marah-marah jika hubungan yang terjalin ‘dingin’ dan tidak dihujani panggilan telefon setiap hari yang sekadar untuk bertanya ‘sudah makan atau belum?” dan “sihat atau tidak” - begitulah pandangan seorang penulis lelaki dalam sebuah majalah wanita.

Saya tertarik dengan pandangan ini kerana fenomena berkomunikasi secara lunak manja ini semakin menjadi trend wanita hari ini terutama yang berkerjaya khususnya dalam bidang perniagaan. Bukan sahaja sebagai pelaris perniagaan bahkan sebagai pelaris diri. Kebiasaannya, hati lelaki lebih terpikat kepada wanita lemah lembut, mudah ketawa manja dan yang pandai mengoda dengan jelingan penuh bermakna. Jarang kita temui lelaki yang tak sukakan wanita jenis ini seperti yang ditulis oleh penulis di atas.

Tentu sebahagian besar dari kita pernah dan biasa melihat iklan Hotlink terbaharu yang menampilkan dialoq lucu seorang jurujual wanita mempromosi hotlink plan berganda dengan nada suara lunak menggoda. Tapi yang mengada ngada bukan di jurujual wanita tu tetapi si pembeli lelaki itu. Lucu dialoqnya “tadi kanda sekarang sayang...”, satu dialoq ala pekak badak.


Walaupun ianya hanya sebuah iklan untuk menarik perhatian penonton dan melariskan produk, tetapi trend mengoda semakin menjadi jadi dalam iklan produk tempatan. Lihatlah iklan syampu ‘sunsilk’. Model wanitanya walaupun bertudung tapi tetap digambarkan meliuk lintuk , menjeling manja dan berbalas senyum dengan si jejaka. Salah satu slot iklan syampu ini memaparkan adegan seorang wanita terserempak dan terjatuh buku kuliah, lalu bertentang mata. Tak tahu apa kaitan dengan rambut yang telah disyampu dan terselindung disebalik tudung.

Sekali imbas paparan lemah lembut ini sangat serasi dengan budaya melayu atau budaya Malaysia. Kerana umat melayu terkenal dengan lemah lembutnya. Cinta mudah bertaut dengan gaya lemah lembut. Saling bertanya khabar dianggap satu pernyataan bukti saling mengingati dan saling mengambil berat. Bila talian hotlink tidak lagi sibuk dengan SMS dan panggilan sayang, aduhai terasa dunia gelap, sunyi dan sepi. Kemana kah akan di bawa hati nan lara? SMS ON CINTA hantar ke 32728 (Dapat)! Syarikat telekomunikasi juga yang untung.

Paparan di akhbar akhbar perdana cukup membimbangkan saya. Saban hari ada ada sahaja cerita derita wanita akibat korban cinta tak bermaruah. Setiap hari ada kisah gadis di rogol teman lelaki yang baru dikenali. Ada kisah wanita meratap meminta simpati akibat diceraikan oleh suami yang lari mengikut wanita lain yang lebih menggoda. Dalam majalah wanita, akhbar tabloid mahupun akhbar terkemuka, ruangan soal jawab masalah remaja sering menjadi kolum yang diminati. Masalahnya hampir sama , seperti membaca novel, temanya tetap sama. Tema cinta terlara, kisah hati yang tak bahagia. Kerbanyakkan pengadu dalam kisah cinta terlara ialah wanita. Bukan maknanya lelaki tak pernah jadi korban cinta terlara tetapi mereka kurang menuliskanya. Mungkin untuk untuk menjaga status .Sebagai manusia yang punya agama, saya lebih memikirkan Kenapa manusia begitu mendambakan bahagia cinta terlarang? Kenapa saya kata ianya cinta terlarang? Apakah agama menghalang manusia bercinta ? Tidak, bukan itu maksud saya.

Malah Islam adalah agama kasih sayang. Islam itu sendiri datang dari perkataan salam. Iaitu kesejateraan Kasih sayang tidak terbatas antara manusia berlainan jantina sahaja malah merangkumi kasih saya sejagat, sayang kepada sesama manusia,haiwan dan alam sekeliling. Allah s.w.t menjamin kasih sayang sesama manusia jika manusia mengikuti peraturan yang telah ditetapkannya. Kasih sayang antara lelaki dan wanita yang masih belum terikat dengan akad, wajib dibatasi dengan beberapa hukum yang telah ditetapkan.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32 yang bermaksud, "Maka seseorang wanita itu janganlah melembutkan suaranya kerana menyebabkan hati orang lelaki yang ada penyakit akan menaruh harapan. Seseorang wanita hendaklah mengucapkan perkataan yang sopan."

