Subscribe RSS

Indahnya ukhuwwah keranaNya.. hanya mereka yang pernah merasa sahaja yang dapat menggambarkan kelazatan hidup dalam satu kelompok yang diikat oleh satu ikatan yang berlandaskan kesatuan Tauhid. Bila dah mula berkenalan dalam sesi ta’aruf yang biasanya majlis ilmu menjadi medan permulaannya, maka di situlah bermulanya sebuah cerita yang tidak ada penghujungnya. Kita bukan bersahabat atas dasar satu kampung, satu kolej, satu U, satu negeri, satu bangsa atau apa sahaja, tapi, kita lain dari yang lain… kita bersahabat atas dasar ISLAM yang jadi sanjungan kita hingga hujung nyawa. Maka tidak ada pengujung bagi persahabatan ini. Walau kelak akan ada perpisahan antara kita, bukan bermakna ikatan itu terlerai. Waktu akan sentiasa berlalu, dan kita semua maklum bahawa Allah ada perancangan untuk setiap kita. Dan satu kemestian yang kita kelak akan melangkah dan terus melangkah, akan mencari hala tuju dan haluan hidup masing-masing. Moga matlamat kita tidak pernah berubah.

Bukan detik perpisahan yang saya ingin ceritakan disini, kerana fokus utama kita kini adalah proses belajar. Cuma mungkin kenangan bersama teman-teman yang lalu menjadi pendorong saya mulakan dengan cerita bab perpisahan. Bila perpisahan itu terjadi, huh, beratnya hati ini, seolah-olah fobia nak bina ukhuwah lagi, sebab terlalu peritnya berpisah,. Tapi, itu sudah pasti satu tindakan yang sangat tidak wajar kerana tuntutan perjuangan ini tidak akan mampu diharungi dengan bersendirian. Walaupun, terkenang-kenang dengan cerita lama, kata orang life must go on. Tapi, inilah indahnya hidup bersama Islam. Walaupun keadaan dan situasi yang jauh berbeza, tapi matlamat yang sama mendorong untuk terus mencari insan-insan yang punya matlamat yang sama. Saya temui akhirnya.

Bila berkenalan dan mengharungi hidup bersama, semakin kenal antara satu dengan yang lain. Bahagianya hati ini bila melihat semakin hari, semakin bertambah minat dan pemahaman kita tentang medan yang diceburi ini. Soalan-soalan yang dikemukakan dari hari-kehari menunjukkan timbul banyak persoalan di fikiran dan itulah buktinya mereka berfikir. Bila bibit-bibit ukhuwah mula bertunas di hati masing-masing, alangkah damainya.

Jangan Leka.

Sahabat, perjuangan ini bukan semudah yang disangka, mukan seringkas yang dikatakan.Terlalu banyak mehna dan tribulasi yang terpaksa kita harungi dihadapan. Bersedialah. Ketahuilah, dugaan kita tidak sama dengan orang lain, kita berbeza. Tekanan yang bakal kita hadapi cukup kuat, dari segenap penjuru. Jangan terkejut, jangan gelabah. Untuk itu, satu perubahan perlu kita mulakan. Hati kita perlu diajar untuk tegar dengan setiap keadaan yang boleh melemahkan.

Sahabatku, syaitan tidak akan pernah jemu untuk membawa kita ke lembah kebinasaan. Itu perkara yang kita perlu ingat setiap ketika. Jangan tertipu dengan tipu daya syaitan laknatullah. Mari kita sama-sama berganjak dari sifat mazmumah yang kita ada semalam. Kalau itu sifat kita sejak 20 tahun lalu, kini kita perlu berganjak.

Terlalu banyak perubahan yang kita perlu lakukan, sudah pasti bukan dalan sekelip mata, tapi, biarlah ianya kita rintis dari sekarang.

Untuk intronya, mari kita setkan dalam minda bahawa perjuangan itu menuntut pengorbanan. Keperitan dan kepayahan itu sinonim dengan pengorbanan. Itulah sifir kehidupan bila kita dah mengaku ingin mendaulat kalimah Allah, walau di mana pun kita berpijak. Bila kita merasa sakit dan pedih, maka itulah hakikatnya. Sebaliknya bila kita merasa sentiasa selesa, tenang dan gembira, mari kita muhasabah pasti ada yang tak kena dengan perjuangan kita. Ku ingin kau tahu, jalan ini beronak duri, berliku-liku, jauh dan masih tak kelihatan penghujungnya. Hanya keyakinan pada janji Allah sahaja yang boleh mengubat rasa sakit yang mencengkam jiwa bila diuji dalam perjalanan menuju Redha Ilahi ini. Hayati lagu “Sunnah Berjuang”. Moga terbit rasa yakin dengan matlamat kita yang satu.

p/s tulisan ini belum berakhir akan ada sambungannya insyaAllah.... khas buat sahabat seangkatan...


SrikandiMuda...

Category: | 0 Comments

0 comments to “Ku Ingin KAu Tahu...”