Terbaca sesuatu pesan dalam blog seorang sahabat... pada hemat saya, maksud keseluruhan penulisan tersebut adalah cara menegur sahabat dengan cara yg hikmah... Terasa terpanggil untuk memberikan respon. Cara atau kaedah menegur kesilapan orang ini merupakan aspek pengetahuan yg penting untuk dikuasai oleh semua umat manusia yang sememangnya tertaklif tanggungjawab untuk amar ma'ruf nahi mungkar di bahu masing-masing. (cuma mejoriti umat lupa akan taklifan ini). topik ini juga sering timbul bila perbincangan mengenai uslub dakwah diutarakan.
"kalau nak tegur, boleh tak lembut sikit? jangan tegur cara kasar, kata orang, biar berhikmah" antara dialog yang biasa kita dengar. saya sendiri seringkali mendengar teguran seumpama ini samada secara terus mahupun di belakang tabir... sejak zaman sekolah menengah lagi, bila saya menjadi biro surau untuk asrama peteri, seringkali persoalan cara menegur tidak berhikmah ini timbul terutama sekali daripada golongan sahabat-sahabat yang sememangnya kurang senang dengan tindakan saya meminta semua penghuni aspuri berjemaah setiap subuh, maghrib dan isyak. "sebelum ni belum pernah lagi di'wajibkan' begini. kenapa pula dia tetiba buat peraturan baru..". saya cukup lali dengan rungutan-rungutan begini. bukan sekadar itu, banyak lagi perkara yang membuatkan mereka tidak bersetuju dengan saya. kadang-kadang terasa tersentuh, saya muhasabah diri balik, betulkah tindakan yang saya ambil?.. bila difikir-fikir untuk jangkamasa panjang, dan panduan daripada ustaz, saya teruskan dengan pembaharuan-pembaharuan tersebut. diringkaskan cerita, Allah itu maha berkuasa, akhirnya, segala yang tidak disenangi sebelum ini, menjadi rutin dan amalan harian penghuni aspuri sehingga ke hari ini dan saya harap untuk selamanya. yang paling terharu, bila orang yang paling menentang cara pendekatan saya pada mulanya, berubah kepada orang yang paling hampir dan pemberi semangat kepada saya. dan bila ramai yang datang berkunjung kebilik sebelum saya melangkah keluar dari aspuri tersebut untuk menghulurkan tangan tanda perjanjian ikatan ukhuwwah abadi atas dasar kesatuan tauhid.,masyaAllah... besarnya kuas Allah, orang-orang inilah yang melenting bila saya wartakan satu demi satu peraturan dan etika pelajar muslimah yang terbaru tapi kini, Allah buka hati mereka untuk fahami Islam dengan lebih mendalam.
teringat saya pada pertanyaan seorang adik junior dalam satu majlis ilmu, "Saya ingin tahu makna sebenar dakwah berhikmah, Kakak selalu menekankan itu, tapi saya tidak jelas tentang pendekatan apa sebenarnya yang boleh di labelkan berhikmah?" saya terdiam untuk seketika, agak payah untuk saya jelaskan, kerana secara jujurnya, saya juga sedang mencari makna pembuktian daripada label "berhikmah" itu sendiri. pada pendapat saya, berhikmah bukan berlembut. tidak semestinya orang yang tegas itu, tidak mengambil pendekatan berhikmah. Rasulullah S.A.W sendiri adalah contoh tauladan yang cukup sempurna dalam perjalanan dakwah.
setiap orang berbeza cara penerimaannya. ada yang tidak boleh tegur secara direct. confirm kecil hati. cuma satu yang ingin saya tegaskan disini, kita sebagai orang menerima teguran daripada orang lain, seharusnya belajar bersikap lapang dada. jangan asyik menuntut cara yang berhikmah dari orang, tapi tidak berusaha untuk menilai teguran tersebut. sepatutnya, kita bersyukur sekiranya ada sahabat kita yang rela menegur kesilapan kita. sangat susah untuk kita temui pada zaman ni sahabat yang benar-benar sanggup mengambil risiko untuk menegur kita. kita tahu setiap orang ada cara penerimaan yang berbeza, tapi biarlah bukan kita yang sensitif tidak bertempat itu. kenapa ada orang lain yang boleh saja menerima dengan hati yang terbuka setiap teguran, kenapa kita tidak mampu? lemahnya kita... yang kita mampu, duduk merungut dan berfikir tanpa henti, kenapa dia tegur aku cara begini, aku tidak boleh terima... tapi, kita lupa apa sebenarnya isi teguran sahabat-sahabat itu. boleh jadi ianya titik permulaan untuk kita berubah kearah yang lebih positif. Terutama sekali bila kita adalah ahli sebuah gerakan yang mempunya satu matlamat yang jauh, panjang dan tidak kelihatan oleh mata kasar. kita tidak seharusnya statik dengan keadaan hati kita yang terlalu mudah terasa, terlalu sensitif dan terlalu manja. kalau itu sifat kita semalam, bukan lagi hari ini. kita perlu berubah jika ingin melakukan perubahan. bukan mudah untuk mengubah sikap yang memang ada dalam diri kita sejak kecil lagi, tapi bukankan perjuangan itu cukup sinonim dengan kepayahan???.. bukankah pengorbanan itu terjemahan kepada kesakitan dan keperitan? sampai bila kita hendak duduk di takuk lama memikirkan perkara yang cukup simple untuk kita selesaikan segera kerana ada golongan-golongan pencinta Islam yang menanti kita di luar sana... Satu formula yang saya fikirkan perlu untuk kita hadam; sekiranya kita di pihak yang menegur, berusahalah untuk mencari jalan paling berhikmah dan berkesan untuk menegur. dan sekiranya kitalah insan yang ditegur, maka berusahalah bersungguh-sungguh untuk melapangkan dada dan bersangka baik terhadap sahabat yang mengur kita. fikir baik-buruknya setiap perkara itu semasak-masaknya. sekarang bukan masanya untuk kita melayan karenah hati yang selalu ingin dipenuhi keseronokan. hati dan jiwa kita perlu dididik untuk tegar, tidak boleh dimanjakan. kalau benar cintakan Islam!
Rasullullah s.a.w bersabda,
"sesiapa yang mengaku mencintaiku, maka bersedialah menghadapi ujian bagai air yang mengalir"
SrikandiMuda...
Salam ziarah...teruskan perjuangan...teruskan menulis...semoga perkongsian ilmu ini diterimaNya sebagai amal soleh...