Subscribe RSS



Oleh: lah Abwa


“Saya memang tidak gemar melihat wanita yang terlampau mengada-ngada atau istilah kasarnya ‘gedik’,’getik’, ‘geletis’ dan ‘gelenyar’. Bukan kerana jiwa saya keras tetapi saya sukakan wanita yang kuat pendirian dan cekal berpedoman. Maksudnya wanita yang ingin mendampingi saya mestilah seorang yang tidak marah-marah jika hubungan yang terjalin ‘dingin’ dan tidak dihujani panggilan telefon setiap hari yang sekadar untuk bertanya ‘sudah makan atau belum?” dan “sihat atau tidak” - begitulah pandangan seorang penulis lelaki dalam sebuah majalah wanita.

Saya tertarik dengan pandangan ini kerana fenomena berkomunikasi secara lunak manja ini semakin menjadi trend wanita hari ini terutama yang berkerjaya khususnya dalam bidang perniagaan. Bukan sahaja sebagai pelaris perniagaan bahkan sebagai pelaris diri. Kebiasaannya, hati lelaki lebih terpikat kepada wanita lemah lembut, mudah ketawa manja dan yang pandai mengoda dengan jelingan penuh bermakna. Jarang kita temui lelaki yang tak sukakan wanita jenis ini seperti yang ditulis oleh penulis di atas.

Tentu sebahagian besar dari kita pernah dan biasa melihat iklan Hotlink terbaharu yang menampilkan dialoq lucu seorang jurujual wanita mempromosi hotlink plan berganda dengan nada suara lunak menggoda. Tapi yang mengada ngada bukan di jurujual wanita tu tetapi si pembeli lelaki itu. Lucu dialoqnya “tadi kanda sekarang sayang...”, satu dialoq ala pekak badak.


Walaupun ianya hanya sebuah iklan untuk menarik perhatian penonton dan melariskan produk, tetapi trend mengoda semakin menjadi jadi dalam iklan produk tempatan. Lihatlah iklan syampu ‘sunsilk’. Model wanitanya walaupun bertudung tapi tetap digambarkan meliuk lintuk , menjeling manja dan berbalas senyum dengan si jejaka. Salah satu slot iklan syampu ini memaparkan adegan seorang wanita terserempak dan terjatuh buku kuliah, lalu bertentang mata. Tak tahu apa kaitan dengan rambut yang telah disyampu dan terselindung disebalik tudung.

Sekali imbas paparan lemah lembut ini sangat serasi dengan budaya melayu atau budaya Malaysia. Kerana umat melayu terkenal dengan lemah lembutnya. Cinta mudah bertaut dengan gaya lemah lembut. Saling bertanya khabar dianggap satu pernyataan bukti saling mengingati dan saling mengambil berat. Bila talian hotlink tidak lagi sibuk dengan SMS dan panggilan sayang, aduhai terasa dunia gelap, sunyi dan sepi. Kemana kah akan di bawa hati nan lara? SMS ON CINTA hantar ke 32728 (Dapat)! Syarikat telekomunikasi juga yang untung.

Paparan di akhbar akhbar perdana cukup membimbangkan saya. Saban hari ada ada sahaja cerita derita wanita akibat korban cinta tak bermaruah. Setiap hari ada kisah gadis di rogol teman lelaki yang baru dikenali. Ada kisah wanita meratap meminta simpati akibat diceraikan oleh suami yang lari mengikut wanita lain yang lebih menggoda. Dalam majalah wanita, akhbar tabloid mahupun akhbar terkemuka, ruangan soal jawab masalah remaja sering menjadi kolum yang diminati. Masalahnya hampir sama , seperti membaca novel, temanya tetap sama. Tema cinta terlara, kisah hati yang tak bahagia. Kerbanyakkan pengadu dalam kisah cinta terlara ialah wanita. Bukan maknanya lelaki tak pernah jadi korban cinta terlara tetapi mereka kurang menuliskanya. Mungkin untuk untuk menjaga status .Sebagai manusia yang punya agama, saya lebih memikirkan Kenapa manusia begitu mendambakan bahagia cinta terlarang? Kenapa saya kata ianya cinta terlarang? Apakah agama menghalang manusia bercinta ? Tidak, bukan itu maksud saya.

