Author: Unknown on
Tuesday, August 26, 2008
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha pengasih. Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam, selawat dan salam keatas junjungan mulia Muhammad S.A.W.
Seinfiniti kesyukuran ku panjatkan kepada Rabbul Izzati diatas segala yang telah berlaku sepanjang aku berada dimedan ini. Cukup banyak mengajar. Terima Kasih yang tak terhingga kepada mereka yang mentarbiyyah ku di sini. Tidak dapat ku balas jasa antum. Mohon maaf diatas segala yang terguris dihati antum semua. Diri yang jahil ini perlukan terlalu banyak didikan lagi untuk berada lama bersama antum. Aku sedang belajar untuk itu. Pahit dan manis, semua ku terima sebagai tarbiyyah dari Allah.
“Anti Ok kah?”
(sambil tersenyum) “Ok. Jangan bimbang, ana dah biasa keadaan begini”.
“Betul kah? Ana cukup bimbang dengan Anti tadi. Kenapa berdiam diri?” (kening yang berkerut penuh kebimbangan)
“Anti jangan risau, ana Ok saja.”
“Anti perlu bersuara, ana mahu anti bersuara. Kadang-kadang ana keliru, anti perlu bersuara untuk rungkaikan kekusutan ana.”
Perbualan terhenti di situ.Dia bukan insan yang aku cari bila aku menghadapi masalah, bukan tempat aku luahkan segalanya. Dan bukan juga insan yang dah kenal lama denganku. Tapi dialah yang paling telus denganku. Dialah yang cuba memahamiku, walaupun agak sukar mungkin. Dialah juga insan yang hadir disisi di saat aku perlukan seseorang di sisi. Dia jugalah insan yang mempamerkan keinginan untuk tahu yang amat tinggi yang menjadi penguat untuk aku terus berkongsi dengan mereka. Masing-masing terlelap, mungkin desakan keletihan. Tapi, sebelum mataku terpejam sempat juga aku menjawab di dalam hati, “ana tak boleh zahirkan segala apa yang ana rasa pada sahabat sekalian, bimbang akan memadamkan semangat antum yang sedang berkobar-kobar.” Inilah semangat yang sekian lama aku impikan kalian tapilkan, mana mungkin ketika kalian pamerkan kepada semua, aku menyekat dengan riak muka yang lesu tanpa secebis semangat. Maka aku bertekad , walau apapun, aku perlu kelihatan bersemangat seiring dengan semangat yang kalian semua pamerkan. Apa yang aku rasa, dan yang aku fikirkan itu perkara kedua. Bait-bait amaran dari seorang sahabiah “jangan pamerkan perasaan anti ketika ini, jangan biar sahabat lain nampak! Nanti mereka rasa lemah.” Ya. Aku membenarkan di dalam hati.
Tulang Belakangku
Kepada sahabat seangkatanku, aku kagum dengan kalian semua. Teruskan mempamerkan semangat untuk terus terjun ke medan yang penuh onak duri ini. Pastikan semangat yang ada seiring dengan tindakan – tindakan yang bisa memukau setiap yang memerhatikan. Kalian berpotensi besar untuk itu. Sekarang bukan masanya kita mencari-cari kelemahan diri untuk kita jadikan asset untuk merendah diri dan menyekat segala tindakan. Segala kelemahan yang kita kesan, perlu dibaiki, perlu dicari penawarnya, bukan lagi untuk kita sebut-sebut. Sekarang aku berkeyakinan kalian sudah nampak apa yang berada dihadapan kita,. cabaran untuk mendaulatkan agama Allah di bumi kita berpijak kini sudah kalian maklum semuanya. Maka, sekarang masanya untuk kita semua memerah segala kekuatan dan kebolehan yang ada untuk disumbangkan dari segenap aspek yang kita mampu.jangan biarkan ada satu hari yang berlalu tanpa kita berfikir masalah ummah sekeliling kita. jangan pernah selesa bila kita mempunyai sedikit kelapangan masa. Jangan pernah rasa senang dengan gelak ketawa masyarakat sekitar. Ummah di luar sana memerlukan insan-insan yang menyampaikan risalah Allah Seperti kalian, seperti kita semua. Semangat yang ada, gunakan sebagai pemangkin untuk memacu gerakan yang lebih pantas dan tangkas. Ukhuwwah perlu kita semai dengan keprihatinan, bajai dengan pemahaman yang mendalam dan sirami dengan kasih sayang agar ia bukan lagi satu perencat tetapi satu pemangkin yang amat hebat untuk kita sama-sama mendepani 1001 cabaran dan rintangan yang mendatang. Kini aku yakin kalian mampu untuk memilih jalan dan kaedah masing-masing. Buat, fikir dan anggaplah apa sahaja, yang penting jangan pernah berhenti menitiskan keringat untuk perjuangan ini. Kini tidak perlu lagi rasanya aku keluarkan, statement demi statement, trademark2 dan apa sahaja hint2 untuk kita semua. Kini, masing-masing bebas dengan cara sendiri yang penting jangan pernah berhenti berfikir. mohon maaf andai selama ini kalian merasa ada keterikatan dengan cara ku, dan kini, silakan dengan cara masing-masing. Prestasi Kalian memuaskan hatiku. Allah kurniakan kalian menjadi tulang belakangku di sini. Thank you Allah.
Cukuplah Allah Bagiku
Benarlah, Imam Hasan Al- Banna berkata “Dalam perjuangan tidak ada sesiapa yang akan faham kondisi kita melainkan Allah”. Begitulah yang pernah diberitakan oleh seorang sahabat kepadaku. Agak sinis bunyinya. Amat pahit rasanya bila tiba satu saat yang tidak ada seorang sahabat pun yang memahami kondisi kita. Mungkin kita silap dalam mempamerkan tindakan demi tindakan. Walau apapun yang terdetik di hati, penawar paling mujarab untuk hati yang gersang, “ Cukuplah Allah Bagiku.” Salam perjuangan.
SrikandiMuda...
assalamualaikum..
salam ukhuwah dan salam sayang buat sahabiah yang disayangi kerna Allah SWT..anti,ana agak t'sentuh m'baca comment anti ni..anti...ana amat b'syukur sgt3 kerna dikurniakan sahabiah seperti ana di medan ini..walau kita br d'pertemukan d kampus ini..sejak mengenali anti,ana mendapat semangat baru utk trus b'ada d medan yg penuh dengan mehna dan tribulasi ini..sejujurnya,ana ingin menjadi seperti sahabiah anti d sandakan..sepertimana yg sering anti ceritakan kpd ana n sahabiah yg lain..ana ingin memohon seribu kemaafan seandainya selama ini ana penah menyakiti anti...maafkan ana kerna xdpt m'jadi sahabiah yg t'baik utk anti...ana sedang m'cuba sbnrnya..anti,teruskan p'juangan anti..kehadiran anti amat dperlukan oleh ana serta sahabiah2 lain d cni..walaupun perkenalan kita masih singkat tp ana rasa amat b'syukur atas kurniaan sahabiah seperti anti..anti....semoga terus b'jaya dan success dlm apa jua bidang yg diceburi sehingga menuju cita t'tinggi mu!!!