Assalamualaikum... satu permulaan. setelah sekian lama berfikir untuk post kan semua penulisan dalam blog, akhirnya malam ni saya diberi kesempatan oleh yang Maha Penyayang untuk memulakan langkah pertama dalam blog ni. sebenarnya sudah terlalu lama saya meluahkan rasa melalui punat2 keyboard desktop, tapi, bukan untuk di public kan. sekadar luahan rasa dan tatapan sendiri... setelah mempertimbangkan dari pelbagai aspek, rasanya dah tiba masanya untuk saya postkan semua penulisan untuk tatapan umum. mungkin ada manfaat untuk diri sendiri dan si pembaca. mana yang baik, ambil lah sebagai pelajaran, yang kurang baik, jadikan sempadan. mohon tujuk ajar dari semua untuk setiap langkah yang bakal diatur. moga setiap nafas yang berlalu ada manfaatnya untuk Islam tercinta. terlalu ingin rasanya untuk terus meluah rasa, tapi tuntutan assignment yang seolah2 memanggil2 saya untuk berikan perhatian membantutkan semangat yang berkobar-kobar dalam jiwa muda ini. Moga Yang Maha Kaya akan memberi sedikit waktu untuk diluangkan untuk blog ini lagi. wahai assigment sabar ya, kejap lagi akan ku penuhi tuntutanmu... sekadar itu sahaja untuk permulaan moga ini lah titik awal untuk melakar sesuatu yang baru dalam medan perjuangan mendaulatkan syariat Allah di muka bumi. walaupun hanya sekelumit, moga Allah melihat dengan pandangan RahmatNya. Allah Know the Best..
SrikandiMuda...
SrikandiMuda...
Category:
intro
| 0 Comments