Malah Islam adalah agama kasih sayang. Islam itu sendiri datang dari perkataan salam. Iaitu kesejateraan Kasih sayang tidak terbatas antara manusia berlainan jantina sahaja malah merangkumi kasih saya sejagat, sayang kepada sesama manusia,haiwan dan alam sekeliling. Allah s.w.t menjamin kasih sayang sesama manusia jika manusia mengikuti peraturan yang telah ditetapkannya. Kasih sayang antara lelaki dan wanita yang masih belum terikat dengan akad, wajib dibatasi dengan beberapa hukum yang telah ditetapkan.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32 yang bermaksud, "Maka seseorang wanita itu janganlah melembutkan suaranya kerana menyebabkan hati orang lelaki yang ada penyakit akan menaruh harapan. Seseorang wanita hendaklah mengucapkan perkataan yang sopan."

Penyakit syahwat adalah dianggap sebagai zina yang boleh berlaku dalam hati ketika seseorang wanita melembutkan atau merendahkan suaranya secara berlebih-lebihan dan bertujuan goda. Berdasarkan kepada permasalahan ini, seseorang wanita sewajarnya bersikap sederhana bila berbicara dengan lelaki yang bukan suaminya. Sikap sederhana ini bukanlah satu larangan yang bertujuan menyekat naluri cinta tapi sebaliknya adalah larangan untuk menjaga kehormatan wanita dari diperkotak-katikkan oleh lelaki durjana yang sentiasa mencari peluang berfoya-foya dengan wanita wanita penggoda.

Sebenarnya bukan lelaki durjana sahaja yang mencari-cari peluang, malah hakikatnya syaitan lah yang sentiasa mencari peluang menyesatkan anak adam. Wanita adalah mahluk yang lemah fizikalnya, jika tidak dikuatkan iman wanita dengan mentaati suruhan dan menjauhi larangan Allah s.buat maka tewaslah wanita itu menjadi umpan syaitan. Wanita terpedaya lelaki pula tergoda. Kedua duanya saling terfana dan akhirnya merana.


Wanita mesti ‘keras hati ‘ untuk mentaati perintah Allah. Hanya dengan cara itu sahaja bahagia yang hakiki akan dapat dirasa. Permainan cinta dengan tanda sayang dan belai kasih yang diucapkan saban hari , saban waktu terluang hanyalah satu ‘interface’ yang melekakan. Bila sudah kecundang dan jadi hamba cinta, masa itulah peranan syaitan menjana nafsu syahwat tak dapat lagi disekat. Masa itu kehormatan diri mudah jadi galang ganti. Siapakah yang akan menghormati wanita yang sudah hilang harga diri? Pepatah melayu kata “kesal dahulu pendapatan kesal kemudian tiada berguna” Fikirkan.

p/s artikel ni dikirimkan kpd saya oleh seorang sahabat. tergerak untuk masukkan dlm blog ni, moga menjadi tatapan para srikandi Islam di luar sana.
SrikandiMuda...

Category: | 1 Comment

1 comments to “Wanita Mesti Keras Hati...”

  1. satu isu yang cukup baik untuk diperbincangkan ditambah lagi dengan kaedah penulisan yg sy anggap kritis. bukan sy x bersetuju dengan kenyataan yang disebut WAHAI ADAM..... kaum HAWA patut bersyukur dengan adanya insan ADAM seperti ini yang memperingati akan HAWA atas kesilapan dan kealpaan yang semakin kritikal di negara tercinta kita ini. namun tujuan sy memberi komen ini,bukan untuk memperpanjangkan apa yang sedia diketahui tapi sy suka ingin berkongsi satu muhasabah kepada ADAM yang lebih sinonim dengan SURAT HAWA UNTUK ADAM mungkin biasa didengar dan di baca tapi biarlah kita renungkan kembali...

    Ohh Adam...
    Adam..... Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.

    Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

    Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.

    Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

    Adam... Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun... terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

    Adam... Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.

    Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap di rumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut.

    Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
    Adam... Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang di waktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada di antara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

    Adam... Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

    Adam... Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.

    Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.

    Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

    Adam... Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu...