Subscribe RSS


Sekian lama tidak mencoret sesuatu dalam blog ni, rasa semacam pula. Dalam kesibukan tugas-tugas sekarang , saya cuba mencuri masa untuk buat titipan baru untuk sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah. Terlebih dahulu, maaf kerana terlalu lama blog ini tidak diupdate.masa agak padat dengan pelbagai program sehingga tidak ada peluang untuk melayari internet sepanjang tempoh cuti sem yang baru berakhir ni. Masa yang diperuntukkan bersama keluarga juga agak terhad sehingga kadang-kadang terdetik rasa bersalah dalam hati kepada keluarga tercinta. Hanya kemaafan yang dipohon kepada mereka dan doa yang padu kepada Allah agar diterbitkan kefahaman dalam hati dan jiwa ahli keluarga dirumah agar memahami setiap keadaan yang berlaku. Mujur mereka sentiasa cuba memahami walaupun kadang-kadang sukar dijelaskan. Hati ini cukup tersentuh bila mengenang setiap keberangkatan diiringi nasihat berharga dan sekuntum senyuman walaupun saya yakin jika diturutkan hati mereka, pasti dihalang setiap pemergian saya. Tak ada kata yang mampu terucap untuk saya ungkapkan betapa besarnya pengorbanan mereka walaupun zahirnya tak terlihat. Sesungguhnya doa mereka lah yang mengiringi setiap langkah yang menjadi penguat semangat dalam mengharungi ranjau dalam arena perjuangan yang tidak bertepi ini sehingga terbitnya ruhul jadid setiap kali terbayang wajah ibu dan ayah.

Melangkah lagi ke semester baru. Selamat memulakan langkah kepada semua rakan-rakan seangkatan. Kita mulakan azam yang kita telah persetujui bersama. Segala masalah, konflik, mehna, tribulasi, suka dan duka yang lepas kita simpan menjadi khazanah berharga dalam lipatan memori kita agar menjadi panduan untuk kita atur langkah yang baru. Bermula dari sekarang kita seharusnya mengatur strategi untuk kita caturkan kehidupan kita yang mendatang. Bukan lagi masanya untuk kita terus berkhayal. Mengimpi-impikan sesuatu yang indah di penghujung sem nanti sedangkan tidak ada perancangan yang rapi di langkah pertama. “When you fail to plan, you plan to fail!!!”

Rancanglah yang terbaik untuk dapatkan yang terbaik. Sebenarnya ini pesanan khas untuk diri sendiri.

Teringat masa cuti yang lalu, saya mendapat beberapa sms daripada sahabiah, mengadu rasa kosong, down, rindu usrah, dan macam-macam lagi lah. Sehingga ada yang meminta untuk saya menghantar mesej peringatan setiap kali selepas subuh. Em.. mohon maaf permintaan anda tidak dapat ditunaikan sepenuhnya atas pelbagai kekangan. Tapi, bila saya mesej tanya khabar, majoriti mengadu iman surut, sakit, tenat dan macam-macam lagi label yang menggambarkan tahap kekuatan iman yang agak lemah. Tidak banyak yang boleh saya berikan melainkan sedikit perkongsian untuk menghidupkan kembali semagat mengupdate iman masing-masing dalam keadaan berseorangan di kampung. Sahabat yang kusayangi, memang begitu lumrahnya. Bila kita beramai-ramai, kita terasa kuat dan bila keseorangan, disitulah iman kita mengalami gangguan, line tak clear… sehingga sukar untuk kita berhubung dengan jelas dengan al-Khaliq. Mungkin sesekali timbul dalam hati kita, “hipokrit ka aku?.” “munafik ka aku?” kenapa bila bersama sahabat-sahabat aku terasa ringan untuk menunaikan ibadah. Bila keseorangan terasa akrab sangat dengan syaitan durjana. Jangan terlalu bimbang, memang bila kita brsama sahabat, ada orang yang mengingatkan kita bila kita leka, ada orang yang menegur bila kita silap, ada orang yang memujuk bila merajuk, ada orang yang cuba memahamkan bila keliru, ada orang yang menghiburkan bila sedih dan ada orang yang menemankan bila sunyi. Itulah hebatnya seorang sahabat sejati. Maka tidak dinafikan, bahawa sahabat yang memahami itu adalah bonus terbesar dalam kita mengharungi arus dunia yang sangat deras ini. Kadang kala kita ini, tidak pandai menghargai. Bila kita masih diberi masa untuk bersama,kita tidak terasa pun pentingnya sahabat kita. Sering juga timbul rasa bersalah dalam hati, betapa tidak bersyukurnya saya selama ini. Bila tiba detik berpisah barulah terasa sedih dan terkilan. Jika mampu , ingin rasanya undurkan putaran jam. Selama bersama sedikitpun kita tidak pernah menghargai sahabat kita. Tak pernah sesekali nak mengungkapkan penghargaan atas kebersamaannya dalam perjalanan hidup kita. bak kata seorang sahabat kepada saya, “jangan biarkan kehilangan menggantikan lafaz yang terpendam”. Cukuplah yang telah berlalu. Kita bina suasana baru dalam persahabatan ini. Kita kukuhkan ukhuwah dengan rasa saling memahami dan menghargai. Terimalah antara satu dengan yang lain seadaanya. Jangan pernah ada benci, iri hati dan dengki. Inilah racun yang boleh memusnahkan rimbunan ukhuwah yang kian bercambah. Teguran yang membina, salurkanlah dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan. Abaikan semua bisikan syaitan, teruslah melangkah untuk ISLAM. Sematkan ruhul jadid dalam jiwa, atas dasar ketaatan kepada yang Maha Berkuasa.

SrikandiMuda..

Category: | 0 Comments

0 comments to “Ruhul Jadid...”