Penyakit syahwat adalah dianggap sebagai zina yang boleh berlaku dalam hati ketika seseorang wanita melembutkan atau merendahkan suaranya secara berlebih-lebihan dan bertujuan goda. Berdasarkan kepada permasalahan ini, seseorang wanita sewajarnya bersikap sederhana bila berbicara dengan lelaki yang bukan suaminya. Sikap sederhana ini bukanlah satu larangan yang bertujuan menyekat naluri cinta tapi sebaliknya adalah larangan untuk menjaga kehormatan wanita dari diperkotak-katikkan oleh lelaki durjana yang sentiasa mencari peluang berfoya-foya dengan wanita wanita penggoda.

Sebenarnya bukan lelaki durjana sahaja yang mencari-cari peluang, malah hakikatnya syaitan lah yang sentiasa mencari peluang menyesatkan anak adam. Wanita adalah mahluk yang lemah fizikalnya, jika tidak dikuatkan iman wanita dengan mentaati suruhan dan menjauhi larangan Allah s.buat maka tewaslah wanita itu menjadi umpan syaitan. Wanita terpedaya lelaki pula tergoda. Kedua duanya saling terfana dan akhirnya merana.


Wanita mesti ‘keras hati ‘ untuk mentaati perintah Allah. Hanya dengan cara itu sahaja bahagia yang hakiki akan dapat dirasa. Permainan cinta dengan tanda sayang dan belai kasih yang diucapkan saban hari , saban waktu terluang hanyalah satu ‘interface’ yang melekakan. Bila sudah kecundang dan jadi hamba cinta, masa itulah peranan syaitan menjana nafsu syahwat tak dapat lagi disekat. Masa itu kehormatan diri mudah jadi galang ganti. Siapakah yang akan menghormati wanita yang sudah hilang harga diri? Pepatah melayu kata “kesal dahulu pendapatan kesal kemudian tiada berguna” Fikirkan.

p/s artikel ni dikirimkan kpd saya oleh seorang sahabat. tergerak untuk masukkan dlm blog ni, moga menjadi tatapan para srikandi Islam di luar sana.
SrikandiMuda...

Category: | 1 Comment

KAWAN AKHIR ZAMAN
 
Sekadar menyampaikan ...
 
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar-benar sibuk
Dengan urusan baiki diri nya
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya menipu daya
 
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat
Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat
Yang ada kini hanya lah
Berbangga dengan ijazah yang menjela
Tapi ilmu fardhu Ain nya kosong belaka
 
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar meletakan Islam di jiwa
Mengunakan profession nya sebagai matlamat ke akhirat sana
Yang ada hanya ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidup nya lebih barat dari barat
Ibadah dan amal terasa amat berat
 
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bersilaturrahim kerana tiada kepentingan
Yang berhubung hanya niat bertanya khabar
Yang ada hanya
Yang berkroni untuk mendapat projek yag sedia ada
Bersahabat untuk mendapat laba
 
Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita temui
Yang suka berbincang mengenai dosa-dosa sendiri
Yang menghidupkan ilmu yang ada
Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada hanyalah
Yang suka berbincang dosa-dosa orang lain
Yang menghidupkan sunnah barat
Yang melupakan kehidupan akhirat
 
Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan masjid tempat pertemuan
Yang menjadikan program usrah tempat berkenalan
Yang ada hanya
Yang menjadikan komplek tempat membuang umur
Yang menjadikan disko dan pesta sebagai tempat berhibur
Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang menjadikan sunnah sebagai hiburan
Menjadikan nasyid nyanyian harian
Menjadikan selawat ucapan kelaziman
Yang ada hanya
Artis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan
Dianggap moden dan berketrampilan
 
Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita temui
Yang senantisa merasai mati itu sangat hampir
Yang senantiasa merasai jelingan Izrail
Menangis cemas mengenangkan saat kematian
Merintih sayu mengenangkan persediaan
Yang ada hanya
Yang panjang angan-angan
Mengumpul dunia kerja seharian
Seolah kematian itu sangat jauh
Seperti alam barzakh itu tidak di tempuh

*dikirim dari seorang sahabat.

Category: | 0 Comments

"saya tidak faham apa yang apa sebenarnya yang ingin disampaikan dalam aktiviti tadi...?"
adu seorang sahabat setelah selesai sahaja satu aktiviti yang memang menuntut penjelasan yang mendalam tentang maksud di sebalik semua yang berlaku. di peringkat saya sendiri agak sukar untuk diterjemahkan dengan bait-bait kata, lebih-lebih lagi dalam usaha menggunakan istilah dan perkataan-perkataan yang biasa agar mudah untuk dicerna oleh sahabat tadi. akhirnya saya menjawab,
"aktiviti tadi menguji sejauh mana kefahaman kita terhadap apa yang kita lakukan. macam yang selalu naqibah tekankan kepada kita lah, kita kena faham betul-betul bila buat sesuatu, jangan buat membuta tuli... "
mencelah pula sahabat yang lain,
"bila dalam halaqah, saya faham apa yang akak2 jelaskan, tapi, faham setakat itu sahaja lah. bila praktikalnya, kadang kala saya juga sebenarnya keliru"
tidak faham makna 'FAHAM'....

kita kena bijak membaca keadaan yang berlaku di sekeliling kita,. itu pesanan ustaz yang saya tak boleh lupakan. dari situ lah saya mula belajar makna faham dalam bergerak kerja. saya juga sebenarnya sentiasa dalam proses mencari kefahaman dalam setiap langkah2 yang diatur,. tidak ada hentinya.. cuma sebagai insan yang mengaku ingin mendaulatkan Islam, kita harus sentiasa berfikir. setiap perkara yang kita hadapi, fikir dengan serius terutama sekali bila melibatkan agama yang kita sayangi. minda kita harus diasah untuk menjana idea-idea bernas untuk membantu gerak melicinkan gerak kerja. kita perlu belajar memikirkan masalah ummah yang semakin hari semakin meruncing dengan gejala-gejala yang seolah-olah tidak tertampung lagi. jadi, sebagai insan yang Allah dah pilih untuk sedar akan masalah ini, kita harus sentiasa cuba mencari langkah-langkah yang mungkin boleh diambil untuk mengatasi setiap masalah. kalaupun kita tidak berjaya untuk menjada idea yang cukup berkesan, sekurang-kurangnya, kita cuba untuk itu. dan point penting yang ingin saya tegaskan disini adalah, rajin berfikir di tambah dengan rajin menelaah seterusnya bertanya kepada yang lebih tahu, itulah langkah kearah FAHAM... jangan hanya rajin mempersoalkan itu dan ini tanpa pernah cuba berfikir!!!
kita tidak mungkin akan faham dengan sebenar faham hanya dengan beberapa modul yang kita lalui. yang paling penting, faham itu, Allah s.w.t yang beri, jangan pernah jemu meminta padaNya, kerana pasti ditunaikan. jangan putus asa dengan Rahmat Allah. kefahaman itu perlu dicari sahabatku... teruslah melangkah,. Ummah di luar sana perlukan insan-insan yang tinggi semangatnya untuk perjuangkan agama Allah. ambillah peluang yang ada untuk mempersiapkan diri. jangan pernah berundur walau selangkah. semoga sentiasa diberkatiNya...
SrikandiMuda...

Category: | 0 Comments

Terbaca sesuatu pesan dalam blog seorang sahabat... pada hemat saya, maksud keseluruhan penulisan tersebut adalah cara menegur sahabat dengan cara yg hikmah... Terasa terpanggil untuk memberikan respon. Cara atau kaedah menegur kesilapan orang ini merupakan aspek pengetahuan yg penting untuk dikuasai oleh semua umat manusia yang sememangnya tertaklif tanggungjawab untuk amar ma'ruf nahi mungkar di bahu masing-masing. (cuma mejoriti umat lupa akan taklifan ini). topik ini juga sering timbul bila perbincangan mengenai uslub dakwah diutarakan.


"kalau nak tegur, boleh tak lembut sikit? jangan tegur cara kasar, kata orang, biar berhikmah" antara dialog yang biasa kita dengar. saya sendiri seringkali mendengar teguran seumpama ini samada secara terus mahupun di belakang tabir... sejak zaman sekolah menengah lagi, bila saya menjadi biro surau untuk asrama peteri, seringkali persoalan cara menegur tidak berhikmah ini timbul terutama sekali daripada golongan sahabat-sahabat yang sememangnya kurang senang dengan tindakan saya meminta semua penghuni aspuri berjemaah setiap subuh, maghrib dan isyak. "sebelum ni belum pernah lagi di'wajibkan' begini. kenapa pula dia tetiba buat peraturan baru..". saya cukup lali dengan rungutan-rungutan begini. bukan sekadar itu, banyak lagi perkara yang membuatkan mereka tidak bersetuju dengan saya. kadang-kadang terasa tersentuh, saya muhasabah diri balik, betulkah tindakan yang saya ambil?.. bila difikir-fikir untuk jangkamasa panjang, dan panduan daripada ustaz, saya teruskan dengan pembaharuan-pembaharuan tersebut. diringkaskan cerita, Allah itu maha berkuasa, akhirnya, segala yang tidak disenangi sebelum ini, menjadi rutin dan amalan harian penghuni aspuri sehingga ke hari ini dan saya harap untuk selamanya. yang paling terharu, bila orang yang paling menentang cara pendekatan saya pada mulanya, berubah kepada orang yang paling hampir dan pemberi semangat kepada saya. dan bila ramai yang datang berkunjung kebilik sebelum saya melangkah keluar dari aspuri tersebut untuk menghulurkan tangan tanda perjanjian ikatan ukhuwwah abadi atas dasar kesatuan tauhid.,masyaAllah... besarnya kuas Allah, orang-orang inilah yang melenting bila saya wartakan satu demi satu peraturan dan etika pelajar muslimah yang terbaru tapi kini, Allah buka hati mereka untuk fahami Islam dengan lebih mendalam.

teringat saya pada pertanyaan seorang adik junior dalam satu majlis ilmu, "Saya ingin tahu makna sebenar dakwah berhikmah, Kakak selalu menekankan itu, tapi saya tidak jelas tentang pendekatan apa sebenarnya yang boleh di labelkan berhikmah?" saya terdiam untuk seketika, agak payah untuk saya jelaskan, kerana secara jujurnya, saya juga sedang mencari makna pembuktian daripada label "berhikmah" itu sendiri. pada pendapat saya, berhikmah bukan berlembut. tidak semestinya orang yang tegas itu, tidak mengambil pendekatan berhikmah. Rasulullah S.A.W sendiri adalah contoh tauladan yang cukup sempurna dalam perjalanan dakwah.

setiap orang berbeza cara penerimaannya. ada yang tidak boleh tegur secara direct. confirm kecil hati. cuma satu yang ingin saya tegaskan disini, kita sebagai orang menerima teguran daripada orang lain, seharusnya belajar bersikap lapang dada. jangan asyik menuntut cara yang berhikmah dari orang, tapi tidak berusaha untuk menilai teguran tersebut. sepatutnya, kita bersyukur sekiranya ada sahabat kita yang rela menegur kesilapan kita. sangat susah untuk kita temui pada zaman ni sahabat yang benar-benar sanggup mengambil risiko untuk menegur kita. kita tahu setiap orang ada cara penerimaan yang berbeza, tapi biarlah bukan kita yang sensitif tidak bertempat itu. kenapa ada orang lain yang boleh saja menerima dengan hati yang terbuka setiap teguran, kenapa kita tidak mampu? lemahnya kita... yang kita mampu, duduk merungut dan berfikir tanpa henti, kenapa dia tegur aku cara begini, aku tidak boleh terima... tapi, kita lupa apa sebenarnya isi teguran sahabat-sahabat itu. boleh jadi ianya titik permulaan untuk kita berubah kearah yang lebih positif. Terutama sekali bila kita adalah ahli sebuah gerakan yang mempunya satu matlamat yang jauh, panjang dan tidak kelihatan oleh mata kasar. kita tidak seharusnya statik dengan keadaan hati kita yang terlalu mudah terasa, terlalu sensitif dan terlalu manja. kalau itu sifat kita semalam, bukan lagi hari ini. kita perlu berubah jika ingin melakukan perubahan. bukan mudah untuk mengubah sikap yang memang ada dalam diri kita sejak kecil lagi, tapi bukankan perjuangan itu cukup sinonim dengan kepayahan???.. bukankah pengorbanan itu terjemahan kepada kesakitan dan keperitan? sampai bila kita hendak duduk di takuk lama memikirkan perkara yang cukup simple untuk kita selesaikan segera kerana ada golongan-golongan pencinta Islam yang menanti kita di luar sana... Satu formula yang saya fikirkan perlu untuk kita hadam; sekiranya kita di pihak yang menegur, berusahalah untuk mencari jalan paling berhikmah dan berkesan untuk menegur. dan sekiranya kitalah insan yang ditegur, maka berusahalah bersungguh-sungguh untuk melapangkan dada dan bersangka baik terhadap sahabat yang mengur kita. fikir baik-buruknya setiap perkara itu semasak-masaknya. sekarang bukan masanya untuk kita melayan karenah hati yang selalu ingin dipenuhi keseronokan. hati dan jiwa kita perlu dididik untuk tegar, tidak boleh dimanjakan. kalau benar cintakan Islam!
Rasullullah s.a.w bersabda,
"sesiapa yang mengaku mencintaiku, maka bersedialah menghadapi ujian bagai air yang mengalir"
SrikandiMuda...

Category: | 1 Comment

bila bicara soal hati, sesuatu yang kompleks menerjah fikiran. terlalu banyak cabang perbincangan yang boleh kita buka hanya bermula dengan satu perkataan yakni 'hati'. Tetapi, suka untuk saya fokuskan untuk ruangan ini, tentang perkaitan antara hati dan perasaan manusia khususnya yang mengaku ingin menjadi pendaulat agama Allah di muka bumi.
Dalam menyusuri langkah sebagai seorang da'ie, 1001 mehna dan tribulasi yang pasti akan dihadapi. cabaran dan rintangan ini amat menguji kekuatan hati seorang insan. Kita kecilkan skop perbincangan kepada kita yang bergelar mahasiswa/i yang membawa misi dakwah di kampus. sebagai seorang pelajar biasa yang sama tanggungjawabnya dengan mahasiwa lain, kita mempunyai misi dan visi yang jauh lebih berat untuk kita penuhi berbanding matlamat mengejar pointer tinggi yang disasarkan oleh setiap mahsiswa/i. Maka, ujian yang datang mengunjungi hati kita bukan calang-calang ujian. sekiranya kita tidak jelas dengan sungguh-sungguh matlamat utama kita, kita samar dengan misi yang kita sasarkan, maka, bimbang kita tersungkur di tengah jalan dakwah. terlalu banyak bukti, sahabat-sahabat yang pada asalnya seorang yang gigih dan mempamerkan semangat yang kental dalam medan ini, akhirnya hanya dengan sedikit ujian hati yang Allah turunkan, segala-galanya hancur berkecai. point utamanya, semangat mengatasi kefahaman.
Paling sedih, apabila ianya hanya melibatkan masalah hati antara ahli gerakan sendiri. sedangkan banyak lagi perkara besar yang kita perlu berikan sepenuh fokus kita. Tapi, tetap juga yang sering kedengaran masalah sakit hati, jauh hati, terasa hati, patah hati dan macam-macam lagi. Bila difikir-fikir semula, perkara-perkara begini sepatutnya tidak boleh berlanjutan dalam hubungan antara ahli gerakan. Fahami dengan sebenar-benar faham, kenapa kita perlu berada dalam satu gerakan yang menuntut pengorbanan tidak henti-henti.? kenapa kita perlu mengorbankan segenap jiwa dan raga kita walhal ramai mahasiswa/i di luar sana bersenang-senang dan berseronok menjalani rutin sebagai remaja? Secara ringkasnya, matlamat kita, adalah ISLAM. kita tidak sanggup melihat keadaan Islam yang kita Cintai dipijak-pijak oleh golongan yang tidak senang dengan risalah tauhid ini. Kita tidak ingin, Islam yang menjadi pegangan hidup kita yang disampaikan oleh insan agung MUHAMMAD BIN ABDULLAH, dihina, dicaci dan diperlekehkan,kita tidak sanggup melihat saudara seislam kita ditindas dan diseksa oleh golongan kafir laknatullah, kita tidak mahu, orang yang mengaku Islam sendiri, tidak tahu menahu tentang ISLAM. Maka, kita perlu bergerak kerja. kita perlu mengatur strategi. kita perlu berjuang,dan kita perlu berkorban. Jika perkara asas ini tidak jelas dalam diri kita, itulah titiknya hati kita sering sakit.
Dalam bergerak bersama, sering kita menghadapi ketidak sefahaman antara ahli gerakan,. kadang kala kita terlalu dihimpit oleh pelbagai rasa yang mencengkam hati kita, tapi, kita ada matlamat yang kita perjuangkan, kita jelas kalau bukan kita maka siapa?, maka, korbankanlah rasa sakit hati, terasa hati, dan yang sama waktu denganya untuk menjamin keberlangsungan gerakan kita untuk mengejar matlamat asal kita. Bukan perkara yang mudah untuk kita abaikan segala perasaan marah, benci dan sebagainya, tapi usahalah atasinya untuk ISLAM.
Bila terasa perit, maka kembalilah kepada Allah, minta lah bantuan daripada Yang Maha Berkuasa. Hanya DIA yang mampu menolong. Minta pada yang Esa, agar hati kita menjadi tegar dalam perjuangan. tidak mudah goyah dek ujian yang mandatang,. jangan kita lupa, sesungguhnya, hati kita ini dipegang olehNya,. DIA berhak membolak-balikkan hati kita, maka sentiasalah bermohon padaNya agar diberi ketetapan hati dalam perjuangan ini.
SrikandiMuda...

Category: | 0 Comments